NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Ketua Pemuda MCA Minta Menteri Balik Ternak Lembu, Jadi Editor THE STAR Kena Balik Ternak Babi?


Isu yang menyentuh sensitiviti kaum dilihat seperti tiada kesudahan, kenyataan DS Ismail Sabri tempoh hari memanaskan lagi suhu sentimen perkauman di Malaysia apabila MCA bertindak mengalahkan DAP.

Bagi saya kenyataan DS Ismail Sabri memang ada silapnya, namun beliau telah bertindak menjelaskan maksud tulisan di FB beliau. Malangnya, penjelasan tersebut seperti tidak boleh diterima oleh pemimpin cina terutama dari MCA.

Pada awalnya saya melihat tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon sekadar mahu menjuarai isu bagi kaum cina. Justeru, desakan agar menteri letak jawatan dilihat perkara biasa kerana orang UMNO juga pernah berkali-kali mendesak menteri MCA letak jawatan sebelum ini. 

Namun, hampir seminggu berlalu tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dilihat semakin keterlaluan. Serangan terhadap DS Ismail Sabri makin diperhebatkan, tidak cukup dengan lebih 30 laporan polis MCA semakin bertindak melampau.

Terbaru Senator Chong Sin Woon meminta DS Ismail Sabri balik tanam ubi dan ternak lembu. Kenyataan tersebut difahamkan dibuat dalam sebuah akhbar berbahasa cina sebagaimana dinyatakan oleh Facebookers Sya.

Nampaknya gesaan Presiden BN, DS Najib Tun Razak yang meminta agar polemik harga barang dengan isu perkauman dihentikan sedikit pun tidak diendahkan oleh Ketua Pemuda MCA.

Mungkin Ketua Pemuda MCA mahu menjadi hero bagi kaum cina kononnya beliau sensitif dan prihatin dengan isu-isu yang membabitkan serta menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

Tapi dia terlupa bahawa akhbar milik MCA lebih rasis jika mahu dibandingkan dengan kenyataan DS Ismail Sabri.


Ini kerana The Star antara akhbar berbahasa Inggeris yang paling kerap menyiarkan artikel berbentuk perkauman selain menghina sensitiviti umat Islam. 

Jika Senator Chong Sin Woon benar-benar mahu Malaysia masyarakat Malaysia bebas dari melakukan perbuatan yang menyentuh sensitviti kaum serta penghinaan agama beliau sepatutnya mendesak kepimpinan MCA menukar Ketua Pengarang The Star.

Recap akhbar milik MCA yang menghina dan menyentuh sensitviti umat Islam :

The Star pernah mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak. 
2 May 2008  - The STAR ruangan komik , bahagian bawah telah menyiarkan karikatur 'The flying mccoys' - karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. 
10 Ogos 2011 - The STAR ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds" - babi panggang untuk berbuka puasa disiarkan dalam bulan Ramadhan.



27 Februari 2012 -  The STAR dalam ruangan Music telah menghina kalimah Allah melalui penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo kalimah Allah pada dadanya yang terdedah.

Cukup dulu setakat itu untuk tatapan Ketua Pemuda MCA.

Sebagai penutup kalau DS Ismail Sabri diminta balik ternak lembu dan tanam ubi kerana mengeluarkan kenyataan rasis. 

Bolehkah kami ingin meminta jasa baik Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon agar turut meminta Ketua Pengarang The Star balik Tiong Shan ternak babi..?

Arioss..!

YY : Paku dulang, paku serpih, MCA kata menteri UMNO tapi akhbar MCA lagi lebih!



Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang : Ikrar Calon BN @ChewMeiFun Mampu Direalisasikan Berbanding Manifesto PKR @DrWanAzizah


Manifesto Kajang, yang dilancarkan PKR pada 12 Mac lalu adalah empat komitmen calon PKR, Dr. Wan Azizah, antaranya meningkatkan prestasi kutipan sampah di Kajang.

Malah tiga teras yang lain juga lebih kepada retorik kosong kerana dilihat tidak mampu untuk direalisasikan oleh Dr. Wan Azizah berbanding empat ikrar calon BN.

Antara teras manifesto PKR yang bersifat retorik ;


Mahu kurangkan jenayah serta meningkatkan keselamatan di Kajang hanyalah RETORIK kerana sejak PR memerintah negeri Selangor indeks jenaya negeri itu semakin bertambah saban tahun.

Statisik indeks jenayah bagi negeri Selangor yang dicatatkan Januari hingga Jun 2012 merekodkan sebanyak 19,804 kes jenayah meningkat kepada 21,672 kes dalam tempoh yang sama untuk tahun berikutnya.


Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor gagal mengurangkan kadar jenayah sepanjang memerintah Selangor, sebaliknya kegagalan tersebut diletakkan 100 peratus kepada kerajaan pusat.

Sedangkan antara punca peningkatan kadar jenayah di negeri itu disebabkan pertambahan premis hiburan seperti kelab malam, mesin judi haram, pusat urut dan pusat hiburan haram banyak terdapat di Negeri Selangor berbandingkan Negeri Pulau Pinang.

Dua penggal memerintah Selangor, kini PKR berjanji mengurangkan kadar jenayah di Kajang?

Jangan mimpi Wan Azizah mampu laksanakan...!

Manifesto retorik seterusnya ;


Pembangunan anak muda dan usahawan kecil juga RETORIK semata-mata, kerana sebelum ini PKR bertindak menutup Pusat Giat Mara iaitu sebuah kemudahan yang diwujudkan oleh kerajaan untuk golongan belia diberikan latihan kemahiran.


Adakah rakyat Kajang yakin PKR mampu merealisasikan manifesto mereka sedangkan perkara yang dijanjikan gagal dilaksanakan sebelum ini?

Lihat saja jalan raya di hadapan UiTM di Permatang Pauh, kawasan yang pernah diwakili oleh Wan Azizah dan kini diwakili oleh Anwar Ibrahim.



Tempat sendiri pun tidak terjaga, apatah lagi mahu jaga Kajang?


Ikrar calon BN diyakini boleh dilaksanakan buat warga Kajang, ikrar yang tidak bersifat retorik, tiada janji bulan bintang adalah ikrar jujur calon BN Chew Mei Fun buat warga Kajang.

Warga Kajang, jangan benarkan mereka menipu anda berkali-kali.



Arioss..!

Tuesday, March 11, 2014

#PRKKajang : Calon BN @ChewMeiFun Ada Integriti & Kredibiliti, Calon PKR Hanya Ada Air Mata Palsu?


Pilih calon yang berintegriti dan berkredibiliti.

Satu pesanan kepada pengundi Kajang menjelang penamaan calon yang dijadualkan hari ini dan 23 Mac ditetapkan sebagai hari pembuangan undi.

Seperti diketahui Anwar Ibrahim tidak layak bertanding kerana dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan, Zaid Ibrahim juga dilaporkan menarik diri begitu juga dengan Nallakaruppan.

PR memilih Wan Azizah sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Pengundi Kajang perlu ingat bahawa, Wan Azizah bukan calon atau pemimpin yang berkredibiliti kerana beliau memasuki politik disebabkan desakan untuk perjuangkan nasib suaminya.

Pengundi Kajang juga perlu tahu memilih Wan Azizah bermakna mereka mengulangi kesilapan PRU13.


Kejayaan Wan Azizah mengekalkan kerusi Permatang Pauh dalam tiga siri PRU, bukan disebabkan kemampuan beliau sebagai wakil rakyat tetapi disebabkan simpati pengundi terhadap dirinya.

Jika dibandingkan latar belakang politik di antara dua wanita ini jelas Chomey Fun dilihat lebih memahami rakyat, lebih tahu berhubung dengan rakyat dan paling mustahak beliau tahu bagaimana mahu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.


Kerana Chomey Fun adalah bekas ahli parlimen, Timbalan Menteri, Senator dan seorang yang mempunyai prinsip perjuangan.


Prinsip perjuangan terbukti apabila beliau melepaskan semua jawatan kerana perwakilan MCA memilih Chua Soi Lek sebagai Presiden semasa pemilihan MCA 2010.

Wan Azizah walaupun bekas ahli parlimen tetapi dia bukan orang politik, sebab itu Wan Azizah mudah melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.


Rekod Wan Azizah sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pula jelas di mana tiada apa perubahan yang dibawa, pendek kata masa Wan Azizah hanya untuk Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat Permatang Pauh ketika itu.


Terpulang kepada pengundi Kajang sama ada mahu memilih seorang isteri kerana rasa kasihan terhadap dirinya atau mahu mengasihani diri sendiri sebagai rakyat Kajang dengan memilih Chomey Fun?

Bahasa mudah, calon BN ada kredibiliti dan integriti tetapi calon PKR hanya ada air mata palsu, boleh lihat di blog-blog PR mereka mula guna visual Wan Azizah bagi meraih simpati.



Arioss...!

Monday, March 10, 2014

#PRKKajang : Antara Air Mata Wan Azizah atau Kebolehan @ChewMeiFun 'Chomey Fun'


Wan Azizah diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil N25 Kajang menggantikan Anwar Ibrahim yang hilang kelayakkan bertanding setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan kerana bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Wan Azizah...?

Pengundi Kajang harus tahu Wan Azizah hanyalah seorang isteri yang begitu taat dengan suaminya, dia bukan seorang wanita yang berkebolehan sebagai pemimpin.

Menjadi ahli politik atas desakan untuk memperjuangkan suaminya yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, disabitkan atas kesalahan rasuah dan dipenjarakan.


Bermula dengan membentuk KeADILan Nasional (KeADILan) pada 4 April 1999 dan memenangi kerusi Permatang Pauh menewaskan calon BN Datuk Ibrahim Saad dalam PRU ke 10.

Mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam tiga PRU dengan hanya bermodalkan air mata, gambar mata lebam dan kisah Anwar Ibrahim dizalimi sewaktu disoal siasat.

Tiada apa kepentingan rakyat yang diperjuangkan oleh Wan Azizah sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada Julai 2008 ketika Anwar Ibrahim sekali lagi berdepan tuduhan meliwat Saiful Bukhari.


Kini sekali lagi Wan Azizah dicalonkan oleh PKR, walaupun sebelum ini dia dengan sengaja bertindak melepaskan amanah rakyat terhadapnya.

Pengundi Kajang tidak perlu mengambil risiko memilih Wan Azizah.

Kerana selepas ini jika ditakdirkan Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar Ibrahim menolak keputusan dan hukuman Mahkamah Rayuan.

Wan Azizah mungkin melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.



Mana satu pilihan pengundi Kajang antara air mata dan kisah sedih Wan Azizah atau kemampuan Chomey Fun?

Arioss...!

Wednesday, May 8, 2013

PASCA #PRU13 :Rasis - PR Hanya TimeBomb - BN Pemaufakatan Sebenar


Tsunami Orang Cina adalah istilah yang menggambarkan peralihan sokongan besar-besaran orang Cina daripada BN kepada PR. Antara puncanya adalah permainan politik kebencian, prejudis dan perbezaan yang ditanam puluhan tahun. 

Terkini, sentimen keagamaan turut dimainkan, selain permainan emosi kononnya pembangkang menjadi mangsa penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pilihan raya yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

Biarpun Tsunami Orang Cina merupakan realiti, tetapi masih ada sejumlah rakyat Malaysia berketurunan Cina yang mempercayai Najib Razak lebih daripada Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mereka juga yakin dengan keikhlasan Najib dan kesungguhan beliau melaksanakan agenda transformasi.

Oleh kerana BN bukan parti yang rasis. Ruang sentiasa diberi kepada parti komponen untuk mempunyai wakil yang cukup dalam pembentukan kerajaan, termasuklah dengan menempatkan mereka di kawasan majoriti Melayu berdasarkan prinsip permuafakatan.

Baca seterusnya [KLIK]

Wednesday, October 31, 2012

#AES : Pemuda UMNO Bersama Pakatan Rakyat atau Rakyat?


Automated Enforcement System (AES) masih menjadi topik perbualan di kalangan kebanyakkan rakyat Malaysia. Banyak rungutan, cadangan dan juga pendapat diketengahkan oleh pelbagai pihak, baik dari mereka yang menyokong kerajaan atau mereka dari kalangan pembangkang.

Usah bicara soal pembangkang, kerana sudah menjadi rutin mereka untuk membangkang sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan. Namun apabila rakyat yang menyokong kerajaan turut menggesa agar sistem AES ini ditangguhkan dan dibuat penambahbaikkan ianya agak menarik untuk dibincangkan.

Selain CEUPACS, Pemuda UMNO menerusi Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin turut menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan kelemahan mengenai sistem tersebut.

Kenyataan KJ semalam satu keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO selepas perbincangan mengenai pro dan kontra sistem AES serta pelaksanaannya dibuat secara panjang lebar.

Meneliti kenyataan media KJ apa yang saya faham adalah secara dasarnya Pemuda UMNO menerima kebaikan AES, menyokong keselamatan jalan raya ditingkatkan dan tidak menghalalkan pesalah lalulintas melakukan kesalahan, bagaimanapun aspek kelemahan pelaksanaannya perlu diteliti kerana ia menjadi asas rungutan rakyat.
Perkara pokok yang menjadi rungutan adalah :
  1. Lokasi kamera
  2. Had laju laluan tertentu
  3. Jarak pemberitahuan dari lokasi kamera
Mungkin disebabkan tiga perkara inilah Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menangguhkan dulu pelaksanaan AES dan meminta agar pandangan dan rungutan rakyat mengenai pelaksanaan AES ini dikaji dan pendidikan awam mengenainya dilakukan dengan lebih meluas terlebih dahulu.

Kita tengok sikit komen rakyat pengguna facebook terhadap sistem AES :





Tak cukup?

Komen-komen di atas mungkin tidak cukup buat mereka yang menjadikan US, Australia, Singapore sebagai negara untuk mengatakan bahawa sistem AES tiada kelemahan jadi pergi baca komen mat saleh :



Selanjutnya [KLIK SINI]

Kenapa kita perlu bongkak mengatakan tidak perlu dikaji semula kerana kajian sudah dibuat selama 10 tahun?

Ulang sekali lagi untuk mereka yang payah faham, Pemuda UMNO dan rakyat tidak tolak sistem automatik AES, yang menjadi pertikaikan sekarang adalah tiga isu pokok.

Jadi tak payah pusing kata Pemuda UMNO bersama Pakatan Rakyat, kerana pada hakikatnya dalam isu AES ini, Pemuda UMNO sebenarnya bersama rakyat!

Berita berkaitan AES dari Chicago Tribune News :
Accusing Chicago's red-light camera vendor of covering up a 2-year-old breach of ethics until a Tribune investigation brought it to light, Mayor Rahm Emanuel's office on Tuesday threw out the company's bid for a lucrative new speed camera contract.
The city also raised serious doubts about the future of Redflex Traffic Systems Inc.'s role as the longtime operator of Chicago's red-light camera program that since 2003 has generated some $300 million in fines for the city and $97 million in revenue for the publicly traded company, according to city records.
R.E.A.D  M.O.R.E
Itu di Chicago, di Malaysia belum lagi kot!

Layan video dulu bro...



Hahaha...

Arios!

YY : Dear PM - The time to repair the roof is when the sun is shining!

Wednesday, August 17, 2011

Sin Chew Daily Terus Serang MCA Puji DAP?

Sinchew teruskan serangan terhadap MCA @drchuaSL @weekasiongmp

Serangan demi serangan dibuat oleh akhbar Sinchew terhadap MCA. Kali ini bukan sahaja serangan dibuat terhadap MCA, ada juga penipuan dengan mengatakan DAP telah mengotakan janji mereka. SPRM memang perlu menyiasat Timbalan Editor akhbar ini untuk melihat punca sebenar kenapa maklumat yang berimbang tidak diberikan dalam isu DAP dan MCA ini. Hari ini, apabila Perdana Menteri mahu mengkaji semula undang-undang penapisan berita, eloklah pemimpin MCA lebih rajin mempertahankan diri dan menyerang pembangkang.
 
Sinchew Daily News
m/s 38
12 Ogos 2011
 
Tekanan Bagi MCA
 
Lim Swee Guan
Timbalan Editor
Dalam keadaan sekarang ini, sama ada dari segi politik mahupun dari segi ekonomi yang semakin tidak menentu ini, pada PRU akan datang yang terima tekanan yang sangat berat bukan UMNO sebaliknya MCA.
 
 
UMNO sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan dan modal politik yang tertentu yang paling asas, sekurang-kurangnya tiket undi di kawasan kampung-kampung masih kukuh dan mantap bagi UMNO, tetapi selepas pembersihan Bersih pada 9 Julai, termasuk inflasi dan kejatuhan saham di seluruh dunia, ia telah menggugat pengudi golongan pertengahan, ia telah merosakkan usaha yang dibuat oleh MCA selama setahun lebih itu iaitu selepas (perebutan kuasa) dalaman MCA.
 
Ia bukan kerana presiden MCA Chua Sui Lek tidak mampu memikul tanggungjawab, ataupun tidak mempu memimpin, beliau memang diketahui umum bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang ampuh dan mantap, dan mampu mengstruktur semula organisasi di peringkat bawahan, yang mempunyai kemahiran dan kekuatan untuk memimpin di peringkat bawahan; malangnya semasa beliau ambil alih kuasa dari tangan Ong Tee Keat, banyak beban-beban yang berat yang ditinggalkan oleh Ong Tee Keat terpaksa beliau pikul, beliau hadapi tentangan pola kuasa yang menebal. Dalam keadaan seperti itu, beliau secara individu tidak mungkin mampu membuat banyak perubahan.
 
Bekas pemimpin MCA Ling Liong Sik dan Chong Kong Choi didakwa, Chua mengkritik rakan-rakan dalam parti, termasuk Chen Ya Ying dari Gelang Patah yang tidak hadir dalam aktiviti-aktiviti parti di peringkat kawasan dan bahagian, mengkritik Chang Xie Seah yang dikatakan tidak layak mengkritik isu “balik Pulau Pinang untuk membantu suami”, Chua menghentam Heng Seai Kie kerana menyokong calon bertanding ketua kampung dari wanita PKR, mengkritik dalaman MCA Pulau Pinang kerana bertelagah sesama sendiri, ini telah menampar muka MCA sendiri.
 
Dilema dan masalah yang MCA hadapi seperti di bawah:
 
1. Polisi telah terbentuk kekal. Selepas PRU Mac 2008, kerajaan BN lancarkan projek-projek perubahan ekonomi dan politik, tetapi dari segi keseluruhannya polisi itu tidak nampak berubah, MCA laungkan mahu ambil bahagian dalam membuat keputusan dalam polisi kerajaan, sehingga sekarang tidak nampak kesan-kesannya, termasuk isu pengiktirafan sijil-sijil gabungan sekolah menengah swasta Cina.
 
Sebelum ini Chua telah mengaku, ada sesetengah pagawai di Kementerian Pelajaran tidak menjurus untuk membantu perpindahan dan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina, dan mereka juga mambantah tanah sekolah rendah kebangsaan untuk diubah kepada tanah sekolah rendah Cina.
Kerajaan BN semasa PRU Mac 2008 telah berjanji mahu bina 6 buah sekolah rendah Cina dan uruskan perpindahan tempat kepada 13 buah sekolah Cina tidak nampak dikotakan semuanya, termasuk isu tanah sekolah rendah Cina di negeri Selangor. Dan MCA hadapi halangan Napoleon, dari segi itu pengundi tetap tidak memahaminya, menyebabkan pada PRU DAP dapat ambil kesempatan isu meyerang MCA.
 
Selain dari itu, MCA lari dan mengelak daripada beberapa isu-isu besar, contohnya dalam aktiviti Bersih 9 Julai dan masalah nisbah penduduk kaum Cina menurun kepada 24.6 peratus.
 
2. Tekanan daripada Kemelesetan ekonomi disebabkan kejatuhan pasaran saham di Benua Eropah dan Amerika, ramai kaum Cina yang menjalankan aktiviti perniagaan, mereka amat peka tentang kestabilan ekonomi dan pemulihan ekonomi.
 
Jika ekonomi dunia kedua-duanya meleset, MCA bukan sahaja akan kehilangan tiket-tiket undi, mungkin MCA akan juga kehilangan wang pertaruhan dalam politik. 
 
3. Masalah kehidupan rakyat di kawasan-kawasan undi. Yang paling malang ialah, dalam kawasan MCA ada banyak isu yang perlu segera diselesaikan, contohnya di kawasan parlimen Kuantan isu industri rare earth (tanah nadir), kawasan parlimen Raub yang hadapi masalah isu perlombongan emas, dan dalam masa 2 tahun kawasan Kluang berlaku 3 kali catuan air.
Ada sesetengah masalah itu yang ditinggalkan oleh wakil-wakil rakyat yang lepas-lepas, termasuk isu pembayaran pampasan ternakan babi di Negeri Sembilan, janji-janji yang tidak dikotakan.
 
4. DAP telah mula kotakan janji-janji mereka yang telah mereka janjikan pada PRU lepas, mungkin MCA boleh kritik isu pemilihan ketua kampung itu membazirkan duit kerajaan, tetapi di Kampung Baru Cina mereka sekurang-kurangnya diberi peluang untuk peroleh tiket undi ke-3 untuk mengundi.
 
DAP telah laksanakan pemberian air percuma di negeri Selangor serta kupon membeli-belah, kerajaan Pulau Pinang memberi 100 ringgit kepada orang-orang golongan tua dan anak-anak yang baru lahir, ini juga alat penyebaran propaganda yang kuat untuk DAP.
 
 
Dalam beberapa tahun ini, MCA laksanakan banyak kerja-kerja mereka, termasuk lancarkan perubatan dan kesihatan 1 Malaysia membantu golongan miskin untuk semua kaum, tetapi dari segi keseluruhannya ia tidak memberi keuntungan kepada parti yang berasaskan kaum Cina itu, ini bukan kesilapan-kesilapan yang sepatutnya berlaku. 
 
 
Sumber : Tun Faisal

Friday, February 11, 2011

Ustazah Nur Bahyah Kena 'Urutan Cakar Harimau' di Hari Valentine Day?


Ustazah selebriti yang tersohor Ustazah Siti Norbahyah Mahamood yang popular dalam rancangan Semanis Kurma yang disiarkan di TV9 nampaknya teruk dihentam oleh penganut agama Kristian.

Ini semua gara-gara kenyataan beliau yang disiarkan di TV9 mengeluarkan kenyataan yang dikatakan telah mengguris hati orang Kristian. Saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah tersebut agak kurang tepat. Ini kerana beliau mengaitkan agama lain dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan yang berbunyi :

"Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian adalah tradisi bagi masyarakat beragama Kristian" 

Apa yang salah dari ayat yang dikeluarkan oleh Ustazah Siti Nur Bahyah ini cuba perhatikan? Kesilapannya adalah beliau memetik agama Kristian. Sama ada Ustazah Siti Nur Bahyah tidak sengaja atau sebaliknya itu persoalan yang kedua.

Ustazah Siti Nur Bahyah sepatutnya mengeluarkan kenyataan begini :

"Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian adalah bukan budaya Islam. Titik"  

Ini kenyataan yang lebih selamat dan tidak mengguris hati penganut agama lain.  

Tetapi Ustazah Nur Bahyah mungkin tersasul, namun saya percaya beliau tiada niat sedikit pun untuk mengguris hati orang Kristian. Ok kita akui kesalahan Ustazah Siti Nur Bahyah, namun harus diingat, adakah di dalam Malaysia ini hanya Siti Nur Bahyah sahaja yang telah mengguris hati rakan agama lain, sehingga teruk dihentam oleh MCA dan Pemuda Majlis Gereja-Gereja?

Adakah rakan berlainan agama kita tidak pernah mengguris hati kita umat Islam? Adakah pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah mengguris hati kita umat Islam? Bagaimana pula dengan pemimpin DAP adakah mereka tidak pernah mengguris hati kita umat Islam?

Jawapannya adalah pernah! Pemimpin-pemimpin berlainan agama ini pernah dan sedar bahawa kenyataan yang mereka keluarkan agak sensitif untuk orang Islam.

Contoh paling dekat, adalah ketika kempen di Tenang dimana Chua Soi Lek secara terang dan sedar telah menyentuh isu wanita bersalam calon PAS-Pakatan di Dun Tenang. Dan kenyataan ini telah dianggap menghina oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sendiri.

Saya tidak rasa Chua Soi Lek tidak tahu akan hukum dan budaya Islam, tetapi beliau sengaja melakukan serangan ke atas calon PAS ketika itu Normala Sudirman demi undi kaum cina.

Kenapa Persatuan Buddha, Kristian waima apa-apa agama sekali pun tidak mendesak Chua Soi Lek minta maaf dalam perkara ini kerana ia telah mengguris hati umat Islam?

Kenapa Pemuda Majlis Gereja-Gereja dan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok tidak mendesak Chua Soi Lek minta maaf jika benar faham kepentingan dan sensitiviti sesuatu agama?

Itu kisah pemimpin MCA, bagaimana dengan pemimpin DAP? Kita tahu rata-rata pemimpin dalam DAP beragama Kristian.  Adakah pemimpin DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam?

Jawapannya DAP lagi teruk hina Islam. Antara kes yang saya masih ingat adalah Penubuhan Majlis Rundingan Agama oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini secara terang-terang menyamakan agama Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Penubuhan Majlis ini lagi menakutkan kerana agama Islam akan dipandang seperti agama Buddha yang di asaskan oleh Gautama Buddha, dan agama Islam disamakan juga dengan agama Kristian, Taoism dan Bahai.

Adakah Penubuhan Majlis Rundingan Agama Pulau Pinang ini tidak mengguris hati umat Islam sedangkan matlamat penubuhan Majlis ini secara terang cuba menyamakan Islam dengan lain-lain agama?

Bandingkan semua kes-kes yang saya nyatakan, yang mana lebih menghina? Ustazah Nur Bahyah, Chua Soi Lek atau Majlis Rundingan Antara Agama?

Sampai bila umat Islam harus terlena?

Fikir-fikirkan.... 


p/s: Artikel pandangan peribadi penulis semata-mata, tiada niat untuk mempertikaikan agama-agam lain yang ada di Malaysia.

Sunday, December 26, 2010

Bangunan MCA Cawangan Batu 11 di Rampas, Bukti Tindakan GESTAPO PR Selangor?

Semalam satu laporan polis dibuat oleh MCA Cawangan Batu 11, berikutan kekasaran yang dilakukan  oleh penguatkuasa MPKj dalam operasi mengambil alih bangunan tersebut.

Dilaporkan juga empat anggota MCA cedera dalam kekecohan yang tercetus di antara 50 pengawai penguatkuasa MPKj ketika cuba menghalang tindakan merampas bangunan tersebut.

Nampaknya ada kemungkinan MPKj dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu kerana Ketua MCA Bahagian itu mendakwa pada 24 September lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan semua notis yang dikeluarkan oleh MPKj untuk mengambil alih bangunan itu ditarik balik.

Bangunan yang dibina hasil daripada sumbangan ahli-ahli MCA ini dan digunakan sebagai pusat khidmat masyarakat MCA sejak 30 tahun lalu.

Apa jadah ini wahai MPKj? Mahkamah telah keluarkan arahan supaya semua notis ditarik balik, kenapa masih bertindak mengambil alih bangunan berkenaan?

Kenapa pula perlu serbu di malam hari seolah-olah hendak menyerbu pusat pelacuran? MPKj bertindak atas arahan siapa? Kerana dimaklumkan bahawa MCA Cawangan berkenaan tidak menerima apa-apa notis sebelum tindakan perampasan tersebut dibuat.

Siapa yang arahkan??

Siapa perlu jawab? Ronnie The Babi Gangster??? Apa kes ni tailo???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal