Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Bar Council yang mempertahankan kenyataan Khalid Ibrahim di atas tindakan JAIS membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja kerana dipercayai wujudkan unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam.
Majoriti yang ada dalam Bar Council ini adalah mereka yang bukan beragama Islam, tidak sangka peguam-peguam ini tidak faham Fasal 11 perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan agama sendiri tetapi mereka perlu patuh dengan undang-undang di mana tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam!
Mereka hanya memfokuskan bahawa di Malaysia tiada peruntukkan undang-undang yang menghalang muslim masuk ke rumah ibadat lain. Mereka mencari kelemahan undang-undang untuk mempertahankan kumpulan mereka.
Nampak tak bijaknya 'autar' seorang peguam?
Khalid Gereja kata, hadir di gereja tidak bermakna seseorang itu jatuh murtad.
Memanglah hadir majlis berbuka puasa di gereja tidak membolehkan seseorang itu jatuh murtad. Tiada seorang pun kata hadir majlis makan di gereja seseorang itu jatuh murtad. Perkara yang dipertikaikan adalah wujudnya cubaan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam!
Kalau betul itu majlis berbuka puasa bengong betullah orang Islam yang hadir pada malam tersebut. Maklumlah banyak masjid-masjid, surau yang ada di Malaysia ini menyediakan juadah berbuka puasa kenapa gereja yang dipilih?
Kalau majlis makan malam bertujuan untuk kerja-kerja kebajikan untuk membantu kanak-kanak, wanita, pesakit HIV/Aids dan mangsa-mangsa keganasan yang lain, kenapa perlu diselang-seli dengan upacara keagamaan orang kristian?
JAIS bertindak pun atas maklumat orang ramai iaitu rakyat Selangor. Apa yang salah di atas tindakan mereka melakukan pemeriksaan tersebut?
Orang Islam (pengawai JAIS & Polis) lakukan pemeriksaan ke atas gereja berdasarkan hasil aduan orang ramai pula yang perlu minta maaf, sepatutnya penganjurlah yang minta maaf sebab tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.
Anehnya orang Kristian macam Teresa Cock keluar masuk masjid untuk berdemo tidak perlu minta maaf?
Ingat balik kes 'Demo Air Syabas' macam mana biadapnya Teresa Cock di dalam masjid.
Inilah bengongnya orang PAS dan PKR. Lepas ini bolehlah kita anjurkan majlis 'Nuzul Al-Quran' peringkat antarabangsa dalam gereja, kuil, tokong dan wat-wat Siam yang ada di Malaysia. Maklumlah tiada peruntukkan undang-undang sebagaimana dikatakan oleh Bar Council.
Agak-agak orang bukan Islam boleh terima muslim masuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam rumah-rumah ibadat mereka?
Saya sarankan Khalid Ibrahim dan Khalid Gereja bubar sajalah JAIS. Buat apa ada jabatan yang mana peranan mereka tidak diperakui oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri sendiri?
Tapi saya dapat menjangkakan kesudahan kes ini.
Setelah 'keletung-keletang' mereka bertaki, bertekak dan mempertikaikan tindakan sesama sendiri, yang bersalah akhirnya Khir Toyo, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional.
Hahahaha....
YY :Bar Council jangan cuba 'menakuk di kepala takuk'...
2 comments:
Setelah 'keletung-keletang' mereka bertaki, bertekak dan mempertikaikan tindakan sesama sendiri, yang bersalah akhirnya Khir Toyo, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional.
-----------------------------------
Kakahkahkah setuju confirm salah BN!
PAS semakin hari semakin BANGANG
Post a Comment