NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, August 30, 2011

Eksklusif : 200 Ribu Orang Meriahkan Rumah Terbuka PM - Siapa Kata Najib Tak Popular?

PM ditemani Datuk Seri Utama Rais Yatim memotong kek
 Disebabkan berlaku sedikit kelewatan, nampaknya saya tak dapat balik beraya di kampung, jadi kesempatan yang ada tadi saya singgah di Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri sempena sambutan Aidilfitri yang diadakan di Seri Perdana.

Mengikut rekod yang saya dapat daripada pengacara majlis iaitu Mahadzir Lokman, dilaporkan bahawa sekitar 200,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelancong membanjiri rumah terbuka tersebut.

Ada yang datang sejauh Melaka dan Seremban satu keluarga semata-mata untuk bersalam dan berjumpa dengan Perdana Menteri kesayangan mereka.

Selain menyambut Aidilfitri bersama rakyat, turut diadakan ialah sambutan Hari Merdeka yang mana laungan "merdeka" 7 kali dilaungkan oleh PM dan diiringi nyanyian lagu 31 Ogos.


Tetamu menyanyi lagu 31 Ogos bersama-sama PM
Pelbagai juadah yang enak dihidangkan untuk tetamu yang hadir terdiri makanan tradisi dari pelbagai kaum di Malaysia.

Nampaknya kajian 'Dr.Google' boleh dicampakkan ke dalam bangkul sampah!.. Hahahaha...

Berikut gambar sekitar kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri petang tadi.

Seisi keluarga dibawa untuk beraya bersama PM
Sabar menunggu untuk bersalaman dengan PM

Orang ramai sabar menunggu peluang untuk bersalaman dengan menteri-menteri kabinet.
Jemaah Menteri berbaris bersalaman dengan rakyat jelata.. sorry angle ni saja mampu amik!
Pakcik ini begitu bersemangat nak sambut Merdeka.. bekas pejuang katanya.. Mat Sabu dia nk tempeleng!
Dari jauh ni beb.. satu keluarga turun nak jump PM
Orang ramai berpusu-pusu walaupun jam sudah 4.00 petang

Berpusu-pusu rakyat pelbagai kaum datang beraya bersama PM
Keluarga cina ini sokong penuh PM katanya...
Mere bhai.... kesian berpeluh bhai.. bawak karipap kejap je kena sapu habis. Haha...
Menyanyi lagu 31 Ogos bersama-sama PM
Orang ramai memilih juadah yang beraneka jenis
Gua nak ambil gambar stage.. awek ini pula senyum.. hihi.
Dari 10 pagi makcik ini tak menang tangan buat putu piring.
Orang ramai menikmati juadah hari raya, makan sampai pecah perut... hehe
Antara gerai pilihan ramai.. Roti John
The Clown untuk menghiburkan kanak-kanak.
Pelancong dari Iran cuba satay..
Takut ada yang bengong tak faham... 200,000 adalah kedatangan yang bersilih-ganti dari pukul 10.00 hingga 4.00 petang saya meninggalkan majlis...

YY : Selamat Hari Raya Aidilfitri semua... lemang-lemang kirim la sikit tak balik beraya ni oii.. hahaha!


3 comments:

Pendekar Melayu Ulung said...

salam tuan,
selamat hari raya.

mohon tuan link kan blog saya.

terima kasih

Dot said...

slamat hari raya bro! maaf zahir batin.

ambo raya ni berkabung...laptop kena curi!!

kena guna PC di umah sj utk blogging... menyampah!!

Yuseri Yusoff said...

Selamat hari raya my brader anti bohmou... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...