NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, November 10, 2011

Lembut Feedlot : @khairykj Buktikan Pembangkang Penipu - DS @ShahrizatJalil Sabar Itu Separuh Daripada Iman...hehe!


Isu ini sebenarnya telah dimulakan pembangkang lebih 2 minggu yang lalu - dan pada waktu itu saya turut memohon penjelasan daripada DS Shahrizat Jalil sendiri melalui laman twitternya. Tidak cukup dengan itu saya turut meminta penjelasan daripada anak lelaki DS Shahrizat Jalil sendiri iaitu Izran Salleh kerana beliau dikatakan C.E.O dalam syarikat terbabit.

Tujuan saya memohon penjelasan adalah kerana dari awal saya dapat menjangkakan bahawa isu ladang lembu feedlot akan menjadi satu isu yang besar - jika ianya tidak dijelaskan (counter) awal-awal melalui media baru, saya percaya ianya akan melekat dalam fikiran rakyat yang kini boleh akses berita tanpa sebarang sekatan.

Namun pada waktu itu, soalan blogger cabuk yang tidak beranking seperti saya tidak diendahkan malah saya diminta supaya bersabar. Lihat artikel berkenaan di SINI

Natijahnya kini berhempas pulas Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin untuk menjawab segala tuduhan dari pembangkang seolah-olah KJ adalah Menteri Asas Tani. Baca kenyataan penuh KJ :

Bahagian 1: Kenyataan YB Rembau – National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional
Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan bahawa projek tersebut adalah gagal. 
Pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan tersebut bersifat liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihanraya dengan pertelagahan dalaman sesama umpama retak menunggu belah. 
Terdapat beberapa kepincangan daripada tuduhan mereka yang mana bersifat melulu dan kejahilan yang sangat nyata: - 
[1] Pembangkang menuduh bahawa pihak NFC mendapat tanah seluas 5,000 ekar secara percuma. Ini adalah satu kepalsuan kerana NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan. 
[2] Dakwaan bahawa daging mentah keluaran NFC dijual kepada restoran Meatworks, Senor Santos dan Brawn yang beroperasi di Singapura. Ia bukan sahaja tidak masuk akal bahkan mustahil kerana NFC beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang pengimportan daging mentah daripada Semenanjung Malaysia akibat kerisauan risiko penyakit kaki dan mulut (foot and mouth disease). 
[3] Tuduhan bahawa projek fidlot tersebut gagal menepati sasaran asal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 60,000 ekor lembu setahun
Perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011. 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa“sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.” 
Mengikut laporan yang sama, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai. 
Baca selanjutnya SINI 

Nampaknya KJ yang tidak berjawatan dalam kabinet lebih bijak menjawab dan menyelesaikan kemelut ini jika hendak dibandingkan dengan menterinya Noh Omar sendiri. Namun satu perkara yang harus diingat adalah - kenapa projek ini diberikan kepada DS Shahrizat Jalil sedangkan pada waktu itu beliau merupakan menteri kabinet?

Bukankah ini menunjukkan bahawa kronisme itu berlaku dalam kerajaan?

Buat DS Shahrizat Jalil yang kini dilanda dengan pelbagai tohmahan, tiada apa yang saya ingin katakan selain memulangkan kembali kata-kata Kak Jat kepada saya ketika saya memohon penjelasan berhubung isu ini pada 27 Oktober yang lalu.

Lihat soalan saya yang diajukan kepada DS Shahrizat Jalil melalui laman twitter :


Dan jawapan yang diberikan adalah :


Hehehe.... Kak Jat sabar itu separuh daripada iman...


YY : Blogger minta penjelasan pun susah - skrg blogger jugak yang nak kena counter? :)

4 comments:

HeroTamil said...

Saya setuju sgt dgn pandangan saudara.

Hmmmm... Agreed, they should have come up with THAT kind of answer, terlebih awal.

Anyway thats another ISU.

Tapi KRONISM yang begitu jelas.

Bukan isu jadi menteri anak beranak tak boleh jadi kaya atau tidak.

Tak kira lah Family Sharizat bekerja keras atau tidak, suami Sharizat ada pengalaman atau tidak.

Orang lain pun ada kepakaran, dan mungkin mereka akan bekerja jauh lebih keras jika di beri peluang.

Ini lah pengorbanan bila nak berkhidmat pada rakyat.

Aaahhh.... This are the things yang buat kita terkial kial nak jawab...
Cukup lah kita being defensif sepanjang Dollah Badawi jadi PM.

Haiissshh!!

@JebonAnak

Yuseri Yusoff said...

Salam @JebonAnak,

Mereka tak fikir panjang. Biasalah dok atas kerusi empuk mana reti apa yg rakyat fikir... :)

Anonymous said...

SDRA Yuseri
Saya mohon izin masuk

FEEDLOT projek Keluarga Shahrizat tak patut terlibat.

Sharizat adalah UMNO ketua cawangan ketua wanita dan juga Menteri penuh kabinet, maka ia adalah "publik figure".
Bila dah jadi publik, semua orang nampak kan, maka, kalau dah dapat projek yang di biayai olih kerajaan dan duit pembayar cukai, lagi lah tambah "public figure".
Jadi kalu dah jadi publik figger 3 kali , "there is nothing as private except what you do in the bedroom and what you do in the toilet/bath room".

Sama juga dengan RRR di Pulau Pinang.VVVIP marah orang libat kerabat dalam cerita umum.

Sama juga kalau dah mau sangat jadi flom dan kerabat flom kan.Bila masuk arena nasional dah jadi public figger.

Sepatut nya keluarga menteri dan menteri tak bolih, tak bolih , tak bolih ambil dengan projek tajaan kerajaan ,itu kardinal prinsiple di UK dan Amrika syrikat Ostolia EU.
apa pasal kat sini ada menteri get involved ?
Aharizat,kan anda lawyer mesti faham prinsip of konflik of interest ,macam kes kes AA MAS Kazanah EO Sime Seecurities Ramunia dll tempoh hari?
Sharizat ini bukan hal political conspiracy.Ini adalah hal transparency liberal civil liberties human rights ETP inclusive engage kelainan populist bapak vernakular 1M.Jangan berumah cermin kaca.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

walaupun aku penyokong kerajaan, aku tetap berpendirian bahawa shahrizat dan keluarganya tak boleh terlibat kerana aku percaya akan menyebabkan persepsi buruk di kalangan rakyat. nah, skrg dah terbukti. walaupun dibuat secara betul, tetapi persepsi rakyat itu kena dijaga.

lagi satu, bila orang tanya, lebih baik beri penjelasan jika yakin diri anda benar. skrg segera selesaikan di mahkamah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...