"Semua sejarah negara kita bohong kecuali sejarah Normah di Hotel Perdana" |
Mat Sabu 121 dalam ceramahnya di Tasik Gelugor pada 21 Ogos lalu mendakwa sejarah yang ada di Malaysia ini semuanya adalah sejarah bohong, malah beliau mengagungkan pengganas komunis dalam Pasukan ke-4 Komunis Malaya yang terlibat dalam menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
Dek kerana kenyataan bodoh Mat Sabu dalam ceramahnya, seorang 'penduduk baru' di 'twitterjaya' iaitu @hishamuddinh20 telah memberi respon dengan menyatakan perjuangan PAS dan mula sonsang.
Antara respon Datuk Seri Hishamuddin terhadap Mat Sabu '121' adalah :
PAS bukan sahaja telah songsang arus perjuangan mereka, malah melalui kenyataan Mat Sabu berhubung kononnya Muhammad Indera, iaitu seorang lelaki melayu yang terlibat dalam menyerang Balai Polis Bukit Kepong bersama 200 anggota parti komunis yang lain adalah hero sebenar merupakan kenyataan yang terlalu bodoh.
Ekoran kenyataan bodoh Mat Sabu, dikhabarkan bahawa kebanyakkan anggota PDRM baik yang masih menjawat jawatan dalam pasukan mahu pun yang telah bersara amat marah dengan tindakan Mat Sabu yang dilihat menghina pengorbanan anggota-anggota PDRM.
Tindakan Mat Sabu memburuk-burukkan perjuangan dan pengorbanan anggota-anggota Polis, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar adalah kerana si 'kaki cilok' bini orang ini cuba untuk menarik perhatian puak Parti Sosialis Malaysia yang mana mereka selama ini begitu mengagungkan perjuangan komunis.
Dari sini saya melihat ada kebenaran dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS hari ini sebenarnya telah 'berTuhankan' sosialis.
Serangan Dato Seri Hishamuddin tidak berhenti di situ, 'serangan' kepada Mat Sabu 121 diteruskan dengan tweet yang berikutnya di mana beliau menyatakan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab Mat Sabu sebenarnya telah melukakan hati ramai pihak, malah Mat Sabu dilabelkan sebagai seorang yang BUTA SEJARAH.
Namun yang paling menarik perhatian saya adalah, Dato Seri Hishamuddin membuat desakan kepada pimpinan PAS dan PKR di mana pendirian mereka berhubung kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya.
Apa komen PAS berhubung ceramah Mat Sabu ini?
Adakah PAS hendak kata sejarah boleh diubah sebagaimana Nik Aziz bertindak mengubah perjalanan kes khalwat Mat Sabu?
Nampaknya langkah positif kini sudah dapat dilihat dari pemimpin-pemimpin BN untuk menggunakan pengaruh media baru seperti twitter untuk memberikan penerangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mereka sebenarnya telah 'menyentuh hati' rakyat bawahan walaupun hanya berbicara dengan menggunakan 140 huruf.
Menteri-menteri BN yang lain, yang kononnya 'anak jantan' bila nak mulakan serangan melalui twitter sebagaimana dilakukan oleh menteri yang dikatakan 'pondan'?
Kini yang aktif menggunakan twitter adalah Dato Najib, Khairy Jamaluddin, YB Rahman Dahlan, YB Kamalanathan, YB Saifuddin Abdullah, Mukhriz Mahathir dan yang terbaru Menteri Dalam Negeri pun sudah berjinak-jinak dengan twitter. Kalau ada nama yang saya tertinggal saudara pembaca boleh tambah sendiri.
Dari Utusan Malaysia :
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya
YY : Mat Sabu mungkin terlupa cucu Dato Onn masih ada untuk meneruskan perjuangan datuknya...
3 comments:
BERUK mat Sabun ni memang dah tau dah.. dari dulu memang jadi Pencacai DAPig pun... korang takan tak tau DAPig tu sapa? suku sakat Bintang 3 gak... tu laa orang suruh belajar sejarah tak mau..cikgu berbuih mulut ajar sejarah Malaysia dan Penganas Komunis dia tak mau alih2 jadi BERUK pencacai DAPig jugak! dan sekarang plak lagi GAH la dia bila dah jadi orang no 2 dlm hamPAS plak... bleh dia tabur fitnah dan cerita sejarah rekaan dia kat Pak2 JangGoat yang BODOH tu!!! HAMPEH HAMPEH HAMPEH
Ini salah seorang daripada cuc Dato Onn yang menruskn perjuangan beliau!
Keris 7 Lok!
Inilah masallahnya bila otak tarok kat kepala lutut!!! Cukup2 lah jadi keldai dan pencacai DAP dan PKR. Patutlah PAS le ni synonym dengan 'hamPAS'!!!! Ahli2 hamPAS ni pun satu...dok pakat ramai2 lantik kaki merapu ni jadi timbalan presiden depa buat apa??
Memang sahlah majority panyokong ni serupa macam mat sapu ni....otak letak kat kepala lutut!!!
Post a Comment