NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Syarikat Penyapu Cina Sapu Tender Komputer 1Malaysia - Bukti #TERAJU Tak Bantu Usahawan Melayu/Bumiputera!


Apabila menonton pencapaian 2 tahun TERAJU tentu kita beranggapan bahawa TERAJU telah sempurna melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Pendek kata semuanya indah-indah belaka, tiada sebarang cacat-cela. Seolah-olah TERAJU antara unit yang sukses memainkan peranannya.

"Kalau nak tolong orang, mau tolong betul-betul"

Sepanjang dua tahun - TERAJU akhirnya terbukti berjaya melincirkan perjalanan syarikat 'ali-baba' untuk meraih tender Komputer 1Malaysia.

Artikel saya sebelum ini mendedahkan 25 syarikat yang meraih tender Komputer 1Malaysia, belum saya keluarkan perincian syarikat tersebut. Blog Tun Faisal nampaknya terlebih dahulu mengesan latar belakang syarikat tersebut.

Syarikat penyapu antara yang berjaya mendapatkan tender Komputer 1Malaysia - tidak hairanlah jika pemilik Komputer 1Malaysia mengadu bahawa mereka gagal untuk menghantar servis selain gagal tuntut warranty apabila Komputer yang dibekalkan oleh kerajaan itu mengalami kerosakkan.

Macam mana nak ada kedai servis komputer kerana urusniaga yang dijalankan salah satu syarikat yang membekalkan Komputer 1Malaysia adalah menjual pelbagai jenis penyapu!

Hahaha!


RUYI VENTURES SDN BHD
Lot 2, Block H, Bandar Ramai Ramai
P.O. Box 2303,
90726, Sandakan, Sabah.
Tel: 089-622139/ 229363 / 012 – 8188339
Fax: 089-622239 / 089 226933
ruyiventures@gmail.com
 PIC: Margaret Voon Lee Ching (Director) 
Nak tahu latar belakang lagi 13 syarikat cina yang memperolehi tender Komputer 1Malaysia Fasa 4A klik [S.I.N.I]

Sebelum tengok syarikat 'ali-baba' - kita tengok dulu cerekarama yang ditayangkan oleh TERAJU mengenai pencapaian mereka sepanjang 2 tahun :



Saya nak pulangkan semula kata-kata dalam video di atas ;

"Kalau nak tolong orang, musti mau tolong betul-betul"

Hei bro Husni...

Kalau nak tolong usahawan Bumiputera, mesti tolong betul-betul - takkan syarikat melayu/bumiputera tewas kepada syarikat penyapu milik cinabeng?

Nampaknya sangat Husni jenis manusia syok sendiri!

Episod akan datang mengenai dana RM223.8 juta yang diluluskan kepada 35 syarikat untuk pembiayaan 37 projek swasta...

Syarikat siapa, apa kelayakkan mereka, syarikat 'ali-baba' atau syarikat ahmad albab...?

Jeng...jeng...jeng!

Artikel sebelum : 14 syarikat cinabeng sapu tender Komputer 1Malaysia?

Saturday, February 2, 2013

#JelajahAnakMalaysia Bantu Menderma Buat Rakyat Gaza


Program Jelajah Anak Malaysia telah memulakan siri jelajah mereka, ini merupakan kesinambungan siri jelajah Aman Kampus yang mana turut disertai oleh saya sendiri sebelum ini.

Kali ini saya tidak sempat mengikuti konvoi pasukan anak-anak muda ini kerana terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan penting seperti watermark yang besar-besar untuk tontonan pembaca.

Kah...Kah..Kah...!

Ikuti perkembangan terkini siri JAM melalui portal MyMahasiswa :


Di Teluk Intan, konvoi tiba pada jam 12.00 pm dan disambut oleh masyarakat Teluk Intan yang diketuai oleh Tn. Haji Ayub Mohamad, Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan IbuBapa (MAPIM) Kebangsaan. 
NGO ini bertanggungjawab menguruskan pergerakan jelajah kami di Teluk Intan. Selesai solat Jumaat,para peserta bergerak ke sekitar Menara Condong dan Giant, Teluk Intan.
 Di sini soal selidik bertemakan Suara Rakyat dilakukan untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan program Transformasi Negara yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri. 
Alhamdulillah,penduduk disini memberikan kerjasama yang baik. 
Pada sebelah petang,para peserta menjalankan aktiviti #KAM1PRIHATIN dengan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan serta mengecat balai raya & surau Taufiqiah, Kg Padang Tembak. 
Ikuti kisah perjalanan konvoi JAM [sini]
Untuk melihat foto aktiviti dan gelagat anak-anak muda yang menyertai jelajah tersebut lihat di blog photoblogger  l3rasc0  [sini]

Peringatan : foto-foto yang disiarkan mengandungi watermark photographer tersebut, mungkin tidak sesuai untuk tontonan blogger tertentu.

Kahkahkahkah!

Thursday, November 10, 2011

Gagal Promosikan 'Menu Rakyat - Tony Puaka Bugs Bunny Terpaksa Buat Serangan Bodoh Ke Atas Kedai1Malaysia



Setelah gagal menyerang menu 1Malaysia yang terus mendapat sambutan dari rakyat - pembangkang kini dilihat terlalu bodoh. Kebodohan ini terserlah lagi dengan kebengongan 'Bugs Bunny' Tony Pua'ka' dan Nurul Izzah yang cuba menyerang Kedai1Malaysia dengan mengatakan harga dalam kedai berkenaan tidak semurah jika dibandingkan dengan Careffour.

Ikuti ulasan sahabat 1peluru :
Mungkin Tony Pua & Nurul Izzah tidak faham dengan motif pembukaan KR1M iaitu "menjual BARANGAN KEPERLUAN HARIAN pada harga terendah dan berpatutan". Keperluan harian bermakna barangan yang digunakan setiap hari seperti beras, gula, dan seumpamanya... bukan cecair pencuci seperti yang diungkit oleh Tony Pua & Nurul Izzah. 
Kebebalan kedua Tony Pua & Nurul Izzah kerana mereka tidak faham tentang kepelbagaian jenama produk. Barangan seperti krimer, sardin dan cecair pencuci terdapat dalam pelbagai mutu dan jenama.  
MYDIN, selaku pelaksana program ini sudah pastinya akan memastikan produk yang berkualiti untuk kepuasan penggunanya sebelum dilabelkan dengan barangan 1Malaysia. 
Tapi bila mereka membandingkan harga beberapa barangan KR1M dengan produk paling cikai dan termurah di Careffour, sudah pastinya ada perbezaan harga. 
Kebebalan ketiga Tony Pua & Nurul Izzah bila mereka tidak sedar Careffour adalah pelaburan asing dari Perancis ke Malaysia. Memonopoli segala jenis barangan kepada harga terendah akan menutup ruang kepada pelabur asing untuk meneruskan pelaburan mereka di Malaysia. 
Dengan kepelbagaian harga di pasaraya2 lain dan KR1M sekurang2nya akan membuka minda rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna bijak dalam berbelanja. 
Mungkin Tony Pua & Nurul Izzah mewakili kapitalis2 runcit yang melatah bila kerajaan mengumumkan pembukaan KR1M, bila mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk menaikkan harga barang sesuka hati bila rakyat punya pilihan untuk berbelanja di KR1M yang jauh lebih murah & berpatutan.

YY : Kalau tak bengong bukan pembangkang namanya - mungkin frust dek kerana 'menu rakyat' yang dipromosikan tidak mendapat sambutan. 

Monday, September 12, 2011

Malay, Chinese & India You Should See This Video...





YY : Inilah generasi muda yang betul-betul faham apa itu 1Malaysia...

Thursday, August 4, 2011

Nasi Lemak 2.0 Nak Sapu 1Malaysia - 'Tahniah' Namawee!



Namawee telah berjaya menghasilkan filem kononnya menggambarkan 1Malaysia yang sebenar. Filem berjudul Nasi Lemak 2.0 bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kita tidak pasti siapa yang memberi Namawee dana untuk menghasilkan filem tersebut, kerana Namawee hanya  memaklumkan dana tersebut disumbangkan oleh ahli perniagaan.

Tapi yang menariknya ahli perniagaan ini muncul memberi sumbangan selepas Namawee berjumpa dengan Dato Seri Nazri Aziz di Parlimen dahulu, yang mana mencetuskan kemarahan ramai pihak kerana cara berpakaian Namawee tidak menepati etika berpakaian untuk ke Parlimen.

Tak kisahlah siapa yang sumbangkan dana, namun setiap babak di dalam filem Nasi Lemak 2.0 jika diperhatikan dengan teliti mengandungi mesej bersifat perkauman secara halus.

Perhatikan salah satu babak di dalam filem tersebut :




Antara dialog ada mesej tersirat adalah "1 Malaysia will not fool on me".

Selepas itu disambung di minit 0.49 dengan dialog "Isn't they said they never fool on me".

Mesejnya adalah 1Malaysia adalah slogan yang hanya memperbodohkan mereka orang cina.

Manakala babak pemuda cina dilanggar bas pula,  dialog menarik dalam filem agung ini adalah "Another election coming up in Johor, BN will definitely give goodies".

Babak ini menggambarkan bahawa BN itu hanya memberi hadian/durian runtuh setiap kali adanya pilihanraya sahaja.

Di babak-babak akhir sungguh 'menyayat-hati' dengan berlatar belakangkan logo 'Sapu 1Malaysia dan disusuli dengan "We rooted on this country, but we never receive equal treatment"

Banyaklah mesej tersirat dalam filem karya Namawee ini, semua ini sebenarnya bentuk propaganda halus yang cuba diserapkan ke dalam minda remaja-remaja cina.

Mesej tersirat yang digunakan adalah bertujuan menggambarkan masyarakat cina di Malaysia tidak pernah mendapat layanan yang adil sebagaimana kaum-kaum lain lebih-lebih lagi kaum Melayu.

Adakah filem ini menggambarkan konsep 1Malaysia yang sebenar sebagaimana diilhamkan Dato Seri Najib?

Walaubagaimanapun, tahniah kepada pemberi dana dan Namawee  kerana berjaya menghasilkan satu filem propaganda yang baik.




YY : Siapa yang guna slogan "Sapu Malaysia"?

Monday, December 27, 2010

Isu Logo 1Malaysia : Semalam di Bekukan Hari Ini di Tarik Balik.?



KLANG: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah “menarik balik” terhadap keputusan untuk melarang menggunakan logo 1Malaysia setelah mendapat kecaman pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, “pembekuan” itu telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan diminta untuk menangguhkan tindakan itu buat sementara waktu.

Beliau berkata, keputusan terhadap larangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) akan datang.

Kerajaan negeri sebelum ini telah melarang penggunaan logo 1Malaysia apabila ia dikatakan mempunyai unsur politik namun mendapat bantahan banyak pihak.

Difahamkan, mesyuarat EXCO akan datang hanya akan diadakan pada minggu pertama Januari tahun depan berikutan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kini dalam lawatannya ke Taiwan.

“Sementara itu, semua perkara berkaitan larangan menggunakan logo berkenaan akan ditangguhkan,” kata Ronnie.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa semua permohonan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada papan tanda tidak dibenarkan buat sementara waktu.

“Buat masa ini, kami turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak membuang mana-mana papan tanda yang mengandungi logo 1Malaysia,” katanya.

Menurut Ronnie, dia tidak mempunyai kuasa secara mutlak untuk memutuskan mengenai perkara itu di mana ia hanya dibuat dalam mesyuarat EXCO.

“Kami akan mengemukakan satu peraturan lebih jelas mengenai perkara tersebut,” katanya yang mengulangi bahawa logo 1Malaysia merupakan simbol politik kepada Barisan Nasional.

Minggu lepas, Ronnie berkata, logo 1Malaysia telah melanggar undang-undang tempatan yang tidak membenarkan sebarang papan tanda politik pada papan iklan.

Pengumuman Ronnie pada Ahad terhadap pembekuan larangan penggunaan logo berkenaan tidak dipengaruhi oleh kenyataan Setiausaha Politik, Khalid Faekah Husin.

Faekah mempertahankan bahawa larangan itu merupakan tindakan yang betul tanpa melihat apa-apa sebab untuk diperdebatkan kerana ia sudah diperbincangkan dalam mesyuarat EXCO.

Malah katanya, perdebatan mengenai logo 1Malaysia tidak pernah pun diperbincangkan di Parlimen sebelum ia dilancarkan.

“Kenapa kami harus menangguhkan perbincangan mengenai larangan logo tersebut sedangkan ia bermula tanpa mendapat perhatian semua parti?” katanya. MSTAR

Double Y : Semalam Ronnie The Babi kata dia tidak tahu menahu bahawa larangan penggunaan logo ini telah dilaksanakan di Sabak Bernam, tapi Faekah kata tindakan ini sudah diperbincangkan dalam mesyuarakat Exco. Malah sudah mengarahkan slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan swasta.

Jika perkara ini sudah diperbincangkan dalam mesyuarat Exco, mana mungkin Roonie The Babi selaku Exco Kerajaan dan Perumahan Tempatan tidak tahu lansung akan keputusan yang dinyatakan oleh Faekah ini?

Kahkahkahkah.. dengan logo pun takut...alahai.



Sunday, December 26, 2010

Edisi Flip-Flop : Larangan Logo 1Malaysia di Bekukan Sementara, Siapa Yang Keliru?


Apa sudah jadi dengan pendirian kerajaan Negeri Selangor berhubung isu larangan logo 1Malaysia ini? Sekejap haram, sekejap tidak iktiraf dan semalam dikhabarkan bahawa larangan itu dibekukan pula untuk sementara.

Semalam Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan Ronnie The Babi Gangster, berkata bahawa larangan logo 1Malaysia di sekitar Selangor dibekukan buat sementara kerana masih ada pihak PBT yang samar-samar logo yang mana satu merupakan agenda politik BN.

Ronnie The Babi Gangster juga mendakwa beliau terkejut kerana diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telahpun menguatkuasakan larangan berkenaan. Laporan lanjut boleh dibaca di Malaysiakini

Sebenarnya siapa yang keliru? Semalam Setiausaha Politik yang saya katakan 'bebal' berkata bahawa kerajaan negeri Selangor TIDAK MENGIKTIRAF logo 1Malaysia kerana ianya hanyalah agenda politik BN semata-mata, walaupun jika diikutkan logo 1Malaysia dan gagasan 1Malaysia dicipta berteraskan perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya ada berapa logo 1Malaysia? 1,2,3 atau 4 logo? Setahu saya hanya ada satu logo sahaja yang dicipta berdasarkan warna jalur gemilang. Adakah dengan satu logo boleh membuat semua PBT keliru logo yang mana satu boleh digantung, logo yang mana satu tidak boleh digantung?

Tidak cukup dengan itu Ronnie Liu The Babi cakap dia tidak tahu bahawa larangan berkenaan telah pun dikuatkuasakan di Sabak Bernam, nampaknya mereka cuba bersandiwara kerana semalam si Faekah berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. Mana mungkin Ronnie The Babi selaku Exco tidak diberitahu akan arahan ini?

Pada hemah saya, sebenarnya bukan PBT yang keliru. Sebaliknya tindakan membekukan larangan ini adalah kerana, mereka sedar bahawa tindakan ini boleh menimbulkan kebencian rakyat Selangor terhadap kerajaan pimpinan mereka.

Kerana difahamkan daripada kaji selidik dibuat sebanyak 84% rakyat telah memahami serta menerima gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini. Dari sini mereka sedar bahawa tindakan melarang sebarang penggunaan logo 1Malaysia di premis kerajaan dan swasta di negeri itu merupakan satu tindakan bodoh semata-mata. Serta tindakan ini juga dilihat boleh menurunkan sokongan rakyat Selangor kepada mereka.

Dari pandangan anda rakan pembaca, siapa yang selalu mengelirukan rakyat? BN atau PR? Jika isu larangan logo 1Malaysia pun mereka tidak mampu mencapai kata sepakat, bagaimana jika mereka mentadbir kelak?

Tapi jangan mudah percaya flip-flop mereka ini, kerana kemungkinan besar esok bila MB Gagap habis bercuti dia akan cakap, "kita tidak pernah keluarkan arahan ini, ini semua agenda jahat UMNO". Bukan boleh percaya sangat cakap orang PR ini. 

Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan tahniah orang Selangor kerana dapat MB Gagap, Exco Bangang dan Setiausaha Politik yang bebal. 

Mengaku sajalah kamu 'trauma' dengan logo 1Malaysia. Nak malu apa? Hehehehe


Friday, December 24, 2010

Jelas Faekah Setiausaha Politik Yang Bebal.!


Sebenarnya saya tidak berniat hendak 'sentuh' anak dara tua ini, namun bila membaca kenyataan yang beliau keluarkan dalam Malaysiakini mengenai isu pengharaman logo 1Malaysia di Selangor. Saya terpanggil untuk membalas sedikit kenyataan 'bebal' seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor ini.

Dalam kenyataannya di Malaysiakini Faekah berkata, pihak kerajaan Negeri tidak takut dengan logo 1Malaysia sebaliknya 'muak' dengan slogan hipokrasi BN, dakwanya lagi logo itu adalah ciplak logo politik bukannya diilhamkan oleh rakyat negara ini.

Selain itu beliau juga berkata bahawa logo 1Malaysia ini boleh memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya negeri itu. (Selangor). Saudara pembaca boleh membaca kenyataan 'bebal' si anak dara tua ini di MALAYSIAKINI

Wahai Faekah anak dara tua!, logo 1Malaysia ini tidak sedikit pun dapat memesongkan fikiran rakyat, sebaliknya ianya bertujuan untuk menyatukan rakyat berbilang kaum. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.


Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dieratkan bagi jangka masa panjang.

Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.  Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo atau gagasan 1Malaysia ini sikit pun tidak berkaitan dengan kepentingan politik wahai Faekah 'bebal' hoi. Disebabkan arahan supaya tiada sebarang logo parti politik dibenarkan di premis kerajaan atau swasta di sekitar Selangor.

Ada baiknya Faedah anak dara yang tak laku pastikan perkara di bawah ini :

TIADA SEBARANG LOGO POLITIK TERPAMPANG DI MANA-MANA PREMIS BAIK LOGO BN ATAU PR.

JIKA RAKYAT SELANGOR TERNAMPAK SEBARANG LOGO-LOGO POLITIK, SAYA SARANKAN SEGERA MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA! 

ALAHAI.. POLISI PALING BODOH DALAM SEJARAH KERAJAAN SESUATU NEGERI. SYABAS DAN TAHNIAH ORANG SELANGOR KERANA DAPAT MB GAGAP, EXCO BANGGANG DAN SETIAUSAHA POLITIK BEBAL!


Thursday, December 23, 2010

Logo 1Malaysia Haram, Logo Rocket Halal?

Ekoran tindakan kerajaan Negeri Selangor mengharamkan sebarang penggunaan logo 1Malaysia di sekitar Selangor, saya tertarik dengan kenyataan BODOH Ronnie 'The Babi' yang disiarkan di dalam The Star.

KLANG: Selangor has banned advertisements on billboards that feature the 1Malaysia logo. . The 1Malaysia logo is a political logo, said state Housing and Local Government Committee chairman Ronnie Liu, adding that this contravenes local by-laws. . . “You don’t see any billboard in Selangor carrying the PKR, PAS or DAP logo,” he told The Star, adding that the prohibition was not a new development.

Betul ke tiada sebarang logo yang dibawa PKR, PAS dan DAP? Ronnie The Babi cuba menipu lagi nampaknya, untuk membuka mata Ronnie The Babi yang dah sedia rabun ini kita bagi dia satu gambar. 

 
Gambar di atas ini menatang apa Ronnie? Itu Rocket Cafe tiada sebarang unsur politik kah? Apa Ronnie The Babi nak jawab sekarang? Ini kedai BAK KUT TEH terletak di  SS2/63.

So Ronnie The Babi, lu ada berani kasi turunkan ini signboard?

Nampak sangat yang Pakatan Haram ini mula gentar dan goyang telur dengan kejayaan aspirasi yang dibawa oleh DS Najib. Sehinggakan logo pun mereka takut.

Ronnie..Lu Memang Celako!!

Sumber gambar : OutSyed The Box

Wednesday, December 22, 2010

Terkini : Logo 1Malaysia di Haramkan di Selangor?


Pagi ini saya menerima banyak pesanan di BBM saya yang mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

Logo yang mencerminkan rakyat Malaysia saling bekerjasama,bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayati satu misi untuk membina satu bangsa ini dilihat menjadi satu 'trauma' yang besar nampaknya di kalangan parti Pakatan Haram.

Kenapa mereka begitu 'trauma' dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.

Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara..

Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia.

Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor.

Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang 'suara' tetapi tidak rakyat.

Berhubung dengan isu PENGHARAMAN ini saya difahamkan ada satu bantahan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting pada pagi ini.

Dengan LOGO 1MALAYSIA pun kau takut ke?? Bahlul!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal