BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, June 14, 2012

HOT : Bakal Menantu PM @NajibRazak Penipu - Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian?


Bakal menantu PM DS Najib Razak didakwa terlibat dengan skandal penipuan AS$20 juta heboh diperkatakan oleh pemimpin hinggalah penyokong totok pembangkang. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM malah Pemuda PAS pula turut tampil menyatakan perasan 'bimbang' mereka di laman Malaysiakini :



Yang paling kelakar adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor di laman Malaysiakini semalam. Katanya beliau bimbang DS Najib Razak dijatuhkan hanya kerana isu remeh dan peribadi.

Jika PAS menganggap isu ini sebagai isu peribadi - kenapa pula Harakahdaily & Malaysiakini begitu ghairah mensensasikan berita ini?

Ironinya dari kenyataan beliau - ianya menggambarkan keadaan sebaliknya kerana jelas dilihat portal PAS turut mensensasikan isu ini seolah-olah ianya melibatkan soal pentadbiran politik negara. Walhal jika difikirkan Daniyar Nazarbayev langsung tiada kaitan malah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam pentadbiran negara.

Malah tajuk yang digunakan oleh Harakahdaily juga jelas memperlihatkan betapa ghairahnya mereka mensensasikan berita yang dianggap sebagai isu peribadi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS :

[Capaikan Artikel]

Soal pemuda ini bersalah atau tidak, itu biarlah mahkamah Manhattan yang tentukan. Tetapi keghairahan pembangkang melalui Malaysiakini dan Harakahdaily memainkan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian dari The New York Post menunjukkan bahawa pembangkang memang tidak putus-putus cuba memusnahkan reputasi imej PM di peringkat antarabangsa.

Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian dari The New York Post?


Kita tahu bahawa The New York Post merupakan sebuah media yang pro Israel, dan amat membenci Demokrat. Serta kebanyakkan penulis serta wartawan akhbar ini merupakan mereka yang berfahaman liberal.

Selain itu kebanyakkan berita yang dilaporkan mereka berbentuk gossip dengan menggunakan tajuk-tajuk yang sensasi. Malah wartawan mahkamah iaitu Dareh Gregorian sebelum ini merupakan penulis gossip sebelum beliau menulis beralih arah sebagai wartawan mahkamah.

Walaupun beliau beralih sebagai penulis berita dari mahkamah, kebanyakkan berita yang ditulis oleh beliau semuanya berbentuk sensasi malah unsur-unsur gossip turut diselitkan. Ini terbukti apabila kebanyakkan pembaca berita yang dilaporkannya meninggalkan komen-komen negatif setiap kali beliau mengeluarkan laporan.

Kita lihat laporan berita mahkamah yang biasa ditulis oleh Dareh Gregorian, kebanyakkan beritanya menggunakan tajuk sensasi dan kes mahkamah yang ditulis oleh beliau kebanyakkan kes yang melibatkan selebriti dan juga individu terkenal di US :




Sejak tahun 1995 berita-berita sensasi melibatkan selebriti ditambah dengan bahan gossip merupakan artikel serta berita yang dilaporkan oleh beliau. 



Malah beliau dihentam teruk kerana memutar belit fakta berita dari mahkamah sehingga beberapa forum dan laman blog menganggap Dareh Gregorian seorang penulis berita mahkamah yang bodoh dan tidak tahu fakta. 

Antara kecaman yang dibuat kepada Dareh Gregorian :

Antara blog yang menghentam Dareh Gregorian


Meneliti komen-komen yang ditinggalkan oleh mat saleh dalam ruangan komen di kebanyakkan laporan yang ditulis oleh Dareh Gregorian mereka menganggap ianya merupakan laporan bodoh serta bersifat gossip. 

Aneh bukan bila melayu PAS, PKR, dan DAP memainkan isu ini seolah-olah ianya merupakan sumber sahih yang dipercayai serta tidak dapat disangkal.

Saya tidak mengatakan bakal menantu PM tidak bersalah, malah jauh sekali mahu membela seorang lelaki Kazakstan yang langsung tidak saya kenali. Tetapi sikap Malaysiakini memperbesarkan isu ini memperlihatkan ianya memang dirancang bertujuan memburukkan imej PM.

Kes menantu PM sebenarnya lebih menjuruskan kepada kes kekeluargaan, tetapi sikap pembangkang yang mensensasikan isu ini jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya lebih berminat menyerang isteri, anak malah mana-mana individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan musuh-musuh politik mereka.

Nampaknya pembangkang perlu menjilat kembali ludah mereka sebelum ini, yang kononnya tidak mahu isu-isu peribadi dijadikan senjata dalam menyerang musuh-musuh politik ketika isu anak Lim Guan Eng dituduh mencabul seorang perempuan.

Jom imbas memori ketika kes melibatkan anak Guan Eng hangat diperkatakan media :



Jeng...Jeng...Jeng...

Sekarang siapa yang main politik kotor menyerang anak-beranak musuh politik demi memusnahkan imej musuh-musuh politik mereka?

Sekarang siapa yang bengong percaya 100% berita yang dilaporkan oleh seorang penulis gossip yang mana mat saleh pun tidak percaya kebanyakkan laporan berita yang dilaporkannya?

Noryana Najwa pun satu banyak-banyak lelaki Melayu kenapa Kazakstan yang kau pilih?

Apa abang YY tak cukup kacak ke?

Hahaha...

Tapi orang tua-tua kata "Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan semuanya ditentukan oleh Allah SWT".

Lainlah kalau orang PAS yang semakin liberal tidak percaya apa yang Allah tentukan, sebaliknya mereka lebih mempercayai seorang penulis yang berfahaman liberal.

Hahaha...

Arios!

YY : Suka filem 'Catch Me If U Can' yang diadaptasi dari kisah Frank Abagnale Jr. atau digelar "The Skywayman"... 

9 comments:

Anonymous said...

Haha. org yahudi pun tak suka tulisan Dareh Gregorian ni. Tak percaya baca la blog2 yahudi.

Org melayu kita je ghairah dgn berita asing ni bro!

Anonymous said...

memang berat tugas as PM, sebab itu keluarganya perlu berhati-hati memilih calon menantu or friend. It is a big issue sebab silap memilih kawan or pasangan boleh meletakkan Malaysia dalam keadaan fragile. Sebab itu, latar belakang penting sebab kita tidak mahu meletakkan seorang yang berkuasa dalam negara berada dalam kancah ugutan yang akan membawa bahaya kepada rahsia keselamatan negara. Oleh itu diharap PM dapat siasat dan putuskan sahaja pertunangan

Anonymous said...

elok lah 2..umno suke sgt bkak cite peribadi pmimpin pgbangkang..pas plak bkak cite peribadi pmimpin kerajaan..2 x 5 dan 5 x 2..kebaboom.!

YY said...

Di US akhbar New York Post hanya tabloid dan bahan yang disiarkan dianggap sebagai hiburan oleh warga US. Nak buat macam mana orang kita memang ghairah bila berita disiarkan oleh media asing. Walau apa pun kita kena berlaku adil. Bakal menantu PM belum dijatuhkan hukuman bersalah pun. PAS lebih2 je!

Mr.PiNGu said...

aku eksian kat datuk Seri Najib.. Beliau cuba sedaya upaya jd PM terbaik di malysia namun disebalik wajah cool beliau itu terpalit pelbagai ocntrobesi baik terus dr dirinya, isteri anak beranak dll.. Aku pun xsuka nama baik pemimpin kita tercemar di peringkat luar xkira mereka drpd kerajaan atau pembangkang.. ini beri imej buruk kpd negara keseluruhannya

Anonymous said...

Tulisan saudara ternyata benar apabila The New York semalam mengeluarkan artikel
http://m.nypost.com/;s=o60bqMlxVjnmeSdY0WICa36/p/news/local/manhattan/didn_steal_apt_bC1mQOz4OcPWRYNOrVxRWP

Terbukti ianya merupakan gossip semata-mata. Mungkin ianya dirancang bagi burukkan imej PM diperingkat antarabangsa.

Anonymous said...

YY,

Salah satu aku suka blog ko, ko selalunya tak menjawab berdasarkan andaian. Tp ko bersandarkan sedikit penyelidikan. Artikel cukup bernas menjawab permainan politik persepsi PR.

Kadang2 kesian tgk Najib macam2 dia buat utk jaga negara ni. Tapi kejap aje musnah semua tu hanya dgn 1 persepsi jahat media asing!

Teruskan bro. Gua ttp support lu!

Anonymous said...

Bagus la tu Najib penipu kena tipu dgn penyangak. hahahaha lembu2 UMNO yg bodoh!

Eppy Eoshi said...

ko yg komen kt atas aku ni mesti tak baca pon artikel ni kan? baca tajuk je then terus komen. perangai puak fuckatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...