NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 13, 2010

Dulu Roadshow Liwat, Sekarang Roadshow Wikileaks Pulak?

Ketika Barisan Pemuda BN sibuk mengadakan Roadshow 'JOM' untuk membaik-pulih rumah-rumah di seluruh Malaysia, lain pula dengan brader Anwar Ibrahim. Jika dahulu beliau bertindak mengadakan roadshow liwat untuk menerangkan kononnya tuduhan liwat ke atasnya adalah satu konspirasi kali ini brader Anwar Ibrahim akan jelajah lagi. Jelajah kali ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat tentang pendedahan yang dibuat oleh wikileaks.

Nampaknya brader Anwar Ibrahim cukup gemar mengheret rakyat ke dalam skandal peribadi beliau. Memetik laporan yang disiarkan di Harakahdaily. Siri roadshow kali ini dikhabarkan akan diadakan di seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember 2010. Baca laporan harakahdaily di bawah :

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks,  hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok,  Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula.  Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke  Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai  Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru,  Batu Kawan,  Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Alahai brader Anwar ini, tak perlu keluarkan begitu banyak kos untuk adalah siri jelajah, cukuplah brader Anwar berdepan dengan Saiful di mahkamah. Kenapa perlu menunda perbicaraan sehingga 27 kali? Jika brader Anwar dipihak yang benar hadapinya di mahkamah. Nak takut apa?

Lagi sekali kita cabar, kalau betul pendedahan wikileaks itu satu pembohongan, kita minta Anwar saman saja akhbar berkenaan. Jangan lupa saman Ezam dan Nallakaruppan sekali yer..

Al-Juburi harus bertaubat!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...