NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 6, 2010

Sohaimi Shahadan Akan Selesaikan Isu Tuntutan Hadiah "KALIBER"?






Sebelum ini saya ada menulis mengenai kegagalan Dato Sohaimi Shahadan untuk melunaskan bayaran peserta realiti TV Kaliber di laman Pejuang Maya. Jadi artikel saya kali ini adalah susulan dari artikel sebelum ini yang di siarkan oleh laman tersebut. Untuk bacaan lanjut pembaca boleh rujuk di sini .

Selepas isu Kaliber disiarkan, saya menerima banyak maklum balas dari kalangan mereka yang terlibat dalam rancangan tersebut. Malah ada juga yang mengatakan saya cuba memburukkan imej Dato Sohaimi Shahadan, sebenarnya bukan itu niat tulisan saya, untuk apa saya memburukkan beliau kerana saya tiada sebarang kepentingan dalam parti UMNO. Saya cuma menegur tindakan beliau kerana dari pemerhatian saya tindakan beliau mengabaikan tanggungjawab beliau dalam program tersebut boleh memberikan imej buruk kepada UMNO memandangkan beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Namun beberapa hari lepas, sumber saya mengatakan yang elaun yang dijanjikan kepada peserta sebanyak RM1500 sepanjang mengikuti program tersebut telah pun dilunaskan oleh pihak penganjur, cuma yang menjadi isu sekarang adalah tuntutan hadiah utama bernilai RM500,00.00.

Setelah isu tersebut dimainkan saya difahamkan beberapa hari lepas juga Dato Sohaimi Shahadan melalui DPMMS telah mengirimkan satu faks kepada peserta yang terlibat untuk mengadakan mesyuarat khas bagi mencari penyelesaian berhubung isu hadiah untuk juara program tersebut. Sebagai bukti saya lampirkan faks tersebut untuk tatapan pembaca.

Dengan kiriman faks di atas kepada para peserta ini membuktikan bahawa artikel yang saya tulis sebelum ini bukanlah satu fitnah atau bertujuan memburukkan imej Dato Sohaimi Shahadan, sebaliknya ianya bertujuan untuk menyampaikan hasrat peserta rancangan tersebut ke mata pembaca blog.

Jadi saya berharap, agar mesyuarat yang akan diadakan pada 8 Disember ini dapat memberi titik noktah berhubung tuntutan para peserta program tersebut, kerana itu sememangnya hak mereka, jadi atas dasar apa sekalipun hadiah yang dijanjikan perlu dilunaskan oleh penganjur.

Melalui mesyuarat nanti diharap dapat memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, yakni para juara rancangan tersebut menang untuk mendapatkan hak-hak mereka, dan Dato Sohaimi Shahadan menang serta dapat memulihkan kembali imej beliau yang dilihat semakin hari semakin membosankan.

Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada  Dato Sohaimi Shahadan kerana memberikan maklum balas yang cepat selepas artikel tersebut disiarkan.

2 comments:

mantra-indeeptots said...

Salam... Tak faham mengapa perlu ada mesyuarat khas. Bukankah sepatutnya sebelum pertandingan, semua syarat dan keputusan telah diambil?

Apakah keputusan pemenang ketika pertandingan cuba dipertikaikan?

Just dont make any sense!!!

JoeZuax said...

Ish Ish, Ni Macam Kes Promosi Lebih-Lebih, Buat Kurang-Kurang.. Keh Keh Keh..

p/s : dah link blog boss, kalo sudi link balik ye ;p tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...