NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, August 18, 2011

Dan Kini Wan Azizah, Mat Sabu & Saifuddin Pun Pengundi Hantu - Misteri Kod 71 Terjawab??


Taktik memburukkan agensi kerajaan seperti SPR, JPN dan Jabatan Imigresen bukan taktik yang baru ianya sebenarnya turut dimainkan pada tahun 2008 ketika hampirnya dengan tarikh pilihanraya. Umum sedia maklum bahawa tahun 2008 merupakan tahun Pakatan Rabak menguasai penggunaan medium Internet dan blog.

Modus operandi mereka, menyerang SPR dan JPN serta Imigresen kononnya memberikan kewarganegaraan kepada sesiapa saja dengan syarat mesti undi Barisan Nasional. Taktik ini dimainkan sebelum munculnya tarikh pilihanraya sebagai persediaan awal jika Pakatan Rabak kalah dalam pilihanraya umum tersebut.

Namun pada tahun 2008 ditakdirkan Allah SWT Pakatan Rabak telah menang di 5 buah negeri yang mana isu-isu pengundi hantu, pengundi dua kali, nama dua kali dan bermacam alasan tidak relevan yang dimainkan oleh blogger mereka diam dan tenggelam begitu sahaja.

Kini semakin hampir dengan pilihanraya kemungkinan awal tahun hadapan (cakap-cakap orang) Pakatan Rabak mengatur 'game plan' yang sama sebagaimana mereka mainkan pada tahun 2008. Iaitu mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap agensi SPR dan JPN dengan pelbagai kes-kes yang tidak masuk akal dan jika difikir secara logik ianya keluar secara serentak. 

Mula-mula isu Mismah sudah dijawab, selepas itu Mohd Rashid Bin Ismail, Jalil Bin Sulong, Rita, Saifuddin, kod 71 dan semalam yang terbaru kod 00 pula muncul, selepas itu muncul 3 anggota tentera yang mengaku lenguh tangan pangkah undi. 

Tapi kod 71 terpalit ke muka pemimpin mereka sendiri, yang mana sehingga kini seeorang blogger Pakatan Rabak pun tidak berbunyi setelah Mismah keluar menampilkan dokumen-dokumen yang sahih. 

Tak pasal-pasal dapat dosa fitnah percuma...

Semalam yahudikini 'terpelanting' lagi dek kerana cubaan menipu yang ke berbelas-belas kali tetapi sayang penipuan tersebut gagal sebagaimana isu Mismah, portal yahudikini isu Mismah pun belum dijawab timbul pula isu pengundi tanpa mykad JPN didaftarkan pemilih kod 00. 

Hari ini blogger 1peluru mengeluarkan paparan skrin yang sama 100% dengan paparan skrin dari rekod SPR di mana menunjukkan Wan Azizah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution adalah berdaftar sebanyak dua kali dengan SPR?


Opss... benarkah Wan Azizah mengundi sebanyak 20 kali, 80 kali di Parlimen Permatang Pauh? Opss... benarkah Mat Sabu mengundi sehingga tercabut lutut di Kubang Rotan? Opss... benarkah Saifuddin Nasution mengundi sehingga mukanya ditumbuhi jerawat di Pokok Sena?

Secara mata kasar tiada sebarang perbezaan antara paparan rakaman di atas dengan di bawah namun yang mana satu adalah asli bagi mata anda?

Hahahaha....

Bagaimana percayakah tuan/puan jika saya katakan kami mampu menghasilkan paparan skrin yang setaraf dengan apa yang dikeluarkan oleh yahudikini semalam?

Percayakah tuan/puan jika saya katakan kod 00 semalam merupakan 'photoshop'  semata-mata kerana menurut rekod SPR yang sebenar kod 00 hanyalah untuk HANTU yang tiada dalam DAFTAR PEMILIH!


Dari kod 71 kita ke 00, selepas ini eloklah pembangkang menggunakan pula kod ejen tersohor British iaitu 007 lepas itu dakwa SPR telah daftarkan warganegara British sebagai pemilih di Malaysia namanya James Bond!!!... 

Jangan lupa baca brader 1peluru membebel KLIK CEPAT...

Hahahaha....


YY : Sembang dengan dinding lagi bagus dari layan kod khayalan pembangkang... Hahaha!


6 comments:

Sampai Mati Aku Takkan Undi PKR said...

Pecah perut ayat penutup bro! kahkahkah.

Jeepers Creepers said...

dulu 2008 blogger pro kerajaan tak wujud lagi so bolehlah dorang spin macam macam.tapi sekarang dah tak boleh buat macam tu lagi.

pak lah said...

selepas semak kad laman spr dan jpn..nampak sgt admin blog ni nipu..klu sapa2 rajin p semak maklumat admin ni bg kat web jpn dan spr..tak buat fitnah bulan2 posa ni admin
jpn http://semakan.jpn.gov.my/semak_nokpt/

spr http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx

pak lah said...

satu lagi..klu malumat yg didedah oleh PR..kita boleh semak kpastian kat laman spr dgn jpn..mmg ada maklumat tu..bukan edit photo shop mcm admin buat..

Sampai Mati Aku Takkan Undi PKR said...

PakLah bangang dh terang2 admin ckp tu sbg contoh saja. Yang ko tuduh dia menipu apahal?

Rekod yg 3 nombor IC kod 00 tu ada ke dlm SPR...

Kalau tkde bkn admin blog ni penipu tp korang yg penipu!

Anonymous said...

tahniah admin! Bongkarkan lagi penipuan PuKiaR. . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...