NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, August 17, 2011

Liwat II : Khalid Samad Rancang Demo di Mahkamah Pada 22 Ogos?

"saya sayang Anwar...Hahaha"
Pada 16 Ogos (semalam) satu sessi ceramah kecilan diadakan oleh PAS dan PKR bertempat di Taman Melewar yang mana diadakan dalam dewan dihadiri lebih kurang 60 pengikut parti PAS dan PKR.

Sessi ceramah yang bermula 10.30 pagi dan tamat sekitar jam 12.00 tengah hari, dikatakan merancang satu bantahan Liwat II di Mahkamah Jalan Duta pada 22 Ogos ini di mana pada hari tersebut merupakan sebutan kes Liwat II untuk Anwar Ibrahim.

Hari tersebut merupakan hari Anwar Ibrahim bela diri setelah lebih 67 kali menangguhkan prosiding mahkamah.

Dalam ceramah semalam Khalid Gereja Samad dan beberapa orang ahli PKR dikatakan membincangkan satu rancangan untuk mengumpulkan lebih kurang dalam 50 orang untuk berdemo di hadapan Mahkamah tetapi mereka merancang untuk menggerakkan kumpulan ini atas nama NGO, bertujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Fokus utama demo ini adalah untuk menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa sistem Mahkamah di Malaysia sudah dimanipulasi oleh Barisan Nasional dengan merujuk kepada kes Video Lingam dan beberapa kes yang lain.

Dalam sessi taklimat semalam juga, mereka merancang untuk melakukan provokasi kepada pihak Mahkamah kerana didakwa bertindak mengikut telunjuk BN dalam memerangkap Anwar Ibrahim berhubung kes Liwat II yang dihadapinya sekarang.

Matlamat mereka ialah agar perjalanan kes ini terbantut dan ditunda ke hari yang lain dalam erti kata lain mereka sebenarnya berniat untuk menganggu perjalanan perbicaraan pada hari tersebut. Semuanya demi menyelamatkan susuk tubuh manusia bernama Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin hampir ke River Bulohh Inn.

Malah dalam taklimat semalam turut dinyatakan oleh Khalid Gereja Samad ialah pihak PR akan menyediakan peguam jika peserta ditahan dan turut menanggung segala kos pengangkutan serta perbelanjaan untuk setengah hari para peserta pada hari tersebut.

Baca juga rancangan yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim di The Unspinners


**maklumat daripada sumber dalaman PAS yang turut berada dalam taklimat tersebut. Ada sesiapa yang mengikuti taklimat Khalid Samad semalam berani menafikan?


YY : Kita sudah jangka bermacam rancangan diatur untuk menyelamatkan Ketua Umum mereka. yang hak pasti berdiri yang batil pasti jatuh beb!


1 comment:

Anonymous said...

kalau huruhara kat mahkamah lagi senang diorang yang buat kecoh tu masuk jel sebab menghina mahkamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...