NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

#SaveKelantan : Air Bersih, PAS Kelantan dan SPRM - Buleh Doh Kalu Nak TUKAR!

"Hello... mung nok air ke mung nok syurgo...?"
Baru-baru ini saya sempat pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian, Kelantan untuk meraikan saudara terdekat yang melangsungkan perkahwinan.

Bila balik ke Kelantan seperti biasalah, selain masalah kesesakan lalu-lintas yang agak teruk terutama di kawasan bandar maklumlah orang Kelantan semuanya maju dan kaya-kaya tetapi sayangnya kemajuan dan kesenangan yang diperolehi kebanyakkan hasil bekerja di luar dari Kelantan.

Rata-rata rakyat Kelantan masih tidak dapat menikmati bekalan air sempurna sebagaimana dinikmati penduduk negeri-negeri lain.

Kebanyakkan rumah di Kelantan termasuklah rumah saudara saya yang melangsungkan majlis perkahwinan masihbergantung kepada air perigi yang disedut menggunakan mesin (gambar bawah). Walaupun Kubang Kerian hanya beberapa kilometer dari bandar, tetapi masalah bekalan air di Kelantan memang tidak mengenal PAS atau UMNO.

Hahaha...
Mesin yang digunakan untuk menyedut air perigi bagi kegunaan dalam kehidupan seharian.
Pili ada tetapi air pula tiada - terpaksalahsaudara kawe jadi kreatif tebuk baldi untuk simpan air

Tetapi bila kita berbicara mengenai isu ini ada pula anak Kelantan yang tinggal di luar balik pun hanya untuk berhari raya dan mengundi PAS mengatakan kita sengaja mahu memburuk-burukkan PAS.

Walhal inilah hakikat yang dilalui oleh rakyat Kelantan, PAS yang lebih 21 tahun memerintah masih gagal menunaikan keperluan asas rakyat Kelantan yang memberikan mereka mandat untuk memerintah negeri tersebut.

Siapa perlu kita persalahkan...?

Difahamkan kerajaan pusat sejak tahun 2001 sudah memberi peruntukkan sebanyak RM600 juta untuk kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan masalah air tetapi sehingga kini masalah tersebut masih berlarutan. Malah jika diperhatian tiada usaha yang dibuat oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd mahu pun kerajaan negeri.

Peruntukkan sudah diberi namun masalah masih lagi berlarutan, satu persoalan yang timbul ke mana kerajaan negeri pimpinan PAS membelanjakan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan pusat...?

Tak salah kot kito pakat test TUKAR sepenggal...


PUTRAJAYA 20 Mac — Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melibatkan peruntukan kerajaan pusat untuk program bekalan air bersih di negeri itu. 
Presiden MTRK, Che Azmi Mohd Ali berkata meskipun kerajaan pusat telah memberi peruntukan, masalah air dilihat masih membelenggu 40 peratus rakyat Kelantan terutamanya di kawasan pedalaman dan pinggir bandar yang terpaksa menggunakan sumber air bukit, air sungai dan air telaga tiub untuk kegunaan harian. 
"Kami rakyat Kelantan tidak mengharapkan menara berpusing atau lebuh raya bertingkat...kami hanya mahu air bersih,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM di sini. 
Che Azmi mendesak Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Md Ainizam Abdul Rahman supaya melepaskan jawatan itu kerana tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu. — BERNAMA
YY : Padey doh...!!!

Sunday, February 19, 2012

#SaveKltn : Sudahlah Bekalan Air Teruk, Bil Pula Tinggi Melambung - AKSB Tipu Rakyat Kelate?

Masalah air di Kelantan bukan satu masalah yang baru, malah ianya sudah berlarutan lebih 17 tahun. Kegagalan kerajaan negeri menyediakan bekalan air sempurna kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah membuktikan mereka tidak mampu untuk mentadbir sebuah negara.

Dari kelatekito.net :
Mungkin ramai Kelantan tidak menyedari bahawa mereka ditipu oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd supaya membayar bil yang lebih tinggi. 
Meter saja cantik tapi kadangkala air tiada....
Ini disebabkan langkah syarikat tersebut menukar meter lama pelanggannnya kepada meter berjenama Smart Meter yang didapati rosak. 
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan surat pada 9 Ogos 2010 dan 11 Ogos 2011 kepada AKSB dan syarikat yang mendapat kontrak Smart Meter, Selcon Engineering Berhad supaya memberhentikan kerja-kerja memasang meter tersebut. 
Bagaimanapun ketika surat tersebut dikeluarkan sudah 80,000 meter tersebut dipasang di rumah-rumah pengguna. 

Soalnya, bagaimana kedudukan pengguna ini, nampak gayanya AKSB buat bodoh kerana tidak ada sebarang makluman dibuat kepada pengguna sehingga hari ini mengenai kerosakan meter. 
Mengikut SPAN, Smart Meter tersebut telah menyebabkan bacaan bil yang tinggi melebihi kadar penggunaan lazim sesebuah premis dan tiada paparan LCD meter berkemungkinan disebabkan oleh bateri yang tidak tahan lama. 
Untuk rekod jumlah keseluruhan untuk memasang semua meter tersebut bernilai RM11 juta. 
Yang paling pelik kenapa AKSB meneruskan projek penukaran meter tersebut kerana semua operator air di negara ini menyatakan bahawa teknologi SMART METER tidak sesuai digunakan. 
Syarikat Air Johor, SAMB, LAP dan JBA Kedah telah membuat uji kaji dan mendapati SMART METER tidak sesuai digunakan. 
Teknologi ini sebenarnya digunakan United Kingdom dengan keadaan cuaca yang sejuk berbanding Malaysia panas. 
Kelatekito.net difahamkan sebelum projek tersebut diluluskan Selcon telah membawa Exco, pegawai eksekutif AKSB dan beberapa pegawai kanan AKSB melancong Australia dan UK. 
Sudahlah perkhidmatan teruk, air kotor, sekarang tipu rakyat pula. 
Inilah negeri Islam Pas.
YY : Rumah ambo sampai loni sedut air telago pakai mesin...

Sunday, January 22, 2012

#SaveKelantan : Lepas Tengok Ni Mesti Nik Aziz Kato "Air Keladok Takpo Asal Demo Masuk Syugo"



Kalau tengok video ini saya cukup faham apa masalah yang dialami oleh penduduk di Kelantan ini, mungkin ada yang akan kata ini semua propaganda UMNO untuk burukkan imej Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

Namun hakikatnya inilah realiti di Kelantan, masih banyak rumah di sekitar Kelantan bergantung sepenuhnya kepada air telaga yang disedut menggunakan mesin.

Jika tidak mampu membeli mesin alamak terpaksalah menimba secara 'manual'.

20 tahun PAS memerintah, usahkan kata pembangunan. Bekalan air sempurna pun sehingga kini masih gagal mereka laksanakan.

Dari blog Gelombang Kick :
Diatas tanggungjawab sebagai seorang insan kepada insan, GK mengambil pendekatan ini sekadar memberi renungan buat masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. 
Sungguhpun begitu tanpa pengalaman didalam bidang pengambaran diharap ianya dapat memberi mesej kepada pihak berwajib supaya menyelesaikan isu air ini dari membebani rakyat.
Biarlah bicara sopan itu dimengerti, jangan sampai kebiadapan pula yang dipertaruhkan, rasa kurang senang mereka samalah juga dengan rasa kurang senang dari apa yang dialami oleh sebahagian besar rakyat di negeri bertuah Kelantan Darul Naim...  
Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya...

Thursday, January 5, 2012

#SaveKelantan : Air dan Nik Aziz...


Tengahari semalam pejabat Nik Aziz di serbu orang ramai yang tidak berpuashati dengan keadaan bekalan air kotor dan tidak mencukupi. 
Mereka membawa banner yang menyatakan "Kami desak Kerajaan Kelantan (PAS) Selamatkan rakyat Kelantan daripada penyakit bawaan air". 
Sebahagian besar daripada lebih 1.6 juta rakyat Kelantan berisiko terdedah kepada penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti E-coli sekiranya kerajaan negeri gagal menangani isu bekalan air bersih. 
Kerajaan negeri perlu bertindak segera mengatasi isu itu selepas ujian Kementerian Kesihatan mendapati air di negeri itu disahkan tercemar bakteria E-coli. 
PAS jangan hanya pandai berceramah saja, malah perlu lebih bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan asas terbaik terutama memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terjamin melalui penyediaan air bersih.

Thursday, November 24, 2011

HOT : FOMCA Balun Kerajaan Negeri Kelantan - #saveKelantan


Wahai rakyat Kelantan sekalian, sebelum ini kerajaan PAS Negeri Kelantan mengaku bahawa tempoh 17 tahun diperlukan mereka untuk mengatasi isu bekalan air bersih di negeri berkenaan. Sudah lebih 20 tahun memerintah lagi mahukan 17 tahun hanya untuk selesaikan isu air sahaja?

20 + 17 = 37 tahun - untuk menikmati bekalan air bersih kita rakyat Kelantan perlu melalui satu tempoh yang panjang hanya kerana air?

Sepatutnya kerajaan Negeri PAS Kelantan segera mencari jalan untuk menyelesaikan isu air di negeri berkenaan lebih-lebih lagi hasil kajian baru-baru ini mendakwa air di Kelantan dicemari bakteria E-Coli. Jalan penyelesaian perlu dicari demi memastikan rakyat Kelantan tidak diancam sebarang penyakit berbahaya.

Nampaknya adik-adik kita, datuk nenek kita di Kelantan terpaksa menanggung risiko dijangkiti penyakit berbahaya dek kerana sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menolak cadangan mengguna pakai pelan alternatif yang disediakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN).
"Tindakan kerajaan negeri Kelantan yang tidak mahu menggunakan pelan alternatif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) bagi mengatasi masalah air bersih di negeri itu dilihat sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullahberkata, ini kerana kedegilan seperti itu hanya memberi padah kepada kesihatan rakyat terutama kepada generasi akan datang. 
"Selalunya, mana-mana kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan rakyat, lebih-lebih lagi dalam memastikan kepentingan generasi akan datang agar lebih terjamin. 
"Kalau mereka tolak atau tidak menyelesaikan masalah, maka mereka bukan kerajaan yang bertanggungjawab," katanya. 
Utusan Malaysia hari ini melaporkan mengenai kenyataan Persatuan Penyelidik Air dan Tenaga Malaysia (AWER) yang mendakwa masalah air bersih di Kelantan boleh diatasi sekiranya kerajaan negeri tidak menolak untuk mengguna pakai pelan alternatif yang disediakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN). 
Malah AWER sendiri telah mencadangkan beberapa penyelesaian, namun tidak dilayan oleh pihak kerajaan negeri. Mengulas lanjut, Muhammad Shaani berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu menyelesaikan segera masalah bekalan air bersih kepada rakyatnya bagi memastikan ia tidak berlarutan. 
Ini kerana kata beliau, air merupakan keperluan asas dan memberi kesan yang amat tinggi kepada kesihatan fizikal dan mental, khususnya perkembangan kanak-kanak. 
"Justeru, pihak kerajaan negeri tidak boleh memandang rendah terhadap kepentingan air bersih. "Perlu ada perhatian segera yang komited untuk mencari penyelesaian," katanya. 
Dalam pada itu, Muhammad Shaani turut menggesa agar Kementerian Kesihatan menggunakan kuasanya bagi memastikan masalah air di negeri itu dapat diselesaikan segera. Malah, beliau turut meminta agar setiap cadangan atau pelan perancangan yang disediakan bagi mengatasi masalah air bersih diuar-uarkan kepada rakyat. 
Sementara itu, Setiausaha Penerangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Zulkefli Muhammad berpendapat, kerajaan negeri Kelantan tidak harus mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan rakyat semata-mata kerana kepentingan politik. 
"Apa yang penting ialah memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. Kita perlu ingat, apa sahaja fahaman sama ada politik mahupun agama, air itu adalah satu keperluan," katanya." - Utusan Malaysia
YY : Dia sedap la duk minum air mineral.... hok duk kapung ni tunggu masa nak selok...

Sunday, November 20, 2011

Bekalan Air Terawat Kotor Di Kelantan - Rakyat Kelantan Terdedah Penyakit Berbahaya #saveKelantan



Bila kita kata Kelantan masih ramai rakyatnya bergantung hidup dengan air telaga yang dipam menggunakan mesin ada yang tidak percaya malah ada yang mendakwa ini semua hanyalah propaganda UMNO untuk memburukkan PAS Kelantan.

Walhal itulah hakikat sebenar yang berlaku di Kelantan, malah sehingga kini ada rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan membeli mesin untuk menyedut air telaga terpaksa menggunakan tangan untuk menimba air bagi digunakan dalam kehidupan seharian.

Walaupun diberikan peruntukkan yang banyak oleh kerajaan pusat, malah peruntukkan berkenaan difahamkan lebih tinggi dari Melaka sehingga kini PAS masih gagal menyediakan bekalan air yang sempurna bagi rakyat Kelantan.

Bukan sahaja air yang dibekalkan oleh AKSB tidak sempurna, laporan akhbar hari ini juga cukup mengejutkan, di mana hasil kajian makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor. Mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ada yang bergantung kepada air telaga, ada yang bergantung kepada air yang dibekalkan AKSB. Ingatkan dapat bekalan air AKSB bersihlah dari air telaga, namun air terawat pun mengandungi bahan berbahaya.

Rakyat Kelantan perlu sedar, 20 tahun ditipu oleh kepimpinan ulamak, jangan sampai cucu-cicit kita membesar dengan tidak sempurna gara-gara terminum air yang tercemar. Nik Aziz Nik Mat mana minum air bekalan AKSB, mereka satu keluarga minum mineral la brader!

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko. 
Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). 
Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser. 
Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan. 
Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan. 
Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan. 
Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut. 
Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium. 
Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan. 
Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan. 
Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l. 
Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati. 
Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan. 
Namun, bekalan air AKSB ke daerah lain didapati berada di bawah paras selamat yang ditetapkan. 
Dalam pada itu, bagi kandungan arsenik dalam air mentah, hanya Pasir Puteh dan Kota Bharu menepati piawaian pihak berkuasa. Machang mencatat pencemaran paling tinggi iaitu 0.072 hingga 0.083 mg/l. 
Walaupun air mentahnya tidak mengandungi arsenik, namun Kota Bharu tidak bebas pencemaran logam mangan. Ia muncul daerah tertinggi tercemar iaitu sekitar 0.38 mg/l diikuti Tumpat (0.31 mg/l) dan Pasir Puteh (0.28 mg/l). 
Mangan boleh menyebabkan gangguan saraf dikenali ‘manganism’ (menggeletar seperti pesakit parkinson) selain gejala psikiatri seumpama halusinasi. 
Kandungan mangan dalam air mentah di Bachok, Gua Musang, Machang serta Kuala Krai menepati standard kualiti air minuman yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. 
Sementara itu, bagi pencemaran logam besi, Pasir Mas mencatat kandungan tertinggi iaitu antara 0.03 hingga 4.89 mg/l, diikuti Bachok (2.15-4.07 mg/l) dan Pasir Puteh (0.49-1.03 mg/l). 
Sampel-sampel air dari semua daerah juga secara ketara didapati mengandungi logam-logam lain yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merkuri, sainida, kadmium, sodium dan zink. Bagaimanapun, kandungannya berada di bawah paras yang dibenarkan.

YY : Rilek la boh... minum air ado arsenik dok mati la... Anwar kena suntik arsenik buleh hidup tu... Kahkahkahkah...

Tuesday, November 15, 2011

Exco Air Kelantan Panas Bontot?


Dari kelatekito.net :
PASIR PUTEH - Exco Air Kelantan, Datuk Mejar (B) Anizam Abdul Rahman tidak senang duduk pada majlis pecah tanah projek naik taraf Loji Wakaf Bunut oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di sini, hari ini. 
Apa tidaknya pelbagi masalah yang dihadapi dalam AKSB sampai duit tidak ada langsung dalam kantong. 
Anizam juga dikatakan mengelak daripada wartawan yang cuba mengasaknya mengenai soalan-soalan yang membabitkan surat layang yang disebarkan baru-baru ini.Hari ini AKSB lancark projek naik taraf Loji Air Wakaf Bunut kepada telaga jejari menelan belanja RM5.7 juta. 
Seperti biasa majlis letak batu asas diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  
Sekadar ingin bertanya apa sudah jadi dengan projek NRW yang membabitkan kos sebanyak RM130 juta. Tidak ada sebarang impak malah masalah air di Kelantan semakin teruk. 
Projek NRW adalah projek untuk membaik pulih sistem air bagi memastikan air yang dirawat tidak hilang ketika disalurkan kepada pengguna akhir di negeri-negeri ini. 
Bagaimana pula dengan kerugian AKSB sebanyak RM11 juta?.  
Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah jelaskan akaun membabitkan AKSB adakah untung atau rugi dan ke manakah kesemua wang tersebut pergi kerana tidak ada sebarang kesan yang dapat dilihat sehingga hari ini.

YY : Boh... jom ikut ambo sajak smeta... kita tuju khas kor Tok Guru kito sajok ni... 

Thursday, November 10, 2011

#saveKelantan : Campur Tangan Pemimpin PAS Dalam KBSB - Natijahnya Rakyat Kelantan Merana Kerana Air



Oleh : Rahman Iskandar

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran kerajaan PAS Negeri Kelantan.

Sejarah konflik dalaman telah bermula sejak tahun 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte Ltd, dan dikenali sebagai Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa tersebut, diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

1999, bermula episod baru di mana kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama penamatan Thames Water Pte Ltd sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi yang baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn Bhd sehingga kini.

Pada akhir 2005, terdapat ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada masa tersebut, yang dikenali amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya, di mana pada akhir 2007, beliau telah diarah untuk meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan sebuah konglemerat, iaitu dari PLUS Highway Bhd sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman beliau dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa, dalam menjadikan beliau sebagai kuda tunggangan demi mencapai cita-cita peribadi masing-masing. Pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarah beliau untuk mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru, di mana pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing. Kecetekan pengalaman dan sifat ‘yes man’ kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan :

1) Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM 11 juta, untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada tahun 2012 nanti bagi menampung kerugian tersebut. 
2) Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh. 
3) Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut. 
4) Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air. 
5) Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air. 
6) Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan. 
7) Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat. 
8) Hutang tertunggak dianggarkan RM 12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini, mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri. 
9) Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya. 
10) “Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027”…itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011 …. untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB. Jadi, fikir-fikirkanlah.

YY : 17 tahun lagi deh... tunggu la padey gitu doh!

Thursday, April 21, 2011

Kelantan Beli Air Dengan Terengganu - Bukti Masalah Air di Kelantan Tahap Kronik!

Padey doh Tok Guru weii... Padey doh!

Bila kita kata Kelantan ada masalah air yang tahap kronik, ramai yang marah. Ramai yang kata kita fitnah untuk memburuk-burukkan PAS Kelantan. Walhal itu adalah hakikat yang harus ditelan oleh 1.9 juta rakyat Kelantan yang terus menerus dibelenggu masalah air.

Penduduk di Semerak yang terletak di hujung  daerah Pasir Puteh dan bersempadanan dengan Besut ini sehingga ke hari ini terus dihimpit masalah ketiadaan bekalan air yang sempurna. Belum dikira Machang dan kawasan-kawasan yang lain.

Dan ia bukan masalah baru, malah sudah berlarutan dalam tempoh masa yang agak lama. Ini semua disebabkan kegagalan PAS Kelantan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Buat masa ini syarikat Bekalan Air Kelantan (AKSB) mendapatkan bekalan dari loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk keperluan penduduk Semerak.

Malah melalui loji ini juga digunakan untuk menyalurkan bekalan air kepada seluruh Pasir Puteh dan Machang. Sebab itu kadang-kadang penduduk Semerak kejap dapat air, sekejap tiada bekalan air. Kerana loji ini tidak mampu menampung keperluan untuk 3 buah kawasan.

.

Dalam tempoh 21 tahun memerintah, mereka gagal malah meminta lagi tempoh 17 tahun untuk menyelesaikan isu air. Jika dicampur 21 + 17 = 38. Ini bermakna rakyat Kelantan perlu melalui tempoh 38 tahun pemerintahan PAS untuk dapat air yang sempurna.

Disebabkan isu air menjadi mimpi ngeri PAS Kelantan sekarang ini, maka tindakan untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan, jadi mereka bertindak mengadakan rundingan dengan kerajaan Terengganu untuk membeli  5 juta liter air sehari dari daerah Besut untuk dibekalkan kepada penduduk Semerak.

Langkah ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Ultiliti dan Alam Sekitar Kelantan Mejar (B) Dato Mohd Aznizam. Perkara ini dimaklumkan selepas mesyuarat exco baru-baru ini.

Dan saya percaya kos untuk membeli setiap liter air ini adalah dengan menggunakan sumbangan kerajaan pusat sebanyak RM19 juta pada 10 April yang lalu. Yang disalurkan melalui Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebab sumbangan inilah baru kerajaan PAS Kelantan dapat mencari penyelesaian yang berbentuk sementara.  Kalau tanpa bantuan yang disalurkan, usah mimpi masalah air akan diselesaikan.

Mereka lebih mengutamakan projek ladang rakyat, kambing dan bazar yang boleh memberi keuntungan kepada anak beranak mereka.




Double Y : Wahai oghe semerok.. mari ambo nok royak.. pembelian air dengan Ganu ni selesai masalah smeta jah.. kalu beraso padey doh keno tindas kok puak nun.. uboh la sekali kito kelih setaro mano BN!

Friday, February 11, 2011

Nik Aziz Kalau Nak Sembang Pasal Tarif Air, Pastikan Air Ada Dulu!!


Bila saya dengar bahawa kerajaan pimpinan PAS Kelantan di bawah pentadbiran 'diktator' Nik Aziz memberi jaminan bahawa tariff air tidak akan naik, saya hanya mampu tersenyum tawar.

Mereka sembang cukup kencang, kononnya akibat tekanan kenaikkan harga barang, mereka tidak berniat menaikkan tarif air di Kelantan. Bila totok PAS dengar Tok Guru mereka cakap macam ini, melalak gembiralah mereka kononnya PAS memang menjaga kebajikan setiap rakyat Kelantan.

Namun Nik Aziz harus diingatkan, dan menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau selaku rakyat dan anak Kelantan. Bahawa masih ada kampung di sekitar Kelantan yang masih tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan Negeri.

Saya meletakkan diri saya sebagai orang yang layak bercakap pasal hal rakyat Kelantan kerana saya adalah anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan di Kelantan serta dibesarkan di Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz sepanjang 20
tahun.
Tahukah Nik Aziz, bahawa sebelum beliau berbicara mengenai tarif air. Adalah lebih baik beliau melakukan kaji selidik terlebih dahulu. Adakah setiap perkampungan di Kelantan telah pun disediakan air bersih oleh kerajaan Negeri?

Saya berani katakan masih ada perkampungan di Kelantan tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Salah satunya Kampung Pulau Kundur yang terletak di Pantai Cahaya Bulan. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan kawasan pesisiran pantai.

Abang ipar saya menetap di sana, dan kini masih lagi menggunakan air telaga. Namun kini abang ipar saya maju setapak kerana mampu membeli enjin untuk menyedut air telaga tersebut, kalau dulu beliau bersama keluarga hanya menimba guna tangan.

Air telaga ini digunakan untuk mandi, mengambil wudhuk, cuci pakaian dan juga dijadikan sumber minuman untuk abang ipar saya sekeluarga. Adakah ini yang Nik Aziz namakan sebagai kerajaan berkebajikan?

Itu  belum dikira di daerah Pasir Mas yang saya dengar mereka juga masih tidak dibekalkan dengan bekalan air bersih selama bertahun-tahun.

Boleh saudara bayangkan 20 tahun Nik Aziz memerintah, masih ada penduduk di Kelantan yang tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan?

Jika ada pun bekalan air, saya berani katakan ianya berkeladak, keruh dan tekanannya cukup rendah, malah tidak keterlaluan jika saya katakan air kencing saya lagi laju daripada air paip yang keluar di setiap batang paip di rumah-rumah sekitar Kelantan.

Tapi semalam Nik Aziz berbicara mengenai tarif air? Tidak dinafikan bahawa tarif air di Kelantan antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya RM0.55 sen per/meter padu. Tapi ini adalah harga yang memang wajar berdasarkan mutu bekalan air di tahap yang rendah.

Rakyat tidak marah jika tarif air naik beberapa sen asalkan mutu perkhidmatan yang disediakan amat memuaskan. 

Nasihat saya buat Tok Guru Nik Aziz, jenguk-jenguklah rumah sekitar pesisir pantai di Kelantan, kerana saya berani beri jaminan bahawa masih banyak rumah penduduk di sekitar sana masih tidak mendapat bekalan air yang sempurna dari kerajaan Negeri.

Selepas melawat mereka, sediakan khidmat air buat mereka, pastikan air itu bersih tidak berkeladak. Selepas itu barulah Tok Guru sembang pasal tariff air kepada rakyat Kelantan.

Air bersih pun tidak mampu hendak sediakan, masih ada hati hendak sembang pasal tarif air, Tok Guru saya ada dua perkataan khas buat Tok Guru.



"BOLEH JALAN DAAA!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal