Beberapa anggota Polis menyoal orang yang lalu-lalang di sekitar Jalan Syed Putra |
Lelaki yang berasal dari Melaka itu dikatakan tangkapan pertama melibatkan BerSHIT 2.0 untuk pagi ini 9 Julai 2011.Tahniah buat PDRM yang terus menangkap sesiapa sahaja yang didapati berniat untuk menyertai perhimpunan haram hari ini.
Dari Jalan Syed Putra pula, kelihatan beberapa anggota polis mula melakukan rondaan jalan kaki di sekitar Jalan Syed Putra hingga ke Jalan Raja Laut.
Klimaks perhimpunan hari ini saya jangkakan akan berlaku di Hentian Puduraya. Kerana kumpulan yang berarak menuju ke Stadium Negara mungkin akan bertembung di lokasi ini. Namun diharap PDRM ada formula terbaik untuk mengelakkan pertembungan dua kumpulan ini.
Jika pertembuangan ini berlaku dikhuatiri berlaku provokasi antara satu sama lain dan mungkin boleh membawa kepada pergaduhan. Dari laman twitter semalam beruk-beruk AMK mula memprovokasi kumpulan Patriot dengan cacian dan maki hamun.
Sedikit peringatan kepada PDRM supaya berhati-hati semasa menegur/menyentuh peserta kumpulan BerSHIT 2.0 kerana melalui satu teguran/sentuhan mereka akan sengaja menjatuhkan badan, untuk memaksa polis mengangkat diri mereka atau mengheret diri mereka dan pada waktu ini kemungkinan wartawan BBC, CNN serta Al-Jazeera akan merakamkan aksi tersebut dan menggambarkan polis Malaysia sebagai ganas.
Harap tiada anggota polis digigit hari ini sebagaimana Tian Chua pernah buat .. InsyaAllah...
YY : Bersiap Siaga...
1 comment:
betul, pauk bershit ini banyak helahnya sebab ikut bos-bos mereka yang memang kaki kelentong.
Post a Comment