NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label ugut. Show all posts
Showing posts with label ugut. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Enggan Menurut Perintah Pemimpin PKR - Wanita Diugut Akan Disimbah Asid?






Dari keris7lok :

Difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita
berkenaan ugutan pihak tertentu untuk mencederakan beliau dengan
simbahan asid sekiranya beliau enggan mengisi 500 borang ahli Parti
Keadilan Rakyat seperti yang telah diarahkan. Pembaca boleh lihat
laporan polis tersebut di bawah.
Dikongsi daripada blog Seruling Jalanan, disertakan juga contoh borang
yang sudah diisi oleh mangsa diatas arahan pihak tertentu.
Keris dapat mengesan beberapa perkara yang mencurigakan melalui borang-borang diatas.... [Baca Selanjutnya KLIK SINI]

YY : Cakap BN sibuk daftar pengundi hantu...? Kata orang dia pula yang lebih?

Wednesday, August 24, 2011

Menteri KDN Terima Dua Butir Peluru Hidup

Hiasan semata-mata


Dimaklumkan pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menerima 2 butir peluru hidup beserta dengan sepucuk surat amaran. Tapi cerita ini tidak dimaklumkan awal-awal tadi kerana saya fikirkan ianya tidak akan disampaikan kepada umum.

Tapi selepas berbuka tadi, terima sms yang menyatakan bahawa pemberita sudah mendapatkan maklum balas Kementerian Dalam Negeri berhubung isu ini dan pihak KDN telah mengesahkan kejadian ini. Surat amaran itu menyatakan bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri telah mengacau periuk nasi pihak mereka.

Buat masa ini tiada sebarang konklusi yang sahih dapat dinyatakan dari pihak mana surat itu dikirimkan. Namun cakap-cakap mulut kakitangan di dalam Kementerian tersebut menyatakan bahawa surat itu dikirimkan secara terus dan bukan melalui pos biasa.

Selebihnya terserah kepada bijaksana pasukan PDRM untuk menyiasat pihak mana yang bertindak melakukan ugutan tersebut.



YY : Bukan taksub atau kurang ajar, bukan bela atau jilat, siapa dulu kaitkan nama gua dlm setiap artikel. Siapa dulu maki-hamun gua dalam komen dalam blognya? Nak menghukum biar adil...



Friday, December 24, 2010

TERKINI : PapaGomo Pula di Ugut?

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh blogger dan rakan seperjuangan saya, saudara PapaGomo. Saya dimaklumkan melalui pesanan BBM yang dikirimkan kepada saya bahawa pihak Polis menasihati PapaGomo supaya tidak keluar rumah berseorangan.

Malah pihak berkuasa menasihati beliau agar berhati-hati kerana bimbang pengerakan beliau diekori pihak yang tidak dikenali. 

Untuk pengetahuan pembaca, beberapa hari lepas saudara Azmy Awang Kelana Jaya di ugut bunuh dan saya difahamkan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut di Bukit Aman.

Tidak cukup dengan itu Ustaz Saidi juga dikatakan di serang oleh beberapa orang yang tidak dikenali dengan menggunakan parang di rumahnya semalam. Malah keretanya juga dilanggar dengan teruk sebagaimana dilaporkan oleh PapaGomo di SINI

Kita tidak boleh membuat andaian yang bukan-bukan, wajarlah kita serahkan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan terperinci ke atas kes-kes ugutan yang diterima oleh Ustaz Saidi dan kumpulan Nadi Rakyat.

Namun dalam hati kecil saya, saya mendoakan agar keselamatan semua yang terlibat dalam pembongkaran kes Adun PAS Selinsing ini agar dilindungi oleh Allah S.W.T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal