NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, November 11, 2011

HOT : "Anwar Ibrahim Kafir Kerana Tolak #Hudud" - Tok Guru Nik Aziz Kata?


Semalam saya menyiarkan beberapa paparan skrin kenyataan Anuwar Ibrahim yang mengatakan hudud tiada tempat dalam dasar Pakatan Rakyat. Kata-kata itu dilontarkan Anuwar Ibrahim semasa berdialog di hadapan pemimpin masyarakat cina di Subang Jaya.

Tindakan Anuwar Ibrahim yang berubah mengikut kesesuaian para hadirin bukan satu perkara yang asing bagi kita, sebab itu ada yang melabelkan Anuwar Ibrahim tiada beza dengan sesumpah yang mampu berubah mengikut keadaan.

Sebelum ini ketika isu Mat Sabu masih panas, PAS bertindak bijak dengan membangkitkan kembali isu hudud. Tindakan itu secara tidak langsung telah 'menutup' kisah Mat Sabu yang telah menghina pejuang-pejuang negara.

Melihat kesempatan yang ada - pada 22 September Anuwar Ibrahim muncul untuk menarik perhatian masyarakat Islam terutama orang Kelantan bahawa beliau menyokong jika PAS ingin melaksanakan hudud di Kelantan.

Kenyataan Anwar Ibrahim pada 22 September

Anehnya semalam ketika berhadapan dengan golongan bukan Islam lain pula kenyataan Anuwar Ibrahim - tanpa rasa bersalah beliau menyatakan bahawa hudud tiada tempat dalam pakatan mereka.

Kenyataan Anuwar Ibrahim pada 9 November 2011

Anuwar Ibrahim mungkin menganggap rakyat hari ini mudah untuk dipengaruhi - mungkin beliau fikir kita terlalu bodoh sehingga lupa dengan apa yang diungkapkan dari mulutnya sebelum ini.

Ekoran kenyataan yang terlalu mengelirukan ini - Penasihat Agama Menteri Besar Perak, Kap (B) Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz mencabar Anuwar Ibrahim untuk menyatakan pendirian tersebut di hadapan penyokong PAS.

Adakah Anuwar Ibrahim berani menyahut cabaran tersebut? Ikut rekod Anuwar Ibrahim terkenal dengan 'kebaculan' beliau berhadapan dengan Saiful Bukhari dalam kes Liwat II yang kini ditunda lagi. (lebih 74 kali rasanya)

Melihat dari situasi ini menimbulkan persoalan di benak fikiran saya - mampukah PAS mendesak agar kedua-dua parti dalam pakatan mereka tunduk dan akur dengan hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hudud?

Apa respon Tok Guru Nik Aziz, Hadi Awang dan totok-totok lebai malang terhadap kenyataan Anuwar Ibrahim ini?

Buat Tok Guru Nik Aziz & Hadi Awang serta totok PAS yang buta perut - tunggu apa lagi, tidak mahukah kamu 'mengkafirkan' Anuwar Ibrahim sebagaimana UMNO 'dikafirkan' oleh kamu?

Nampaknya hasrat Tok Guru Nik Aziz untuk melihat Malaysia melaksanakan hukum hudud tidak akan terlaksana jika ditakdirkan mereka menguasai Putrajaya sekalipun. Oleh itu wajarlah sekiranya Tok Guru Nik Aziz membawa hasratnya itu sehingga ke liang lahad.


YY : kawe dengar demo jual hudud dari kawe kecik lagi boh... padey la menipu orang kapung!

3 comments:

Anonymous said...

37.30. Homosexual sodomy

When someone commits the action of the people of Lut with a consenting adult male, they are both stoned, muhsan or not.

[ The words are general, including free and slave and unbeliever. The action of the people of Lut was anal intercourse between males, whether the male is a slave or not. He excludes the female from this ruling. A person is not stoned for that, but if she is someone with whom intercourse is lawful for him, he is punished severely. If she is not lawful for him, he receives the hadd for illicit sex. A precondition for stoning the passive partner is that he is adult. That is also a precondition for the doer. If they are not legally responsible, then there is only discipline.] Daripada Zaid Al Qarawani- Hudud terhadap homoseks.AAH

Anonymous said...

Inilah rupa manusia hipokrit atau munafik yang telah Rasulullah sebut ribuan tahun dahulu. Talam dua muka.

Anonymous said...

Kalau PAS laksana hudud persalah akan di rejam tak. Masaalahnya ada kah Qadi yang sanggup menjatuhkan hukuman dan melaksanakannya. Sudah bersedia ke?-AAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...