NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 27, 2010

Isu Adun PAS 'Zina' : 7 Hari Berlalu....


Nampaknya dunia politik selepas tsunami 2008 dilihat selalu dilanda kontoversi, bermacam kontroversi terjadi baik di pihak BN atau pun PR.

Namun yang paling menarik perhatian sudah tentulah pendedahan 'hujung tahun' iaitu isu Adun PAS Selinsing yang dikatakan ditangkap 'berzina' di dalam koc keretapi oleh Ustaz Saidi. Pendedahan yang dibuat oleh blogger PapaGomo tempoh hari dilihat telah membuat banyak pihak gelabah.

Hari ini saya tidak mahu mengulas sama ada  benar atau tidak Adun Selinsing itu 'berzina' kerana tidak melihat dengan mata kepala saya sendiri. Namun saya cuma tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh puak PAS bahawa ini semua fitnah jahat blogger untuk 'membunuh karakter' Adun terbabit.

Di sini saya hendak tanya hebat sangat ke Adun Selinsing ini sehingga perlu menjalankan misi 'membunuh' karakter beliau? Besar sangatkah pengaruh Adun PAS ini sehingga perlu UMNO menjatuhkan beliau?

Jika ini dikatakan fitnah jahat UMNO, saya melihat UMNO terlalu 'bodoh' sehingga memilih Adun PAS yang tidak popular untuk 'dibunuh' karakternya. Kenapa tidak pilih Husam Musa ke, Mahfuz Omar ke?. Kenapa perlu Adun ini yang dipilih? Kenapa? Kenapa?

Kalau benar difitnah, hari ini genap 7 hari berlalu namun sehingga ke saat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat oleh Adun terbabit. Apa yang cuba disembunyikan oleh Adun terbabit dan PAS Kelantan?

Bermacam cabaran dibuat oleh pihak blogger, sehingga ada yang mencabar supaya Adun terbabit menjalani ujian DNA dengan anak pasangan 'khalwat' beliau yang berusia 7 tahun yang dikatakan berwajah seiras Adun Selinsing ini. Kasihan kanak-kanak terbabit akibat kegagalan Drs.Saipul bertindak dirinya sekali turut terheret sama.
 
Kenapa Drs.Saipul tak mahu bertindak? Kenapa? Apa yang bimbang sangat jika benar Drs.Saipul mangsa fitnah?

7 hari berlalu, saya inginkan kebenaran. Kalau Drs.Saipul di pihak yang benar tampillah bertindak terhadap blogger terbabit. Jangan biarkan perkara ini senyap dan sepi tanpa sebarang tindakan.

4 comments:

BasiRoN97 said...

kahkahkah.....kejap kata sebelum pru 12...kejap kata 2007...kejap kata 2002...kejap kata 2000...

skrg ni anak dh 7 tahun la pulak.....kahkahkah.....

ingatlah....fitnah lebih besar dosanya dari membunuh...

sanggup ke pikul masuk dalam kubur nanti?...

kalau berita ini betul....semoga Allah memberikan balasan setimpal kepada beliau....

tapi sekiranya berita ni fitnah semata-mata, berbaloikah anda menjadi sebahagian pemegang saham penyebaran fitnah ini?....

Yuseri Yusoff said...

Terima Kasih Basiron97,

Ada bagus anda menyeru supaya Adun tersebut bertindak, sekurangnya 'fitnah' ini dapat di tutup.

Salam.

Anonymous said...

Salam,

Klu pemengang kunci pintu syorga Tuan Garu Nicky Ajis kata dosa ADUN ni dah diampunkan ALLAH maknanya mmg ADUN ni buat la perkara tue yea?..

Bukan saya cakap, Tuan Garu Nicky Ajis yang ckp..

Kesiankan bila kene jer kat bantang hidung juak PIS semuanya konspirasi, fitnah, UMNO nak jatuhkankan dia..tapi klu khabar2 angin tantang pemimpin kerajaan satu Malaya juak2 ni canang...aper kes..

Juak2 dan pemimpin agong PIS jer la yang suci murni leh masuk syurga...

Habis la umat Islam ada seluruh dunia x dapat tempat disyurga nanti..

pengali kubur said...

Kalau berdiam diri bermakna betui macam meminang kalau diam tanda setuju kalau dimahkamah kalau berdiam diri tanda nya bersalah kalau fitnah saman jangan tunggu lama lama nanti seju beku kalau betui anda perlu letak jawatan sebagai YB org melakukan dosa besar tak layak menjadi wakil rakyat kawasan itu tiada berkat dan org yg berada dikawasan itu menanggung dosa kering kerana perbuatan yb yg mereka pilih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...