NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label exco selangor. Show all posts
Showing posts with label exco selangor. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Penyelewengan Teresa Kok Dalam Projek Solar Photovaltaic Power Plant - Part II


Seperti yang didedahkan dalam bahagian pertama mengenai penyelewengan Teresa Kok oleh blog DAP Insider sebelum ini, hari ini laman blog tersebut mendedahkan kronologi mengenai projek tersebut.

Dari blog DAP Insider :

Early December 2011 
Two representative from Goldsino Investment Limited always visiting Yayasan Selangor office to set an appointment with the Development Manager, Ms. Hafida Harun. On their early visit, they often meet Sr. Executive of Development, Mr. Haszandi. Through Haszandi, Goldsino reps were introduced to Ms. Hafida to set date of appointment for Goldsino to present their proposal. The first meeting was agreed to be held on 14th December 2011.

14 December 2011 (1000 hrs)  
Meeting was held at Yayasan Selangor 16th floor in a meeting room for Asset and Development division. Two reps from Goldsino and three reps from Yayasan Selangor, Development Manager, Sr. Executive of Development and Development Supervisor.

Goldsino started the presenting their paperwork on Solar Photovaltaic Power Plant project. Goldsino repeatedly mentioned that they knew Teresa KOK. 
Development Manager given order to Legal Executives to run through this company background as this company is an international company.
Read more clik [H.E.R.E]
 YY : Mana pergi CAT?

Monday, February 10, 2014

Penyelewengan Teresa Cock Dalam Projek Solar Photovaltaic Power Plant Bernilai RM1 Billion Terbongkar!


Selain cerita mengenai satay Kajang, kebiadapan Teresa Cock menerusi video 'Onederful Malaysia' antara topik hangat di laman media sosial. Pelbagai pihak tampil mengecam video berkenaan dan menganggap perbuatan Teresa bertentangan dengan etika sebagai wakil rakyat.

Malah beberapa pemimpin komuniti kaum cina turut mengecam Teresa Cock kerana dilihat tidak menghormati adat istiadat orang cina yang meraikan perayaan Tahun Baru.

Nampaknya kedatangan Tahun Kuda merupakan tahun yang malang buat Teresa Cock, terbaru wakil rakyat DAP yang rasis ini dikatakan terlibat dengan rasuah dan penyelewengan membabitkan projek Solar Photovaltaic Power Plant.

Perkara ini didedahkan di laman blog The DAP Insider dalam artikel terbaru Chapter 1 : DEVIL IN DISGUISED - WHO IS TERESA KOK.

Antara petikan dari DAP Insider :
"In this chapter, I will reveal one of Teresa KOK embezzlement and corruption practise. This is about project awarded to a foreign company worth RM1 bil on 2 piece of land in Dengkil and Kuala Kubu Bahru located at Sepang and Hulu Selangor district..


There were no open tender advertised in Yayasan Selangor website related to this project. Until today, there was no further discussion being made on profit gained by Yayasan Selangor after handing over both land to Goldsino Investment Development Limited"
What is the relation between Goldsino Investment Development Limited with Teresa KOK...?"  
Read full article [H.E.R.E]
Nampak gaya Teresa Cock harus bersedia dengan menempah tiket perjalanan sehala ke negara China...

Arioss...!

Wednesday, September 5, 2012

HOT! Surat Bukti PKR Belanjakan RM400k Hanya Untuk Malam Gala Keadilan 2012


Pada 4 Mei yang lalu PKR menganjurkan satu majlis Makan Malam Gala PKR 2012 di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Menurut laporan daripada blogger pembangkang pada waktu itu Anwar Ibrahim menyifatkan makan malam tersebut berjaya dan melegakan bendahari PKR.


Skodeng gambar sikit...



Berapa ramailah rakyatSelangor yang susah, ibu tunggal dan anak yatim dijemput hadir dalam majlis 'grand' anjuran PKR ini agaknya?

Namun tahukah saudara pembaca bahawa kos perbelanjaan Makan Malam Gala PKR yang diadakan pada 4 Mei 2012 menelan belanja sebanyak RM400,000.

Surat (bawah) permohonan perincian perbelanjaan Presiden PKR Wan Azizah kepada Dr. Tan Kee Wong, merupakan bukti bahawa PKR membelanjakan satu jumlah yang besar hanya untuk satu majlis makan malam.



Dengan kos sebanyak RM400,000 untuk majlis makan malam yang hanya dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan orang-orang cina kaya itu bukankah ianya merupakan satu pembaziran?

Ironinya di sebalik tuduhan PKR kononnya kerajaan boros dan membazirkan wang rakyat, rupa-rupanya tuduhan tersebut dilakukan oleh mereka sendiri, adakah wang sebanyak RM400,000 itu wang gaji Anwar Ibrahim yang bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1?

Bukankah ramai rakyat susah di Selangor dapat dibantu jika wang sebanyak itu diperuntukkan untuk mereka? (pinjam ayat Nizar ketika isu no.plat WWW1)

Hahaha...

Wednesday, July 11, 2012

TERKINI : 200 Orang Berdemo di Hadapan SUK Selangor!


Satu bantahan diadakan oleh Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang diketuai oleh saudara Armand Azha di depan bangunan SUK Selangor untuk menyatakan bantahan rakyat Selangor terhadap pentadbiran kerajaan negeri PKR sekarang ini.

Lebih kurang 200 rakyat Selangor turun menyatakan bantahan mereka terhadap isu Unisel dan beberapa penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Satu memorandum diserahkan kepada kerajaan negeri PKR Selangor oleh Armand Azha.



Update menyusul.

Tuesday, July 3, 2012

[VIDEO] : Aksi Skandal MB Selangor Khalid Ibrahim Dengan Faekah Bakal Didedahkan?


Sekitar Ogos 2010 yang lalu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengadakan sidang media tentang penemuan kamera yang dipasang di dalam pejabatnya di tingkat 21 bangunan SUK Selangor.

Pada waktu itu rata-rata pengikut pembangkang menuding jari serta menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik kerja-kerja 'mengendap' aktiviti Khalid Ibrahim.

Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi 'aksi' Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.

Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.

Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi 'manja' Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.

Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.

Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.

Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.

Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.

Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sebotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?

Adakah kita bakal dikejutkan dengan aksi 'rakus' Khalid Ibrahim pula selepas ini?



YY : Sebotaj sesama sendiri, tapi tuding jari kepada UMNO!

Saturday, June 2, 2012

Pusat Urut dan Maksiat Kini Penyumbang Utama Ekonomi Selangor?


Hahaha...

Selangor 'Darul-Massage' mungkin sindiran ini membuatkan rakyat Selangor marah. Tetapi itulah hakikat yang berlaku di Selangor ketika ini, perkhidmatan rumah urut sekarang ini tumbuh membiak di segenap ceruk negeri Selangor.

Malah perkara ini turut berlaku ketika zaman pemerintahan BN, bohong jika saya katakan tiada wujud pusat-pusat maksiat yang berselindung di sebalik pusat rawatan kesihatan. Pada zaman BN juga berlaku, tetapi ianya boleh dikatakan dalam keadaan terkawal.

Pada tahun 2006 kerajaan BN bertindak membekukan lesen pusat-pusat hiburan, pusat urut dan khabarnya kerajaan PKR masih meneruskan pembekuan tersebut.

Anehnya semasa diperintah BN pusat-pusat maksiat ini berada dalam keadaan terkawal tetapi ianya tumbuh serta tidak terkawal sebaik sahaja PKR mengambil alih.
"Pengeluaran lesen pusat hiburan dibekukan sejak 2006 oleh kerajaan negeri terdahulu dan polisi ini diteruskan oleh kerajaan negeri sekarang. 
"Jadi pusat hiburan yang ada sekarang beroperasi dengan lesen yang diperoleh dari kerajaan negeri terdahulu dan saya tidak tahu menahu dengan dakwaan yang mengatakan pusat hiburan di Selangor ini banyak," - Ronnie Liu
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.-Mstar

Hairan exco yang bertanggungjawab dalam hal ini tidak tahu-menahu tentang pertumbuhan pusat maksiat ini.

Benarkah beliau tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu?

Kerana seingat saya sekitar 2007 Ronnie Liu pernah bertindak menghalang pihak berkuasa menyerbu sebuah hotel di Bandar Puchong Jaya, Petaling Jaya hotel tersebut sah menyediakan khidmat seks. Malah Ronnie Liu sendiri disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penguatkuasa.

Haiyaaa...

Lu ingat olang Selangor bolo macam lu ka apek...?

Gua bukan mahu tuduh sama lu apek...

Tapi hanya olang yang dapat untung dari itu bisnes saja bikin ini macam looo...

Apa lu ada share kaa...?

Tetapi kita kena fikir positif, tak baik buruk sangka. Saya rasa kerajaan PKR di Selangor cuba menjadikan industri urut sebagai sumber pendapatan utama kerajaan negeri.

Hahaha...

Jangan lupa 'LIKE' bideoooo di bawah :




YY : PKR patut umumkan dalam Manifesto PRU13 - Urut Percuma Untuk Semua Rakyat Selangor! - kikiki...

Wednesday, January 18, 2012

Geng 'Parasit' PAS Kecewa - Dr. Ahmad Yunus Exco Baru Selangor


Gambar Adun Sijangkang Dr. Ahmad Yunus angkat sumpah sebagai exco baru negeri Selangor menggantikan Dr. Hasan Ali - nampaknya kecewalah geng-geng 'parasit' dalam PAS kerana calun yang mereka idam-idamkan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor.


YY : Geng-geng 'parasit' dalam PAS semua tepuk dahi....

Friday, October 14, 2011

[MUST READ] : Dalang Di Sebalik Gerakan Memurtadkan Umat Islam Di Selangor


Gerakan memurtadkan orang Islam terbongkar apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC). 

Di sini kami ingin mendedahkan gerakan dan dalang di sebalik gerakan kristianisasi terhadap orang Islam, pendedahan ini telah diperolehi daripada 2 orang yang berada di waktu JAIS membuat serbuan pada malam Majlis Thanks Giving Dinner yang telah diadakan di Gereja tersebut.

Pendedahan yang di buat oleh - RASIDAH BT AB. RAZAK. Beliau telah mula diperkenalkan kepada saorang lelaki Cina yang bernama RAYMOND KOH dalang yang bertanggungjawab di atas kerja-kerja menyebarkan dakyah kristian pada orang-orang Islam. 

Dia menjalankan kerja-kerja ini bersama isterinya yang bernama SUZANA@LIEW SOW YOKE kedua-dua mereka adalah ahli HARAPAN KOMUNITI yang menguruskan tapak kompleks gereja DUMC tersebut.

Pasangan suami isteri ini meletakkan sasaran 1 hari 1 orang, mereka yang berjaya dikristiankan oleh mereka akan diperalatkan untuk mengenal pasti sasaran seterusnya untuk dipengarauhi. 

Juga difahamkan bagi setiap orang Islam yang berjaya di kristianisasikan, pasangan ini akan menerima ganjaran berjumlah diantara RM30,000-RM40,000 ke dalam akuan peribadi mereka dari pertubuhan kristian berpengkalan di Austrialia.

Semenjak dikenalkan pada pasangan suami isteri ini pada tahun 2009, Rasyidah telah berjaya dipengaruhi oleh mereka, dan menyertai Harapan Komuniti dan sepajang penglibatannya di dalam pertubuhan tersebut , pasangan suami isteri ini banyak membantu dari segi moral, spiritual dan kewangan. mengikut beliau, Raymond Koh adalah seorang yang pemurah dan sangat mudah untuk membantu dengan bantuan kewangan sehingga kehidupan beliau menjadi sangat selesa tanpa masaalah keawangan.

Dengan itu hubungan beliau terhadap pasangan suami isteri itu sangat rapat dan menjadi orang kepercayaan beliau, dan begitu juga beliau di anggap orang kepercayaan Raymond Koh dan isterinya. Pada pertengahan Tahun 2010.

Rasyidah bersama 5 orang Islam telah dibaptiskan oleh Raymond Koh, isterinya Suzana dan saorang pastor yang tidak dikenali di sebuah kolam renang berhampiran kawasan perindustrian di Rawang, Selangor.

Mengikut pengalaman Rasyidah, pada setiap penghujung tahun, Raymond Koh bersama isterinya akan organise trip ke Genting Highland untuk mereka yang telah berjaya dipengaruhi di sebuah Villa yang dipercayai milik Harapan Komuniti.

Pada kebiasaannya jumlah yang akan turut serta dalam rombangan ini lebih kurang 100 orang, dan 50% dari jumlah ini terdiri dari orang-orang Melayu. dan semasa di situ ceramah-ceramah mengenai fahaman kristian akan diadakan disertai kupasan dan petikan dari kitab Injil.

Rasyidah telah dicalonkan oleh Raymond Koh untuk menghadiri kursus menjadi pastor di Sabah yang akan berlansung pada bulan Oktober selama 3 bulan.

Pendedahan yang kedua diperolehi daripada JOSHUA@ JAMALUDDIN BIN OTHMAN. Beliau telah pertama kali menemui Raymond Koh semasa dia tinggal sementara di asrama FAR EASTERN BIBLE COLLEGE (FEBC) di Singapura bersama Raymond Koh ketika menghadiri persidangan ‘OPERATION MOBILIZATION’ (OM) di sana.

Pada Dis 1985 hingga Mei 1986, Joshua@ Jamaluddin bin Othman selepas pulang ke Malaysia telah tinggal di rumah Raymond Koh selama 6 bulan di alamat, Jalan SS1/1B, Petalaing jaya, Selangor, yang juga merupakan pejabat OM Cawangan Malaysia.

Aktiviti-aktiviti Joshua semasa itu adalah membantu menjaga urusan OM seperti hantar surat dan menjual buku-buku kristian ke gereja-gereja di seluruh Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan juga menghadiri kelas ‘PERHIMPUNAN DOA’ yang di adakan setiap Malam Isnin yang dipimpini oleh Raymond Koh sendiri, antara agenda perhimpunan doa adalah nyanyian lagu rohani dan membaca bible. Mei 1986, Joshua berpindah keluar dari rumah setelah Raymond berkahwin dan punyai anak.


Pendedahan ketiga – dibuat oleh PHILIPS CHEONG @ CHENG AH KOW pada tahun 1984, sering mengadakan perjumpaan ‘PRAYERS GROUP FOR NEGLECTED PEOPLE (NPs) di First Baptist Church, Jalan Pantai, Petaling Jaya, yang turut di hadiri oleh Raymond Koh dan pada tahun 1985 beliau telah di kenalkan kepada Joshua oleh Raymond Koh

Dan pada tahun 1986 di pelawa oleh Raymond Koh untuk memberi ceramah mengenai ‘UNDERSTANDING ISLAM’ di sebuah gereja di Batu Pahat, Johore.

KENYATAAN JOSHUA @ JAMALUDDIN OTHMAN, HILMY HJ. MOHAMED NOR DAN PHILIP CHEONG MENDAKWA 3 INDIVIDU DALAM ISU DUMC ANTARA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM GERAKAN KRISTIANISASI. MEREKA IALAH :-


1. RAYMOND KOH

2. SUZANA @ LIEW SOW YOKE (ISTERI RAYMOND KOH)

PASTOR DUMC DANIEL HO

KENALI DAN CAM LAH MUKA-MUKA DIATAS INI, SEKIRA ANDA DI HAMPIRI MEREKA ATAS DASAR MEMBERI BANTUAN, INGAT AKAN AGENDA YANG TERSIRAT UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM.

SASARAN

RAYMOND KOH - DALANG GERAKAN KRISTIANISASI KEATAS ORANG-ORANG MELAYU ISLAM DAN MELETAKKAN SASARAN 1 HARI 1 ORANG.
SASARAN MEREKA IALAH :-

  • IBU TUNGGAL,
  • MUALAF,
  • MISKIN,
  • PENGIDAP HIV,
  • MENGANDUNG TANPA BAPA ; DAN
  • SESIAPA SAHAJA YANG BOLEH DIEKSPLOIT DENGAN WANG RINGGIT.
PREMIS KRISTIANISASI DI SEKITAR PETALING JAYA DAN SUBANG JAYA, DI SELANGOR

NAGADAYA CONSTRUCTION SDN.BHD, NO. 1, JALAN SS4D/2, TAMAN DAGANG, PETALING JAYA, SELANGOR.

NO. 45, JALAN SS5/2, PETALING JAYA, SELANGOR

NO. 5, JALAN PJS 10/16, TAMAN SUBANG INDAH, SUBANG JAYA, SELANGOR

NO. 65, JALAN SS23/33, TAMAN MEGAH, PETALING JAYA, SELANGOR.

PASTOR DANIEL HO TIDAK BERSETUJU MCA YG BERCADANG UNTUK MENGADAKAN PROTES DI DUMC KERANA TIDAK BERMINAT DENGAN KUNJUNGAN PARTI ITU;


SEBAGAI LANGKAH UNTUK MELINDUNGI PENGLIBATAN PIHAK TERTENTU:-


  • WUJUD USAHA UNTUK MEMUJUK SULTAN SELANGOR SUPAYA MELIHAT SECARA SERIUS MASALAH YANG WUJUD EKORAN TINDAKAN JAIS DAN BERPENDAPA IA AKAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEKIRANYA BAGINDA ‘AT LEAST MILDLY REPRIMAND THE RECKLESS JAIS ACTION AND INSTRUCT OFFICERS TO BE SENSITIVE"
  • MEWUJUDKAN PORTFOLIO KEAGAMAAN DI BAWAH PEJABAT MENTERI BESAR 

MELALUI INITIATIF ITU, PR BOLEH MENAPIS PERSEPSI NEGATIF YANG TIMBUL DAN PADA MASA SAMA MENUNJUKKAN PR MEMPUNYAI PENYELESAIAN JANGKA PANJANG TERHADAP MASALAH TERSEBUT.


  • PR MEMBUAT REFORMASI SECARA BERHATI-HATI TERHADAP SISTEM YANG ADA SEKARANG KHUSUSNYA BIDANGKUASA JAIS YANG BUKAN DIKUASAI OLEH KERAJAAN SELANGOR TETAPI DI BAWAH SULTAN SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM; DAN


TERESA KOK BIMBANG TENTANG ISU GEREJA INI DAN BERPENDAPAT DAP TIDAK PERLU MENYATAKAN PENDIRIAN KERANA PADA AKHIRNYA IA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA PR SECARA KESELURUHAN TERUTAMANYA DALAM ISU PENUKARAN AGAMA. PERKARA YANG TERBAIK BAGI DAP – PASS THE BUG TO PAS DAN PKR ‘TO DO THE FIGHTING’ ;

• DUMC BERGERAK SECARA HARAM. PEMIMPIN PR SELANGOR TELAH MENGARAHKAN MPPJ SUPAYA MEMBATALKAN OPERASI MENYITA GEREJA. RONNIE LIU TURUT MENGUGUT AKAN MENUKAR KAKITANGAN PENGUATKUASAAN MPPJ SECARA BESAR-BESARAN SEKIRANYA OPERASI DITERUSKAN DAN ELIZABETH WONG MAHU MPPJ KELUAR KENYATAAN MENAFIKAN TENTANG OPERASI HARAM DUMC ;

• PASTOR DANIEL HO BIMBANG MPPJ AKAN ‘MENUTUP’ PUSAT KOMUNITI MEREKA (DREAM CENTRE) ATAS ALASAN TIDAK MEMILIKI PERMIT. HAMPIR 80% GEREJA DI MALAYSIA TIDAK BERDAFTAR DAN SENASIB DENGAN DUMC DAN MEREKA SEDANG ‘MELANCARKAN GERAKAN MENCARI’ GEREJA-GEREJA TERSEBUT UNTUK DIJADIKAN FAKTA SOKONGAN KEWUJUDAN MEREKA PADA MASA DEPAN ;

• SEBAHAGIAN DARIPADA 12 ORANG MELAYU TERTEKAN SETELAH MAKLUMAT PERIBADI MEREKA DISIARKAN DALAM MEDIA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA BERPINDAH KE TEMPAT LAIN. HARAPAN KOMUNITI BERUSAHA MEMBANTU MEREKA MENCARI RUMAH SEWA ;

• RAYMOND KOH BERCADANG UTK MEMINDAHKAN AHLI KELUARGANYA SELEPAS MELAPOR KEPADA POLIS SETELAH MENERIMA SURAT UGUTAN DAN PELURU ;

• PIHAK GEREJA AKAN MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL UTK SALAH SEORANG DARI 12, DENGAN MEMBIAYAI SEWA RUMAH DAN RM2 K SEBULAN SEMENTARA MENUNGGU KEADAAN REDA ; DAN

• SALAH SEORANG DARI 12 – TERTEKAN SETELAH ISU DUMC DIDEDAHKAN KPD UMUM DAN BUTIRAN PERIBADI DIPAPARKAN DALAM LAMAN SESAWANG SEHINGGA DIKUTUK UMAT ISLAM. JUGA BIMBANG MEREKA AKAN MENJADI SASARAN UGUTAN BUNUH OLEH ANASIR ATAU PELAMPAU AGAMA.

Tolong sebarkan maklumat ini kepada semua muslimin yang sayangkan agamanya.

Kredit to : Bahtera Samudera


YY : Mereka murtad kerana kesempitan hidup, jika ahli bijak pandai agama dalam PAS/PKR buat kerja dakwah di Selangor. Mana mungkin orang sanggup murtad semata-mata kerana duit...? 

Wednesday, October 12, 2011

HOT : Perempuan Seksi Jual Arak Di Selangor...?


Dari Pena KSJ : Sewaktu Piliharaya Umum 2008, pemimpin kalian berjanji jika Selangor dipimpin oleh PAS segala macam jenis maksiat ditentang. Pelbagai jenis pusat hiburan dan perjudian akan ditamatkan lesennya. Segala jenis arak dijual dipremis serta dikilangkan akan terus ditutup…

Itu janji yang dibuat PAS ketika Pilihanraya 2008, tapi selepas menang apa sudah jadi? Usahkan mahu tutup kilang arak - Premis yang menjual minuman keras ini boleh didapati di mana-mana hatta dalam kedai snuker yang dikunjungi oleh remaja Islam.

Malah premis ini dilihat semakin bertambah...

Ikuti pengembaraan Keris7Lok ke beberapa premis snuker di Selangor, beli arak macam beli air mineral je...


KLIK SINI 


YY : Hari ini kita menang esok kita tutup... ?

Monday, October 10, 2011

HOT : Dr. Xavier Jayakumar Songlap Dana Sekolah Tamil RM1.67 juta...? #saveSelangor


Baru saja kepimpinan kerajaan Selangor heboh dengan cerita mengenai wujudnya percubaan geng Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim, kini satu lagi dakwaan timbul berkaitan dengan seorang ADUN PKR (Seri Andalas) yang YB Xavier Jeyakumar kononnya beliau telah bertindak menyalahgunakan kuasa dalam proses pengagihan dana untuk Sekolah Tamil.

Isu ini bukan dicipta oleh UMNO Selangor jauh sekali Dr. Khir Toyo - ianya dinyatakan sendiri oleh mereka dari ahli PKR sendiri. Rujuk artikel dari blogger pembangkang :

1. Isu Dana Sekolah Tamil
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta. 
Laporan dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Xavier merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 
Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD), Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil. 
“Sepatutnya wang peruntukan itu diberikan terus kepada lebih 90 sekolah Tamil atau PIBG di Selangor,” kata Jeganathan. Laporan itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Xavier menyalurkan wang RM1.67 juta itu kepada tiga NGO dan bukannya kepada pihak PIBG atau sekolah-sekolah Tamil Selangor seperti yang sepatutnya. 
“Saya tidak berpuas hati dan saya mahu polis menyiasat perkara ini. “Mengapa kerajaan negeri tidak menyerahkan terus wang tersebut kepada pihak sekolah atau PIBG seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang? 
“Kenapa wang itu perlu diberikan kepada NGO dan kemudian memberi alasan ia akan disalurkan semula kepada pihak sekolah?” katanya. 
Beliau mendakwa, jika wang tersebut disalurkan kepada NGO, dibimbangi ia tidak akan digunakan untuk membangun dan menaik taraf sekolah-sekolah Tamil di Selangor yang kebanyakannya daif.
Dakwanya, ini terbukti kerana tiada wang diserahkan oleh pihak NGO terlibat kepada sekolah-sekolah Tamil setakat ini. 
Kata Jeganathan, beliau telah menghantar surat kepada Xavier untuk mendapatkan penjelasan mengapa peruntukan itu disalurkan kepada NGO tetapi masih belum mendapat jawapan.
SUMBER

YY : Parti Kian Rebah...kunun tiada salahguna kuasa.. tiada rasuah? Pirahhh!


Thursday, October 6, 2011

Selangor Negeri Berkebajikan : Xavier Jeyakumar Baru Sambar Lexus Berharga RM500k...?


Agaknya inilah model Lexus yang dikatakan baru sahaja dibeli oleh Jeyakumar?

Ada cerita-cerita dah mula bertiup kencang di sekitar Selangor mengatakan bahawa Exco Kesihatan Dr. Xavier Jeyakumar baru saja membeli sebuah kereta mewah jenis Lexus. Khabarnya harga untuk sebuah kenderaan tersebut bernilai lebih RM500,000.



Kalau kenderaan jenis Lexus yang berharga lebih dari RM500,000 ini biasanya Lexus LS460 (gambar) yang berharga RM663,117.50. Tak pun jenis LS 460's yang berharga RM797,583.50. Bukanlah kita hendak menuduh Xavier ini songlap duit kerajaan negeri.

Sebab  satu dunia hatta penduduk Somalia pun tahu, YB-YB PKR ini semuanya jujur dan amanah.

Tapi bila rakyat nampak YB yang dipilih oleh mereka bergaya dengan kereta baru walaupun baru saja 3 tahun memegang tampuk kuasa ianya menimbulkan banyak persoalanlah. Kita tak mahu buat tuduhan melulu, sebab itu kita tulis di sini supaya orang-orang yang dekat dengan YB Xavier boleh bagi jawapannya. Hahaha...

Tapi biasalah, bila melibatkan orang PR sahaja tidak kiralah hatta YB mereka mampu memiliki Ferrari sekalipun (Azmin Ali) ianya bukan satu masalah besar bagi penyokong mereka. Ianya bukan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Tapi kalau orang BN yang tukar kereta, naik kereta besar sikit mulalah puak totok PR ini fitnah kata itu hasil rasuah, makan duit rakyat, songlap projek dan banyak lagilah. Agak-agak betul ke cerita yang orang orang Sri Andalas dok kata ni...?

Itu Dr. Xavier Jeyakumar ada jawapannya...

Selepas Azmin Ali bersikap 'rendah diri' dengan bergaya sakan depan Ferrari, kini Exco Kesihatan pula menunjukkan sikap 'rendah diri' mereka.

Inilah contoh YB yang berjuang untuk ekonomi rakyat...

Hahaha...

YY : YB laju tak Lexus...? 

Thursday, August 11, 2011

Dari Khalid 'Gagap' Kini Beliau Bergelar Khalid 'Jamban' - Sin Chew Daily Baik Punya Cilok!

Sumber gambar dari DET
Hahaha...

Maaf saya tidak mampu untuk menahan ketawa apabila seorang yang berjawatan Menteri Besar dihadiahkan dengan mangkuk jamban oleh rakyat negeri yang ditadbirnya sendiri.

Selain dihadiahkan dengan mangkuk jamban atau bahasa bakunya adalah 'mangkuk tandas' Khalid Gagap (kini disebut Khalid Jamban) turut dihadiahkan dengan penyapu dan mop lantai oleh dua kumpulan NGO Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) 



Ini semua gara-gara tindakan Menteri Besar paling bengong dalam sejarah negeri Selangor berhubung isu 'JAIS memeriksa satu gereja di Damansara' yang mana kini hangat diperkatakan setiap umat Islam di Malaysia. Khalid Jamban dilihat cuba untuk 'memperdagangkan' kesucian Islam demi memenuhi kehendak politik bengong PKR dan DAP dengan memohon maaf kepada pihak DUMC.

Konsep memohon maaf memang bagus dan perlu diterapkan, tapi kita seharusnya bijak menilai situasi yang bagaimana memerlukan kita tunduk memohon maaf kepada mana-mana pihak. Dalam kes DUMC Khalid Jamban bertindak memohon maaf kepada pihak gereja sebelum meneliti laporan kes dari JAIS dan Hasan Ali. 

Tindakan bengong Khalid Jamban ini telah memperlihatkan bahawa kita umat Islam yang bersalah mengganggu rumah ibadat penganut agama Kristian. Walhal jelas wujudnya percubaan pastor 'merasuah' penganut agama Islam yang dalam kesusahan dengan wang ringgit dengan niat agar mereka memeluk agama Kristian.

Rasanya sudah banyak rakan bloggers yang mendedahkan bahawa 12 orang melayu Islam yang hadir dalam majlis tersebut diberikan dengan kitab Bible, soalan-soalan kuiz berunsurkan fahaman agama Kristian. Jelas di sini tindakan pastor di DUMC telah menyalahi Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.

Selain menyalahi Seksyen 10 Jenayah Syariah Negeri Selangor tindakan pastor di DUMC telah menyalahi Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang mana ada disebut bahawa setiap masyarakat dalam negara ini berhak mengamalkan fahaman agama masing-masing namun perlu patuh kepada undang-undang agar tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam. 

Sepatutnya kalau Khalid Jamban tidak bengong beliau mampu menamatkan isu ini di sini tanpa perlu mengheret Sultan Selangor dek kerana kebangangan yang dimiliki oleh beliau sendiri. 

Dalam masa yang sama penganut agama lain tidak akan bersikap prejudis terhadap JAIS dan Hasan Ali. Kini penganut agama lain melihat seolah-olah JAIS dan Islam itu 'ganas' main serbu rumah ibadat orang, walhal bukan serbu pun, yang berlaku hanyalah pemeriksaan biasa selepas mendapat laporan dan kehadiran JAIS sebenar lebih kepada untuk berbincang dengan pastor dan DUMC.

Cina Ambil Kesempatan?

Dek kerana kebengongan Khalid Jamban ini, pihak akhbar cina mengambil kesempatan untuk membelasah Hasan Ali (orang Islam) dan dalam masa yang sama turut menghasut kepimpinan PAS supaya menilai semula pemimpin yang dilihat sudah tidak sehaluan dengan PR dengan mengaitkan rekod-rekod Hasan Ali sebelum ini dalam isu penjualan arak. 

Artikel yang ditulis oleh Lim Swee Guan dalam akhbar Sin Chew Daily juga bagi saya ada unsur-unsur menghina pengawai agama yang bertugas di JAIS kononnya pengawai-pengawai ini perlu disekolahkan semula. 

Pada pandangan saya yang perlu disekolahkan semula ialah Lim Swee Guan sendiri kerana saya begitu kasihan melihat seorang penulis cina begitu BODOH sehingga tidak dapat membezakan majlis amal dengan aktiviti penyebaran agama. Rujuk di S.I.N.I

Ini mungkin kerana Lim Swee Guan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina yang tidak cuba untuk keluar daripada dunia kepompong 'kecinaan' yang telah sebati dalam diri setiap masyarakat berbangsa cina di Malaysia.

Jangan kata saya rasis, contoh mudah untuk melihat golongan ini mereka hanya memberikan ruang kepada sesama bangsa mereka baik dalam urusan perniagaan, kerja (kenaikkan pangkat) dan banyak lagi. Inilah yang dimaksudkan dengan orang cina yang hidup dalam 'kepompong kecinaan'.

Majlis amal kepala bapak lu wahai Lim Swee Guan, jika majlis itu hanyalah majlis makan malam kenapa pastor DUMC menyelitkan dengan nyanyian, soalan-soalan kuiz dan kitab Bible?

Kenapa soalan-soalan kuiz dikoyakkan ketika pihak polis dan JAIS memeriksa (BUKAN SERBUAN) gereja tersebut?

Kenapa pihak polis yang mana merupakan agensi berkuasa penuh dalam semua bidang dihalang dari melakukan pemeriksaan jika benar majlis ini tidak diselitkan dengan perkara-perkara yang salah?

Secara kesimpulannya saudara, Khalid Jamban bercakap dan membawa kepentingan suara penganut agama lain melebihi agama yang dianuti oleh beliau sendiri. Inilah susahnya bila seorang yang 'berTuhankan' sosialis mentadbir negeri.

Ini baru MB di satu negeri, bayangkan jika golongan bengong macam ini mentadbir negara?

Namun walaupun Khalid Jamban mencatat rekod MB pertama menerima hadiah 'mangkuk jamban' beliau masih tidak mampu untuk memecahkan rekod Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang yang dihadiahkan dengan pakaian dalam wanita (underwear & coli) yang bercorak harimau.

Untuk rakyat Selangor nasib kamulah yang memiliki seorang MB dengan pakej yang lengkap iaitu GAGAP & BENGONG!

Pakaian dalam wanita sudah...

Mangkuk jamban sudah...

Lepas ini 'gadget;' apa pula yang akan dihadiahkan rakyat kepada pemimpin-pemimpin PR yang dikategorikan sebagai pemimpin bengong?

Apa kata kita hadiahkan air kencing lembu dalam plastik yang diikat ketat, setiap kali mereka ceramah kita baling tepat ke atas muka. Supaya mereka sedar setiap ucapan yang dilafazkan baunya sama 'hancing' dengan air kencing lembu.


Hahahahaha.....




YY : Kata anggota Polis yang menonton laporan Buletin Utama semalam, "Khalid Jamban ni dah join group FB murtad sekali dgn Faekah ke, maklumlah dia bantai Hasan Ali lebih kristian dari orang kristian sendiri..."



Saturday, August 6, 2011

Blogger PAS Mula Tuduh UMNO Dalang 'Serbuan' JAIS ke Atas Gereja


Saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam artikel saya yang di siarkan semalam. Mereka bertaki sesama sendiri, kesudahannya yang bersalah adalah UMNO.

Blog MalaysiaWaves a.k.a 'Rahman Sluaq Dalam', mengeluarkan artikel menyalahkan UMNO dalam tindakan JAIS 'menyerbu' sebuah gereja yang mana tindakan itu dipertahankan oleh Hasan Ali. Walaupun rakyat dapat melihat dengan jelas masalah ini berlaku di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh mereka sendiri.


Tulang 'Babi' eh silap.. Tulang Besi (TB) sebenarnya mengambil peluang ini untuk mengenakan Hasan Ali kerana dari apa yang saya tahu TB ini memang bermasalah dengan Hasan Ali dari dulu lagi ianya berpunca daripada kegagalan TB yang inginkan jawatan di Selangor setelah Pakatan dapat memerintah di Selangor.

Sehingga kini dakwaan ini tidak pernah disangkal TB.

Setelah gagal mendapat jawatan yang diinginkan, blogger celaka (gelaran dari Hadi Awang dalam muktamar PAS) menjalankan satu misi untuk membunuh karakter Hasan Ali dengan menulis bermacam artikel memburukkan Hasan Ali.

Malah dendam TB dengan Hasan Ali tidak pernah luntur. Kisah ini diceritakan oleh blogger PAS sendiri sehinggakan ada blogger PAS mewujudkan satu blog semata-mata untuk menbongkar perangai jelek blogger celaka ini (rekod tulang babi)

Berbalik kisah serbuan di gereja yang dilakukan JAIS blogger celaka ini mengambil kesempatan dengan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebalik tindakan tersebut.

Dakwa beliau Hasan Ali 'bekerjasama' dengan UMNO untuk sebotaj kerajaan negeri Selangor dan PAS hukuman ini dijatuhkan ke atas Hasan Ali kerana beliau dilihat pro kerajaan perpaduan sebelum ini.


 
Datuk Hishamuddin Tun Hussein juga diheret sekali dalam permainan bodoh ciptaan TB ini kerana polis yang terlibat dalam melakukan 'serbuan' itu berada di bawah KDN.

Inilah maksud saya bahawa orang yang ada dalam PAS hari ini hanyalah terdiri dari mereka yang bodoh, dungu serta bangang.

Sekarang tunggu apa lagi, dedahlah sumber-sumber yang kau dapat wahai Rahman Sluaq Dalam kononnya wujud penglibatan UMNO.

Semua orang tahu la Khalid Gereja dengan Hasan Ali bersengketa walaupun berada dalam satu parti.

Mereka dok balun sama sendiri, akhirnya yang salah...

Adalah UMNO...

Dasar munafik!



 YY : Selain fitnah orang apa lagi yang blogger PAS mampu buat?

Friday, August 5, 2011

BAR COUNCIL Pertahankan Khalid Ibrahim - Hasan Ali Keseorangan



Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Bar Council yang mempertahankan kenyataan Khalid Ibrahim di atas tindakan JAIS membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja kerana dipercayai wujudkan unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam.

Majoriti yang ada dalam Bar Council ini adalah mereka yang bukan beragama Islam, tidak sangka peguam-peguam ini tidak faham Fasal 11 perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan agama sendiri tetapi mereka perlu patuh dengan undang-undang di mana tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam!

Mereka hanya memfokuskan bahawa di Malaysia tiada peruntukkan undang-undang yang menghalang muslim masuk ke rumah ibadat lain. Mereka mencari kelemahan undang-undang untuk mempertahankan kumpulan mereka. 

Nampak tak bijaknya 'autar' seorang peguam?

Khalid Gereja kata, hadir di gereja tidak bermakna seseorang itu jatuh murtad.

Memanglah hadir majlis berbuka puasa di gereja tidak membolehkan seseorang itu jatuh murtad. Tiada seorang pun kata hadir majlis makan di gereja seseorang itu jatuh murtad. Perkara yang dipertikaikan adalah wujudnya cubaan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam!

Kalau betul itu majlis berbuka puasa bengong betullah orang Islam yang hadir pada malam tersebut. Maklumlah banyak masjid-masjid, surau yang ada di Malaysia ini menyediakan juadah berbuka puasa kenapa gereja yang dipilih?

Kalau majlis makan malam bertujuan untuk kerja-kerja kebajikan untuk membantu kanak-kanak, wanita, pesakit HIV/Aids dan mangsa-mangsa keganasan yang lain, kenapa perlu diselang-seli dengan upacara keagamaan orang kristian?

JAIS bertindak pun atas maklumat orang ramai iaitu rakyat Selangor. Apa yang salah di atas tindakan mereka melakukan pemeriksaan tersebut?

Orang Islam (pengawai JAIS & Polis) lakukan pemeriksaan ke atas gereja berdasarkan hasil aduan orang ramai pula yang perlu minta maaf, sepatutnya penganjurlah yang minta maaf sebab tidak peka dengan sensitiviti umat Islam. 

Anehnya orang Kristian macam Teresa Cock keluar masuk masjid untuk berdemo tidak perlu minta maaf? 

Ingat balik kes 'Demo Air Syabas' macam mana biadapnya Teresa Cock di dalam masjid.

Inilah bengongnya orang PAS dan PKR. Lepas ini bolehlah kita anjurkan majlis 'Nuzul Al-Quran' peringkat antarabangsa dalam gereja, kuil, tokong dan wat-wat Siam yang ada di Malaysia. Maklumlah tiada peruntukkan undang-undang sebagaimana dikatakan oleh Bar Council.

Agak-agak orang bukan Islam boleh terima muslim masuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam rumah-rumah ibadat mereka?

Saya sarankan Khalid Ibrahim dan Khalid Gereja bubar sajalah JAIS. Buat apa ada jabatan yang mana peranan mereka tidak diperakui oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri sendiri?

Tapi saya dapat menjangkakan kesudahan kes ini.

Setelah 'keletung-keletang' mereka bertaki, bertekak dan mempertikaikan tindakan sesama sendiri, yang bersalah akhirnya Khir Toyo, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional.

Hahahaha....


YY :Bar Council jangan cuba 'menakuk di kepala takuk'...


Sunday, January 9, 2011

Demo Bantah Kenaikkan Harga Barang di Pasar Tani Telah Merugikan Peniaga?


Lagi publisiti bodoh cuba dicari oleh PKR. Pagi tadi dikhabar 50 orang wanita PKR telah mengadakan demo di pasar tani Seksyen 13 Shah Alam.

Demo ini kononnya untuk membantah kenaikkan harga barang, mereka membawa sepanduk dan terpekik terlolong di kawasan pasar tani ketika para peniaga cuba mencari rezeki dan melayan pelanggan.

Dalam demo bodoh mereka ini yang diketuai oleh Exco Selangor Rodziah Ismail telah menimbulkan ketidakselesaan para pengunjung di pasar tani tersebut.


Di sebabkan gangguan yang ditimbulkan mereka, ada para peniaga mengeluh, kerana tindak tanduk mereka ini telah menyebabkan urusan pernigaan mereka sedikit terganggu.

Apa punya beballah orang PKR ini, kalau nak berdemo harga barang pun, buat lah depan bangunan KPDNKK ke, depan ofis menteri perdagangan ke, yang bebal pergi ganggu para peniaga sibuk mencari rezeki kenapa?

Paling cikai pun buatlah memorandum dan serahkan kepada pihak berkenaan kalau yer pun hendak berjuang untuk menurunkan harga barang.

Inilah taktik murah PKR yang cuba mencari publisiti dan perhatian rakyat, saya difahamkan ada peserta demo wanita PKR ini menemuramah seorang pengunjung pasal kenaikkan harga barang. Sekali pengunjung tu jawab "harga barang naik, sebab supplier bangsa korang yang dok sorok barang, **** punya supplier cina". Itulah jawapan spontan yang diberikan pengunjung kepada wanita-wanita yang berdemo.

Disebabkan tidak dapat menampung 'kemaluan' akibat di 'smash' dengan jawapan berkenaan, terus wanita yang temuramah pengunjung tersebut beredar dengan muka yang merah padam.

Kepada wanita PKR, cukuplah ada Ketua Wanita yang bebal bernama Zuraida tu, usahlah kamu ikut sama jadi bebal. Lain kali kalau hendak berdemo sila ke tempat yang sesuai. Jangan ganggu urusan jual-beli para peniaga.

Baca juga : Media Permatang Pauh

Isu SUK Selangor : Satu Pencabulan Kepada Profesionalisma Perkhidmatan Awam.


Ketika blog ini ditulis,kemelut perlantikan SUK Selangor masih lagi berlangsung di negeri saya tercinta,Selangor.

Datuk Mohamad Khusrin Munawi- SUK Negeri Selangor yang merupakan seorang penjawat awam persekutuan dalam skim PTD kini menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia,tak kira sama ada rakyat DYMM Sultan Sharifuddin ataupun negeri lain.

Kemelut bermula apabila Tan Sri KSN mengumumkan perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang baru selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Dan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak mengetahui akan hal tersebut sehingga kini menentang pilihan Sultan dengan pelbagai alasan yang dikira remeh dan bertentangan dengan Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan beliau yang menghalang SUK untuk turut sama dalam mesyuarat exco menunjukkan betapa 'marahnya' beliau terhadap keputusan tersebut. Sumber-sumber menyatakan bahawa Datuk Khusrin yang dikenali sebagai penjawat awam yang tegas, berprinsip dan taat kepada Sultan Selangor tidak beberapa digemari oleh MB dan pimpinan DAP kerana ketegasan beliau dalam isu-isu semasa beliau menjadi Pengarah MAIS. Selain itu juga, ada cakap-cakap bahawa salah seorang Y.B di Selangor inginkan saudara dekatnya menjadi SUK.

Pelbagai persolan timbul di benak semua orang pada ketika ini,tetapi pada pandangan saya, kerajaan negeri Selangor yang terkenal dengan sikap 'semua dipolitikkan' akhirnya memakan diri sendiri. Pada ketika ini,satu demi satu kelemahan mereka dalam pentadbiran semakin terserlah.

Begitu juga dengan beberapa isu lain seperti isu pasir, isu masjid yang dipolitikkan,percambahan rumah urut dan sebagainya sehinggakan DYMM Sultan sendiri amat sedih dengan keadaan yang menimpa negerinya. Ditambah lagi dengan krisis terbaru yang melanda ini menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk lagi di Negeri terkaya di Malaysia.

Isu ini sebenarnya boleh dianggap selesai sekiranya MB menerima ketetapan bahawa kuasa melantik SUK bukan ditangannya. Ianya adalah kuasa Sultan. Begitu juga dengan peranan JPA dalam soal ini yang menjalankan tugas pentadbiran perlantikan SUK yang baru secara bebas dan tidak dipengaruhi tekanan politik.

Malangnya, seperti yang selalu keluar dari mulut orang tentang Pakatan Rakyat ini: 'Orang mati pun dia akan politikkan' maka apatah lagi Datuk Khusrin yang masih hidup ini menjadi mangsa politiking murah kerajaan Negeri.

Apa yang lebih malang, dek kerana terlalu sibuk berpolitik, MB Selangor teepas pandang perlantikan SUK baru ini,sedangkan jika mengikut amalan biasa- penggantian pegawai selalunya dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum pegawai sedia ada tamat tempoh.

Ini adalah antara kelemahan ketara Kerajaan Negeri Selangor. Perkara ini juga seharusnya dapat diselesaikan dengan murni sekiranya MB mempunyai hubungan baik dengan DYMM Sultan dan sentiasa merujuk dengan DYMM mengenai hal-ehwal negeri dan tidak terlalu mengikut telunjuk DAP, terutamanya dalam urusan-urusan pentadbiran dan hal ehwal Islam dan Melayu.

Sebagai seorang penjawat awam yang bebas, patuh kepada arahan DYMM Sultan, kuat pegangan agama- pastinya kita dapat mengagak siapa sebenarnya di belakang MB Selangor yang menolak sekeras-kerasnya perlantikan Datuk Khusrin. Pastinya salah sebuah parti ultra-kiasu sebagai parti komponen terbesar Pembangkang di Parlimen manjadi dalangnya.

Malah jika dilihat dalam sidang akhbar MB pun,pemimpin kanan bertaraf exco ini akan sentiasa berdiri disebelah MB untuk memastikan MB Selangor bercakap mengikut apa yang diarahkannya. Congaknya sangat mudah, sehinggakan ada wakil rakyat Melayu yang sanggup 'mengisytiharkan' perang kepada DYMM Sultan Selangor demi mempertahankan parti ultra kiasu tersebut.

Seharusnya sebagai penjawat awam kita perlu bebas daripada politik, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menjadi 'politically-sensitive'. Dengan keadaan politik negara yang kucar-kacir pada ketika ini, maka penjawat awam perlu memastikan bahawa kepentingan negara ini sentiasa terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan negara.

Marilah kita sama-sama berdoa agar professionalisme penjawat awam di negara ini terus terpelihara dan sentiasa ingat, 'siapa yang akan mempertahankan perkhidmatan awam ini jika bukan penjawat awam itu sendiri'

Ptd-Kokak: Raja Adil Raja Disembah, Parti Adil pastinya disanggah..hahaha...

Sumber : ptd-kokak

Saturday, January 8, 2011

PBT Selangor di Jadikan 'Balaci' Untuk Kempen Kumpul Tandatangan Selamatkan Air Selangor?


Isu air di negeri Selangor nampaknya masih tidak berkesudahan, saya menerima berita bahawa kerajaan Negeri Pakatan Haram sedang menjalankan kempen mengumpul tandatangan kononnya untuk selamatkan air Selangor.


Mereka menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengumpul tandatangan di sekitar pasar malam sekarang ini. Kempen ini digerakkan oleh PBT atas arahan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.

Sebenarnya tuan-tuan yang budiman, isu air di Selangor adalah antara Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor, kerajaan pusat saya difahamkan tiada bidang kuasa terhadap isu air.

Maklumat yang saya terima juga mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah tiada duit untuk membayar hutang 20 m3 air percuma kepada pihak Syabas. Kantung kerajaan negeri Selangor sebenarnya sudah kontang.

Jadi program mengumpul tandatangan ini sebenarnya adalah propaganda mereka untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka daripada rakyat Selangor. Saudara kena faham sungai sekarang sudah tercemar dan kos untuk merawat air juga meningkat.

Lihatlah wahai rakyat Selangor, gara-gara perlaksanaan yang tidak bijak, program Tabung Budi anjuran Syabas dengan tujuan untuk membantu golongan yang susah pun mereka cuba lenyapkan. 

Untuk rakyat Selangor, saya sarankan 'Boikot' kempen yang cuba digerakkan mereka ini, kalau mereka nak tandatangan tuan-tuan, minta rm1000 untuk satu tandatangan.

Saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dari pihak Syabas berhubung kes ini, InsyaAllah jika tiada aral melintang saya akan buat laporan lanjut berkenaan isu Syabas dengan kerajaan Negeri Selangor.

Baca juga tulisan presiden 4Justice saudara Anuar Basiran

Thursday, January 6, 2011

Tuanku Sultan Perkenan, Kenapa Khalid Masih Berdegil?

Hari in Tuanku Sultan Selangor ternyata kesal dengan sikap setengah pihak yang mempolitikkan isu perlantikkan SUK Selangor Dato Khusrin.

Tuanku Sultan Selangor juga bertitah bahawa perlantikkan Dato Khusrin adalah mengikut prosedur serta yang telah ditetapkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Laporan penuh titah Tuanku Sultan Selangor disiarkan di Malaysiakini

Namun apa yang mendukacitakan adalah, Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim ternyata masih berdegil dan keras kepala kerana dalam laman twitter nya beliau menyatakan bahawa Dato Khusrin tidak akan dibenarkan mengangkat sumpah di hadapan beliau.


Kenapa regim Khalid begitu takut dengan perlantikkan Dato Khusrin? Bagi saya mereka takut dengan perlantikkan ini kerana bimbang Dato Khusrin tidak dapat beri kerjasama dengan projek-projek gelap mereka.

Projek-projek ini merangkumi projek pasir, balak, rumah-rumah urut. Kita sedia maklum PKR bukan hendak tolong rakyat pun, mereka hanya mementingkan poket sendiri.

Dengan kemasukkan Dato Khusrin mungkin segala usaha mereka untuk mengaut segala kekayaan negeri Selangor akan gagal. Ini kerana SUK berkuasa untuk menafikan segala kelulusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

Jelas Khalid Ibrahim adalah seorang Menteri Besar yang derhaka kepada Tuanku Sultan kerana kerana walaupun beliau hadir dalam majlis angkat sumpah sebentar tadi, Khalid ternyata masih keras kepala kerana terlalu banyak mengikut telunjuk cina DAP.

Dalam kenyataan bertulis yang diedarkan Khalid tetap mengatakan bahawa isu perlantikkan SUK adalah belum MUKTAMAD.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,"

“Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan. "
Tuanku Sultan menitahkan perlantikkan ini mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan, tetapi Khalid masih katakan  perlantikkan ini membelakangkan Perlembagaan.? Dah gila agaknya Khalid ni?

Siapa agaknya yang dok cucuk Khalid ini? Sampai begitu sekali mereka takut dengan Dato Khusrin?

SAH!! KHALID SUDAH DERHAKA PADA SULTAN SELANGOR!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal