Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita lagi dua hari, dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini ramai pihak mengadakan aktiviti bermasyarakat dan juga bersedekah. Antaranya pemimpin-pemimpin pemuda dan belia-belia dari NGO-NGO tertentu.
Sebentar tadi Timbalan Menteri Beliau & Sukan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Ibrahim dengan kerjasama TV3 mengadakan majlis sahur bersama warga PDRM di Balai Polis Pt. Jawa Muar dan penduduk-penduduk sekitar.
Selain bersahur bersama warga PDRM dan penduduk sekitar, Dato Razali Ibrahim turut menyampaikan sumbangan kepada anggota-anggota polis dan bekas polis yang pernah berkhidmat di balai tersebut.
Dengan sumbangan hari raya ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati para anggota ini dan juga demi menghargai jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan kita rakyat Malaysia.
Selain menikmati juadah sahur bersama-sama Singgah Sahur bersama Dato Razali Ibrahim turut dimeriahkan dengan acara menganyam ketupat dan mengacau dodol.
'pakar dodol' sedang berkira-kira untuk mengumumkan juara dodol sedunia. Hahaha... |
Dari lain lokasi pula - iaitu Putrajaya, semalam belia-belia di sini 'menyerang' penumpang-penumpang bas yang hendak balik ke kampung halaman masing-masing.
Belia-belia ini bertindak 'meredah' ke dalam bas dan menghulurkan juadah sahur, selain juadah sahur Jalur Gemi;lang turut diberikan kepada mereka sempena menghayati sambutan bulan kemerdekaan yang mana Hari Raya turut jatuh pada hari yang sama.
Sebelum ini dikhabarkan 3 lokasi telah 'diserang' oleh belia-belia sekitar kawasan Putrajaya, tapi sepanjang mengikuti aktiviti belia kawasan Putrajaya yang mana turut disertai oleh UMNO Bahagian Putrajaya tidak pula saya melihat kelibat Keeetttuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaa peeeeee tot..tot...tot....
siaran tergendala....
Layan video sekali-sekala, layannn....
Nota kaki : tak perlu komen apa-apa, ini cuma laporan biasa berkenaan aktiviti pemimpin pemuda dan juga belia-belia kawasan...
No comments:
Post a Comment