NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Banjir Berlaku Setiap Tahun, Tapi Mekanisme Pengurusan Tetap Sama - MKN Terbukti Lembab!


Hampir setiap tahun dalam bulan Disember, kita akan berhadapan dengan masalah banjir terutama negeri-negeri di Pantai Timur. Sejarah negara mengalami situasi banjir terburuk adalah pada tahun 1926, 1946 dan 1971.

Banjir pada tahun 1971 dianggap paling buruk dalam negara di mana pengisytiharan darurat bencana dibuat oleh Tun Abdul Razak berkuatkuasa pada 5 Januari 1971. Jumlah kerugian ketika itu adalah RM84.7 juta selain mengorbankan 38 nyawa.

Banjir tahun 1971
Peristiwa banjir yang berlaku pada tahun 2004 membabitkan 100,000 mangsa, tahun 2006 lebih 100,000 kemudian pada tahun 2010 pula mencatatkan lebih 200,000 mangsa terlibat dengan banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan.

Banjir Kelantan 2004.
Berita banjir Johor 2006.
Persoalannya, kenapa  mekanisme dalam menguruskan mangsa banjir tetap sama walaupun kita berhadapan dengan bencana banjir hampir setiap tahun.

Tidak keterlaluan jika saya katakan agensi berkaitan iaitu MKN tidak siap siaga untuk berhadapan dengan bencana banjir yang berlaku menjelang Disember.

Tiada Peringatan Awal.

Banjir berlaku setiap bulan Disember, beza cuma banjir tersebut besar atau kecil sahaja. Namun agensi berkaitan tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan kepada penduduk di negeri, daerah dan kawasan yang sering dilanda banjir.

Peringatan awal penting untuk memastikan penduduk berada dalam keadaan berjaga-jaga serta membuat persiapan untuk menghadapi banjir sekaligus mampu menyelamatkan nyawa tetapi boleh mengurangkan kerugian dari segi harta benda.

Bahasa mudah faham, MKN patut keluarkan amaran awal, sekurangnya penduduk boleh simpan kelengkapan rumah, kereta dan sebagainya di tempat yang selamat. Sama ada banjir yang bakal melanda mereka besar atau kecil itu cerita lain.

Pusat Pemindahan Tidak Siap Sedia

Setiap kali banjir dewan sekolah sering dijadikan pusat pemindahan tetapi kelengkapan asas seperti bekalan makanan, selimut, tilam tidak disediakan dari awal. Pendek kata, tunggu mangsa datang baru semua agensi sibuk nak hantar tilam, selimut, beras dan sebagainya.

MKN, JKM patut persiapkan pusat pemindahan dengan keperluan asas untuk mangsa banjir. Contohnya, setiap kali bulan Disember semua pusat pemindahan telah dilengkapi dengan tilam, selimut, beras, sardin dan sebagainya untuk 500 mangsa banjir.

Sama ada banjir melanda atau tidak, itu adalah kuasa Allah SWT. Jika ditakdirkan tiada kejadian banjir berlaku dan tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan, sedekahkan saja barangan makanan tersebut kepada rumah kebajikan atau anak yatim, apa susah?

Melihat kelemahan MKN dalam menguruskan situasi banjir ketika ini, saya tidak merasakan mekanisme pengurusan banjir oleh MKN antara yang terbaik sebagaimana jawapan DS Shahidan Kassim dalam parlimen sebelum ini.


Kerana kelemahan pengurusan banjir oleh MKN, rakyat hilang kepercayaan, ada yang menyalahkan kerajaan dan lebih malang kelemahan dan kelembapan MKN dilambakkan atas bahu YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Kalau benda mudah macam ni pun MKN tak boleh nak fikir, elok Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Thajudeen Abdul Wahab terjun saja dalam Sungai Kelantan.

Arioss...!


Monday, September 22, 2014

Penduduk Gantung Sepanduk Desak MB Kelantan Beri Penjelasan Projek Bandar Baru #PengkalanKubur


Sebaik saja PAS merampas Kelantan daripada BN pada tahun 1990, PAS mendakwa mereka berjaya membawa berbillion pelaburan masuk ke Kelantan.

Antara pelaburan terbesar adalah pembinaan projek mega Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan pada tahun 1993 bernilai RM2.3 billion namun dibatalkan secara tiba-tiba pada tahun 2002.

Sempena PRK Pengkalan Kubor beberapa hari lepas saya bangkitkan semula janji yang dibuat PAS lebih 18 tahun lalu di laman Facebook rujuk [SINI] dan [SINI]

Difahamkan beberapa sepanduk yang bertanyakan mengenai projek tersebut dinaikkan sekitar Pengkalan Kubor lewat malam kelmarin.


Rakyat Pengkalan Kubor berhak menyuarakan perkara ini memandangkan projek tersebut diumumkan sendiri oleh Datuk Ahmad Yaakob semasa menjawab sidang DUN pada 26 Oktober 1996.


Lagu khas untuk MB Kelantan - rakyat kampung dok tanya pembangune.. haha!



Wednesday, September 17, 2014

#BN4N01 #PengkalanKubor : Video Exco Kelantan YB Nasaruddin Daud Menghasut & Fitnah Kerajaan!



Rakaman ceramah di UPU Kampung Simpangan oleh ADUN PAS Meranti, YB Nasaruddin Daud yang memfitnah kerajaan membayar royalti kepada kerajaan Thailand serta bersubahat bersama kerajaan Thailand dalam insiden Tak Bai.


Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ;
“Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak. 
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman...” 
Mengikut undang-undang kenyataan yang dibuat oleh YB Nasaruddin Daud jelas mempunyai kecenderungan menghasut dan mendatangkan kebencian terhadap kerajaan.


Petikan laporan Mstar :
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 
Ketua pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.   
Menurut Akbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.   
Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.     
Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dah Hubungan Serantau Negeri.   
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Tuesday, August 6, 2013

Nasihat Kepada Sahabat Bloggers Jentera Siber Kelantan

Tok Pa ketika membuat lawatan ke operasi Jentera Siber Kelantan

Perkara ini telah lama saya cuba selesaikan, malah ketika 'post mortem' kekalahan BN Kelantan sebaik selesai kempen PRU13, saya cuba mengadakan pertemuan/perbincangan bersama semua yang terlibat - tetapi memandangkan sahabat saya iaitu Ketua Jentera Media Baru Pemuda BN Kelantan mengambil sikap berdiam diri, siapalah saya untuk memberi penjelasan mengenai perkara berbangkit.


Tetapi untuk masa akan datang jika ada sebarang perbincangan yang dibuat dan memerlukan sebarang penjelasan, saya bersedia membantu serta bertemu dengan nama-nama yang terlibat.

Namun memandangkan Dato Hanafi sendiri dikatakan mahu menilai dan mencari jalan penyelesaian selepas isu ini dibangkitkan, wajarlah kiranya isu ini tidak terus diperdebatkan, namun jika sahabat bloggers di Kelantan tetap mahu meneruskan isu yang ditimbulkan, saya tiada daya untuk menghalangnya.

Saya sekadar memberi nasihat kepada sahabat-sahabat bloggers agar tidak tidak terus menulis perincian mengenai isu ini buat sementara waktu demi kepentingan semua pihak.

Akhir sekali saya ingin rakamkan ucapan penghargaan kepada Dato Sri Mustapa Mohamed dan Dato Hanafi Mamat serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kerana memperakui dan mengiktiraf peranan tentera siber di Kelantan selama ini.



YY : Hibernate...

Tuesday, March 26, 2013

Makin Terpesong, Ulamak Kelantan Jauhi PAS! #TukarKelantan


Jika 22 tahun dahulu, merekalah lebih Islamik dari semua umat Islam di Malaysia. Mereka juga mendakwa pihak yang menentang mereka sebagai kafir gara-gara bekerjasama kaum bukan Islam seperti parti kompenen seperti MCA dan MIC.

Tetapi kini semuanya berubah, bukan sahaja bekerjasama dengan kafir DAP lebih memalukan mereka menutup mata dan merelakan dengan segala penghinaan yang dibuat oleh rakan sekutu mereka chauvanist DAP.

Ia dapat dilihat menerusi Kalimah Allah, isu Pluralisme Agama serta kebebasan seks LGBT, PAS dilihat hilang taring untuk berhadapan dengan 'abang besar' mereka. Malah tidak keterlaluan jika kita mengatakan PAS lebih cina daripada cina DAP sendiri.

Gara-gara penyelewengan dan dilihat mula terpesong dari ajaran Islam sebenar, tidak hairanlah ulamak-ulamak di Kelantan dilihat bersepakat menolak mereka serta mengeluarkan fatwa bahawa jatuh HARAM undi PAS kerana mengundi PAS ibarat mengundi DAP yang memang dikenali sebagai sebuah parti yang bersikap anti Islam.

Jika ulamak sendiri menjauhi PAS, adakah PAS layak digelar sebuah parti Islam?
Dari Blog MPP : 
Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

Thursday, March 14, 2013

[VIDEO] : #PrayForSabah - Ketibaan Perwira Anak Kelantan Yang Terkorban di #LahadDatu



Ketibaan dua anak Kelantan, perwira negara yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu di selubungi suasana sedih. 

Jenazah perwira negara yang tiba sekitar jam 10.50 pagi semalam disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Sri Mustapa Mohamed selain turut disertai oleh Menteri Besar 'dinosour' Nik Aziz Nik Mat.

Malangnya ketika semua berkumpul berdiri menunggu ketibaan jenazah, Menteri Besar Kelantan nampaknya lebih selesa duduk di dalam kenderaan rasmi Menteri Besar. Sebaik saja jenazah turun dari kapal terbang milik TUDM barulah berpusu-pusu datang diiringi pengikutnya.

Nak marah pun tak boleh juga, mungkin sebab tua dan uzur jadi beliau tak boleh berdiri terlalu lama. Kalau dah sedar diri dah tua kenapa tidak saja berundur dan berehat.

Penulis melihat dan mendengar bagaimana bangang seorang exco yang menyebut "kalu doh jahat, jahat situlah" gara-gara pihak tentera tidak memberikan kebenaran kepada Nik Aziz melakukan solat jenazah di lapangan terbang. 
Sebaliknya pihak tentera memaklumkan bahawa solat jenazah hanya akan dilakukan sekali sahaja iaitu di rumah Allahyarham, tapi dek kerana bodoh dan ingin mengambil 'political milage' ADUN PAS ini menyindir kononnya kerajaan sengaja menghalang mereka.

Wednesday, February 27, 2013

#ManifestoBukanJanji : Nik Aziz Monyok Royalti Minyak Tiada Dalam Manifesto #PenipuRakyat


Lihat wajah sayu Tok Guru Nik Aziz dan juga Hadi Awang...

Kenapa mereka kelihatan tidak ceria ketika mengumumkan manifesto PRU13 kelmarin?

Kasihan!

Tapi walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali mengaku setiap kali melakukan kesalahan atau kesilapan!

Mungkin itulah prinsip yang diamalkan oleh setiap pemimpin pembangkang, mereka sama sekali tidak akan mengaku apa saja kesilapan yang dilakukan malah segala kesilapan yang berlaku, mereka akan segera memindahkan kesalahan tersebut kepada seteru mereka iaitu UMNO.

Teknik 'transfer' ini dilihat amat berkesan untuk menutup segala kesilapan yang berlaku, jika UMNO tidak dapat dipersalahkan di atas kesilapan yang berlaku, paling tidak pun mereka akan menyalahkan sistem komputer sebagaimana yang berlaku dalam pemilihan CEC tempoh hari di mana DAP menyatakan kesilapan perkiraan undi adalah disebabkan sistem excel.

Jika pemilihan CEC tempoh hari, DAP menyalahkan excel, kali ini pencetak pula dipersalahkan ekoran ketiadaan tuntutan royalti dalam manifesto PRU13 yang dicetak oleh mereka. Maka puak pejuang NGOk R yang bengong-bengong ini percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka.


Hahaha...

Hoi bengong!

Mana mungkin manifesto yang dirangka berbulan lamanya melibatkan tiga parti dalam pakatan pembangkang terlupa untuk memasukkan royalti dalam manifesto mereka, selain itu tidak mungkin pihak tertentu tidak menyemak semula setiap janji dalam manifesto sebelum menghantar kepada pihak pencetak?

Sebenarnya tuntutan royalti bagi Kelantan tidak dimasukkan kerana ia memang tidak sah dari perundangan, dah banyak kali tulis. Malas nak tulis panjang-panjang kita layan filem Tiga Bedul di Kelantan :



Kakahkahkah!

Malu budok-budok jah!

Dari blog TUKAR-KELATE! :
"Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak. 

Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu. 

Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.
Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak.  
Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu. 
Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak. 
Baca lagi....

Friday, February 22, 2013

[VIDEO] : PANAS! Gara-Gara Tak Nak Jadi 'Haiwan' Duit #BR1M Diserahkan Kepada Tabung PAS #TukarKelantan



"Nak tengok sejauh mana keikhlasan tuan-puan, hok (sesiapa) buleh pitih (duit) BR1M kito pakat bui (bagi) kok (kepada) PAS pulok"

Itulah yang diminta oleh seorang penceramah PAS ketika siri ceramah mereka yang dibuat di sekitar Pantai Cahaya Bulan, yang turut dihadiri oleh Mat Sabu. Dalam ceramah tersebut, penceramah tersebut meminta ahli PAS yang dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menyumbang duit tersebut kepada tabung PAS yang dilancarkan oleh jentera PAS cawangan Semut Api.

Inilah kerja gila PAS, duit sumbangan yang kerajaan berikan untuk meringankan beban rakyat, tetapi orang PAS yang bodoh lagi bangang, setiap hari mereka melalak mengatakan barang naik, harga naik, cukai naik, air kepala takuk Mat Sabu naik serta pelbagai lagi fitnah untuk menggambarkan Barisan Nasional (BN) tidak memahami jerit-perih rakyat bawahan.

Tetapi apabila BN membantu rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bertujuan meringankan beban rakyat, mereka pula yang menyusahkan rakyat!

Dalam diam-diam wang rakyat diperas untuk memenuhi tabung milo mereka atas nama jihad, (jihad kepala takuk Mat Sabu barangkali). Mula-mula samakan penerima BR1M dengan binatang, selepas itu 'binatang' ini pula dikerah untuk memenuhi tembolok mereka.

Sampai bila rakyat Kelantan hendak diperbodohkan?

Sampai bila rakyat Kelantan hendak 'diperlembukan'?

Dasar PAS, dasar apa?

Emang dasar...emang dasar...

PAS memang BAJINGAN!

Nota tapak kaki Tok Guru : SUK Sultan Kelantan tengah buat apa sekarang? Bakar fail? clear fail? jeng...jeng..jeng!

Sunday, February 10, 2013

[FOTO] : PAS Kelantan Kini Gusar, Rakyat Beri Sambutan Luar Biasa Terhadap UMNO #TukarKelantan


Sukar dipercayai apabila program UMNO berjaya menarik kehadiran sehingga 5,000 orang lebih-lebih lagi ia dibuat di dalam bahagian yang turut menempatkan DUN Chempaka iaitu kerusi DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Pengkalan Chepa.

Jumlah kehadiran luar biasa masyarakat Kelantan terhadap program anjuran UMNO dilihat petanda bahawa PAS Kelantan kini benar-benar berada dalam situasi genting menjelang PRU13.

Ini menguatkan lagi apa yang saya nyatakan sebelum ini tentang kegusaran kerajaan negeri ekoran populariti PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mula merosot sejak pucuk pimpinan UMNO negeri diterajui oleh Tok Pa.

Menariknya tentang sambutan terhadap program Semarak Gelombang Merah semalam, penganjur tidak memerlukan ikon atau artis-artis tertentu untuk menarik kehadiran masyarakat sekitar sebagaimana dilakukan oleh PAS dengan menggunakan artis seperti Abby Abadi untuk menarik jumlah hadirin ke tapak ceramah mereka.

Sikap keterbukaan masyarakat Kelantan terhadap program UMNO sekarang ini adalah kerana didorong dengan keinginan untuk melihat satu perubahan besar berlaku ke atas negeri tersebut setelah muak dengan pelbagai janji-janji PAS sepanjang 22 tahun menerajui negeri tersebut.

Lepas ini PAS datang bawa beras cap tok guru, kita ambik!

PAS datang janjikan syurga, kita dengar...

Tapi...

Dalam PRU13 nanti kita TUKAR PAS kepada BN!



Tak percaya gambar tersebut, ada lagi gambar-gambar lain  [sini]

Cuba kira berapa ramai?


Hohoho!

Lepas itu cuba kira berapa ramai rakyat Kelantan turun dengar ceramah dari geng NGOk 'R' [sini]

Hahaha...

Tuesday, February 5, 2013

[VIDEO] : Penjelasan Berfakta @Mustapa_Mohamed - Royalti Minyak Di Mana Asasnya?


Isu Royalti Minyak merupakan talian hayat PAS untuk meraih sokongan anak muda di Kelantan kerena mereka tahu bahawa tidak ramai daripada anak muda ini akan meneliti satu persatu segala undang-undang yang termaktub dalam perjanjian hasil minyak di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Maka sentimen yang dimainkan PAS sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi anak muda untuk menolak BN atas alasan BN menafikan hak Kelantan.

Walhal tahun 1992 Husam Musa sendiri mengakui bahawa selepas perbincangan kerajaan negeri Kelantan terpaksa akur bahawasanya minyak yang ditemui ketika itu bukanlah berada di perairan Kelantan sebaliknya di Vietnam.


Ikuti penjelasan verfakta Tok Pa mengenai isu pembayaran royalti minyak di Kelantan, tidak perlu baca panjang-panjang hanya perlu luangkan masa anda 10 minit untuk meneliti fakta yang diberikan oleh Tok Pa :

Dari blog Tukar Kelate :
Oleh itu lapanglah dada dan ikuti penjelasan daripada Tok Pa, harap-harap penjelasan ini tidak mengusarkan Husam Musa dengan NGO 'R' selepas Presiden mereka kecut telur untuk menyahut cabaran debat oleh blogger kickdefella :



#SaveKelantan : 21 Dalil PAS Tergolong Dalam 'Keajaiban' Dunia?



Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid.

Hahaha...

Tidak percaya?

Mari kita selidik 21 sebab mengapa PAS tergolong dalam perkara yang ajaib di dunia :

PADA MULANYA... 
1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) 
KEMUDIANNYA.. 
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. 
PADA MULANYA... 
2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. 
KEMUDIANNYA.. 
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
PADA MULANYA... 
3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi” 
KEMUDIANNYA.. 
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
Hahaha...

Nak tahu lagi 19 keajaiban PAS?

[Baca Sini] 


Wednesday, January 30, 2013

Husam Musa Akui Minyak Berada di Perairan Vietnam Pada Tahun 1992 - #TukarKelantan



Hahaha...

Keratan akhbar di atas bukan dari Utusan Melayu, bukan juga dari Berita Harian jauh sekali Harian Metro.

Tetapi ia adalah keratan akhbar Harakah bertarikh 28 Ogos 1992 yang ditulis oleh Husam Musa.

Apa yang ditulis dalam artikel di atas?

Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan, tetapi blok PM3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM.

Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURAT CARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area).

Bukankah itu bermaksud Husam Musa memperakui bahawa minyak tersebut berada di perairan negara lain dan bukannya perairan Kelantan?

Hahaha...

Jadi tak hairanlah jika Dato Husam Musa berkata akan berusaha gali sendiri mengeluarkan minyak yang ditemui di Kota Bharu tempoh hari.


Hahaha...

Nok suko weii luk!

Mat Jek kato di blog Tukar-Kelate :

Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM. 
Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURATCARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area). 
Jadi apa LOCUS STANDI KELANTAN untuk tuntut minyak yang didapati disini? Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di ZON EKONOMI EKSLUSIF MALAYSIA... HOK MUDAH NI PON BULIH DIA GUNA UNTUK JAJA SENTIMEN ROYALTI...... Beratt laaa gini gakkk wehh!!






Sunday, January 20, 2013

Presiden NGOk 'R' Buat Malu 30k Pengikut - Takut Sahut Cabaran Kickdefella @syedazidi Debat #RoyaltiMinyak


Presiden NGOk 'R' nampaknya tidak berani menyahut cabaran blogger kickdefella untuk berdebat dengannya berhubung isu Royalti Minyak yang dijadikan modal politik oleh PAS Kelantan untuk meraih sokongan rakyat Kelantan.

Apa taraf Nazri Deraman nak berdebat dengan Dr. Awang Adek yang berjawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan?

Sepatutnya Nazri Deraman menyahut cabaran yang dibuat oleh kickdefella ketika sidang media selepas perlancaran jentera siber Pemuda BN pada 17 Januari 2013 yang lalu.



Petikan laporan Mstar :

Presiden NGO 'R' (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan), Nazri Deraman akan meneruskan hasrat berdebat dengan Datuk Seri Mustapha Mohamad atau Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu royalti minyak Kelantan walau dianggap tidak setanding dengan menteri untuk berbuat demikian oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz. 
Sebaliknya, Nazri dicabar oleh blogger yang lebih dikenali sebagai 'Kickdefella' itu berdebat dengannya mengenai isu sama. 
Nazri yang tidak akan melayan atau menyahut cabaran pihak lain untuk berdebat mengenai isu tersebut berkata surat rasmi untuk berdebat dengan kedua-dua menteri akan dihantar dalam masa terdekat. 
"Perkara (royalti) ini timbul daripada saya. Saya yang buat buat tawaran (debat), dia (Kickdefella) tak perlu cabar saya. Dia tak ada kaitan dengan saya atau isu ini. 
"Saya akan menghantar surat rasmi kepada kedua-dua menteri berkenaan pada masa yang difikirkan sesuai...dalam masa terdekat sebelum pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kickdefella yang mencabarnya berdebat mengenai isu tuntutan royalti minyak Kelantan kerana merasakan bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan menteri. 
Mengulas lanjut, Nazri berkata dia hanya akan berdebat dengan individu-individu berintegriti dan mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan. Dia turut mempertikai integriti Kickdefella yang membuat cabaran tersebut. 
"Siapa dia dalam isu ini...tak ada kena-mengena. Saya tak pernah tengok dia berdebat dengan sesiapa. Integritinya dipersoal. 
"Saya ada pengikut 30,000 orang, kalau dia ada lebih kurang saya (pengikut) mungkin boleh ajak debat," katanya. 
Nazri berkata dia hanya mengenali blogger berkenaan melalui kontoversi yang dicetuskan. 
"Saya pun tak kenal dia, kenal setakat blogger yang cetuskan kontroversi dan saman orang di mahkamah," katanya. 
Mengulas tanggapan dia bukan calon yang setanding untuk berdebat dengan menteri, Nazri berkata beliau bertindak mewakili rakyat. 
"Saya yang hantar memo kepada Petronas. Kedua-dua menteri telah beli respons. 
Tidak malukah Nazri Deraman kepada pengikutnya yang berjumlah 30,000 orang?

Hahaha...

30,000 orang pengikut konon...

Jika cabaran dibuat oleh seorang blogger yang tidak berintegriti pun Presiden NGOk 'R' takut, untuk apa individu bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri melayan karenah Nazri Deraman?

Klik [Penjelasan Isu Royalti Minyak]

Friday, January 18, 2013

Kickdefella Sahut Cabaran Debat Isu Royalti Petroleum

“Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”, demikian kata-kata pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam.

Beliau merujuk kepada berita di dalam Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2013 yang melaporkan Pengerusi NGO R Saudara Nazri Deraman mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat isu royalti petroleum.

Nazri Deraman, Pengurus Bandar Baru Tunjung anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan dan Pengerusi NGO R.

“Bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan Menteri, debat dengan saya sudahlah,” kata Syed Azidi yang ditemui media di sebuah hotel di Kota Bharu selepas majlis perasmian Jentera Siber Barisan Nasional oleh Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun Syed Azidi nyatakan beliau mahu debat itu bukan bertujuan untuk ‘mengangkat ekor’ mana-mana pihak atau untuk tujuan bermegah-megah.

Sebaliknya ia mesti untuk kedua-dua pihak meletakkan hujah masing-masing berdasarkan fakta supaya rakyat Kelantan boleh memahami dan membuat penilaian sebenar.

“Nazri boleh hantar wakilnya menemui saya untuk menetapkan masa dan tempat yang sesuai,” kata Syed Azidi lagi sambil menjelaskan bahawa pihak beliau sendiri bersedia untuk mengambil inisiatif sekiranya Nazri berhadapan kesukaran.

Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan di dalam laporan Sinar Harian itu juga mendesak PETRONAS menaikkan pembayaran royalti daripada 5% ke 20%.

Idea itu sudahpun dijelaskan oleh Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu sebagai boleh mengakibatkan PETRONAS ‘lingkup’.

Ini kerana Bayaran Tunai 5% yang dibuat sekarang adalah berdasarkan pengeluaran minyak dan gas dan bukan 5% daripada keuntungan. Oleh yang demikian jumlah itu sudah cukup besar.

Sebaliknya 20% dari pengeluaran jika dibayar sebagai Bayaran Tunai Petroleum akan meningkatkan kos operasi yang sudah sedia tinggi. Operasi carigali petroleum bukan satu operasi yang murah.

Jadi jika ia dibebankan lagi dengan Bayaran Tunai sebanyak 20% ini akan memakan keuntungan PETRONAS dan kesannya PETRONAS tidak akan dapat memberi pulangan kepada negara sama ada di dalam bentuk cukai atau sumbangan lain bahkan ada kemungkinan PETRONAS akan berdepan dengan kerugian di dalam operasi carigali tempatan.

Monday, January 14, 2013

NGO Marah Tindakan PAS Pajak Tanah Kepada DAP - #TukarKelantan



Kemarahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) marahkan kerajaan Pas Kelantan kerana merampas hak rakyat apabila Minda Pondok membuat laporan polis berhubung isu pemberian pajakan tanah di Gua Musang kepada syarikat yang dikaitkan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Laporan dibuat Ahli Jawatankuasanya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof yang disertai lebih 20 ahli pertubuhan itu di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 9.40 pagi ini.

Menurut Mohd. Syamsul, laporan itu meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

Akhbar sebelum ini menyiarkan pengakuan DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di negeri itu.

Terdahulu blog pisau.net mendedahkan dakwaan kedua-dua pemimpin tersebut telah diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.

Susulan itu rata-rata rakyat negeri ini menyatakan rasa kecewa dan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri yang dilihat lebih mengutamakn orang luar berbanding anak tempatan. - Kelatekito.net

Sunday, January 13, 2013

[VIDEO] : Termasuklah @Abby_Abadi112 Yang Cari...? - Dato Alwi Che Ahmad Dedah Rahsia Abby? #TukarKelantan



Ceramah dari Ketua Pembangkang Dato Alwi Che Ahmad di hadapan 5,000 rakyat Kelantan dan jentera barisan hadapan ketika pemimpin-pemimpin PAS negeri termasuk Menteri Besar sibuk ke Kuala Lumpur untuk perhimpunan HKR112.

Hahaha...

Gelombang Merah...

BN Merentah!

Saturday, January 5, 2013

[VIDEO] : #TukarKelantan - DAP Dapat Tanah, Pak Husin Pula Kehilangan Tanah


Tonton video di bawah sampai habis, buatlah penilaian sendiri...



Sudah tiba masa untuk Tukar Kelantan kepada BN...

Sumber : Kickdefella

Friday, January 4, 2013

#TukarKelantan #PRU13 : Cina DAP Lebih Untung Dari Anak Kelantan - Apa Reaksi Rakyat Kelantan?


Mungkin ada benar dakwaan rakan-rakan blogger apabila mereka mengatakan menjadi cina DAP lebih beruntung daripada menjadi anak kelahiran Kelantan kerana PAS dilihat lebih menyayangi DAP melebihi daripada anak negeri yang diperintah oleh mereka.

Isu pemberian atau mengikut kamus versi PAS 'sedekah' tanah ini bukan isu yang baru diperkatakan, malah sebelum kes pemberian tanah seluas 10,526 ekar kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, PAS sebelum itu telah 'menyedekahkan' beratus ekar tanah kepada tauke-tauke cina.

Walaupun telah berpuluh laporan polis dibuat di mana yang terbaru dibuat pada 1 Januari 2013 oleh Che Dollah bin Che Ismail-Ketua Penerangan PKMR Pasir Mas telah dibuat di Balai Polis Pasir Mas berhubung skandal tanah tersebut serta berpuluh reaksi tidak senang yang ditunjukkan oleh anak-anak muda Kelantan yang disiarkan melalui akhbar.

Menteri Besar Kelantan nampaknya masih lagi gagal memberikan jawapan yang menyakinkan, malah rakyat Kelantan hanya dihidangkan dengan kenyataan bengong Setiausaha Akhbarnya di mana jelas terdapat percanggahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Upayapadu Sdn. Bhd :

Kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar seperti berikut :


Katanya projek usahasama berkonsepkan pajakan yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 itu melibatkan perjanjian 50 tahun,  ironinya Upayapadu Sdn. Bhd pula mengatakan projek yang ditandatangani mereka pada tarikh tersebut adalah selama 70 tahun.


Mana satu yang betul 50 tahun pajak atau 70 tahun pajak?

Inilah bodohnya pembangkang, lebih-lebih lagi PAS - tidak cukup dengan kebodohan Nizar Jamaluddin yang memberikan hak milik pajakan selama 13 generasi iaitu 999 tahun  kepada masyarakat setinggan Cina di Perak. 

Kini rakyat Kelantan dikejutkan pula dengan tindakan regim Nik Aziz yang 'menyedekahkan' 10,526 ekar kepada Tengku Wong.

Gejala memajak tanah kepada tauke-tauke cina oleh PAS sebenarnya telah menafikan hak Melayu itu sendiri, tempoh pajakan yang panjang itu bakal membolehkan anak cucu kita merempat di bumi sendiri.

Keputusan bengong dan bodoh pemimpin PAS yang hanya inginkan undi dan sokongan cina ini telah menggadaikan hak kita sebagai Bumiputera dan Keistimewaan Melayu.

Tindakan yang dibuat oleh pembangkang sebagaimana berlaku di Kelantan dan Perak, membuktikan bahawa taraf Bumiputera itu tidak berguna bagi mereka. 

Reaksi anak Kelantan :
Teramat-amat dukacita. Sebagai anak jati negeri ini saya sememangnya tidak dapat menerima hakikat tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah kepada wakil rakyat DAP. Rakyat negeri ini masih ramai berdepan dengan masalah pemilikan tanah. Kerajaan negeri sepatutnya terlebih dahulu mengutamakan keperluan rakyat sendiri berbanding orang luar".
- Faizil mohamad Yaman, 38. 
“Kalau kata kelulusan itu adalah atas dasar untuk membangunkan tanah, kenapa tidak diusahakan sendiri atau lantik sahaja kontraktor bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan. Mana keupayaan kerajaan Pas ini dalam usaha untuk membangunkan negeri dan rakyat melalui tanah yang bernilai komersial itu kalau semua bentuk pembangunan diserahkan kepada orang lain. “Apatah lagi kelulusan itu pula diberikan kepada wakil rakyat dari kalangan sekutunya sendiri (DAP)". 
- Mohd. Fared Ramli, 26. 
Sedih dan memeranjatkan. Kerajaan negeri seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan yang lebih berkesan untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atas orang lain. Lebih-lebih lagi dengan keadaan negeri dan rakyat yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup". 
- Rostan Loman, 44. 
“Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak mengutamakan rakyatnya sendiri. Mereka lebih cenderung ke arah menjaga kepentingan politik parti sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk dalam isu tanah ini. “Malah, selain itu tindakan ini jelas menunjukkan bahawa mereka lebih suka bekerjasama dengan DAP". 
- Tengku Arief Tuan Hassan, 38. 
“Saya tidak mahu pergi jauh, persoalannya kenapa DAP? Kenapa kepada wakil rakyat dari sekutu partinya bukan orang lain. Apa untung kepada kerajaan dan rakyat selepas kelulusan itu dibuat". 
- Ariff Hakimi Zulkifli, 33. 
“Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kelantan sesungguhnya telah menganak tirikan anaknya sendiri. “Sanggup hulurkan harta yang ada kepada orang lain tetapi anak sendiri merempat tidak dipeduli." 
- Noorsuria Edayu Sulaiman, 28.

YY : 50 tahun kor 70 tahun ni, acu royak molek gak...kuat pelawok puak ulamak taik kucing ni! 

Wednesday, January 2, 2013

#TukarKelantan : Penduduk Demontrasi Bantah Kerajaan PAS Kelantan Rampas Tanah


Lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Belatim dan Dakoh, dekat sini, akan mengadakan demonstrasi untuk membantah tindakan Kerajaan Pas Kelantan meluluskan tanah yang sudah diusahakan mereka kepada Perbadanan Ladang Rakyat.

Tempat perhimpunan itu belum dapat dipastikan sama ada di pos berkenaan atau depan Kota Darulnaim pusat pentadbiran kerajaan Negeri sambil menyerahkan memorandum bantahan itu dan mendesak kerajaan negeri menghentikan berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kamal Alik, berkata, Orang Asli sekarang semakin tidak puas hati dengan corak pemerintahan kerajaan negeri itu khususnya mengenai pengambilan balik tanah yang sudah diusahakan.

Katanya, setakat ini seluas 4,000 hektar tanah sudah dimajukan sebagai ladang rakyat termasuk 1,600 hektar di Pos Belatin dan 2,400 hektar di Pos Dakoh hingga timbul banyak masalah kepada kaum itu untuk mencari punca pendapatan.

“Kita akan mengadakan demonstrasi itu dalam masa terdekat ini kerana kita rasa hidup terpinggir disebabkan masalah itu yang berterusan tanpa ada rundingan terlebih dahulu dengan penduduk Orang Asli tempatan,” katanya sambil menunjukkan papan larangan memasuki kawasan Ladang Rakyat, di Pos Belatin, semalam.

Kamal berkata, berikutan pembukaan ladang rakyat secara meluas itu juga menyebabkan kebanyakan penduduk terpaksa mencari peluang pekerjaan di luar kampung mereka.

“Sebelum ini banyak tanaman yang diusahakan penduduk tempatan disodok syarikat terbabit dan kami tidak ada kuasa untuk menghalangnya berikutan tanah terbabit juga mempunyai hak milik kaum kami,” katanya.

Seorang penduduk Orang Asli, Alang Donggeng, 43, pula berkata, kerajaan Pas sewajarnya memberi perhatian terhadap nasib hidup kaum itu terutama memberi peluang dalam pembangunan
tanah sebagai sumber pendapatan.

Beliau berkata, kaum itu bukan mahu tanah yang luas seperti yang diusahakan syarikat pembangunan ladang terbabit, tetapi sekadar mampu diusahakan bagi tujuan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal