NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, August 5, 2011

Program Pemutihan PATI - Medan BN Kutip Indon Jadi Pengundi? - KDN Risik-Risik Sikit


Kadangkala bermacam persoalan bermain di fikiran saya setiap kali membaca penulisan blogger-blogger PAS. Gaya bahasa yang digunakan mereka langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik. 

Kata-kata kesat diselang-selikan dengan alunan hadis untuk menyedapkan artikel yang bertaraf sampah mereka. Mereka mendakwa merekalah paling Islamik dari semua pihak, dari segi pakainya, gaya tuturnya sekali baca tidak ubah seperti mendengar leteran 'burma mabuk'.

Laungan suaranya lantang dan kuat tapi isinya kosong.

Dek kerana sudah tertewas dengan asakan bloggers pro-kerajaan berhubung isu Mismah. Hari ini mereka timbulkan lagi fitnah kononnya program 6P yang dijalankan KDN dengan kerjasama Imigresen sekarang adalah medan untuk UMNO mendaftarkan warganegara Indonesia sebagai pemilih.


Tulisan yang ditulis bersandarkan emosi kebencian dan diselitkan dengan fakta-fakta yang salah serta merapu,jelas menunjukkan bahawa bloggers yang dilahirkan oleh PAS hanyalah bloggers yang menulis berdasarkan kehendak hati serta dendam mereka terhadap kerajaan.

Kita boleh gelar mereka 'bloggers jumud'

Maka tidak mustahillah setiap artikel yang terhasil sebenarnya tidak layak dibaca oleh kita yang normal, waras serta rasional.

Artikel Biometrik ditulis oleh blogger terbabit membuatkan saya keliru malah hampir hilang akal selama 7 hari sebagaimana dihadapi oleh Suhardi Mat Isa.

Saya masih tertanya-tanya adakah penulis tersebut benar-benar faham apa itu biometrik. Dari isu kononnya biometrik tidak berkesan, walhal dia tak tahu pun apa itu biomtetrik sehinggalah ke isu Program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan Imigresen sekarang ini.

Semunya ditulis ikut selera kepala hotak dia.

Beliau memaklumkan mempunyai seorang rakan yang menjalankan urusniaga pemutihan PATI. Malah beliau turut menyatakan bahawa rakannya mengenakan caj sebanyak RM450 untuk satu PATI yang didaftarkan.

Bila kita kata orang PAS ini bodoh, ada yang melenting tidak menerima kenyataan. Walhal pada hakikatnya mereka sememangnya sebodoh-bodoh manusia. Maaf agak kasar tiada perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan bodoh buat masa ini. Hahaha...

Kalau benar rakannya yang terlibat urusan pendaftaran PATI mengenakan bayaran dalam jumlah RM450, terang dan nyatalah mereka ini jenis manusia penipu dan spesis makan duit haram.

Sekarang ini program pemutihan belum lagi dimulakan oleh KDN dan Imigresen, yang ada hanyalah proses pendaftaran PATI yang mana setiap PATI boleh mendaftarkan diri secara percuma di setiap pejabat Imigresen dan akan dikenakan bayaran RM35 jika melakukan proses tersebut melalui syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN.

Tapi kawan penulis tersebut caj sampai RM450, MasyaAllah makan duit haram puak ni?

Proses pemutihan hanya akan dimulakan selepas 14 Ogos ini dimana setelah lengkapnya proses pendaftaran yang sedang dilakukan sekarang ini.

Isu kedua bahawa setiap PATI hanya perlu membayar RM1500 untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara, dengan hanya bersyaratkan mengundi BN maka warga Indonesia ini akan diberikan kad pengenalan biru (mykad).

Ini fitnah serius, melibatkan soal keselamatan dalam negara. Seolah-olah KDN itu menjual maruah negara kepada pihak lain semata-mata kemaruk dengan RM1500.

Jangan sampai bila kita minta kemukakan bukti, penulis blog ini terkencing dan terus bersara dari dunia blog.

Bloggers yang mengagungkan Nik Aziz ini, saya perhatikan menulis berdasarkan ilusi tidak mustahil juga beliau berada dalam keadaan halusinasi yang mana dia dengan rakan-rakan dalam dunia halusinasi dia sahaja yang mampu faham dan terima penulisan sebegitu rupa.

Sedar atau tidak bahawa setiap hari tulis artikel yang tidak disokong apa-apa bukti itu merupakan satu fitnah?

Setiap tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia mereka akan serang dan burukkan.

Niat mereka hanya satu iaitu untuk memburukkan imej kerajaan BN.

Tidakkah mereka sedar apa itu dosa fitnah?

Kantoi dengan  isu MyPR Mismah kini isu pendaftaran & pemutihan (6P) PATI pula dipertikaikan.



**Statistik terkini program 6P setakat 3 Ogos - Pendaftaran Pekerja Sah 733,662 - Pendaftaran Pekerja Tanpa Izin (PATI) 127,049 - Didaftarkan melalui Jab. Imigresen Malaysia 35,917 - Didaftarkan oleh syarikat pengurus 91,132. Pendaftaran PATI Sabah 137,217.



YY : Bloggers PAS syurgo gerenti kor..?  KDN risik-risik sikit blog tersebut...

5 comments:

Anonymous said...

Apa nak buat Fitnah dan tipu tu satu ibadat untuk mendapatkan tiket jalan pintas untuk masuk syurga n.ajis.

* kalau buat baik banyak pun tapi dok mengata/fitnah orang lain akan menyebabkan muflis di akhirat.

Anonymous said...

Nak kata cerdik.. tak cerdik tara mana pun mereka ni. Nak kata pandai pun susah, suka main tembak macam kes mismah tu je. Mereka ni patut dikategorikan bodoh bahalul, sudah la bodoh kemudian tak mahu bertanya betul ke tidak sampai jadi bahalol. Tu je yg sesuai di umpamakan puak2 pro-Fuckatan ni....

Anonymous said...

apa yg sy tau, program pemutihan ini adlah pendaftaran pati yg bekerja d malaysia melalui syarikat yg bdaftar.

xda plak nk pohon warganegara utk undi BN, igt senang2 ke nk dpt warganegara, nk dpt taraf penduduk ttp pun bertahun2 ini kn plak nk dpt wrgngra, klu lh nk dpt wrgngra tu semudah abc saja, dah lama pati2 kt sbh ni boleh mngundi..

ahaha gelak aku baca kt situ.. sy yg kt sabah ni pun nmpk apa yg berlaku d sini..

Anonymous said...

tula penyokong pembangkang ni kalau dah berang, tak habis2 dia nak buat fitnah. Kekuatan PEnyokong Parti pembangkang ialah memfitnah dan memperdayakan rakyat. Lainla kalau turun padang buat kebajikan. Ni fitnah cari isu tak habis2. Nak fitnah sampai Barisan Nasional Jatuh so boleh naik takhta la. pui.. Hapuskan Penyokong PKR.

Anonymous said...

Dalam 6P ini, apa yang PATI tu semua dapat hanyalah pengampunan supaya meraka boleh balik ke negara asal mereka tanpa dikenekan tindakan undang2 atas dasar peri-kemanusian "Human Rights" atau berkerja secara sah. Dokumen yang PATI2 itu dapat hanyalah Pas Kerja yang sah selepas membayar levy yang ditetapkan. Janganlah memutar belitkan fakta dan membuat fitnah kononnya PATI mendapat IC biru untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...