NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Pegawai @Imigresenmy ditukar sebab tolak rasuah atau kerana serbu restoran rakan kepada @KP_JIM?


Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lebar, apatah lagi mahu bertanyakan pelbagai soalan persis mantan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kerana isu membabitkan pendatang tanpa izin (PATI) bukan baru diperkatakan.

Namun untuk tiga operasi yang baru dijalankan di sekitar negeri Selangor beberapa hari yang lalu.

Terdapat beberapa perkara yang mencuri perhatian saya.

Laporan di beberapa akhbar mendakwa Timbalan Penolong Pengarah 1, Johari Supardi menolak sogokan dari majikan yang melakukan kesalahan menggaji pekerja tanpa permit yang sah.

(Rujuk ruangan yang dimerahkan dalam tiga keratan akhbar)



Bermakna Johari Supardi seorang pegawai yang jujur dalam melaksanakan tugas dalam menguatkuasakan undang-undang demi keselamatan negara.

Ironinya, di sebalik kejujuran Johari Supardi menolak sogokan beliau bukan diberi anugerah pegawai contoh oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen tetapi ditukar ke Depo Tahanan Imigresen di Ajil berkuatkuasa 4 Mei 2015.

(Rujuk surat arahan tukar dari Ketua Pengarah Imigresen)



Jadi, timbul satu persoalan kenapa Johari Supardi secara tiba-tiba ditukar selepas beberapa hari beliau menolak sogokan ketika menjalankan serbuan ke atas beberapa buah premis di Selangor?

Apakah Johari Supardi ditukar kerana beliau menolak sogokan?

Selain itu, ada yang mendakwa ketika serbuan dilakukan ke atas satu restoran oleh Johari Supardi bersama anggota pasukannya. 

Seorang pemilik restoran mendakwa mengenali Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan minta dilepaskan dari tindakan.

Justeru, apakah Johari Supardi ditukarkan oleh pihak atasan kerana kepentingan peribadi Ketua Pengarah Imigresen dengan pemilik restoran yang diserbu oleh Johari Supardi tempoh hari?

Saya tanya, Dato Ketua Pengarah Imigresen Malaysia kena jawab...!

Arioss...!

Friday, April 11, 2014

SUARAM Rasuah Kakitangan Kerajaan, Apa Status Siasatan KDN?


Cerita mengenai pihak asing membiayai gerakan SUARAM bukan perkara baru, ia telah didedahkan sebelum ini oleh beberapa pihak yang pernah bersama gerakan tersebut seperti Gobalakrishnan, Lokman Adam dan Azwanddin Hamzah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Malah JMM turut mendedahkan bahawa sejak 1998, sebanyak RM100 juta telah disalurkan oleh pihak asing kepada SUARAM menerusi IKD dan Malaysiakini. SUARAM dipercayai menjadi agen bagi PKR dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Selain itu SUARAM juga bertindak merasuah kakitangan kerajaan bagi mendapatkan dokumen-dokumen sulit yang boleh dijadikan bahan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Perkara ini pernah didedahkan Azwanddin pada tahun 2012 di mana JMM mempunyai bukti penglibatan 10 kakitangan kerajaan dengan SUARAM.



Ekoran pendedahan tersebut, KDN ketika itu diterajui DS Hishammuddin Tun Hussein dikatakan memantau aktiviti SUARAM serta menyiasat dakwaan yang didedahkan oleh JMM.

Persoalannya apakah status siasatan tersebut, adakah ia diteruskan atau telah terhenti sebaik saja portfolio Kementerian Dalam Negeri bertukar menteri bertanggungjawab?


Pada siapa soalan ini harus diajukan.

Adakah KDN masih memantau aktiviti SUARAM atau ia sudah dihentikan?

Memandangkan DS Zahid Hamidi sibuk membantu sekelompok kaum cina DAP yang sebelum ini malu menjadi warganegara Malaysia sehingga bertindak mengoyakkan pasport Malaysia kita tangguhkan dulu persoalan berkaitan SUARAM.

Hahaha...

Arios...!


Friday, May 17, 2013

Selagi Ada Ghani Patail....

Tahniah! buat DS Zahid Hamidi kerana dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri...

Gabungan DS Zahid Hamidi dengan KPN yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dilihat 'tag team' yang mantap untuk memulihkan semula imej KDN dan juga PDRM.

Rakyat mungkin sudah bosan melihat peringatan (baca amaran) yang dilaungkan setiap kali pihak pembangkang mencetuskan kekacauan. Kini rakyat mahu kata-kata ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Kerana hari ini kita melihat undang-undang bukan saja dicabar oleh pihak pembangkang, malah ia telah dicabuli sehingga rakyat beranggapan kerajaan dan polis 'takut' bertindak ke atas pihak pembangkang.

Namun tindakan MDN dan KPN menjadi sia-sia jika Ghani Patail (AG) terus menerus GAGAL membuat pendakwaan setiap kali kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.


Pendek kata...

Mampukah KDN mengeluarkan 'taring' & 'kuku' mereka selagi Ghani Patail tak berundur?

YY : Tunggu 'taring' KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar gigit Ghani Patail...

Saturday, February 23, 2013

#RCISabah : Lagi Fakta Yang Tidak Disiarkan - 1.1 Juta Nama Pemilih Dikeluarkan Oleh SPR!


Sambung kembali Prosiding Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah yang memulakan prosiding pertama pada 14 Januari yang lalu, manakala prosiding kedua diadakan 29 Januari hingga 1 Februari sebelum menyambung prosiding ketiga yang berlangsung 22 Februari hingga 23 Februari 2013. (hari ini)

Laman blog ini antara yang mengulas kenyataan saksi tanpa 'spin' sebagaimana dilakukan oleh Malaysian Insider, rujuk [artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4, artikel 5, artikel 6, artikel 7]

Prosiding ketiga RCI yang berakhir petang tadi mendengar kenyataan dari 8 orang saksi iaitu SP56 hingga SP62 - seperti biasa pelbagai kenyataan direkodkan daripada saksi-saksi yang dipanggil.

Namun keterangan ada beberapa keterangan dan fakta penting dalam prosiding ketiga RCI yang memang tidak akan disiarkan Harakah Daily dan juga Suara Keldaian adalah mengenai 1.1 juta nama pemilih telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia atas pelbagai sebab.

Ok ini menarik, kerana SPR sering kali dilabel sebagai agen BN, SPR merestui orang asing mengundi serta banyak lagi fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada agensi tersebut.

Menurut saksi ke-58 (SP58) Shafee Sajat yang bertugas sebagai KPUS Bahagian IT, Suruhanjaya Pilihan Raya sejak tahun 2008, beliau memberitahu ketika menjawab soalan 51, 52, 53 dan 54 RCI dimaklumkan ;
Soalan : Untuk mengundi, bolehkah seseorang pemilih guna dokumen lain selain KP biru?  
SP 58 : Saya tidak berani beri kenyataan, takut tersilap. 
Soalan : Ada tak statistik pembersihan yang terkini   
SP58 : Ada buat statistik berdasarkan yang mana telah direkod dalam sistem sahaja, iaitu mulai 2005 hingga sekarang. Hingga suku ketiga 2012, seingat saya ada lebih kurang 1.1 juta dikeluarkan atas pelbagai sebab. 
Soalan : 1,133,279 untuk seluruh malaysia telah dikeluarkan dari daftar pemilih. Untuk Sabah, berapa? 
SP58 : 78,340 
Soalan : Boleh sahkan 979,943 adalah disebabkan oleh kematian?  
SP58 : Ya
1.1 juta nama pemilih dikeluarkan daripada jumlah tersebut sebanyak 78,340 nama pemilih telah dikeluarkan atas pelbagai sebab dan daripada 1.1 juta nama pemilih dari seluruh negara sebanyak 979,943 nama pemilih dikeluarkan atas sebab kematian.

Bersambung...

Thursday, January 31, 2013

#RCISabah : Terkini Lima Trivia JPN Buktikan @MahfuzOmar Tengok Surat Dalam Keadaan Khayal!


Artikel sebelum - [sini]

Kahkahkah...

Bila saya kata Mahfuz Omar dalam keadaan khayal seperti orang hisap gam, ada yang marah.

Nah stepek!

Lima trivia JPN untuk Mahfuz Omar dan Malaysiakini :




Jangan lupa kita perlu tuntut Wan Azizah, Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Nasution, dan Azmin Ali bagaimana mereka perolehi kerakyatan memandangkan Mahfuz Omar sendiri meragui kod 71.

Reformasi!

Hahaha...

Mahfuz Omar cer jawab 5 trivia buat YB tu...

Hahaha...

Surat kepala bapak ngko YB!

#RCISabah : JPN Lapor Polis, Kerana @MahfuzOmar - Wan Azizah, Zuraida, Saifuddin Nasution Kena Jawab!


Sambung dari artikel sebelum...[sini]

Sekejap lagi Ketua Pengarah JPN akan membuat satu laporan polis dengan lima trivia untuk membuktikan surat Mahfuz Omar palsu.

Ok... saya memuji langkah dan respon pantas oleh JPN memandangkan Pengerusi Suruhanjaya di Raja (RCI) tidak kisah media seperti malaysiakini dan malaysian insider putar keterangan-keterangan saksi.

Maka memang wajarlah pasukan JPN masuk gelanggang sekali.

Nampak meriah sikit 'perang media baru'...

Ok sambung mengenai surat yang didedahkan Mahfuz Omar semalam...

Ada beberapa peristiwa pelik yang berlaku semalam, yang dapat dikesan oleh pembaca laman malaysiakini sendiri.

Pertama : malaysiakini menyiarkan kenyataan Mahfuz Omar mengenai satu surat kononnya daripada JPN pada jam 2.24 petang semalam.



Selepas meneliti nombor rujukan serta kepala surat tersebut pihak JPN dengan pantas memberi respon pada jam 4.48 pm :


Jeng...jeng..jeng!

Apa yang berlaku selepas itu?

Satu-satunya artikel dikemaskini jam 5.30 petang semalam :


Selepas penafian JPN menerusi laman twitter rasmi milik agensi tersebut malaysiakini menerusi Zulaikha Zulkifli mengemaskini artikel asal yang ditulis oleh Nigel Aw pada jam 5.30 petang, di mana pada waktu itu gambar surat tersebut dikeluarkan.

Tetapi menariknya selepas dibidas (provokasi) ramai pihak menerusi laman twitter, laporan tersebut sekali lagi dikemaskini pada jam 6.40 petang di mana gambar surat palsu tersebut dimasukkan semula.

Hahaha...

Lap...talilap...tanplong!

Iklan biskut kata sekejap ada sekejap tak ada, apa motif malaysiakini itu tidak dapat dipastikan.

Tetapi yang pasti Mahfuz Omar sendiri mengatakan dia tidak pasti surat tersebut betul atau surat palsu. Ini langkah awal Mahfuz Omar untuk memastikan dirinya tidak didakwa jika JPN mengambil tindakan undang-undang di atas sidang media dia semalam.
"Saya tak tahu sejauh mana kebenaran surat ini tapi surat ini sampai kepada saya"
Bahasa mudah fahamnya adalah, berdasarkan artikel semalam masyarakat hanya melihat Mahfuz Omar memohon penjelasan bukan membuat tuduhan kepada JPN, tetapi segi politik motif Mahfuz Omar dan malaysiakini ialah memberi persepsi buruk kepada JPN dan kerajaan memandangkan banyak keterangan saksi dalam RCI semakin hari semakin tidak memihak kepada mereka.

Siapa kata Mahfuz Omar bodoh hanya kerana berkelulusan SRP?

Kejap...belum habis lagi.

Kalau memang bodoh tetap takkan nampak cerdik, maka bodohnya Mahfuz Omar semalam adalah ayat akhir sidang media tersebut :


Hahaha...

Disebabkan angka pelik 71 ini, saya juga memohon penjelasan daripada pemimpin-pemimpin PKR bagaimana mereka memperolehi kerakyatan.

Pertama Datin Seri Wan Azizah, perlu beri penjelasan bagaimana datin masuk ke Malaysia, adakah ibubapa datin menaiki sampan semasa masuk ke Malaysia atau datin masuk dengan cara yang betul?

Pergh...macam lawyer dalam RCI gua tanya beb!


Ada lagi malaun-malaun yang perlu beri penjelasan antaranya :




Saya sebagai rakyat Malaysia pemegang kad pengenalan biru, mohon penjelasan berdasarkan kenyataan Mahfuz Omar sendiri, bukan kerana apa, ia adalah untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia.

Reforbasi!

Hahaha...

Arios!

Saturday, January 26, 2013

PR Hanya Ajak Berdemo, Tak Bantu Saya Dapatkan IC - Reshina



"Pembangkang hanya ajak berdemo, tidak bantu saya dapatkan IC" - itulah kata-kata mangsa manipulasi PR ketika demontrasi di JPN yang mengatakan seramai 500,000 kaum India di negara ini tidak memiliki kad pengenalan atau 'stateless'.


Bila kerajaan bantu kaum India menyelesaikan masalah dituduh pula kerajaan memberi kerakyatan kepada warga asing untuk undi BN dalam pilihanraya.

Mudah jadi pembangkang di Malaysia, pendek kata kerja mereka hanya perlu membangkang setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama tiada satu cadangan yang lebih baik dikemukakan oleh mereka.

Patutlah orang kata pembangkang di Malaysia tidak berkualiti sebagaimana pembangkang di negara-negara lain.

Petikan Bernama :
Dua beradik B. Reshina, 18, dan B. Dinesh Kumar, 26, yang tercicir daripada mendapat MyKad hanya diperalat menyertai tunjuk perasaan tanpa mengetahui bahawa pembangkang tidak pernah membantu mereka memohon dokumen pengenalan diri. 
Perkara itu didedah Perunding Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) Datuk Siva Subramaniam, selepas majlis penyerahan MyKad kepada dua beradik itu oleh Menteri 
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, Jumaat.
Menurut Siva, dua beradik itu menyertai demonstrasi dengan harapan akan mendapat kewarganegaraan, tetapi hakikat adalah sebaliknya kerana pembangkang tidak pernah membantu mereka mengemukakan permohonan. 
“Setelah berurusan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes mereka berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu sahaja. Jadi saya minta pihak berkenaan tidak memperalat kaum India lagi,” katanya. 
Reshina sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila pembangkang mendakwa gadis itu berdepan masalah meneruskan persekolahan kerana status kewarganegaraannya, dan dijadikan alat untuk mengadakan demonstrasi di Jabatan Perdana Menteri pada Mei tahun lepas.
Ketika ditemui pemberita di sini, Reshina berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan MyKad. 
“Sebelum ini saya agak sedih kerana terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dengan menggunakan status warga asing. Dengan adanya MyKad ia akan memudahkan saya mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran,” katanya. 
Sementara itu, Hishammuddin ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyelesaikan 62,604 kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sejak 1997 hingga 2009, dan 44 peratus daripadanya mendapat kelulusan untuk hak kewarganegaraan. 
Selain itu, kementerian juga berjaya menyelesaikan 109,044 permohonan daftar lewat kelahiran yang tertunggak sejak 2005 hingga 2009. 
Hishammuddin berkata kementerian akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan proses dan permohonan berkaitan kewarganegaraan dan daftar lewat, termasuk mempergiat program turun padang terutama di Sabah, Sarawak, kawasan Orang Asli dan Siam serta program khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Wednesday, December 12, 2012

@NajibRazak Akan Hapuskan Kaum India Dengan Menolak Mereka ke Dalam Laut!- @PDRMsia Perlu Siasat Tuduhan MP Kapar @HishammuddinH20


Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu  pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.


Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22 sebagaimana video yang disiarkan sebelum :



Terjemahannya adalah :


Ini satu ucapan sial daripada S.Manikavasagam yang dia berniat untuk menghasut serta menakut-nakutkan kaum India kononnya BN akan hancurkan kaum India secara berperingkat dengan menolak ke dalam laut.

Justeru itu, pihak berwajib wajar menyiasat kenyataan ini kerana jelas ianya berbentuk hasutan dan fitnah!

YY : Rindu I.S.A

[VIDEO] : Kecoh! Putrajaya di Serang 300 Ribu Kaum India 'Stateless'.


Demontrasi 'Duduk & Bantah' di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya anjuran PKR hari ini nampaknya bertukar menjadi medan untuk mencaci dan mencerca PM DS Najib Razak selain meraih simpati politik dari kaum India oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Chua Jui Meng, Latheefa Kooya, N.Surendran, S. Manikavasagam.

Melalui ucapan-ucapan yang disampaikan, demontrasi yang disertai oleh 200 orang kaum India yang dibawa menaiki tiga buah bas ini lebih bermotifkan politik untuk memburuk-burukkan kerajaan demi menjayakan agenda pembangkang selain menghasut kaum India lawan dan jatuhkan kerajaan.

"Najib tipu, BN tipu, Pakatan Rakyat tak tipu" adalah laungan mereka selain poster yang bertujuan menghina PM DS Najib Tun Razak.

Malah dari penelitian saya, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa kerajaan sebenarnya telah membantu setiap kaum India ini untuk membuat permohonan kewarganegaraan berdasarkan beberapa dokumen dan surat sokongan dari parti kompenen Barisan Nasional MIC, MCA dan Kementerian Dalam Negeri sendiri.

Ini bermakna kerajaan telah cuba membantu menyelesaikan permasalahan mereka.

Kerajaan dah bantu melalui surat sokongan KDN - bukan salah kerajaan aney...


Mungkin kerana permohonan mereka telah ditolak di atas sebab-sebab tertentu serta terpaksa menunggu tempoh masa yang panjang menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dan diperkudakan oleh pembangkang.

Pakatan Rakyat sebenarnya telah mengambil kesempatan untuk cuba membangkitkan kemarahan masyarakat India sekaligus cuba meraih simpati mereka untuk memenangi PRU13.

Oh..mengenai angka 300 ribu kaum India yang dikatakan tiada kewarganegaraan, itu saudara kira sendiri jumlah para peserta demontrasi dalam video di bawah :



Ada 300 ribu tak...?

Wednesday, November 21, 2012

#PrayForGaza : @HishammuddinH20 & 1.1 Juta Skuad Muda #1KDN Bangkit Pertahan Gaza!


Antara tulisan di laman facebook milik DS Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri semalam dalam mengutuk perbuatan zalim Israel ke atas umat Islam di Gaza. Selain itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan Skuad Mudanya untuk membantu mengisi Tabung Kecemasan Gaza yang dikendalikan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), mulai semalam dan akan dilancarkan 8.30 pagi esok di KDN Putrajaya.



1KDN semarakan kedamaian!




YY : Orang sibuk kutip derma untuk bantu umat Islam, PAS sibuk dok doa umat Islam UMNO/BN hancur? Akai ada kaaa?

Tuesday, October 2, 2012

Menteri Dalam Negeri Kalah Lagi, Portal #SorosFund Malaysiakini Bakal Diterbitkan


Pembangkang selalu mengatakan mahkamah, hakim serta sistem undang-undang di Malaysia semuanya dikawal oleh BN dan bersikap tidak adil dalam membuat keputusan.

Ironinya banyak keputusan perbicaraan mahkamah memihak kepada pembangkang. Kes liwat contohnya Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan ke penjara kerana keputusan perbicaraan liwat II telah ditentukan oleh UMNO/BN.

Tetapi sebaliknya berlaku, di mana keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Semalam keputusan mahkamah sekali lagi berpihak kepada pembangkang.

"Tidak wajar dan tidak rasional" itulah keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam ketika membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang tidak memberikan permit penerbitan kepada portal pembangkang malaysiakini.

Ini bermakna dua kali Menteri Dalam Negeri kalah kepada pembangkang dalam perbicaraan di mahkamah. Sebelum ini kalah kepada BERSIH, dan kini Menteri Dalam Negeri kalah kepada portal malaysiakini.

Selepas ini penyebaran maklumat palsu dan bahan-bahan propaganda oleh malaysiakini yang menerima dana daripada  National Endowment For Democracy (NED) dan Open Society Institue (OSI)  ini, mungkin boleh diperolehi dalam versi bercetak di setiap kedai-kedai sekitar Lembah Klang dengan bayaran RM1.


Sekitar tahun 1950-an campur tangan dan manipulasi pihak asing menerusi badan hak asasi terbukti berjaya.

Jika diteliti penyaluran dana asing kepada malaysiakini oleh NED, ianya merupakan gerakan yang sama berlaku ke atas beberapa negara di Asean seperti Filipina, Vietnam, Laos dan Indonesia.

Bermula di Filipina pihak asing memainkan peranan melalui penyaluran maklumat palsu secara besar-besaran menerusi bahan kempen dan akhbar, menyeleweng sistem pilihanraya, membiayai serta menulis ucapan untuk calon pro-amerika dalam kempen pilihanraya negara tersebut.

Sekitar 1955 pula sejumlah USD 1 juta digunakan oleh pihak asing untuk membiayai kempen pilihanraya gabungan parti sederhana bagi menganggu dan mengurangkan sokongan rakyat Indonesia terhadap Presiden Sukarno.

Manakala di Laos pada tahun 1960 pihak asing terlibat serta campur tangan dalam sistem pilihanraya negara tersebut setelah pembangkang mendakwa pilihanraya negara tersebut tidak adil dan tidak telus (mirip tindakan BERSIH).

Pihak asing dipercayai zionis amerika terlibat dengan memasukkan kertas undi palsu untuk membantu kemenangan orang kuat mereka iaitu Phoumi Nosavan (pembangkang) bagi memastikan kerajaan pro-Amerika ditubuhkan di negara tersebut.

Gerakan licik yang dilakukan oleh agen asing telah berubah dan kini dikatakan mereka terus bergerak dengan berselindung melalui NED yang ditubuhkan kononnya menyokong institusi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan.



Jika rakyat Malaysia tidak peka dan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tidak mustahil kita turut menerima nasib yang sama sebagaimana yang berlaku ke atas Indonesia, Laos, Vietnam dan Filipina.

Selepas ini Kementerian Dalam Negeri usahlah kelam-kelibut hendak keluarkan sekatan atau permit terhad kepada malaysiakini, sebagaimana Harakah serta akhbar pembangkang yang lain.

Kerana pada hakikatnya kini akhbar pembangkang seperti Harakah, Suara Keadilan, Rocket boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dan dijual secara terbuka di mana-mana kedai.

Inilah akibat kerana terlalu berlembut demi mengambil hati semua pihak, kita takut untuk mengenakan tindakan terhadap setiap perkara yang melibatkan parti pembangkang walaupun ianya memberi kesan buruk kepada negara.

Wednesday, September 26, 2012

Hina Islam : Gopinath Sudah Mohon Maaf - Jadi @PDRMsia Tak Perlu Siasat, AG Tutup Mata?


"Sial...bro keling memang kurang ajar, rm20 pun sanggup tikam orang sampai kritikal!" - itulah ayat yang diluahkan oleh seorang mahasiswa kepada saya semalam ketika melawat seorang graduan UPSI yang ditikam sebanyak 3 kali oleh lelaki India dalam satu kejadian samun di Tg.Malim semalam.

Alhamdulillah, mangsa dilaporkan selamat selepas dirawat di Hospital Slim River. Namun bagi saya tidak semua rakan berbangsa India kita bersikap begitu, dan adalah tidak adil untuk kita menghukum kaum India sehingga mencetuskan satu ketegangan yang bersifat perkauman.

Kisah tersebut boleh dibaca melalui laman UPSIDaily [sini]

Itu kisah di Tg.Malim, pagi tadi pula antara sms yang saya terima,
"bro apa cerita budak hina Islam tu, nak kena libas ke?"
"bro... dah mintak maaf, takan dibiar macam tu jer, kdg2 kena ajar, dorang makin melampau!"
"sial keling ni der, dah banyak kali agama kita kena pijak-pijak, PDRM buat apa?"
Sms di atas adalah reaksi rakan-rakan saya berhubung isu seorang lelaki India yang dikatakan menghina Islam melalui laman facebook. Gopinath Jayaratnam menulis komen di laman facebooknya :


Benar, komen di atas cukup biadap lebih-lebih lagi ianya dibuat ketika hati umat Islam terhiris kerana filem 'Innocence Of Muslims'. Mungkin disebabkan itu dilaporkan kediaman Gopinath telah diserang oleh pihak yang tidak dikenali malam tadi.

Semalam juga Gopinath memohon maaf di atas komen yang disiarkan di laman facebooknya dengan mendakwa akaun beliau diakses oleh orang lain :


Seronok tinggal di Malaysia, rakyatnya pemaaf tidak seperti negara-nagara lain. Di Malaysia setiap perbuatan yang melibatkan perkauman atau sensitif terhadap agama dapat diselesaikan dengan satu permohonan maaf.

Hahaha...

Seingat saya di Seremban sebelum ini satu kejadian membaling botol arak ke dalam sebuah surau oleh tiga remaja cina juga dimaafkan selepas ibu bapa mereka memohon maaf. Tetapi ironiknya pemuda melayu yang membakar gereja beberapa tahun lalu dikenakan hukuman penjara.

Ulangi kes melibatkan Ngeh Koo Ham di mana beratus laporan polis juga selesai dengan hanya satu permohonan maaf. Tiada penahanan, tiada pendakwaan, tiada rakaman percakapan ianya selesai selepas mohon maaf.

Nak salahkan polis tak boleh juga, mereka hanya buka kertas siasatan selepas itu diserahkan kepada pendakwaraya (AG) untuk membuat pendakwaan.

Selepas ini bolehlah kita hina mana-mana agama, kita kencing atas tokong, kita berak atas kubur cina, kita baling air kencing ke dalam gereja, kita komen hina agama Hindu, Buddha, Kristian.

Selepas puas menghina kita kata akaun kita kena 'hacked' dan mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Kes tutup, AG pun tak perlu susah-susah ke mahkamah.

Tak begitu Ghani Patail?

Macam mana orang mahu takut dengan undang-undang jika penguatkuasa undang-undang sendiri pun takut gunakan kuasa yang mereka ada?

Monday, January 30, 2012

[FOTO] : Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Mangsa Banjir Oleh DS @HishammuddinH2O


Pagi tadi majlis penyerahan kunci kepada mangsa banjir di Kluang, Johor oleh Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong berjalan dengan lancar.

Foto di Sekitar Majlis Penyerahan Kunci


DS Hishammuddin berbual bersama-sama seorang mangsa banjir yang menerima bantuan dari kerajaan.
Abdul Rahman Bin Said - penerima kunci rumah dari Kg. Seri Cahaya Kluang, Johor
Syukur - Mangsa banjir Sahran Dol memeluk DS Hishammuddin sebagai tanda penghargaan terhadap bantuan yang diberikan.
DS Hishammuddin bergurau senda dengan anak seorang mangsa banjir yang menerima kunci rumah.
Jangan salah anggap, saya tidak menerima sebarang bayaran istimewa untuk mempromosikan DS Hishammudin Tun Hussein. Kerana di pihak KDN mungkin sudah ada pasukan khusus yang dibayar secara bulanan untuk menerangkan serta mempromosikan setiap program DS Hishammuddin Tun Hussein.

Tapi pasukan yang dibayar khas ini dilihat tidak mampu untuk mempromosikan bos mereka sendiri, jika promosi aktiviti bos sendiri pun tak mampu. Usah haraplah mereka mampu menerangkan beza antara kuasa AG dan kuasa Menteri Dalam Negeri.

Tapi nanti-nantilah kita tulis secara 'details'...

Tak gitu Datuk Markiman Kobiran...?

Hahaha...

YY : 'Signal' pertama!

Wednesday, January 25, 2012

[FOTO] : Lawatan & Taklimat Pusat Simulasi Latihan Menembak Skuad Muda RELA di KBS Oleh DS @HishammuddinH2O & DS @ShaberyC


Foto sekitar Majlis Taklimat dan Lawatan di Pusat Latihan Menembak Skuad Muda RELA oleh Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein yang turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan DS Shabery Chik serta Timbalannya Dato Razali Ibrahim petang tadi.
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal