No.2 dari kiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen Dato' Alwi Ibrahim |
**Laporan artikel yang ditunda waktu siaran gara-gara isu Mismah.
Pada 2 Ogos 2011 yang lalu, saya mengikuti satu sidang media yang diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Sidang media yang diketuai oleh Dato' Alwi Ibrahim iaitu Timb. Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen bertujuan untuk memaklumkan kepada media mengenai 'Hari Pertama Program 6P'.
Program 6P merupakan satu program yang besar dan penting serta berhubung kait dengan soal keselamatan negara serta perjalanan ekonomi negara. Program yang dirancang lebih setahun yang lalu dilakukan dengan melibatkan perbincangan dengan pelbagai kementerian.
Proses pendaftaran biometrik hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dilantik oleh Imigresen sahaja |
Jadi program 6P bukanlah satu program bidang terjun atau program melepaskan batuk di tangga. Ketika sidang media tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa program ini bermula dengan agak perlahan namun akhirnya setelah dinyatakan tujuan sebenar, program 6P ini mendapat respon positif daripada pihak majikan yang menggunakan pekerja/pendatang tanpa izin (PATI).
Program ini dilaksanakan di semua pejabat Imigresen dan syarikat pengurus yang dilantik oleh pihak kementerian, malah setiap kaunter Imigresen akan beroperasi 24 jam bermula pada 1 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos 2011.
Program yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI keluar dan mendaftarkan diri kerana daripada kes kebanjiran PATI ke dalam negara ini menyebabkan pihak kementerian terbabit tiada 'figure' yang tepat mengenai jumlah sebenar golongan ini.
Golongan pekerja asing/PATI yang hadir mendaftar pada hari pertama Program 6P di salah sebuah syarikat pengurus |
Jadi peringkat yang sedang berjalan sekarang merupakan fasa pertama iaitu melengkapkan proses pendaftaran di kalangan PATI sebelum program pemutihan dilakukan.
Jika PATI hadir sendiri ke pejabat Imigresen untuk proses pendaftaran dimaklumkan tiada sebarang caj dikenakan terhadap mereka. Tetapi jika ianya diuruskan oleh syarikat pengurusan yang dilantik bayaran sebanyak RM35 dikenakan.
Kaunter di Jabatan Imigresen memperuntukkan hampir 90% operasi kaunter mereka untuk menjayakan Program 6P.
Menurut sumber KDN jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan bayaran lebih daripada kadar yang ditetapkan kementerian perkara begini wajar diadukan kepada KDN untuk tindakan kerana syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN sudah termaktub pada akur janji.
Pada hari pertama perlaksanaan Program 6P ini seramai 14,801 pekerja/(PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan 336 buah syarikat pengurus. Setiap syarikat pengurus ini dibekalkan dengan 10 buah pengimbas biometrik untuk melancarkan proses mendaftarkan PATI.
Proses pendaftaran pekerja asing/PATI di salah sebuah syarikat pengurus. |
Negeri Selangor mencatat pendaftaran tertinggi pada hari pertama Program 6P dilancarkan yang mana sejumlah 4,066 orang berjaya didaftarkan pada hari pertama program. Selepas itu disusuli dengan Pahang serta beberapa negeri yang lain.
Sebagai langkah berjaga-jaga kakitangan Imigresen diletakkan di setiap syarikat pengurus yang dilantik dan sistem yang digunakan dilengkapi dengan kata laluan yang mana tidak boleh diakses oleh semua orang dalam syarikat terbabit.
Kakitangan Imigresen diletakkan di setiap syarikat pengurus yang dilantik |
Setelah lengkap fasa pertama ini, program pemutihan akan dilakukan dengan menempatkan golongan PATI yang berdaftar ini di sektor-sektor yang ada dalam negara bergantung kepada keperluan sektor tersebut.
Namun sebelum golongan PATI yang mengikuti Program 6P ditempatkan di sektor terbabit. Kekosongan jawatan ini akan diiklankan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.
Melalui portal-portal kerja Jobstreets, etc sebagai contoh.
Dalam hal ini keutamaan tetap diberikan kepada rakyat Malaysia berbanding dengan golongan PATI-PATI ini.
Langkah-langkah ini merupakan satu titik permulaan supaya imej negara kita dapat dipulihkan dan mampu menjadikan Malaysia sebagai model negara terbaik dalam menguruskan jumlah kebanjiran PATI di dalam negara.
Golongan PATI menyambut baik Program 6P pada hari pertama ianya dilancarkan |
Selain itu Dato' Alwi Ibrahim juga menasihatkan golongan PATI supaya tidak menggunakan khidmat orang tengah dalam urusan pendaftaran diri kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan PATI ini sekaligus memberikan tanggapan yang negatif terhadap usaha yang dilakukan oleh KDN.
Semoga dengan usaha yang digerakkan oleh KDN dengan kerjasama Imigresen ini mampu mengurangkan golongan PATI yang kini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada rakyat tempatan.
Pihak KDN akan sentiasa memantau setiap masalah yang mungkin timbul dan akan mengambil langkah yang proaktif untuk menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit.
**Gambar PATI dan suasana di syarikat pengurus sumbangan dari rakan facebook Hisyam Datuk Baharom
YY : Kena sambut baik usaha ini, kerahkan PATI yang ada depan, belakang, tepi rumah supaya daftarkan diri...
2 comments:
sistem ni bagus sebab, polis boleh track balik kes jenayah yang pernah berlaku hanya dengan mencari dalam pengkalan data, dalam ramai-ramai tu mesti ada yang pernah terlibat dengan jenayah dengan adanya pengkalan data dan kalau ada jenayah berlaku walau satu cop jari tertinggal polis dapat mengesan dengan cepat.
tetapi kalau dapat digabungkan dengan teknik DNA lagi best, sebab pencuri suka berak lepas curi.
Tepat apa yg diperkatakan saudara Anon di atas, kalau ada DNA mudah sikit kesan perogol2 pun biasanya org asing..Hahaha
Post a Comment