NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Umi Hafilda. Show all posts
Showing posts with label Umi Hafilda. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

[VIDEO] : @AzwanNur Berdamai Dengan Ummi Hafilda Selepas 7 Tahun Bergaduh...


Bila lihat keadaan keluarga ini, kadang-kala boleh jadi bengong...

Filem P.Ramlee 'Keluarga 69' pun tak 'sehebat' aksi keluarga ini...

Semuanya berantakkan, bermusuhan gara-gara seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim...

Walau apa pun kita doakanlah yang terbaik...

Malas nak puji si Azwan Ali walaupun dia 'sebak' dalam sidang media tadi, maklumlah bukan kita tak biasa hari ini bermaaf-maafan esok lusa keluar balik ayat 'biadap' dari mulut dia...

Dari youtube :
Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini. Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin. 
"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.

Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir. Azwan Ali juga dilihat menangis 'Sebak' bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis. 
Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.
Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau. 
P/S:Kami doakan semoga Azwan dan Ummi berbaik semula dan bersatu sebagai keluarga.Tinggal sorang lagi tak tau bila nak insaf.
YY : Tahu kau nokkk takut dengan polis... keh3... orang tua cakap mulut mau jaga la nokkk! kikikiki.. eh apasal ambo pun cakap macam azwan... ahh gila!

Wednesday, January 19, 2011

Amboi..Amboi..Amboi.. Azwan Bidas Ummi Hafilda?


Amboi.... Amboi...Amboi..

Semalam dengar khabarnya si Azwan Ali pengacara tersohor seantero Malaysia bidas kakak beliau si Ummi Hafilda di laman twitternya.

Macam - macam perkataan kesat ditulisnya, suruh orang 'go to hell' lah, suruh orang cermin dirilah. Amboi.. amboi.. amboi garang betul abang Azwan Ali sekarang yer? Azwan Ali juga cakap, "badan ko penuh dengan dosa dan najis jijik? Nak saman owang juta - juta, sah puaka memalukannn" (Boleh rujuk gambar di atas).

Amboi..Amboi..Amboi..

Azwan Ali ini macam suci sangat dengan mengatakan badan orang penuh dosa dan najis jijik. Cubalah kamu cermin diri kamu sendiri dulu Azwan, tang mana bersihnya kamu? Umum rakyat Malaysia tahulah yang kamu itu suka berpakaian wanita, suka bermekap mengalahkan wanita. Ada hati hendak cakap pasal dosa dan pahala?

Setahu saya, pada kes tahun 1998 dulu, muka kamu jugalah yang berkepit dengan Ummi Hafilda itu kan? Ke hulu ke hilir kepit kakak kamu, maklumlah masa itu kakak kamu menjadi buruan pihak media, jadi bolehlah kamu tumpang sekaki dan secara tidak lansung kamu pun akan turut sama 'glamer' tidak gitu abang Azwan Ali? Di bawah ini gambar siapa?


Amboi.. Amboi.. Amboi..

Gambar siapa di atas yang senyum lebar ini? Oh gambar pengacara tersohor di Malaysia si Azwan Ali rupanya. Kenapa senyum lebar di samping Ummi Hafilda? Dan semalam kamu tiba-tiba menghentam Ummi Hafilda dengan kata-kata kejian pula?

Kenapa agaknya kamu bertindak hentam Ummi Hafilda secara tiba-tiba walhal pada tahun 1998 kamu yang selalu berkepit dengan beliau? Oh rupanya Ummi Hafilda sekarang tiada apa-apa projek untuk diberikan kepada kamu? Opss ini bukan saya cakap, kamu sendiri yang cakap.

"ANTARA JASA BESAR YB AZMIN ALI ....KEPADA AZWAN ALI??? INGAT LAGI U ALLZ...SEBAIK MELETAK KAN JAWATAN TETAP DI TV3.....YB AZMIN ALI LAH YANG MEMPERKENAL KAN AZWAN ALI DENGAN PIHAK PENGURUSAN STESYEN UNGGUL BERBAYAR NI......MASA TU AZMIN MASIH DENGAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL !!!
KALAU TAK KERANA LUBANG LUBANG NIAGA OLEH YB AZMIN ALI....MUSTAHIL AZWAN ALI DAPAT BERKARYA DAN MENCARI REZEKI BERKARYA YA??? TQ TQ TQ LAH MY DEAR BROTHER......SEMUA TU MENJADI MEMORI PALING BERHARGA DALAM HIDUP AZWAN ALI.......AMINNNNNNNNN............"


Bacaan lanjut tulisan pengacara tersohor Azwan Ali boleh klik SINI

Rupanya sebab dapat projek yang diperkenalkan oleh abang kamu si Azmin Ali sebab itulah sekarang kamu lakukan 'swing' 360 darjah dengan menghentam kakak kamu pula? 

Amboi..Amboi..Amboi..

Lepas diperkenalkan oleh Azmin Ali kepada pihak pengurusan stesen berbayar tersohor terus manusia ini hentam kakak beliau sendiri? Bolehkah kita percaya manusia jenis ini?

Dan kamu siapa untuk bercakap pasal dosa dan pahala? adakah diri kamu betul-betul bersih dan suci dari sebarang noda wahai si Azwan Ali pengacara tersohor?

Kalaulah tindakan saman ini satu perkara yang memalukan, setahu saya kamu juga suka saman orang setiap kali ada masalah dengan rakan-rakan artis kamu? 

Jadi Azwan Ali, fokus sahajalah di bidang kamu iaitu bidang hiburan, biarlah Ummi Hafilda teruskan perjuangannya mendedahkan kemunafikan Anwar Ibrahim.


Amboi..Amboi..Amboi...





  

Wednesday, January 12, 2011

Ingatkan Anwar Ibrahim Dengan Karpal Sahaja, PAS Pun Turut di Saman Umi Hafilda RM700 Juta?

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

"Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

"Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

"Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

"Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula," tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

"Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

"Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan," katanya.



Double Y : Semalam saya ada tulis mengenai hal saman-menyaman ini, pada awalnya saya ingatkan RM100 Juta sahaja, rupanya RM700 Juta?
Ingatkan Anwar Ibrahim dengan Karpal Singh sahaja, rupanya PAS pun terheret sekali.

Totok PAS nak kata apa? Kalau Umi Hafilda ini fitnah, agak-agak kenapa dia begitu berani mengemukakan saman terhadap mereka ini?
Fikir-fikirkan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 11, 2011

Sah : Anwar Ibrahim Bakal di Saman Umi Hafilda RM 100 Juta???


Semalam saya ada menulis mengenai Umi Hafilda Ali akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari khamis ini 13 Januari 2011.

Artikel ringkas semalam mendapat bacaan seramai 867 pembaca ini jelas menunjukkan ramai pihak ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh Umi Hafilda Ali pada hari khamis ini. Rupanya beliau hendak bertindak menyaman Anwar Ibrahim kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 untuk mengarahkan polis Cawangan SB menangkap dan memaksanya membuat pengakuan bersumpah palsu.

Saya difahamkan bahawa Karpal Singh turut akan diheret sama ke dalam saman ini kerana Umi Hafilda Ali mendakwa Karpal Singh telah bertindak mempermainkan anak guamnya sendiri iaitu Azizan Abu Bakar pada tahun 1997.

Jika sebelum ini kita asyik dengar Anwar Ibrahim dan Karpal Singh je yang sibuk saman menyaman ini, kali ini mereka pula akan disaman oleh Umi Hafilda, berapa nilai saman buat masa ini saya tidak mendapat sebarang maklumat. Tapi berkemungkinan besar RM100 juta.

Sebelum ini Umi Hafilda sudah banyak kali mencabar Anwar Ibrahim saman beliau jika kesemua pendedahan yang dibuat beliau adalah palsu, nampaknya Anwar Ibrahim takut akan kebenaran dan kini keadaan sudah terbalik, Umi Hafilda pula bertindak menyamannya kerana menyalahgunakan kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Saya difahamkan Umi Hafilda sudah menghubungi semua 'mainstream' media, untuk memaklumkan tentang sidang media yang akan diadakan pada hari khamis ini.

Anwar Ibrahim, Karpal Singh sudah tentu akan disaman, saya tertanya-tanya adakah abangnya iaitu Azmin Ali akan diheret sama dalam saman ini?

Kita tunggu hari khamis ini 13 Januari 2011.

Macam Parpu selalu cakap : " Cili Kasi Taruk"! Hahahahaha..

Semoga Allah merahmati anda Umi Hafilda Ali. Bloggers tetap bersamamu....

Monday, January 10, 2011

TERKINI : UMI HAFILDA AKAN MELETUPKAN SATU LAGI BOM?


Salam 1 Malaysia buat semua pembaca blog Double Y.

Ini adalah maklumat yang baru saya terima sebentar tadi mengatakan bahawa srikandi negara Umi Hafilda Ali iaitu adik kepada Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari khamis ini.

Umi Hafilda Ali adalah orang pertama yang menulis surat kepada Tun Mahathir Mohammad mengenai salah laku Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Kini beliau muncul kembali untuk melawan munafik nombor 1 negara iaitu Anwar Ibrahim dengan laman blognya di http://srikandi7.blogspot.com/

Apa yang akan dilakukan Umi Hafilda Ali pada hari khamis ini? Adakah Umi Hafilda akan mendedahkan perkara yang baru?

Ingat khamis ini, satu sidang media Umi Hafilda akan diadakan, untuk apa dan kenapa. Saya tidak boleh dedahkan buat masa ini.

Tapi dijangka PANAS..PANAS..PANAS..

Saturday, December 18, 2010

Surat Ummi Hafilda Kepada Tun Mahathir di Dedahkan.


Mungkin ada daripada kalangan kita yang tidak pernah membaca kandungan surat yang dikirimkan oleh Ummi Hafilda Ali kepada Tun Mahathir Mohammad pada tahun 1997. Mungkin ramai di kalangan anak muda tidak pernah tahu apa isi kandungan surat yang bertarikh 5 Oogos 1997 itu.

Bagi saya kandungan surat inilah yang menyebabkan terdedahnya kemunafikkan Anwar Ibrahim sehingga membawa jatuhnya beliau daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kandungan surat ini mempunyai beberapa perbualan diantara Shamsidar dengan Anwar serta pengakuan bekas pemandu peribadi Anwar Ibrahim iaitu Azizan Abu Bakar.

SILA KLIK WARKAH KERAMAT BUAT PM

Monday, December 13, 2010

PANAS : UMI HAFILDA BERBLOG, ANWAR AKAN 'CHECK MATE'?

Pagi ini saya membelek-belek blog untuk mengikuti isu-isu politik yang berlaku di sekeliling kita, akhirnya saya terjumpa akan satu blog. Blog yang ditulis oleh Umi Hafilda Ali yang menggelarkan dirinya sebagai srikandi. Bagi saya gelaran ini memang layak buat beliau, kerana hasil tulisan beliau setebal 19 muka suratlah yang membawa jatuhnya munafik nombor satu di Malaysia Anwar Ibrahim.

Jom ikuti tulisan beliau :


Segalanya telah tersurat dan tersirat. Tiada siapa menyangka surat yang di tulis oleh seorang gadis biasa berusia 28 tahun ketika itu mengenai Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal 19mukasurat bertarikh 5 hb Ogos 1997 akhirnya telah mengundang satu ledakan Hiroshima yang tiada siapa dapat menduganya yang akhirnya telah membawa kepada satu perubahan besar kepada senario politik tanahair negara.Itulah takdir namanya. Kun Fa Ya Kun apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah ia tanpa siapa dapat menghalangnya

Apakah mungkin seorang gadis biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam tampuk kepimpinan mahupun parti apatah lagi bukannya datang dari keluarga yang berpengaruh mampu mengoncang kedudukan seorang TPM yang begitu terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia .

Namun ketajaman mata penanya dan fakta fakta serta bukti bukti yang dilampirkan telah mengundang satu suasana paling kontroversi pernah berlaku di dalam negara mahupun kepada penulis surat keramat itu.

Demonstrasi di sana sini,rakyat yang hilang hala tuju dek kerana propaganda insan munafik menjadi ganas , keadaan tidak terkawal , negara berada diambang kehancuran apatah lagi dengan kemelut ekonomi yang begitu meruncing dan desakan serta tekanan dari Amerika menambahkan lagi keadaan huru hara ketika itu. Index saham jatuh keparas terendah 200 index berbanding sebelumnya iaitu 1400index. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah 150syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham akhirnya gulung tikar. Kadar peratusan pinjaman rumah dan kereta mencecah belasan peratus.

Mujurlah ayahanda Mahathir mengambil pelbagai tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan diantaranya dengan perlantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan bagi menstabilkan keadaan dimana dalam tempoh 6 bulan sahaja index kembali pulih ke paras 600 index dan seterusnya mengheret si pengkhianat kemuka pengadilan dan akhirnya si pengkhianat terhumban 6 tahun ke dalam penjara. Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa bersejarah yang sukar di lupa oleh rakyat yang hidup di zaman tersebut apatah lagi kepada penulis pena perihal salahlaku TPM ketika itu, kerana terlalu banyak pengalaman yang begitu pahit , sedih dan ngeri yang harus di tanggung bersendirian demi sebuah perjuangan dan kasihnya sri kandi kepada agama, bangsa dan negara.
Dipendekkan cerita hikayat Al Anwar Al Sheikh Al Karut sesungguhnya si penulis surat keramat tersebut telah mengalami pelbagai trauma , kepayahan, kepedihan yang tidak mampu ditanggung oleh mana mana gadis sebaya dengannya ketika itu mahupun belia ataupun di kalangan orang politik sendiri.Inilah yang dinamakan Perjuangan Sri Kandi demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Tapi siapalah tahu apa yang dialami oleh sri kandi dalam menegakkan kebenaran dan jihad yang agung ini demi kepentingan ummah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul sedangkan ramai di atas sana yang memegang pelbagai jawatan raksasa hanya tahu mendabik dada seolah olah lembu punya susu sapi mendapat nama .

Sesungguhnya bukanlah sri kandi ingin mendabik dada namun perjuangan ini tidak dapat dinilaikan atau dibandingkan sama sekali dengan wang ringgit. Bayangkan kalau si pengkhianat menjadi PM ketika itu apa akan jadi pada negara? Negara dan ummah akan hancur , anasir kuasa asing mungkin akan bermaharajalela , negara hilang berbillion ringgit dalam sekelip mata. Namun alhamdulilah mengapa allah memilih saya di antara berjuta manusia untuk berjuang dengan jihad yang hebat ini yang tiada tolok bandingnya di alaf siber.Ini bukan kata kata saya, tapi datangnya dari seorang ulamak tersohor Indonesia Ustaz ArRahman Al Hafiz bahawa jihad ini amat mulia iaitu menentang kemungkaran seorang pemimpin ketika dia sedang berkuasa.
 
 
Hayatilah kepayahan serta kesukaran yang dialami oleh Umi Hafilda selepas kes pendedahan mengenai salahlaku Anwar Ibrahim didedahkan beliau. 
 
Semoga Umi Hafilda terus tabah meneruskan kehidupan.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal