NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, August 26, 2011

Liwat II : Pendakwaraya Didesak Supaya Menahan Pasport Anu-War

SILA TAHAN PASPORT ANU-WAR!!!

Perbicaraan Liwat II dilihat sudah hampir ke penghujungnya, setakat ini dilaporkan kes ini sudah ditangguhkan sebanyak 67 kali atas pelbagai alasan dari pihak peguambela Anu-War.

Pada 23 Ogos yang lalu Anu-War memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh yang tidak memerlukan Anu-War mengangkat sumpah, yang mana telah menyelamatkan dirinya dari disoal-balas pasukan pendakwaan.

Hendak cari kebenaran tapi memilih untuk memberi keterangan dalam kandang tertuduh yang tidak memerlukan angkat sumpah, pendakwaraya tiada peluang menyoal-balas bagaimana kebenaran dapat dicari jika Anu-War sendiri memilih jalan 'mengelak'.?

Dilaporkan selama hampir 2 jam Anu-War membebel dalam kandang, tapi perkara yang dibebelkan beliau tidak sedikit pun berkaitan mengenai pertuduhan yang dihadapinya, sebaliknya beliau membebel mengenai isu-isu politik semasa sebagaimana dia sajikan dalam ceramahnya di setiap pasar-pasar malam.

Hari ini dilaporkan bahawa ramai pihak gagal memahami perjalanan perbicaraan yang berlangsung selama beberapa hari ini kerana begitu teknikal. Difahamkan hujah Dr.McDonalds akan dikerat-kerat esok sebagaimana dilaporkan oleh TheUnspinners klik S.I.N.I

Disebabkan tindakan Anu-War yang dilihat bebas ke luar negara sedangkan beliau berhadapan dengan tuduhan liwat, Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu Dato Razali Ibrahim mendesak pasukan pendakwaraya supaya memohon mahkamah menahan pasport Anu-War sehingga perbicaraan kes ini selesai.

Saya melihat desakan yang dibuat ini memang wajar, kerana mengikut rekod Anu-War bebas ke luar negara dan menghina negara kita setiap kali beliau melakukan lawatan ke luar, malah sistem mahkamah juga dihina oleh beliau secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia.

Isu mendesak supaya pasport Anu-War ditahan bukan satu desakan yang baru, sebelum ini pada 12 Februari pihak Perkasa membuat satu laporan polis supaya Pejabat Peguam Negara menahan pasport milik Anu-War kerana dikhuatiri Anu-War melarikan diri ke luar negara dan merancang revolusi dari luar sebagaimana dilakukan oleh Thaksin Sinatwatra.

Laporan dari Perkasa pada 12 Februari
Dari apa yang saya tahu, mahkamah berhak menahan pasport mana-mana individu yang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah, tetapi pihak pendakwaan perlu membuat permohonan dengan mengemukakan hujah-hujah yang kuat.

Laporan polis mungkin dilihat 'tidak laku' bagi Jabatan Peguam Negara sebelum ini, oleh itu saya melihat satu desakan perlu dilakukan supaya pihak mahkamah melalui pendakwaraya memohon pasport Anu-War ditahan Dato Razali Ibrahim sudah memulakan desakan, mungkin badan-badan NGO juga perlu melakukan tindakan yang sama.    


YY : Orang biasa dah lama pasport ditahan kalau ada kes di mahkamah... Tapi Anu-War??




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...