NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

The Encorp Saga : Selamatkan Encorp Berhad, Singkirkan Roslee dan Wan Azman - Part 2


Sambungan dari bahagian pertama - [SINI]

Saya menerima pelbagai respon susulan pendedahan mengenai situasi yang dihadapi oleh Encorp Berhad yang kini berdepan masalah kewangan kritikal disebabkan kegagalan Pengarah Operasi dan Pengarah Perkhidmatan Korporat mengurus tadbir syarikat tersebut.

Setakat ini masih tiada penafian daripada dua individu yang berkenaan. Malah, semalam pekerja di tapak projek Marina Puteri Harbour, Iskandariah Johor mendakwa Pengarah Operasi Encorp Berhad, Roslee Ismail tidak hadir untuk menyelesaikan masalah berbangkit bersama kontraktor dan pekerja di sana.

Bermakna saya menyampaikan perkara dan situasi sebenar yang perlu diketahui oleh pihak atasan pengurusan Felda supaya pelaburan Felda Investment Corporation (FIC) memberi keuntungan bukannya satu pelaburan yang sia-sia.

Malangnya, beberapa rakan di Facebook menganggap pendedahan mengenai Encorp Berhad adalah satu serangan ke atas Felda.

Kata mereka, tindakan saya telah membuka ruang kepada pembangkang menyerang Felda, mungkin bagi mereka masalah Encorp Berhad lebih elok dimainkan oleh individu seperti Mazlan Aliman.

Masalah Encorp Berhad membabitkan puluhan kakitangan pengurusan, pekerja site, kontraktor, sub kontraktor, consultant, pembeli serta penyewa premis bangunan dan kediaman milik Encorp Berhad.

Justeru, dalam bahagian kedua seperti yang dijanjikan saya akan perincikan kegagalan dua individu yang diamanahkan oleh Felda sepanjang tujuh bulan mereka masuk menerajui Encorp Berhad?


Tidak Puas Hati

Semenjak Encorp Berhad ditadbir Roslee dan Wan Azman, ramai pekerja Encorp Berhad melahirkan rasa tidak puas hati kerana pihak pentadbiran menggunakan maki hamun.

Malah pihak pentadbiran membuat pelbagai provokasi yang menjejaskan emosi pekerja bagi memastikan pekerja yang tidak disukai berhenti kerja dan digantikan dengan individu yang mereka kenali (sebut kroni) sebagai ketua jabatan.

Bagi para pekerja, mereka tiada masalah jika pihak pentadbiran Encorp Berhad mahu memecat mereka tetapi lakukan dengan cara yang betul bukan dengan penghinaan atau diberhentikan kerana bangsa.

Selain itu pihak pentadbiran sering terlewat membayar tuntutan bulanan yang dibuat pekerja. Difahamkan punca kelewatan tersebut kerana keadaan kewangan Encorp Berhad yang sangat kritikal.

Kerugian Besar, Ugutan Nyawa

Selain pekerja melahirkan rasa tidak puas hati, semenjak perubahan pentadbiran banyak projek yang dibangunkan Encorp tertangguh kerana kerja-kerja pembinaan gagal dijalankan sebab Roslee bertindak menghentikan bayaran mengejut.

Tindakan tersebut menyebabkan supervisor di tapak pembinaan terpaksa mengadap kemarahan dan ugutan membabitkan nyawa kerana para pekerja pembinaan yang terdiri daripada warga asing berang mereka tidak dibayar gaji.

Malah kakitangan Encorp sendiri turut menerima ancaman melibatkan nyawa daripada pembekal kerana syarikat gagal melunaskan bayaran memaksa ramai kakitangan berhenti kerja kerana tidak tahan serta bimbang tentang keselamatan diri.

Selain itu, kewangan Encorp Berhad dalam keadaan paling lemah membuktikan Wan Azman dan Roslee gagal mengurus tadbir dan melaksanakan tugas yang Felda amanahkan kepada mereka berdua.

Dalam keadaan Encorp yang ketandusan tanah dan projek, sehingga kini tiada satu projek berjaya dibawa masuk oleh Roslee dan Wan Azman walaupun telah tujuh bulan mereka dilantik untuk menerajui Encorp.

Kegagalan pengurusan juga disebabkan pihak pentadbiran yang ghairah mahu mengubah semua sistem dan memecat pekerja dan digantikan mereka yang tiada latar belakang dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

Wujud Unsur Penyelewengan

Akhir sekali, Roslee dan Wan Azman perlu memberikan penjelasan kepada pekerja tentang kontrak bernilai RM114 juta.

Berdasarkan maklumat, pada tahun 2013, syarikat Setia Haruman Sdn Bhd anugerahkan kontrak bernilai RM114 juta kepada Encorp Berhad di mana selepas itu segala kerja-kerja pembinaan telah pun berjalan.

Namun, sekitar akhir tahun 2014, selepas kemasukkan Roslee dan Wan Azman secara tiba-tiba sub kontrak tersebut kepada syarikat Getinas Sdn Bhd di mana jumlah kontrak tersebut menjadi RM118 juta.

Bermakna berlaku kerugian RM4 juta yang terpaksa ditanggung oleh Encorp Berhad.

Tindakan Roslee dan Wan Daud melantik sub kontraktor yang baru secara tiba-tiba dengan kerugian RM4 juta menimbulkan persoalan.

Kenapa Roslee dan Wan Azman sub kepada kontraktor lain secara tiba-tiba dengan kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM4 juta sedangkan Encorp Berhad mempunyai pekerja yang mampu menjalankan kerja-kerja pembinaan?

Bahasa mudah faham, ada pemilik rumah mahu saya menyiapkan sebuah jamban moden berharga RM10, tapi disebabkan saya seorang pemalas.

Saya meminta seorang rakan membina jamban berkenaan dan berjanji memberikan dia upah sebanyak RM14.

Jadi, terpaksa saya guna duit sendiri RM4 kerana pemilik rumah bersetuju bayar saya RM10 saja.

Bukankah itu perkara bodoh dan tak masuk akal, kalau cerdik saya membayar rakan saya RM8 saja di mana saya ada untung atas angin RM2.

Itu cara menjalankan sesebuah perniagaan.

Moron..

Justeru, Felda harus selamatkan Encorp Berhad, singkirkan Roslee dan Wan Azman kerana tidak berbaloi membayar gaji mereka RM45k sebulan tetapi syarikat rugi manjang.

Arioss...!

YY : jawab dan selesaikan permasalahan yang berlaku, bukan 'bunuh' individu yang menyampaikan permasalahan. 

Wednesday, March 4, 2015

The Encorp Saga : Pengarah Operasi & Pengarah Perkhidmatan Korporat Jahanamkan Encorp Berhad - Part 1


Encorp Berhad syarikat pembangunan milik Datuk Effendi Norwawi yang diambil alih FELDA melalui anak syarikat Felda Invesment Corporation (FIC) sekitar Julai 2014 sedang berdepan dengan masalah dalaman yang kritikal membabitkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Selain itu, tindakan Felda Investment Corporation (FIC) yang menyembunyikan berita penahanan CEO mereka, Mohd Zaid Abd Jalil yang kini dalam tahanan reman SPRM membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.

Apa yang sedang berlaku dalam FIC yang baru tujuh bulan mengambil alih Encorp Berhad?


Berdasarkan maklumat yang dihantar melalui email kepada saya, Encorp Berhad bukanlah gah seperti diwar-warkan. 

Tiga projek yang diusahakan Encorp Berhad berdepan masalah disebabkan kewangan.

Encorp Cahaya Alam :

Dilaporkan lebih seminggu sampah penduduk tidak dikutip di Cahaya Alam kerana kegagalan Encorp Berhad menjelaskan bayaran kepada kontraktor.

Selain berdepan masalah sampah tidak dikutip, terdapat pekerja mogok dan enggan meneruskan kerja rekrtifikasi handover rumah sekaligus menimbulkan kemarahan kepada pembeli. Malah projek terbaru yang telah siap juga tidak dicat disebabkan tiada sumber kewangan.

Encorp Marina Puteri Harbour :

Projek kondo yang dibangunkan di Johor Iskandariah dilaporkan telah tergendala selama 200 hari menyebabkan ramai pembeli mula melahirkan hasrat untuk membatalkan pembelian.

Encorp Strand Mall :

Jumlah kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM1 juta sebulan, selain penyewa tidak berpuas hati kerana pihak pemaju mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah kebocoran dinding dan bumbung.

Difahamkan kelewatan berlaku kerana kontraktor enggan menjelankan kerja kerana bimbang pihak pemaju iaitu Encorp Berhad tidak menyelesaikan bayaran setelah kerja selesai dijalankan.

Selain projek berdepan masalah, para pekerja Encorp Berhad turut melahirkan rasa tidak puas hati semenjak Encorp dikuasai oleh 'regim' Roslee dan Wan Azman.

Roslee Ismail, Pengarah Operasi 
Wan Azman, Pengarah Perkhidmatan Korporat
Roslee Ismail dan Wan Azman dikatakan menjadikan Encorp Berhad seperti syarikat peninggalan nenek moyang di mana mereka bertindak memecat pekerja secara tidak adil.

Selepas ini saya akan perincikan kegagalan dua individu yang dilantik FELDA bagi menerajui Encorp Berhad dengan pendapatan RM45k sebulan.

Bersambung di bahagian kedua...

Sementara menunggu bahagian kedua, kita layan satu lagu khas saya tujukan kepada Roslee dan Wan Daud...



Arioss..!

Wednesday, June 26, 2013

@NajibRazak TS Sabri Ahmad Must Go & Retire From Felda Global Ventures (FGV)!



An informer in London said that one of the 5 units apartments owned by Felda Marketing at the Collonnade Porchester Square is strictly for him and his family used only.

We were told that the wife personally selected all the new and expensive furnitures.

She was said to even demand VIP treatment with posh chauffer driven car, WHO PAYS FOR ALL THAT?

Why Tan Sri Dato Sabri Ahmad MUST go and retire from FGV? 
1. Age factor - he is already an old man coming to 66 this years. 
2. He is not really an expert in palm oil industry. Do check with Golden Hope and MPOB on his track records and you will hear a lot of negative reports and skeletons in his closet. 
3. He is not a good coporate man with a good coporate governance.Everywhere he goes he spent a lot in appointing consultants,mostly foreigners with questionable fees. 
4. He was said not a man with intergity,famous for back-stabbing,hypocrite and potraying himself as a religious person. 
5.The wife is said to plays a leading role in managing FGV,that's why she has to accompany TSS whwrever he goes local or abroad.  
The question is...who pays for all her expenses?
Read More... 
Tan Sri Sabri Ahmad Pirates Of PNG?

Wednesday, September 21, 2011

Lepas Saman FELDA - Peneroka Saman Pula Peguam Mereka...


Ini mungkin patut dijadikan pengajaran kepada para peneroka FELDA yang lain, supaya berhati-hati dalam membuat sesuatu urusan lagi-lagi ianya melibatkan kepentingan politik sesetengah pihak. Sepatutnya 304 orang peneroka ini sudah mampu hidup mewah dengan hasil kemenangan tersebut.

Jika benar peguam-peguam yang mewakili mereka menawarkan khidmat percuma sebagaimana dicanangkan oleh Mazlan Aliman.

Tapi sayang...

Ramalan kaji cuaca kadangkala tidak tepat, disangka panas hingga ke petang ribut petir pula melanda. Kini mereka bukan hendak saman kerajaan atau FELDA, tapi hendak saman pula peguam yang telah memenangkan mereka sebelum ini, kerana pihak peneroka ini tidak berpuas-hati dalam pengagihan wang kemenangan tersebut.

Hahaha...



"kami bukan along... kami hanya mau tolong songlap"

Mari sahabat-sahabat dan saudara sekelian kita  belajar sedikit ilmu kira-kira.

Mengikut blog MyMassa peguam PAS ini menuntut 30% daripada jumlah yang dimenangi oleh peneroka iaitu RM12 juta.

Jika dihitung jumlah yang diperolehi oleh para peguam ini adalah sebanyak RM3.6 juta.

Jadi RM12 juta jumlah wang yang dimenangi ditolak kepada RM3.6 juta untuk peguam-peguam ini,  baki yang tinggal hanyalah sebanyak RM8.4 juta betul?

Berapa pula  jumlah yang diperolehi oleh peneroka-peneroka ini setelah jumlah RM8.4 juta dibahagikan antara mereka seramai 304 orang?

Jumlah yang diperolehi oleh peneroka setelah puas turun naik mahkamah, hanyalah RM 27632.00 sedangkan peguam yang menguruskan kes ini mendapat sebanyak RM 3.6 juta?

Itu pun peguam-peguam ini  tidak perlu bertaki dan bertekak  panjang-panjang dalam mahkamah, sebab mereka menang kerana kegagalan peguam pihak FELDA menghadirkan diri. Mula-mula kata percuma, tapi bila menang dituntut sebanyak 30%.

Siapa yang bodoh dan dipergunakan dalam kes ini?

Jawapannya adalah peneroka FELDA...

*PAS...wa haramu, halalku.

YY : Wahai pakcik-pakcik FELDA... bukalah mata mung...

Tuesday, December 28, 2010

Isa Samad Tak Layak Jadi Pengerusi FELDA, Tetapi Anwar Jubor Layak Jadi Penasihat Ekonomi?


Kumpulan totok PR nampaknya tidak berpuas hati dengan perlantikkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baru kerana dakwa mereka Isa Samad pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan UMNO pada tahun 2004.

Bantahan ini dibuat oleh lembu sondol PAS yang memang diberi tugas khas untuk memporak-perandakan FELDA itu Mazlan Aliman.

Malah Mazlan juga mengugut Perdana Menteri kita DS Najib agar segera menarik balik perlantikkan tersebut, atau mereka akan bertindak mengumpul tandatangan dan membuat pungutan suara daripada warga FELDA.  Beliau juga berkata akan memohon campur tangan Yang di Petuan Agung berhubung isu perlantikkan tersebut. Laporan ini saudara boleh baca di HARA KAH KAH KAH DAILY

Benar Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang pada tahun 2004 dan beliau sudah menerima hukuman iaitu digantung keahlian sebelum 'bebas' pada 23/6/2008 kalau tidak silap saya. Jadi di sini beliau telah menerima hukuman di atas kesalahan yang beliau lakukan. 

Berkokok Mazlan Aliman sebab Isa Samad pernah rasuah. Di sini jom kita tanya Mazlan Aliman kenapa beliau tidak pertikaikan perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor walhal Anwar Ibrahim pernah dipenjarakan kerana terlibat dengan salahguna kuasa serta rasuah?

Wahai Mazlan Aliman, lupakah kau dengan kesalahan Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan lima pertuduhan rasuah bagi melindungi salah laku seksnya pada tahun 1998?

1) Pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit dia, Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya.

2) Pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah dengan mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya.

3) pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat.

4) 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana Anwar mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh Anwar dengan tujuan melindungi diri sendiri.


5) pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana Anwar telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat.

Ini antara pertuduhan yang dihadapi Anwar Ibrahim yang membuatnya merengkok dalam Penjara dahulu, wahai Mazlan Aliman kenapa kamu tidak mahu pertikaikan perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor? 

Anwar pun pernah hadapi pertuduhan rasuah, adakah kamu ingin mengatakan Anwar layak sebagai penasihat ekonomi walaupun menghadapi 5 kes salah laku rasuah, namun Isa Samad tidak layak kerana salah laku politik wang dalam pemilihan parti UMNO?

Isa Samad guna politik wang dalam pemilihan perwakilan, tetapi Anwar Ibrahim salah guna kuasa untuk menutup kesalahan, yang mana lebih besar kesalahannya wahai Mazlan Aliman Babi Sondol?  

Kalau kau boleh menerima Anwar walaupun beliau pernah dipenjarakan kerana rasuah kenapa kamu tidak boleh menerima Isa Samad? Tidak lain dan tidak bukan sebab kamu memang berniat jahat untuk memecah-belahkan peneroka FELDA agar tidak menyokong kerajaan! 

Thursday, December 16, 2010

Mesti Baca : Suara Keadilan Berbohong Mengenai Sejarah FELDA??


Ketika membaca laporan Suara Keadilan mengenai tajuk 'Tun Razak Bukan Pengasas FELDA', saya menjadi sedikit keliru. Timbul bermacam persoalan di benak fikiran saya sama ada benar atau tidak laporan yang di siarkan oleh Suara Keadilan itu.

Dalam kajian yang kononnya dilakukan oleh Dr.Samarudin Md Rejab, beliau mengatakan bahawa FELDA diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu pada waktu itu. Jadi mengikut perkiraan beliau FELDA bukan ditubuhkan atas hasil kebijaksanaan Tun Abdul Razak atau UMNO sebaliknya FELDA adalah hasil daripada penjajah Inggeris. Untuk makluman pembaca boleh membacanya di SINI

Di sini menimbulkan beberapa persoalan, sama ada Dr.Samarudin keliru di antara FELDA dengan ESTET? Bagi saya Dr.Samarudin ini telah mengelirukan orang ramai dengan kajian yang dibuat beliau berjudul "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Dari ulangkaji yang saya lakukan, penjajah Inggeris hanya  mewujudkan ESTET dan bukannya FELDA, dan yang bertanggungjawab mewujudkan FELDA adalah kita orang Melayu. Ini dibuktikan melalui manifesto pilihanraya 1955 di mana negeri Pahang menjadi sandaran penubuhan rancangan tanah FELDA.

Pada waktu itu Tun Abdul Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Yang di Pertua UMNO Malaya mengarahkan setiap UMNO Negeri merangka manifesto masing-masing untuk menghadapi pilihanraya pertama negara iaitu pada tahun 1955.



Dalam manifesto yang mengandungi 47 perkara itu, salah satu daripadanya adalah janji Perikatan ketika itu yang ditunjangi UMNO ialah untuk membangunkan sebuah tanah rancangan besar-besaran dengan ciri utamanya adalah agar rakyat dapat memiliki tanah tersebut kelak. Pada awalnya ianya tidak diberi nama FELDA tetapi Lembah Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya (LKTP).

Asas daripada perbincangan dari manifesto ini Tun Abdul Razak serta UMNO telah menyedari hakikat bahawa sukarnya rakyat hendak memiliki tanah sendiri di bawah penjajahan Inggeris, malah sebelum merangka manifesto untuk pilihanraya tersebut Tun Abdul Razak telah menjelajah menemui seluruh UMNO negeri untuk mendapatkan maklumat. 

Malah rancangan ini dimulakan di Pahang dengan mendapat perkenan Sultan Pahang untuk membahagi-bahagikan tanah yang luas di sekitar Pahang sebagai milik orang Melayu malah orang melayu luar daripada Pahang yang ingin menjadi rakyat Pahang dan bermastautin di Pahang juga diberikan peluang untuk mengikuti program pembangunan tanah LKTP ini.

Melalui manifesto ini juga dikatakan menjadi tonggak kemenangan besar parti Perikatan yang ditunjangi UMNO malah ini diakui sendiri oleh Dato Khairuddin Mohd Kawi,dimana pada waktu itu beliau dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai ahli jawatankuasa dan penasihat LKTP Lurah Bilut.


Selepas kemenangan besar Perikatan, seramai 45 orang terpilih menjadi peneroka dalam rancangan tanah tersebut yang mana lebih separuh daripadanya adalah anak-anak Pahang. Bagaimanapun menurut laporan ramai daripada mereka bertindak lari balik hingga menyebabkan Tun Abdul Razak marah dengan keadaan tersebut.

Pada waktu itu Tun Abdul Razak menegaskan bahawa LKTP Lurah Bilut tidak boleh gagal sama sekali kerana ianya merupakan model utama LKTP. Dan perkara ini sentiasa ditekankan dalam perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri. 

Malah kajian yang dilakukan oleh Dr.Samaruddin juga tidak menyebut bahawa menteri pertama yang bertanggungjawab dalam hal ehwal LKTP atau kini disebut sebagai FELDA adalah YB Encik Bahaman Bin Samsudin di mana pada waktu itu beliau merupakan menteri sumber asli di bawah pentadbiran YM Tunku Abdul Rahman.

Apakah Dr.Samaruddin sudah keliru antara ESTET dengan FELDA? Apakah niat beliau dengan mengeluarkan kenyataan bahawa DS Najib atau UMNO tidak lagi boleh klaim bahawa FELDA di asaskan oleh Tun Abdul Razak?

Akhir sekali saya hendak tanya, apakah fahaman politik Dr.Samarudin? Penjajah Inggeris buka ESTET, kita yang buka FELDA. Jadi usahlah menafikan atau memutarbelitkan fakta sejarah.

Nak sedap lagi pergi jumpa Dato Khairuddin Mohd Kawi di Jerantut. Inilah yang berlaku bila ramai orang mengaku dia pakar sejarah, pakar perlembagaan, pakar hadis, pakar meramal keputusan PRU. Habis fakta yang sebenar diputar belit demi kepentingan politik sempit mereka. Layan filem mamat khalid lagi bagus dari baca kajian yang dibuat oleh orang pro PR.


p/s : Artikel ini saya hasilkan daripada rujukan temubual bersama Dato Khairuddin di SINI

Tuesday, December 14, 2010

Aduh Mazlan Aliman, Babi Pun Kau Jadikan Isu Ke?

Hari ini bila baca Malaysiakini kita dapat lihat presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) si Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada bukti baru tentang kegagalan FELDA membantu peneroka antara buktinya adalah  BABI HUTAN

Mungkin disebabkan kebanyakkan hujah beliau selama ini seringkali dapat dipatahkan oleh Ahmad Maslan, maka Mazlan Aliman si anak peneroka yang tidak sedar diri ini terpaksa mensensasikan bahawa banyaknya BABI-BABI HUTAN berkeliaran di tanah-tanah peneroka FELDA sebagai salah satu bukti bahawa FELDA gagal.

Mazlan nampaknya kerap menjelajah ke segenap FELDA dengan tujuan menarik para peneroka untuk menyokong Pakatan Rakyat, sebab itu bila kita lihat isu-isu serta masalah yang kecil dari kalangan peneroka pun Mazlan akan perbesarkan dan mengadakan sidang media.

Jika Mazlan Aliman betul-betul ingin membantu peneroka FELDA sepatutnya beliau menceritakan juga akan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap peneroka. Barulah adil, ini tidak beliau bertindak mencari salah serta isu-isu dari kalangan peneroka untuk disensasikan dengan tujuan memperlihatkan kerajaan BN gagal membantu para peneroka.

Untuk pengetahuan para pembaca, kerajaan BN cuba melakukan yang terbaik untuk membantu serta menaikkan taraf hidup para peneroka. Ini dibuktikan pada 23 April 2010 FELDA memberikan pinjaman tanpa faedah 198 peneroka berjumlah RM 6.1 juta. Pinjaman ini bertujuan untuk membantu serta menaikkan taraf hidup para peneroka serta memberikan mereka kehidupan yang selesa.

Penerima pinjaman tanpa faedah itu terdiri daripada peneroka Felda Sungai Tenggi, Felda Sungai Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto.Seorang peneroka menerima pinjaman tanpa faedah sebanyak RM40,000 dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun.

Tidak cukup dengan itu FELDA juga menyediakan pinjaman perniagaan  untuk peneroka/penerokawati dan anak-anak. Skim pinjaman perniagaan yang diberi nama SUIF ini memperuntukkan pinjaman maksimum sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk para  peneroka memulakan perniagaan yang berbentuk perkhidmatan, pertanian, perladangan, runcit dan pertanian.

Malah para peneroka juga mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka sepanjang 40 tahun mereka menjadi peneroka. Baik dari infrastuktur atau pendidikan. Ini terbukti dengan anak-anak peneroka FELDA dikhabarkan diberikan tuisyen secara percuma di setiap gagasan FELDA.

Kenapa Mazlan Aliman tidak menceritakan pasal ni setiap kali siri ceramahnya di dalam gagasan FELDA? Dah memang jelas niat Mazlan Aliman hanya untuk memecahbelahkan undi para peneroka kerana selama ini dapat dilihat undi para peneroka selalunya memihak BN.

Sudah la Mazlan! Kau sendiri pun hidup dan besar atas hasil daripada bapa kau jadi peneroka FELDA lah!! Sampai bila kau nak menipu Mazlan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal