NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, August 1, 2011

Penjelasan Dato Hishamuddin Tun Hussein Mengenai Pembebasan EO6


Semalam saya sempat mengikuti program yang diadakan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn yang diadakan di Parlimen Sembrong.

Tujuan saya bersama blogger 1peluru mengikuti rapat Datuk Hishamuddin adalah untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai pembebasan enam anggota PSM yang sebelum ini ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Namun soalan yang ingin ditanya oleh kami terlebih dahulu ditanya oleh wartawan dari media arus perdana yang lain. Jadi kami mengambil kesempatan untuk merakamkan perjelasan tersebut.



Dalam penjelasan beliau, Datuk Hishamuddin menjelaskan siasatan masih lagi dijalankan dan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa apa jua tindakan yang bakal dikenakan itu adalah tugas Peguam Negara (AG).

Jadi apa jua keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara (AG) Datuk Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri terpaksa akur kerana tanggungjawab beliau adalah untuk memastikan polis menjalankan tugas dan amanah yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Secara ringkasnya maksud beliau adalah, pihak polis boleh melakukan tangkapan mengikut Ordinan Darurat, sediakan kertas siasatan dan selebihnya diserahkan kepada Peguam Negara untuk proses pendakwaan.

Walaupun enam anggota PSM terbabit telah dilepaskan tidak semestinya siasatan ke atas mereka dihentikan serta-merta. Malah setiap gerak-geri enam anggota PSM ini dipantau sebagai langkah-langkah keselamatan.

Mengikut keterangan polis, mereka mendakwa ancaman mengenai cubaan menghidupkan semula fahaman komunis masih ada.

Cuma melihat situasi politik negara yang tidak stabil jika keenam-enam anggota PSM ini terus ditahan, ianya akan memberikan peluang kepada pihak tertentu untuk mengapi-apikan isu tersebut dan mungkin membawa kemudaratan yang lebih besar.

Program Pangagihan Sumbangan Kepada Surau & Masjid Parlimen Sembrong

Semalam Dato Hishmuddin Tun Hussein turut mengagihkan sumbangan sempena Ramadhan kepada lebih 24 buah surau dan masjid di Parlimen Sembrong.

Program ini secara tidak langsung bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan bermacam program-program sepanjang bulan Ramadhan ini.

Datuk Hishamuddin menyampaikan kata-kata aluan sebelum mengagihkan sumbangan.







Imam dan AJK Masjid bergambar kenangan bersama Datuk Hishamuddin
Selepas selesai mengagihkan bantuan, Datuk Hishamuddin Tun Hussein sempat melawat ke tapak beberapa buah kedai milik masyarakat cina yang hangus dalam kebakaran beberapa hari lepas yang terletak di daerah Paloh.

Kedatangan Datuk Hishamuddin disambut baik oleh masyarakat cina di sekitar.

Lawatan ke Tapak Rumah Kedai Terbakar



Datuk Hishamuddin meninjau tapak kebakaran.
YB Hoe Adun tempatan membicangkan sesuatu dengan Datuk Hishamuddin
Mangsa kebakaran terharu menerima kehadiran Datuk Hishamuddin




Mangsa-mangsa kebakaran ini berkata mereka yakin dengan kerajaan BN, walaupun ada cubaan DAP untuk mempengaruhi mereka namun keyakinan mereka terhadap BN masih lagi utuh.

 Selepas melawat tapak kebakaran. Mangsa-mangsa kebakaran ini dijemput ke markas RELA untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesai bersama-sama Datuk Hishamuddin.

Mangsa kebakaran berbincang bersama Datuk Hishamuddin di markas RELA, Paloh.

Secara peribadi saya melihat, Datuk Hishamuddin Tun Hussein merupakan pemimpin yang disayangi oleh penduduk sekitar Parlimen Sembrong.

Mengenai isu pembebasan tahanan PSM (EO6) pula kita tidak seharusnya  100% menyalahkan pihak Kementerian Dalam Negeri kerana setiap tindakan mereka bergantung kepada arahan yang diberikan oleh Perdana Menteri.




YY : Selamat berpuasa kepada semua pembaca di laman blog ini. Yang mana nak menuduh ini program jilat menteri, ini blogger menteri sudah bayar bla bla bla...  sila letak bukti sekali di laman blog masing-masing. Kalau takde pergi sembang dengan dinding sajalah... bulan puasa ini elak fitnah.... Tata!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...