NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, December 13, 2010

PANAS : UMI HAFILDA BERBLOG, ANWAR AKAN 'CHECK MATE'?

Pagi ini saya membelek-belek blog untuk mengikuti isu-isu politik yang berlaku di sekeliling kita, akhirnya saya terjumpa akan satu blog. Blog yang ditulis oleh Umi Hafilda Ali yang menggelarkan dirinya sebagai srikandi. Bagi saya gelaran ini memang layak buat beliau, kerana hasil tulisan beliau setebal 19 muka suratlah yang membawa jatuhnya munafik nombor satu di Malaysia Anwar Ibrahim.

Jom ikuti tulisan beliau :


Segalanya telah tersurat dan tersirat. Tiada siapa menyangka surat yang di tulis oleh seorang gadis biasa berusia 28 tahun ketika itu mengenai Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal 19mukasurat bertarikh 5 hb Ogos 1997 akhirnya telah mengundang satu ledakan Hiroshima yang tiada siapa dapat menduganya yang akhirnya telah membawa kepada satu perubahan besar kepada senario politik tanahair negara.Itulah takdir namanya. Kun Fa Ya Kun apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah ia tanpa siapa dapat menghalangnya

Apakah mungkin seorang gadis biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam tampuk kepimpinan mahupun parti apatah lagi bukannya datang dari keluarga yang berpengaruh mampu mengoncang kedudukan seorang TPM yang begitu terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia .

Namun ketajaman mata penanya dan fakta fakta serta bukti bukti yang dilampirkan telah mengundang satu suasana paling kontroversi pernah berlaku di dalam negara mahupun kepada penulis surat keramat itu.

Demonstrasi di sana sini,rakyat yang hilang hala tuju dek kerana propaganda insan munafik menjadi ganas , keadaan tidak terkawal , negara berada diambang kehancuran apatah lagi dengan kemelut ekonomi yang begitu meruncing dan desakan serta tekanan dari Amerika menambahkan lagi keadaan huru hara ketika itu. Index saham jatuh keparas terendah 200 index berbanding sebelumnya iaitu 1400index. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah 150syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham akhirnya gulung tikar. Kadar peratusan pinjaman rumah dan kereta mencecah belasan peratus.

Mujurlah ayahanda Mahathir mengambil pelbagai tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan diantaranya dengan perlantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan bagi menstabilkan keadaan dimana dalam tempoh 6 bulan sahaja index kembali pulih ke paras 600 index dan seterusnya mengheret si pengkhianat kemuka pengadilan dan akhirnya si pengkhianat terhumban 6 tahun ke dalam penjara. Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa bersejarah yang sukar di lupa oleh rakyat yang hidup di zaman tersebut apatah lagi kepada penulis pena perihal salahlaku TPM ketika itu, kerana terlalu banyak pengalaman yang begitu pahit , sedih dan ngeri yang harus di tanggung bersendirian demi sebuah perjuangan dan kasihnya sri kandi kepada agama, bangsa dan negara.
Dipendekkan cerita hikayat Al Anwar Al Sheikh Al Karut sesungguhnya si penulis surat keramat tersebut telah mengalami pelbagai trauma , kepayahan, kepedihan yang tidak mampu ditanggung oleh mana mana gadis sebaya dengannya ketika itu mahupun belia ataupun di kalangan orang politik sendiri.Inilah yang dinamakan Perjuangan Sri Kandi demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Tapi siapalah tahu apa yang dialami oleh sri kandi dalam menegakkan kebenaran dan jihad yang agung ini demi kepentingan ummah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul sedangkan ramai di atas sana yang memegang pelbagai jawatan raksasa hanya tahu mendabik dada seolah olah lembu punya susu sapi mendapat nama .

Sesungguhnya bukanlah sri kandi ingin mendabik dada namun perjuangan ini tidak dapat dinilaikan atau dibandingkan sama sekali dengan wang ringgit. Bayangkan kalau si pengkhianat menjadi PM ketika itu apa akan jadi pada negara? Negara dan ummah akan hancur , anasir kuasa asing mungkin akan bermaharajalela , negara hilang berbillion ringgit dalam sekelip mata. Namun alhamdulilah mengapa allah memilih saya di antara berjuta manusia untuk berjuang dengan jihad yang hebat ini yang tiada tolok bandingnya di alaf siber.Ini bukan kata kata saya, tapi datangnya dari seorang ulamak tersohor Indonesia Ustaz ArRahman Al Hafiz bahawa jihad ini amat mulia iaitu menentang kemungkaran seorang pemimpin ketika dia sedang berkuasa.
 
 
Hayatilah kepayahan serta kesukaran yang dialami oleh Umi Hafilda selepas kes pendedahan mengenai salahlaku Anwar Ibrahim didedahkan beliau. 
 
Semoga Umi Hafilda terus tabah meneruskan kehidupan.  

1 comment:

Anonymous said...

Sebenar untuk tegakkan kebenaran amatlah berat ujiannya sepertimana berlakunya pada nabi2 dan rasul2 Allah. Tetapi selalunya dewasa ini setiap kemungkaran dan kejahatan paling dihargai bahkan beri penistirafan yang terlalu tinggi seperti mana saudara LGE oleh N.Aziz.

Ini telah dimatukkan dan telahpun diberitahu melalui firman Tuhan dan Hadis Nabi SAW.Ini terjadi kerana mendapat pertolongan iblis dan jin-jin yang sama-sama turut serta membantu dan menyesatkan serta sahabat mereka untuk membuat kemusnahan.

Ini adalah satu anugerah Allah kepada saudari untuk melihatkan cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah SAW. Justeru pada masa itu kita lihat ujian amat getir kepada Negara kita Malaysia dan teruk digayang oleh rejim yahudi dan amerika hinggakan negera kita hampir muflis. Siapa yang tak tertekan kiranya orang yang diberi kepercayaan untuk menengakkan kebenaran dan keadilan telah menyalahkan tugas beliau menyiksa keadilan dan kebenaran. Sedangkan pesalah atau perosak negera dan agama seronok menari serta berjoget dengan imbuhan melampau.

Kita disajikan kini terdapat peguam-peguam beragama islam dan mengaku tegakkan islam tetapi berjuang menengakkan kebatilan, kehancuran islam bahkan meroskkan negara. Mereka bersengkokol dengan musuh-musuh islam untuk hancurkan islam. tetapi dalam maianan takbir mereka kata merekalah pejuang kebenaran. Mereka ini tergolong dalam gila kuasa dan gila dunia hingga lupa pada Allah.

Sehubungan itu kami doa saudari supaya sentiasa beroleh kebenaran dan ditingkatkan darjat demi tegakkan islam dan negara tercinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...