Ini adalah rakaman ceramah Karpal Singh pada 5 April 2011 iaitu sehari sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak.
DAP melalui Karpal Singh mengeluarkan kenyataan ini untuk menyakinkan pengundi bukan Islam di Sarawak bahawa dasar perjuangan DAP tidak berubah walaupun mereka bekerjasama dengan PAS. Antara kenyataan yang diungkapkan oleh Karpal Singh dalam video di atas adalah :
"PAS tidak akan mengadakan negara Islam"
"Ya, PAS kadang-kadang cakap macam itu, tetapi kawan kawan sebagai Pengerusi DAP, saya memberi jaminan tidak boleh ada satu negara Islam dalam Malaysia".
Dua ungkapan yang patut PAS bantah dan sanggah jika benar mereka memperjuangkan Islam sebagaimana yang dicanangkan.
Video di atas ialah ceramah di Kuching, saya tidak pasti jika ceramah di Kuching turut disertai dengan perarakkan oleh anggota-anggota DAP dengan membawa bendera roket mereka sambil melaungkan slogan "SAPU MALAYSIA" sebagaimana mereka lakukan pada malam terakhir ceramah mereka di Sibu.
Buat pembaca yang ingin membayangkan bagaimana perarakan mereka ketika itu, saudara pembaca bolehlah menyamakan tindakan mereka dengan perarakkan tentera Jepun ketika masuk Malaya.
Situasi hampir sama yang berbeza hanyalah bendera dan uniform mereka sahaja.
Slogan "SAPU MALAYSIA" sebenarnya dicedok dari slogan yang dilaungkan ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei yang mana mereka berarak dengan melaungkan ''SAPU MELAYU".
Tindakan mereka tidak pernah berubah, cuma slogan yang dilaungkan sahaja diubah dari perkataan Melayu kepada Malaysia untuk mengaburi mata orang Melayu.
Mereka bukan hendak sapu Malaysia dari BN, sebenarnya mereka hendak menyapu Malaysia daripada terus dikuasai oleh kuasa politik orang Melayu (UMNO).
Kalau betul mereka iktiraf bangsa Melayu, kita cabar golongan pemimpin DAP menerima gelaran Datuk daripada Raja-Raja Melayu. Setahu saya mereka pernah dinamakan untuk dianugerahkan bermacam pingat dari Raja-Raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.
Tapi anehnya tiada seorang pun pemimpin tertinggi DAP menerima penganugerahan ini daripada Raja-Raja kita. Usahkan terima, titah Yang di-Pertuan Agong pun dengan selamba si Ambiga engkar dan derhaka.
Ini bukti jelas mereka tidak pernah memperakui kedaulatan Raja-Raja Melayu.
DAP dah terang-terang tidak memperakui perjuangan Islam yang dibawa PAS.
PAS pula berkali-kali sanggup mengubah prinsip perjuangan mereka demi DAP.
Katakan kepada saya Nabi dan Rasul mana yang mengubah prinsip perjuangan semata-mata untuk menambahkan para pengikutnya?
Percayakah saudara pembaca jika saya katakan golongan Nabi-Nabi ataupun para Anbia ketika menjalankan dakwah mereka, ada dari kalangan Nabi-Nabi yang mempunyai seorang pengikut, ada yang mempunyai dua orang pengikut malah ada Nabi yang langsung tiada pengikut.
Namun daripada semua golongan para Anbia ini saya berani katakan tiada seorang pun yang mengubah prinsip perjuangan dakwah mereka semata-mata untuk menambahkan jumlah pengikut. Tapi PAS sudah berapa kali mengubah prinsip dakwah mereka semata-mata menambahkan bilangan sokongan?
Tapi anehnya PAS masih meraba-raba dalam kegelapan mencari siapa musuh Islam sebenar, walhal golongan itu berada dari kalangan mereka sendiri.
Orang PAS berhenti sajalah bercakap pasal negara Islam, hukum Islam dan sebagainya. Kerana parti kamu hanyalah parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik atau dalam bahasa kasarnya 'pelacur agama'.
Karpal Singh pun PAS tak mampu menyanggah, bayangkan jika golongan buta perut macam PAS memerintah kelak?
Agaknya di mana kedudukan Islam pada waktu itu?
YY : Janji terlunas dendam peribadi Nik Aziz kepada UMNO, jadi keldai kafir harbi pun PAS kato bereh...
No comments:
Post a Comment