NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, December 18, 2010

DUN TENANG : MEDAN TEMPUR BUAT CHUA SOI LEK.?


Semua sudah mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi PRK ekoran kematian Adun Tenang Dato Sulaiman Taha pada hari jumaat yang lalu. Bagi saya PRK yang ke-14 ini merupakan satu medan tempur buat MCA membuktikan bahawa sokongan kaum cina telah kembali kepada BN ataupun tidak.


Ini kerana Dun Tenang terletak di bawah Parlimen Labis di mana yang kita tahu parlimen tersebut merupakan kubu kuat Chua Soi Lek. Dalam PRU 11 pada tahun 2004 Chua Soi Lek yang bertanding di Parlimen tersebut menewaskan calon DAP dengan 10,729 undi. Namun ekoran video skandal seksnya didedahkan,  pada tahun 2008 kerusi parlimen Labis ditandingi oleh anak Chua Soi Lek, iaitu Chua Tee Yong walaubagaimana pun kerusi tersebut masih menjadi milik BN walaupun majoritinya agak menurun di mana Chua Tee Yong hanya menang dengan majoriti 4,094 undi.

Untuk kerusi Dun Tenang pula, pada tahun 2004 calon BN iaitu Arwah Dato Sulaiman Taha menang dengan 5,517 undi. Akan tetapi majoriti tersebut dilihat menurun pada tahun 2008 sebanyak 3,025 undi. Kerana pada waktu tsunami politik melanda BN hanya menang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi.

Oleh sebab itu saya melihat kerusi Dun Tenang merupakan medan tempur buat MCA untuk memperlihatkan kepada parti kompenen BN bahawa MCA masih relevan di kalangan masyarakat cina walaupun peratusan pengundi cina di kawasan tersebut hanyalah 38% berbanding dengan melayu sebanyak 50% dan diikuti india dan lain-lain kaum.

Tatkala DAP dilihat sudah mempersiapkan jentera kempennya sebagaimana disiarkan oleh portal Malaysiakini  hari ini, timbul satu persoalan adakah kerusi Dun tersebut akan ditandingi oleh DAP? Mengikut rekod kerusi tersebut selalunya ditandingi oleh PAS. Adakah PAS akan memberi kerusi tersebut kepada parti yang ditatang oleh mereka ketika ini?

Persoalan lain yang bermain di fikiran saya adalah, adakah isu video skandal seks Chua Soi Lek akan dimainkan kembali di Dun Tenang untuk mempengaruhi masyarakat cina supaya tidak mengundi BN?

Nampaknya Dun Tenang adalah satu ujian besar buat Chua Soi Lek, namun saya yakin Chua Soi Lek mampu melakukan sesuatu yang drastik sebagaimana beliau bangkit kembali dalam arena politik ekoran isu video seksnya didedahkan.

Kalau PAS masih ingin bertanding untuk kerusi tersebut, saya cadangkan diletakkan Mazlan Aliman sebagai calon, itu pun jika PAS ada telur la...

So.. Dato Chua.. Are You Ready???

4 comments:

Unknown said...

slm ziarah
blog anda telah difollow dan dipaut oleh saya
harap anda juga dpt berbuat sedemikian..
TQ :)

Yuseri Yusoff said...

Salam bro.. Blog Anak Seberang sudah dipaut semalam lg. Hehe.. TQ bro.!

dzimba said...

Harap harap menang besar la.. rakyat pun tidak tahan kena tipu muslihat PR ni

alehkayong™ said...

salam ziarah bro, blog yang mantap !!blog u telah dipautkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...