NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, July 1, 2011

Wardina U-Turn - Sudah Sudah La Wardina S Oii..


Minah paling Islamik di Malaysia dikatakan buat pusingan U di saat akhir? Apa dia buat? Jom kita ikuti tulisan beliau :

Salaam,

27/6/2011

Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu.

Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya.

YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap. Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku.

Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain).

Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir.

Sedarlah "Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh leih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" Al-Ana'm #32

Bermainlah kamu.... saya tidak terpedaya dengan dunia yang sementara..kerana saya yakin pada yang Esa...Itu kekuatan saya.


-Wardina Safiyyah- W

Double Y : Petang nanti kita jawab.. siap untuk solat Jumaat dahulu..

3 comments:

Anonymous said...

mengikut cerita wardina, dia seolah-olah telah dikenakan ('framed') oleh PKR utk hadir bagi melonjakkan populariti PKR.

Kalau betul, Wardina wajib merasa marah terhadap PKR dan bukannya blogger tetapi nampaknya Wardina sikitpun tak menyalahkan taktik kotor PKR.

Nampak sangat wardina memang rela berada di situ dan memang menyokong PKR...

Wardina, you are not that smart - the 'jumud' bloggers are obviously smarter than you. Pikir lebih sikit kalau nak menipu ok? Janganlah kantoi 100 kali mcm Anwar tapi masih nak cuba menipu.

Mohd said...

Sebenarnya Wardina nak sangat merasa belalai gajah yang terpapar dgn jelas dlm video ahem ahem itu!

Yuseri Yusoff said...

Saudara Anon July 1, 2011 1:08 PM

Setuju dengan komen saudara, kenyataan Wardina S seolah-olah dirinya diperangkap dan dipergunakan..

Mohd,

Hehehehe... no komen.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...