NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, August 13, 2011

Sulong Bin Jalil Tidak Boleh Undi - Inikan Pula Mohd Rashid Bin Ismail...


Ini adalah paparan skrin dari blog tersohor pembangkang, isunya sama dengan kes Mohd Rashid Bin Ismail dalam entri saya sebelum ini. 

Iaitu memiliki dua IC dalam satu masa.

Sulong Bin Jalil yang memiliki mykad bernombor 611110-01-5143 dan 611110-11-5371 manakala kad pengenalan lama adalah 6290844.  Apa yang silap di sini adalah kod 01 dan 11, pihak JPN dikatakan tersilap memberi kod 01 pada awalnya tetapi selepas itu digantikan dengan kod 11. 

Apa yang menariknya gambar yang di tagged di facebook oleh blogger tersohor PAS ini di tagged sekali kepada kawan saya yang bertugas sebagai kakitangan Imigresen di Johor Bahru yang mana Sulong Bin Jalil ini merupakan jiran beliau. 

Rakan saya ini bukan orang politik, cuma beliau jenis tapis setiap maklumat yang sampai kepada dirinya. Beliau jenis berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu berita yang dilemparkan oleh mana-mana pihak. 

Sulong Bin Jalil menetap di Kampung Durian Kassim, Ajil Terengganu. Ini paparan perbualan rakan saya di facebook berhubung gambar yang di tagged kepada beliau :

Maaf kepada sahabat saya di atas sebab saya tidak sensor nama profile anda

Adakah Sulong Bin Jalil boleh mengundi 4 kali, 10 kali ataupun 20 kali kerana rekod SPR menunjukkan dia berdaftar sebanyak dua kali dengan dua nombor mykad berbeza?

Jawapannya adalah Sulong Bin Jalil sudah dua penggal 'menangis' sebab tidak layak mengundi, kerana setiap kali tibanya pilihanraya dia membawa mykad yang bernombor 611110-11-5371 (yang sah dikeluarkan oleh JPN selepas kesilapan kod 01 mykad sebelumnya).

Kenapa dia tidak boleh mengundi kerana semasa proses semakan sebelum pengundian mendapati dia berdaftar sebanyak dua kali. Kalau ikut cakap pembangkang orang macam ini boleh undi 10 kali.

Hahahaha...

Tapi Sulong Bin Jalil sekali pun tak boleh pangkah undi beb!

Kesimpulannya di sini nombor mykad boleh ditukar oleh JPN atas sebab-sebab yang tertentu. Siapa kata nombor mykad langsung tidak boleh ditukar setelah dikeluarkan?

Oleh sebab itu dalam kes Mohd Rashid Bin Ismail saudara pembaca boleh menunggu kenyataan rasmi dari JPN sendiri. Jika saya betul jangan segan-segan untuk 'orang tertentu' jilat semula ludah mereka di laman blog ini. 

Kelemahannya di sini adalah sistem SPR yang tidak mampu untuk mengesan jika berlaku sebarang pertindihan dan kakitangan SPR tidak mengemas-kini data lama mereka sehingga berlakunya pertindihan.

Harap kakitangan SPR yang diamanahkan untuk mengemas-kini data sila buka mata sikit. Kalau kelemahan begini berlaku tidak mustahillah agensi kamu ditohmah dengan pelbagai fitnah.

Kenyataan SIAL di bulan puasa oleh Seketeriat Pakatkan Rakyat yang disiarkan di laman facebook B.A.B.I  (baca Bro Anwar Bin Ibrahim).


Menyerang agensi seperti Polis, SPR, JPN etc tidak mustahillah golongan kakitangan awam ini undi mereka tidak memihak kepada kamu wahai Pakatan Rakyat!




YY : Sistem komputer tapi manusia yang uruskan, memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.



2 comments:

Anonymous said...

http://www.ehow.com/how_5101042_duplicates-sql.html

kena filter nama + kawasan pilihan raya, sebab nama + IC dah tak sama

takkan lah database administrator tak reti nak cari kot.

Shacklesmith said...

bro.. pertindihan maklumat ni memang biasa dalam database.. amik contoh, nak masukkan data bukannya senang.. punyelah teliti biler nak buat.. yg silap 1 jer tapi kena padamkan smua DATA SEKALI sebab nak betulkan 1 punyer error.. inilah dilema bila nak masukkan data...

-sy budak IT, sy tau betapa rumitnya masalah nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...