Hello Tok Din tak puas demo masa muda ke? kikikiki... |
Dato Saifuddin seorang yang intelektual, beliau tidak melayan jika kita bertanya dengan menggunakan bahasa kesat.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada Dato Saifuddin Abdullah di atas kekasaran bahasa saya di laman twitter kepada Dato semasa Dato mengalami krisis dengan blogger dahulu. Kalau Dato terlupa kira 0-0 lah yer...
Buat Dato Saifuddin Abdullah yang saya hormati,
Kepala saya bercelaru memikirkan cara politik baru yang cuba dibawa oleh Dato Timbalan Menteri di Pengajian Tinggi ini.
Kekecelaruan ini mula timbul setiap kali saya mendengar hujah-hujah yang Dato kemukakan di laman twitternya.
Untuk pengetahuan saudara pembaca semua Dato Saifuddin Ahli Parlimen BN yang aktif di laman twitter dan selalu menjawab setiap persoalan atau pun sindiran dari pihak BN atau pembangkang.
Dari kesedaran beliau memanfaatkan penggunaan teknologi media baru, saya akui Dato memang 'Gred A' namun banyak persoalan timbul kerana daripada pemerhatian saya Dato dilihat lebih condong ke arah pembangkang.
Semalam ketika dalam wacana 'Selepas 9 Julai' Dato diberikan beberapa minit untuk bercakap kepada hadirin, tetapi dalam ucapan tersebut saya melihat Dato telah terlupa dengan kenyataan yang Dato sendiri keluarkan sebelum ini.
Lihat video di bawah Dato menyatakan demontrasi adalah dibenarkan dalam demokrasi. Kerajaan sepatutnya mengikuti jalan penyelesaian yang dicadangkan SUHAKAM iaitu benarkan Bersih adakan perhimpunan.
Mengenai demontrasi dibenarkan dalam demokrasi itu saya setuju, persoalannya demontrasi yang bagaimana dibenarkan?
Ini yang Dato tertinggal dalam perjelasan semalam sebagai Timbalan Menteri Dato sepatutnya menggunakan kesempatan yang dimiliki semalam untuk menjelaskan perhimpunan yang bagaimana yang kerajaan benarkan. Tetapi Dato sebaliknya bertindak hanya untuk mempopularkan diri.
Tahniah saya ucapkan kerana Dato cukup popular di mata pembangkang malah ada yang mempelawa Dato masuk Pakatan Rakyat sebagaimana kita dapat dengar dalam rakaman video di atas.
Ini bermakna saya melihat Dato dalam wacana semalam bersetuju dengan perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 yang lalu.
Dato Saifuddin Abdullah yang saya hormati, nampaknya Dato sudah terlupa apa yang Dato pernah nyatakan sebelum ini melalui laman twitter. Jadi menjadi kewajipan saya untuk memulihkan kembali ingatan Dato sebelum diresapi dengan sindrom 'anwarisme'. (Gurau je tok..)
.
Tiada Pendirian Dalam Berpolitik
Pada pandangan saya sebagai anak kecil dalam kancah politik, saya melihat Dato seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian dalam membuat keputusan.
Kenapa saya melabelkan Dato sebagai seorang yang tidak berpendirian?
Mari kita lihat kenyataan Dato dari awal bulan ini sehingga wacana semalam.
Kenyataan Dato pada 30 Jun 2011 diikuti dengan satu artikel yang disiarkan dalam laman The Malaysian Insider tulisan Shannon Teoh pada 9 Julai 2011 iaitu hari berlangsungnya demontrasi berkenaan.
30 Jun 2011 - Boleh berhimpun tapi perlu ada garis panduan |
The Malaysian Insider 9 Julai 2011. |
Tetapi dalam masa yang sama Dato juga menyatakan bahawa Dato tidak bersetuju jika ada pihak yang mengatakan bahawa jika demontrasi diadakan di jalanraya ianya akan menjadi kecoh. Kerana banyak demontrasi jalanan berlangsung dengan aman kata Dato lagi.
Untuk bacaan penuh klik di SINI
Dato kononnya akur dengan keputusan Polis tidak membenarkan Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan mereka. Tetapi nada kesal Dato jelas kelihatan melalui apa yang diluahkan Dato (rujuk paparan di bawah). Dato juga mengaitkan dengan Patriot walhal Patriot menyatakan jika Bersih 2.0 tidak jalankan perhimpunan jalanan mereka tidak akan ikut serta.
Maksud Dato sebenar di sini adalah polis 'double standard' dengan Patriot.
8 Julai 2011 - Setuju Bersih 2.0 itu aman. Berharap polis dengar SUHAKAM. |
Dek kerana kenyataan Dato di The Malaysia Insider beberapa Pemuda yang tidak setuju dengan kenyataan itu bertindak menempelak Dato secara terbuka. Mereka secara sinis menyindir Dato di laman twitter :
Blogger Cucu Tok Selampit sinis menulis saham Dato dah naik... |
9 Julai 2011 - Walaupun 'diserang' Dato tetap 'cool'. |
Mari kita lihat antara kenyataan twitter yang lain-lain dari Dato :
8 Julai 2011 - Mungkin beliau tidak setuju dengan demontrators. |
8 Julai 2001 - Tak setuju dengan bersih. |
9 Julai 2011 - Kenyataan ini dilihat setuju dengan demontrasi jalanan. |
9 Julai 2011 - Ini paling 'sadis' menyamakan perarakan/demo dengan Perarakan Maulud Nabi? |
Tapi ini jawapan yang diberikan :
26 Julai 2011 - Hanya setuju dengan cadangan SUHAKAM ttg perhimpunan aman - Tapi Bersih 2.0 tidak aman bukan? |
Tetapi Dato perhimpunan yang diadakan oleh Bersih 2.0 tempoh hari jelas sudah melanggar titah DYMM Yang di Pertuan Agung. Hal ini diakui sendiri oleh Ambiga semalam. Malah kerajaan membenarkan perhimpunan diadakan tetapi bukan di Stadium Merdeka perkara ini Dato tidak mahu tekankan dalam ucapan ringkas Dato kenapa?
Takut Dato tidak popular lagi di kalangan mahasiswa dan pihak 'musuh' politik Dato?
Dato juga tidak fokus kepada isu titah DYMM Yang di Pertuan Agung, sebaliknya hanya fokus berhimpun dan demokrasi. Seolah-olah hanya Dato yang faham apa itu demokrasi.
Mungkin Dato tidak puas merasai 'nikmat' demontrasi jalanan ketika zaman mahasiswa dulu-dulu. Demokrasi membenarkan perhimpunan tapi biarlah dijalankan di tempat yang sepatutnya bukan di jalanraya. Ini pandangan saya!
Kesimpulan
Dato Saifuddin Abdullah saya sebagai anak muda dan juga rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan melihat keputusan sekejap setuju, sekejap tidak setuju yang dikeluarkan oleh Dato membuatkan saya bingung kerana dalam kancah politik kita seharusnya memilih 'pihak'.
Saya bingung sama ada Dato di pihak 'musuh' atau pun berpihak kepada kami.
Jika diimbas kembali secara peribadi saya berpendapat bahawa Dato tidak berpendirian dalam membuat keputusan.
Bahasa mudahnya Dato terlalu "play safe" - ada yang kata Dato sedang melakukan persediaan untuk popular di sebelah pihak sana. Maka mudahlah untuk Dato mendapat tempat andai kata BN gagal dalam PRU13 akan datang.
Benarkah dakwaan ini Dato???
Dalam konteks kita hari ini, saya menganggap Dato sebagai 'nakhoda' kerana Dato adalah Timbalan Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) dan saya adalah anak kapal.
Dato adalah seorang 'nakhoda' sepatutnya harus tahu arah tuju sebelum bertindak membawa kami 'anak-anak kapalnya' belayar.
Jika seorang nakhoda tidak tahu membaca arah dengan tepat, maka nakhoda tersebut mengherat 'anak-anak kapalnya' sekali.
Saya cuma khuatir tindakan Dato yang gagal memberitahu saya selaku 'anak kapal' ke mana arah kita sedang belayar bakal membuatkan Dato dan saya serta anak-anak kapal yang lain terjerumus ke lembah 'segi tiga bermuda' dan hilang terus tanpa dikesan.
Saya melihat Dato selalu membawa kami belayar jauh dari landasan yang sebenar, ekoran kegagalan Dato membaca arah dengan baik, saya bimbang kami bakal menerima natijahnya kelak.
Dato Saifuddin yang dihormati Dato sebenarnya nak ke kiri atau kanan?
Adakah keputusan 'flip-flop' begini merupakan satu tindakan bijak dalam 'new politics'?
YY : Maaf jika warkah ini mendukacitakan perasaan Dato Saifuddin... saya cuma bertanya dan rasanya dalam negara demokrasi saya berhak untuk bertanya kepada mana-mana pemimpin yang dipilih oleh rakyat macam saya....
6 comments:
Assalam Bro
Masalahnya DS Najib masih memejamkan mata dan memekakan telinga dengan musuh dari dalam UMNO... Banyak kenyaataan dari Tim. Menteri ni bercanggah dengan polisi yang diambil oleh kerajaan... Macamana org yg duduk dlm kerajaan tidak menyokong polisi kerajaan?.. Mungkin juga memang DNA dia memang berat ke sebelah sana... Hanya dia yg tahu?
Ajai62,
Entahlah... kalau segi tindakan mmg cenderung sana...
Hanya tuan empunya badan yg faham barangkali...
Dato saifuddin byk cerita tak sedap psl Dato... alahai...
org2 yang tinggi intelektual takkan ikut bontot ketua je. die ade pendirian die.. mesti ada batas kebenaran & kejahatan. orang bijak takkan sokong kejahatan. orang bodoh sahaja yang akan sokong membuta tuli.
sbb tak tau diri sendri diperbodohkan. terima kasih
Terima kasih diatas komen anda.
Anonymous 11:45AM
saya rasa komen ajai62 adalah paling tepat (saya jadi juri?). Kemungkinan begini tetap ada walau pihak terbabit menafikannya.
Bagi saya seluruh organisasi kabinet nampak macam tak comunicate antara satu sama lain. nampak seolah2 setiap menteri masing2 buat hal masing2 dan tiada arahan PM kpd mereka.
kalau dizaman Tun, butir cakapan dan kenyataan beliau akan ditunggu jika ada sebarang masaalah negara. Seluruh menteri termasuk pembangkang akan terdiam bila beliau membuat kenyataan, tiada siapa yang akan rasa ada benda tak betul, kecuali itulah yang sepatutnya PM perlu buat atau ucapkan. tapi ini tidak berlaku sejak zaman Pak Lah, PM Najib mungkin perlu buat rombakan untuk mantapkan kabinet dan kembalikan sokongan rakyat atas pagar. Saya sebagai penyokong k'jaan pun rasa musykil diatas kedudukan sekarang.
Post a Comment