NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 6, 2010

PANAS : Khir Toyo di Seret ke Mahkamah?



Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo dijangka akan didakwa di mahkamah hari ini berhubung isu pemilikan dua lo tanah banglo mewah di seksyen 7.



Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni atas dakwaan tersebut.

Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pada 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Di petik dari - mStar

Malah berita ini juga menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna twitter. Jika hal ini benar, ini membuktikan bahawa dakwaan pihak totok PR yang pihak SPRM memilih bulu dalam menjalankan siasatan, malah ada juga yang mengatakan SPRM hanya menyiasat kes-kes 'ikan bilis' adalah dakyah bohong bertujuan memburuk-burukkan agensi penguatkuasa terbabit.

Jelas pihak kerajaan melalui SPRM sangat serius untuk membanteras gejala rasuah di Malaysia tidak kira ianya melibatkan individu dari apa juga golongan yakni orang BN atau PR. Pendek kata tiada siapa yang boleh terlepas dari tindakan undang-undang jika mereka didapati bersalah.

Dalam kes Khir Toyo, masih terlalu awal untuk kita mengatakan yang beliau bersalah di atas tuduhan ini, tetapi saya yakin isu ini akan dijadikan modal baru pihak PR untuk memburuk-burukkan lagi para pemimpin BN.

Alhamdullilah siasatan pihak SPRM dalam isu Khir Toyo tidak diakhiri dengan insiden 'terjun' dari tingkap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...