NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, December 7, 2010

GEMPAR : Din Puduraya di Ratah "JERUNG"


Macam kebiasaan setiap kali kes-kes melibatkan para pemimpin BN dibawa ke mahkamah, setiap kali itu juga bermacam fitnah dan tohmahan daripada pemimpin pembangkang kepada pihak kerajaan. Dan yang tengah hangat diperkatakan sekarang sudah tentu kes melibatkan mantan Menteri Besar Selangor iaitu Dato Seri Dr. Khir Toyo yang dakwa dimahkamah semalam atas dakwaan rasuah.

Hari ini Salehuddin Ayub atau nama glamour beliau Din Puduraya yang menjadi MP atas ehsan penduduk Kubang Kerian ini cuba mengatakan kes melibatkan Khir Toyo hanyalah 1% dari kes 'jerung'. Saudara pembaca boleh merujuk laporan Haprakdaily di sini

Ya memang betul apa yang Din Puduraya ini perkatakan kes melibatkan Khir Toyo hanyalah 1% daripada kes-kes 'jerung' yang ada dalam negara kita. Oleh hal demikian, saya sarankan Din Puduraya mendesak pihak SPRM untuk menyiasat juga 'jerung' daripada kalangan mereka.

Jerung yang saya maksudkan ialah 'jerung' yang bernama Anwar Ibrahim, tidak hairankah Din Puduraya bagaimana Anwar yang keluar daripada penjara dapat membina mahligai bernilai RM7 juta sebagaimana didakwa oleh Lokman Adam dalam setiap kali ceramah beliau. Malah hari ini juga Lokman Adam mempersoalkan perkara yang sama di laman twitternya :





Kes 'jerung' yang berikutnya adalah 'jerung' berserban yang dilihat banyak berkeliaran di Kelantan, malah pernah didakwa oleh SPRM dimana kesnya sehingga ke hari ini sunyi tanpa sebarang berita. 'jerung' di Kelantan ini pernah dituduh terhadap dua pertuduhan yang sepatutnya cukup untuk membuatnya merengkok dalam penjara.

(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.

(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Apa jadi dengan kes 'jerung' berserban ini Din Puduraya? Tiada sebarang berita pun sampai ke saat ini, bersalah ke tidak? Di bawa ke mahkamah ke tidak? 

Jadi bagi saya, adalah lebih elok sekiranya Din Puduraya turut mendesak SPRM menyiasat sekali 'jerung-jerung'. Yang saya nyatakan. Jadi Din Puduraya, berani ke kamu mendesak SPRM melakukan siasatan terhadap dua 'jerung' yang saya sebutkan itu? Atau telur Din sendiri sudah dimamah oleh 'JERUNG' yang bernama Anwar Ibrahim??

2 comments:

Anonymous said...

KLU PUAK JUMUD TU BKN KES JERUNG LAGI BROO..TP MOYANG SEGALE JERUNG!..LAGI BUSATTT WOOOOO!! KEHKEHKEH

jiwakita said...

salam....

jika pemimpin BN..jerung...klu
pemimpin PR...yu kot?

tapi tunggu masa jer tu...bagi
ruang secukupnya SPRM siasat
agar bukti ketat dan padat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...