NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Akhirnya Lembu NFC Kembali Menyondol UMNO...



Ingatkan kes NFC telah berjaya diselesaikan oleh blogger kita, tapi jangkaan kita nampaknya meleset, lembu NFC kembali menyondol kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sempena hari minggu, kita santai dengan menonton video bagaimana seorang matador hebat disondol dan ditewaskan oleh lembu.



Sedikit petikan Utusan Malaysia :
"Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah."
Isu yang benar-benar menyusahkan UMNO pelbagai tuduhan telah dilemparkan pembangkang. Walaupun ianya hanya melibatkan suami DS Shahrizat Jalil, tetapi yang jelas adalah nama UMNO dan barisan kabinet terus dikaitkan.

Sabarlah Kak Jat, banyak-banyakkan berdoa....


Ulang tayang drama 11 episod lembu NFC [KLIK]

YY : Jangan tuduh PDRM 'berkonspirasi' sudah... rebah ambo nanti... hehehe!

Friday, December 16, 2011

Dari 'Politik Lembu' Kini Bertukar Ke 'Politik Biawak'...?


Tulisan Din Turtle saya petik kembali kerana 100% saya setuju dengan pandangan yang ditulisnya. Kita bukan lagi hidup di zaman Hang Tuah di mana lelaki yang kuat dan tinggi ilmu persilatannya diangkat sebagai pahlawan kepada Sultan.

Dalam berpolitik pula setiap individu ada pandangan serta persepsi mereka tersendiri, sukar sangatkah kita hendak dengar dan menghormati pandangan orang lain walaupun ianya tidak selari dengan pandangan kita?
Dari blog Din Ninja Turtle
Mengenai ungkapan 'biawak hidup' oleh Syed Ali Ketua Umno Cheras, sila klik SINI untuk artikel asal beliau. Saya bersetuju ungkapan itu ditujukan kepada 'Isu NFC' , malah nada artikel tersebut juga tertumpu kepada gesaan supaya Mohamed Saleh dan NFC segera tampil.
Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat. 
"Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian"
Baca selanjutnya... 

YY : Courage is what it takes to stand up and speak - courage is also what it takes to sit down and listen...

Tuesday, December 6, 2011

Lagi Kepimpinan UMNO Desak DS @ShahrizatJalil Letak Jawatan?


Datuk Wira Ali Alhabsee merupakan individu kedua yang lantang mendesak DS Shahrizat Jalil meletak jawatan selepas Bung Mokhtar. Desakan ini dibuat kerana DS Shahrizat Jalil dikatakan gagal menjawab dengan baik isu ladang fidlot ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung tempoh hari.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. 
Mungkin gesaan ini adalah kerana Sharizat gagal menjawab dengan baik sewaktu perhimpunan Agung yang baru lalu. Syarizat dalam perhimpunan itu menjadikan Zuraidah Kamaruddin ( Ketua Wanita PKR) dan Rafizi Ramli (Pengarah Stategik PKR) sandaran hentaman dalam isu yang melibatkan suaminya – isu Fidlot. 
Setakat hari ini kepimpinan UMNO seperti Datuk Wira Syed Ali dan Datuk Bung Moktar Raden bertindak agak pro aktif dalam UMNO untuk menggesa Datuk Sharizat untuk berundur.  
Pada perhimpunan Agung itu juga kita menyaksikan Ketua Penerangan Pemuda Reezal Merican menggesa Pemuda untuk mempertahankan Datuk Sharizat dalam isu Fidlot. Sebelum ini juga Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin turut mempertahankan Sharizat dalam isu Fidlot yang melibatkan suami beliau. 
Apa pun kita bakal melihat perubahan dalam UMNO apabila senarai mereka yang dipilih untuk menjadi calon PRU 13 nanti dan sekiranya PRU lewat dijalankan makan perubahan dalam kabinet mungkin akan menjadi penentu.
YY : Ada orang kata kalau Najib nak tranform UMNO, orang macam DS Shahrizat Jalil perlu digugurkan, siapa setuju? 

Friday, November 18, 2011

NFC Perlu Segerakan Tindakan Undang-Undang Ke Atas Pembangkang!



Setelah  lebih 2 minggu isu projek lembu fidlot menjadi bualan hangat ramai pihak,  pihak syarikat NFC tampil memberi perjelasan untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan pembangkang ke atas projek berkenaan.

Walaupun ianya boleh dikatakan agak terlewat sekurang-kurangnya dengan perjelasan dari pihak syarikat NFC sendiri sedikit sebanyak merungkai keraguan dan persoalan yang ditimbulkan pembangkang.

Isu ini dijadikan modal oleh pembangkang gara-gara syarikat NFC yang terlibat dalam projek berkenaan dimiliki oleh kaum keluarga seorang menteri kabinet.

Justeru itu diharap pihak NFC melalui peguamnya bertindak mengemukakan tindakan undang-undang terhadap beberapa individu pembangkang secepat mungkin  demi memperbetulkan kembali persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Sedikit peringatan buat para 'pembesar negara', lain kali bagi kenyataan itu biarlah selari. Kerana saya perhatikan dalam kes lembu fidlot ini kenyataan Timbalan Menteri Asas Tani dilihat bercanggah dengan Menterinya.

Kesilapan sebegini tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dari individu yang berada dalam barisan kabinet. Kerana kesilapan yang dilihat kecil ini secara tidak langsung telah memberi ruang kepada pembangkang untuk memanipulasikan isu ini dengan niat memburukkan imej kerajaan.

Artikel berkaitan yang disiarkan sebelum ini : SINI - SINI dan Klik SINI

YY : Ayat "It's better late than never..." - boleh pakai ke dalam menghadapi serangan fitnah pembangkang sekarang ni...?

Thursday, November 10, 2011

Lembut Feedlot : @khairykj Buktikan Pembangkang Penipu - DS @ShahrizatJalil Sabar Itu Separuh Daripada Iman...hehe!


Isu ini sebenarnya telah dimulakan pembangkang lebih 2 minggu yang lalu - dan pada waktu itu saya turut memohon penjelasan daripada DS Shahrizat Jalil sendiri melalui laman twitternya. Tidak cukup dengan itu saya turut meminta penjelasan daripada anak lelaki DS Shahrizat Jalil sendiri iaitu Izran Salleh kerana beliau dikatakan C.E.O dalam syarikat terbabit.

Tujuan saya memohon penjelasan adalah kerana dari awal saya dapat menjangkakan bahawa isu ladang lembu feedlot akan menjadi satu isu yang besar - jika ianya tidak dijelaskan (counter) awal-awal melalui media baru, saya percaya ianya akan melekat dalam fikiran rakyat yang kini boleh akses berita tanpa sebarang sekatan.

Namun pada waktu itu, soalan blogger cabuk yang tidak beranking seperti saya tidak diendahkan malah saya diminta supaya bersabar. Lihat artikel berkenaan di SINI

Natijahnya kini berhempas pulas Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin untuk menjawab segala tuduhan dari pembangkang seolah-olah KJ adalah Menteri Asas Tani. Baca kenyataan penuh KJ :

Bahagian 1: Kenyataan YB Rembau – National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional
Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan bahawa projek tersebut adalah gagal. 
Pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan tersebut bersifat liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihanraya dengan pertelagahan dalaman sesama umpama retak menunggu belah. 
Terdapat beberapa kepincangan daripada tuduhan mereka yang mana bersifat melulu dan kejahilan yang sangat nyata: - 
[1] Pembangkang menuduh bahawa pihak NFC mendapat tanah seluas 5,000 ekar secara percuma. Ini adalah satu kepalsuan kerana NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan. 
[2] Dakwaan bahawa daging mentah keluaran NFC dijual kepada restoran Meatworks, Senor Santos dan Brawn yang beroperasi di Singapura. Ia bukan sahaja tidak masuk akal bahkan mustahil kerana NFC beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang pengimportan daging mentah daripada Semenanjung Malaysia akibat kerisauan risiko penyakit kaki dan mulut (foot and mouth disease). 
[3] Tuduhan bahawa projek fidlot tersebut gagal menepati sasaran asal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 60,000 ekor lembu setahun
Perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011. 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa“sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.” 
Mengikut laporan yang sama, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai. 
Baca selanjutnya SINI 

Nampaknya KJ yang tidak berjawatan dalam kabinet lebih bijak menjawab dan menyelesaikan kemelut ini jika hendak dibandingkan dengan menterinya Noh Omar sendiri. Namun satu perkara yang harus diingat adalah - kenapa projek ini diberikan kepada DS Shahrizat Jalil sedangkan pada waktu itu beliau merupakan menteri kabinet?

Bukankah ini menunjukkan bahawa kronisme itu berlaku dalam kerajaan?

Buat DS Shahrizat Jalil yang kini dilanda dengan pelbagai tohmahan, tiada apa yang saya ingin katakan selain memulangkan kembali kata-kata Kak Jat kepada saya ketika saya memohon penjelasan berhubung isu ini pada 27 Oktober yang lalu.

Lihat soalan saya yang diajukan kepada DS Shahrizat Jalil melalui laman twitter :


Dan jawapan yang diberikan adalah :


Hehehe.... Kak Jat sabar itu separuh daripada iman...


YY : Blogger minta penjelasan pun susah - skrg blogger jugak yang nak kena counter? :)

Wednesday, November 2, 2011

Lembut Feedlot : Menteri Kata Tak GAGAL, Timb. Kata GAGAL, @ShahrizatJalil Kata Sabarlah...

Gambar hiasan

Hahaha... TPM kata tegurlah pemimpin tapi jangan sampai menjejaskan segala gerak-kerja yang diatur.

Hari ini saya hendak tegur sikap menteri 'flip-flop', yang ada dalam kabinet kita hari ini. Menteri yang cakap tanpa guna kepala otak.

Dari kedai kopi hinggalah ke Secret Recipe rata-rata orang kebanyakkan masih berbicara mengenai Laporan Audit Ketua Negara - dan antara isu yang menarik sekali adalah isu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang digambarkan satu projek kacau-bilau yang melibatkan keterlibatan seorang menteri dengan anak-beranaknya.

Dua hari lepas Menteri Asas Tani telah memberikan jawapan berhubung projek ini dalam Parlimen. Seingat saya Datuk Noh Omar berkata projek tersebut tidak gagal dan mencapai matlamat. Dan beliau berkata apa salahnya projek terbabit diberikan kepada 'orang muda' untuk menguruskannya, sepatutnya kita berbangga dan sama-sama membantu 'orang muda' tersebut.

Noh kata :
"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui 'tender terbuka' itu.
"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa,"

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd."Lambert dia lari, dia tak sanggup buat.
 
Noh Omar menegaskan, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Akan tetapi lain pula kenyataan Timbalannya pada 29 Oktober yang lalu, di mana Timbalan Menteri Asas Tani berkata projek lembu feedlot gagal disebabkan pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian. KLIK SINI

Menteri-Menteri hari ini selalu 'flip-flop' dalam memberi jawapan mereka, tidakkah mereka sedar bahawa setiap kenyataan yang diberikan kepada wartawan dan media menjadi bacaan dan perhatian banyak pihak?

Malah tindakan dan serangan bloggers pro kerajaan terhadap pembangkang sering-kali terganggu dan terbantut kerana kebengongan menteri-menteri kabinet sendiri.

Pihak NFC sehingga ke hari ini berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan dalam kes ini. Dalam Parlimen juga Noh Omar tidak menyebut nama 'anak muda' yang dikatakan mendapat projek ini daripada kerajaan.

Siapa 'anak muda' itu?

Apa kelayakkan syarikatnya yang melayakkan syarikat tersebut diberikan tender yang begitu besar jumlahnya?

Kalau terus begini tidak mustahillah rakyat beranggapan bahawa menteri-menteri BN itu korup, membiarkan kroni kaut segala kekayaan demi mengisi perut anak-beranak sendiri!

Menteri BN hari ini tidak pernah belajar dari sejarah dan mereka sentiasa 'hidup selesa' di atas persinggahan sana.

Menteri Asas Tani kata projek ini TIDAK GAGAL...

Timbalan Menteri Asas Tani kata GAGAL...

DS Shahrizat Jalil dan anak-beranak kata SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...


Kahkahkahkah... pusing selagi boleh wahai pak menteri!

Baca artikel berkaitan SINI

YY : Nak tanya menteri2 jenis ini 'Winnable Candidate' ke tidak?

Saturday, October 29, 2011

Projek Lembu Feedlot : Kenyataan Timb. Menteri Asas Tani & Benarkah DS @Shahrizat Jalil Terlibat?

Sekadar penyeri artikel - Tiada kaitan dengan yang hidup jauh sekali yang telah mati.
Dalam laporan berita yang disiarkan di mstar Timbalan Menteri Asas Tani mengatakan punca kegagalan projek NFC adalah disebabkan oleh pengusaha. Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu feedlot tersebut disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.

Itulah penjelasan yang diberikan oleh kerajaan berhubung kegagalan projek feedlot tempoh hari. Tapi persoalan mengenai keterlibatan DS Shahrizat Jalil dalam projek berkenaan masih belum lagi terjawab.

Baru-baru ini Ketua Wanita PKR Zuraida 'Mak Lampir' Kamaruddin telah meminta penjelasan dari kerajaan berhubung Pusat Feedlot Kebangsaan yang bernilai RM250 juta dikatakan gagal walaupun mendapat suntikan dana yang besar dari kerajaan.

Bukan niat hendak menghangatkan isu yang dikeluarkan oleh 'Mak Lampir', lagi-lagi ketika blogger tengah syok bergasak dengan Lim Guan Eng berhubung isu nenen RM200k. Tapi mahu atau tidak, isu ini perlu dijelaskan supaya ianya tidak terus menjadi tanda-tanya dan akhirnya menimbulkan pelbagai persepsi dan andaian negatif.

Projek ini merupakan projek Rancangan Malaysia Ke-9 untuk memenuhi permintaan 40% (1500 ekor) daging lembu untuk pasaran tempatan. Projek ini diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) dengan diberi geran RM25 juta dan suntikan modal RM250 juta serta tanah seluas 5000 ekar. Orang kata syarikat ini ada kaitan dengan DS Shahrizat Jalil, suami dan anak-anaknya.

NFC sepatutnya membekalkan sebanyak 97,414 tan daging lembu setahun, akan tetapi mereka hanya mampu menyediakan 161 tan sahaja setahun. Dari jumlah ini jelas menunjukkan bahawa projek ini gagal mencapai sasaran walaupun diberikan suntikan dana yang besar.

Saya cuba mendapatkan penjelasan DS Sharizat Jalil sendiri dengan menggunakan laman twitter, malah saya turut mengemukakan soalan kepada anaknya yang dikatakan berjawatan C.E.O dalam syarikat terbabit, maklumlah untuk menggelakkan sebarang fitnah ada baiknya kita tanya sendiri tuan punya badan.

Mula-mula saya tweet tanya kepada anak DS Shahrizat Jalil iaitu Izran Salleh :

Selepas itu saya tweet DS Shahrizat Jalil sendiri sebanyak 2 kali. Semuanya demi untuk mendapatkan penjelasan agar ia tidak terus menjadi buah mulut rakyat.


Alhamdullillah, selang 3 hari DS Shahrizat Jalil akhirnya memberi respon dengan membalas twitter saya. Tapi saya diminta bersabar.

Inilah yang saya suka dengan Kak Jat, sifat keibuan tetap dipamerkan walaupun terpaksa berhadapan dengan soalan bengong saya. Maklumlah blogger bukan tahu protokol, harap DS Shahrizat Jalil tidak berkecil-hati yer...

Hahaha...



Tapi Kak Jat, saya mungkin boleh bersabar tapi bagaimana dengan rakyat yang terkejut dengan kegagalan projek yang diusahakan oleh NFC yang dikatakan melibatkan kaum keluarga Kak Jat? Mereka inginkan satu penjelasan daripada Kak Jat dan keluarga,  kerana bila melihat jumlah RM250 juta ini bukan isu kecil.

Pelbagaian andaian, tohmahan sudah mula dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, jika lambat 'counter' ianya boleh melekat dalam fikiran rakyat dan mereka beranggapan bahawa BN itu memang korup.

Inikah yang diiginkan oleh DS Shahrizat Jalil sebagai menteri kabinet?

Justeru itu, saya memohon agar DS Shahrizat Jalil tampillah untuk memberikan penjelasan, malah rasanya para bloggers sedia untuk bersua dengan DS Shahrizat Jalil untuk mendapatkan satu penjelasan supaya rakyat diluar sana tidak terus dimomokkan dengan tanggapan negatif berhubung kes ini.

Itu pun jika perjelasan daripada Kak Jat tidak akan menganggu proses siasatan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam.

Tapi disebabkan DS Shahrizat Jalil sendiri meminta supaya saya bersabar, maka saya akan menunggu sebarang maklum-balas berhubung kes ini. Bukan niat ingin kritik menteri BN tetapi isu sebegini perlu dijelaskan sebelum ianya dijadikan 'modal' oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Antara rakaman cakap-cakap orang di laman twitter berhubung isu Ladang Lembu RM250 juta ini :



Kita tunggu...


YY :RM250 juta punya pelaburan gagal disebabkan pengusaha atau ketidakcekapan pihak pengurusan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal