NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, August 28, 2011

HOT : #Lynas Dr. Che Rosli Bakal Dipecat?


Dr. Che Rosli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang membuat pengakuan kepada TV3 berhubung isu pembinaan kilang Lynas akan dipanggil untuk memberi keterangan  kepada pucuk pimpinan PAS. 

Dr. Che Rosli yang merupakan saintis nuklear sebelum ini menempelak pucuk pimpinan PAS dan PKR kerana didakwa menipu dan memanipulasi isu pembinaan kilang Lynas bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Difahamkan Dr. Che Rosli akan akan dipanggil memberi keterangan selepas Aidilfitri ini, buat masa ini pucuk pimpinan PAS yang merupakan 'Pak Turut' DAP menganggap tindakan Dr. Che Rosli telah melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan peraturan parti.

Apa maksud PAS di sini yang mengatakan tindakan Dr. Che Rosli bercanggah dengan disiplin parti?

Dr. Che Rosli mengatakan bahawa pembinaan kilang Lynas selamat dan penduduk Kuantan tidak perlu bimbang, selain itu beliau juga mengatakan bahawa Fuziah Saleh telah menipu berkenaan fakta-fakta kilang berkenaan.

Dr. Che Rosli berkata yang benar atas kapasiti beliau sebagai saintis nuklear, tapi PAS sekarang menganggap tindakan Dr. Che Rosli tampil mendedahkan kebenaran adalah melanggar disiplin parti?

Maknanya sekarang ini parti isle PAS tidak mahu ahli dan wakil rakyatnya menyatakan sesuatu yang benar kepada rakyat, mereka lebih rela menipu rakyat demi kepentingan kerjasama yang dijalinkan dengan dua parti penipu iaitu DAP dan PKR.

Fuziah Saleh mendakwa laporan khas TV3 tempoh hari telah memperdayakan orang ramai, walhal pada hakikatnya Fuziah Saleh adalah manusia yang bertanggungjawab menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat Kuantan kononnya kilang Lynas tidak selamat.

Hakikatnya adalah Fuziah Saleh telah merancang dengan rapi untuk menimbulkan kemarahan rakyat Kuantan dengan menyeleweng fakta sebenar kilang Lynas. Fuziah Saleh mengatakan Lynas adalah loji nuklear walhal pada hakikatnya kilang Lynas yang dalam pembinaan dengan kos RM700 juta hanyalah kilang memproses nadir bumi.

Apakah tindakan pucuk pimpinan PAS terhadap Dr. Che Rosli selepas sahaja Aidilfitri ini? Sudah-sudahlah Dr. Che Rosli keluar sahajalah parti Isle PAS, jadi sahaja wakil rakyat bebas.

Kesian juga kepada penduduk dan rakyat Kuantan kerana ditipu dan dipergunakan hidup-hidup oleh wakil rakyat yang mereka pilih iaitu Fuziah Saleh 'pakar loji menipu' kelahiran PKR.



"PAS akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat, yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

“Kami akan minta YB Che Rosli (gambar) agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.”

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

“Saya bukan pengerusi jawatankuasa disiplin, tetapi apa yang boleh dikatakan ialah setakat ini, ia bukan kes disiplin. Tetapi sekretariat ibu pejabat akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan,” katanya lagi.

Katanya, tindakan susulan akan diputuskan sebaik sahaja setiausaha agung parti mengemukakan laporan hasil penjelasan Che Rosli nanti.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.
"

YY : Hasan Ali cakap benar pun dikatakan salah, sekarang Dr. Che Rosli pula, eh dalam PAS  menipu tu dianggap sunnah ke...?



1 comment:

Anonymous said...

apabila iblis dijadikan kawan, apabila komunis dijadikan teman, apabila asobiyah dijadikan pertahanan, apabila chavanist dijulang, apabila kuda trojan menjadi hiasan - inilah pas wajah baru - malangnya di kampung-kampung undang-undang isle pas masih dijual dengan rakusnya. pas - penyokong amalan sosialisme, parti anutan syaitan, penipu ana sokong, peliwat ana suka, pekhalwat ana setuju, iblis tetap dimartabatkan sebagai sahabat setia, take a beer pas take a beer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...