NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, August 3, 2011

UPDATE : Identiti Mismah didedahkan!!!


Masih lagi isu Mismah, kali ini kita bagi sedikit maklumat pasal Mismah. Maklumat geli-geli ini kita bagi sebelum sampainya waktu berbuka sekejap lagi.

Mismah telah memegang status Permaustatin Tetap (PR) pada 17 Julai 1982. Manakala isu yang paling mustahak di sini adalah Mismah telah mendapat taraf kewarganegaraan pada 31 Januari 2011

Maknanya Mismah sudah 29 tahun menetap di Malaysia dan telah mendapat status sebagai warganegara lebih kurang 7 bulan lepas.

Menurut undang-undang antara syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang memohon taraf kewarganegaraan adalah :

  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan. 
  •  Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
  • Pemohon berkelakuan baik.  
  • Pemohon mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang memadai.
  • Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.

Malaysiakini sudah mula 'spin' kata SPR tukar status Mismah dalam laporan hari ini.

Tapi saya kata Malaysiakini yang tukar laporan bukan SPR. Hahaha...

Apa bukti yang saya ada untuk menyokong kenyataan saya bahawa Mismah telah menetap selama 29 tahun di Malaysia?

Mismah diberikan status taraf warganegara pada 31 Januari 2011?

Ingin melihat wajah Mismah? 

Tunggu saya akan dedahkan satu persatu, sekarang bagi pembangkang geli-geli terlebih dahulu.

Tadi mereka kata 52 kes berkaitan dengan kes Mismah, sekejap tadi meningkat kepada 1100, tak mengapa saya akan dedahkan yang mana nama mereka tertera di alam internet. 

Bila teringat kes Mismah ini saya teringat ketika saya cuba dapatkan cabutan sijil kematian arwah bapa saya, bapa saya dah meninggal lebih 10 tahun tapi dalam rekod JPN belum dikemaskini.

Saya terpaksa menunggu hampir 3 jam untuk dapatkan cabutan tersebut.

Adakah kes Mismah hampir sama dengan kes yang saya pernah alami?

Penipuan ini direka selepas terdedahnya penipuan Suhardi Mat Isa, pemegang rekod individu mati paling banyak di Malaysia?



YY : Jom cari juadah berbuka... tidak ke mana pembohongan mereka ini... semua dalam poket kita dah.... kikikikiki...

15 comments:

Konda Kondi said...

style!..PEMBONGKARAN DEMI PEMBONGKARAN..

Anonymous said...

Apabila republikan berkuasa, demokrat tak ambil pot siapa yang republikan berikan ic biru AS dan hak untuk mengundi.

kerana apa?

kerana itu hak parti yang memerintah untuk berbuat yang terbaik dalam konteks penawaran kerakyatan! Justeru, parti politik lokal harus jadi lebih matang dan tahu perimeter jagaan masing-masing.

apa nak jadi seterusnya kalau PR sibuk dengan isu kerakyatan tetapi kehadiran GRO asing buat-buat tak nampak?

AntiTaktahuTugas

Anonymous said...

MESIAKINI DAH TERKENA SENGAT SENDIRI LER BROO KEHKEHKEH

Anonymous said...

Cayalah bro. Ini barulah fakta.

Walaupun ada sedikit pelik sebab dalam semakan status MyKad tu, status PRnya bertukar menjadi Warganegara dalam database JPN
pada HARI YANG SAMA IA DIDEDAHKAN oleh Malaysiakini.

walaupun dia dah dapat status warganegara tu pada 31 JANUARI 2011 ???

Anonymous said...

Saya harap Pakatan Rakyat insaflah, dalam bulan puasa pun nak berpolitik secarah tidak berhemah, sedarlah tentang dosa pahala sama. Selain isu Kad Pendaftaran Merah dan Kad Pendaftaran Biru ini, satu lagi isu yang diputar belitkan oleh Pakatan Rakyat adalah kenaikkan harga barang. Mereka tuduh kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga barang sedangkan harga barang dinaikkan oleh pekedai, bukannya kerajaan Barisan Nasional. Malahan kenaikan harga barang disebabkan masalah ekonomi, masalah kekurangan bekalan barangan hingga harga barang meningkat. Lagi satu kekacauan ekonomi jug berpunca dari Pakatan Rakyat yang suka buat huru hara dalam negara ini hingga ekonomi menjadi lemah, pelabur asing takut nak melabur di Malaysia, peluang pekerjaan tak dapat bertambah, bukan itu saja, ada pengusaha asing sudah tutup operasi di Malaysia kerana takut kelakuan Pakatan Rakyat, beribu-ribu orang hilang pekerjaan bila kilang, pusat perniagaan milik asing ditutup. Ini apa pula komen Nik Aziz, Mat Sabu, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, Hadi Awang, dan lain-lain kuncu-kuncu Pakatan Rakyat. Sebenarnya Pakatan Rakyat yang menjadi musibah kepada negara dan rakyat tetapi tuduh Barisan Nasional pula. Tapi dalam Barisan Nasional pun Menteri Dalam Negeri macam badut sarkas, tak tahu ambil tindakan tegas, sikit-sikit amaran dan tak ambil tindakan, sebab itulah selepas Namewee hina lagu Negaraku ada pula samdol dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hina lagi Negaraku, lepas ini akan ramai rakyat Malaysia jadi kurang ajar sebab Pakatan Rakyat ajar jadi kurang ajar dalam demontrasi liar, ceramah maki hamun, menghasut, mencaci sesuka hati, menuduh melulu (fitnah) dan macam-macam perbuatan yang tak elok yang lain. Kemudian ditambah pula dengna Menteri Dalam Negeri yang perangai macam badut sarkas, maka akan teruklah muda mudi Malaysia kerana sudahlah diajar benda bukan-bukan dari Pakatan Rakyat, kemudian Menteri Dalam Negeri yang patut ambil tindakan pula macam badut sarkas. Tukarkan Menteri Dalam Negeri yang sekarang ini, Hishammuddin patut letak jawatan atau dipecat, gantikan dengan Tan Sri Musa Hassan yang lebih berwibawa dan tegas.

Yuseri Yusoff said...

Saudara Anon August 3, 2011 7:31 PM.

InsyaAllah tahulah para Menteri kita menjalankan tugas mereka.

Pejuang Bangsa said...

Pembongkaran yg terbaik saudara double Y... Saya mmg anti Mesiakini ni... Ikut suka dia post fitnah minta share artikel... tq

Hashim said...

lu sapa?
Anak pengarah KDN ke ?atau JPN punya pengarah ? Yg berkenaan belum buat statement hang dah melatah tahap cipan bertelur .

Anonymous said...

Jangan lupa azmin ali, saifudin nasution dan zuraidah mak lampir jugak merupakan pemegang IC nombor '71'.dimana "71" bermaksud pendatang asing tanpa izin. (PATI)
Kad Pengenalan 640825715269 / 7445701.
Nama MOHAMED AZMIN BIN ALI.
Kad Pengenalan 631207715005 / 6984735.
Nama SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL.
Kad Pengenalan 580314715206 / A1019486.
Nama ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN.
Ini bermakna PR penuh dengan pemimpin dari golongan PATI.

Anonymous said...

Oit.. check fakta dulu sebelum komen. 71 maknanya lahir diluar dari negara Malaysia. Aku lahir kat UK pasal pak aku keje sana dulu. So 71 cuma mengatakan lahir di mana2 negara selain malaysia. Bukannya spesific sebagai PATI. Harap maklum.

Anonymous said...

Anon 7:31 pm

Ada kebenaran nya dalam tulisan kamu.
Pembangkang lah yang banyak membuat
masaalah dalam negara. Yang menjadi hairan, kenapa rakyat tidak berfikir panjang dalam hal demikian...?
Sebab itu tidak hairan lah banyak lepasan university tidak mendapat kerja ..( mungkin satu daripada sebab)..atau mereka2 ini mengambil kursus2 yang susah untok mendapat kerja bila lepas dari pengajian...kemudian ...ada juga yang menyalahkan kerajaan dalam hal ini.

Anonymous said...

Oit.. check fakta dulu sebelum komen. 71 maknanya lahir diluar dari negara Malaysia. Aku lahir kat UK pasal pak aku keje sana dulu. So 71 cuma mengatakan lahir di mana2 negara selain malaysia. Bukannya spesific sebagai PATI. Harap maklum

-------------------------------------
mkini yg tulis kod 71 utk pati....bkn blogers2 nie....harap maklum...........

Anonymous said...

malaysiakini yg kata kod 71 tu PATI. so kitorang ikut je. jadi masih nak percaya malaysiakini? nampak bodoh kan senang2 je kena kelentong? sebab tu lain kali jgn suka menuduh. kalau tak percaya, masuk website malaysiakini dan blog2 pembangkang, baca komen2 manusia bodoh yg sokong tanpa usul periksa tu.
bila pihak kami kata pemimpin korang kod 71 PATI, panas telinga pulak? hahahahaha

Anonymous said...

Mak ayah aku rakyat Malaysia. Aku lahir kat luar negara aku duduk Malaysia terus dapat code 71. Siapa kata code 71 pendatang tanpa izin? ni mesti pembangkang yg x tau system pendaftaran malaysia. tau nak menuduh je.

Yuseri Yusoff said...

Sabar sahabat2 sekelian,

Malaysiakini dan bloggers pembangkang yg kata kod 71 adalah kod PATI yg baru dpt kerakyatan. Rileks...

Mereka kod 71 cuma lahir di luar negara, namun mereka adalah warganegara yg sah.

Isu kod 71 tiga pemimpin pembangkang yg bloggers kerajaan mainkan tu cuma provokasi biasa yg berlaku dlm politik.

Anonymous di atas jgn la amik hati sgt.

Chill bro.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...