NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, August 26, 2011

Liwat II : Anu-War Main 'Trick' Untuk Menghidupkan Revolusi?


Terlebih dahulu terima kasih kepada otai TheUnspinners di atas liputan secara langsung perbicaraan Anu-war yang bermula pada 23 Ogos sehingga 25 Ogos. Untuk memudahkan saudara pembaca membaca liputan yang dibuat TheUnspinners saya sediakan pautan sebagaimana di bawah :

Live Dari Mahkamah Jalan Duta 23/8

Live Dari Mahkamah Jalan Duta 24/8

Live Dari Mahkamah Jalan Duta 25/8 dan Kemaskini Laporan Dari Mahkamah Jalan Duta 25

Ada yang berpendapat Anu-war sengaja memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh untuk memudahkan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atasnya. Selepas itu beliau akan bertindak mengatakan sistem mahkamah sudah dikuasai oleh BN dan tidak habis-habis menganiayai dan memfitnah dirinya.

Namun sebelum dijatuhkan hukuman tersebut, Anu-war terlebih dahulu akan lari ke luar negara dan bertindak mencetuskan huru-hara dari luar sebagaimana dilakukan oleh Thaksin Sinawatra yang menghidupkan rusuhan 'baju merah' di Thailand.

Oleh sebab itu desakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Ibrahim supaya pendakwaraya memohon kepada mahkamah agar pasport Anu-war ditahan adalah sangat tepat pada masanya. Anu-war memang tidak bersungguh membela diri, malah dari mahkamah pun beliau masih mampu 'tweet' pengikutnya.

Tujuan utamanya adalah untuk mengalih tumpuan pengikutnya dari fakta-fakta kes yang dibicarakan di mahkamah. Beliau bermain dengan psikologi pengikutnya agar menampakkan bahawa beliau telah memberi keterangan tetapi gagal disoal-balas oleh pendakwa. Bagi yang buta perut dan fakta mereka mungkin melihat mahkamah tidak berlaku adil dalam perbicaraan liwat Anu-war ini.

Dari blog Tun Faisal :
1. Apabila tertuduh kes Liwat 2, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang bersalah, Anwar telah menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan diri. Dia dengan sengaja mahu mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan bersumpah dan mengelak dari disoal balas oleh pendakwa raya.

2. Anwar takut kenyataannya dipertikai oleh pendakwa raya dan mahu mengelakkan kenyataannya dari direkod oleh Hakim.

3. Dengan tidak menggunakan sepenuhnya peluang untuk membela diri, ada kemungkinan Anwar sengaja untuk membiarkan dirinya dihukum oleh Mahkamah.

4. Apabila Anwar dijatuhi hukuman kerana kegagalannya untuk membela diri dengan bersungguh-sungguh, dijangkakan bahawa spin-doctor pro-Anwar akan menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa dia telah dianiayai oleh mahkamah. Malah kenyataannya pun langsung tidak direkod oleh Hakim. Ada kemungkinan ayatnya `Saya telah menyatakan segala-galanya dalam pembelaan saya, kebenaran kenyataan saya langsung tidak dipersoalkan oleh pihak pendakwa dan langsung tidak direkod dan diendahkan oleh Hakim. Ini adalah `kangaroo court' dan bukti bahawa tidak ada keadilan dalam sistem kehakiman Malaysia'.

5. Pastinya dalam ramai rakyat Malaysia, budak-budak PR lah yang paling pandir dan mudah diperbodohkan oleh Anwar nanti. Tanpa usul periksa mereka akan mempercayai kata-kata Anwar tanpa memahami fakta kes dan perjalanan perbicaraan. Akhirnya mereka akan berdemonstrasi di jalanan semata-mata kerana GAGAL memahami bahawa Anwar dengan sengaja memilih untuk tidak mempertahankan diri di dalam mahkamah sehingga Hakim tiada pilihan lain melainkan menjatuhkan hukuman ke atasnya.

6. Jadi kata Dato' Razali Ibrahim, eloklah pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk menahan pasport Anwar, memandangkan sikapnya yang sengaja tidak bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Memandangkan kes sudah sampai ke penghujung dan disebabkan keengganan Anwar berada di kandang saksi, besar kemungkinan dia akan didapati bersalah.

7. Mengenali tipu helah Anwar sebelum ini, mungkin elok pasport ini ditahan agar jika terdapat rancangan untuk Anwar menghilangkan diri, maka rancangan ini dapat dihalang sebelum ia berlaku.

Berikan undian saudara di sebelah kanan blog ini berhubung perbicaraan Liwat II. Adakah saudara berpendapat bahawa Anu-war akan didapati bersalah dan kembali ke Sg. Buloh atau sebaliknya?

YY : NGO-NGO yang ada jom buat desakan besar-besaran supaya pasport Anu-war ditahan!

2 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Lapas ni sesiapa yang berani berdemo suruh aje polis tembak... sebab mereka adalah anasir2 yang tidak dikehendaki.... Apa cerita kes demo bersih II...? Ingatkan nak bagi dia orang raya dalam lokap/penjara...

Yuseri Yusoff said...

Salam bro Ajai62,

Peserta demo bersih 2.0 tempoh hari ditangkap polis. Tapi AG taknak kemukakan pendakwaan di mahkamah.

AG bengong org salahkan KDN. Tangkap ramai2 tp tknak dakwa di mahkamah. AG slow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...