NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, December 28, 2010

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Penipu Besar!

GEORGE TOWN: Penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, yang berdepan dengan pengusiran, hari ini meluahkan rasa marah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang diteraju DAP kerana gagal menepati janji.

Seorang penduduk Mohd Khir Mohd Sai, 44, berkata, sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berjanji dengan mereka untuk menyelesaikan isu pampasan itu.

"Mereka berjanji sebelum Hari Raya Aidilfitri mereka akan bantu kami tetapi sehingga hari ini masih tidak ada penyelesaian berkenaan isu itu dan kami juga tidak berpeluang bercakap dengan Lim atau Ooi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dia yang mewakili penduduk di situ mendakwa hanya 17 keluarga di kampung itu yang menerima pampasan daripada pemaju, manakala 14 lagi masih menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri.

"Kami sekarang terkapai-kapai, tidak tahu apa yang harus dilakukan," katanya menambah mereka harus berpindah dari kawasan itu sebelum tarikh akhir perjanjian iaitu 27 November ini.

Difahamkan,kampung berusia 100 tahun itu akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman apartmen oleh pemaju dari Kuala Lumpur

Sumber : Mstar Online

Double Y : Tak cukup dengan menipu penduduk Kg. Buah Pala, DAP cuba menipu penduduk Kg.Asam pula.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...