NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, July 29, 2011

Anwar Ibrahim Bakal Tenggelam Macam Kapal Titanic - Rahim Thamby Chik

Hiasan semata-mata...

Anwar Ibrahim sudah bingung memikirkan cara yang berkesan untuk memulihkan semula imejnya yang telah lama 'koyak rabak' ekoran masalah peribadi yang dihadapinya.

Bermula tahun 1998 bermacam drama serta skrip dihasilkan untuk memastikan bahawa rakyat benar-benar percaya beliau seorang yang dianiayai oleh kerajaan. Dari kisah racun arsenik sehinggalah yang drama yang terbaru iaitu beliau cedera dikasari oleh polis dalam demontrasi haram BerSHIT 2.0

Keharmonian yang dikecapi selama ini terus retak ekoran seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang besar dan tinggi cita-cita politiknya. Agama, bangsa, prinsip semuanya sanggup digadai demi kepuasan nafsu serakahnya.

Dari kelatekito.net :


TANAH MERAH - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, antara kumpulan trio yang mendedahkan video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata     demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh parti pembakang 9 Julai lepas tidak mampu menaikkan imej Ketua Pembangkang itu yang kian merosot sokongannya.

Abdul Rahim memberi gambaran kejatuhan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar, diibaratkan seperti tenggelamnya kapal besar Amerika Syarikat, Titanic, yang pernah dibanggakan namun akhirnya tenggelam ke dasar laut. 

"Semua orang tahu Anwar pemidato yang bijak, disokong oleh pembakang, tetapi sekarang tidak lagi dan masanya kini berhadapan dengan kehancuran seperti Titanic yang sedang tenggelam," katanya.

Beliau berkata sekalipun program itu dianjurkan oleh Bersih tetapi penglibatan pemimpin-pemimpin utama dan ahli-ahli pembakang dari PKR, Pas dan DAP menjelaskan program haram itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Abdul Rahim berkata sebenarnya perhimpunan yang dilakukan itu untuk mengekang bencana politik yang menimpa "ketua" mereka, Anwar akibat kemerosotan sokongan akhir-akhir ini.

Beliau berkata perhimpunan haram yang dijangka dihadiri jutaan orang jelas menunjukkan sokongan kepada pembangkang telah merosot apabila kira-kira 15,000 dan 20,000 orang sahaja yang datang.

"Pas adalah mangsa yang akan menderita masa depan kerana menjadi alat PKR, kini Pas berpecah kepada dua iaitu kumpulan yang menyokong Ulama dan Erdugan menjadi alat Anwar," katanya.


YY :  Cepat-cepatlah kalau nak tenggelam... serabut perut doh tengok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...