NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, December 16, 2014

1MDB Bersikap Terbuka Gesa Pihak Terbabit Tunjukkan di Mana Berlaku Penyelewengan, Korupsi & Rasuah



Isu 1MDB bermula sejak Oktober lalu selapas satu laporan yang dikeluarkan melalui The Edge edisi 27 Oktober 2014, di mana selepas Tun Mahathir Mohammad mendesak DS Najib Razak memberikan penjelasan mengenai jumlah hutang yang bernilai RM36 billion.

Namun, selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang meminta agar 1MDB disiasat, membuatkan 1MDB menjadi topik panas. 

Sedikit perkongsian serta penjelasan 1MDB
Terbitan Bon / Hutang 
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. 
Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.
Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. 
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. 
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. 
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi 
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. baca laporan penuh klik [SINI]

3 comments:

Unknown said...

Persoalan utama ialah..apa yg 1MDB buat? Brapa banyak peluang pekerjaanyg dicipta? Brapa industri yg brdaya saing di bawa masuk? Mengapa.ada pertindihan dgn Khazanah? Dan benarkah 1MDB sehingga skrg mempunyai hutang yg tidak berbayar dgn salah sebuah bank.

1MDB ialah menggunakan duit rakyat. Kalau rugi rakyat yg kena menanggung..jadi..salahkah rakyat persoalkan semua ni. Utk 1 syarikat yg diberi hutanh berpuluh bilion.. kalau.lingkup... sapa yg nak menanggung..

Anonymous said...

AL PENYAMUN BIN ALPEROMPAK HASIL NEGARAAAAAA

Anonymous said...

Ini kenyataan yg dialihbahasa dari bahasa inggeris ke Bahasa malaysia

dah lama dah...

Perlu jawab kritikan terbaru iaitu;

1.kegagalan melaksanakan bayaran balik
2.meminta bank negara menangguhkan bayaran balik
3.rekod menunjukkan pembayaran hartanah di p.pinang adalah terlalu tinggi (walaupun 1mdb mendakwa bayaran ikut harga pasaran)
4.perlu jelaskan dengan terperinci urusniaga di bank persisiran adakah sah dan halal?
5.bagaimanakah cara 1mdb untuk membayar balik segala hutang jika tiada keuntungan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...