NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, July 26, 2011

Wacana 'Apa Selepas 9 Julai' Kecoh - SPR Tidak Bersedia!!


Siang tadi saya sempat mengikuti satu program anjuran Sinar Harian iaitu'Apa Selepas 9 Julai' yang diadakan di bangunan Kumpulan Karangkraf Shah Alam.

Wacana yang dibarisi oleh tiga ahli panel iaitu Datuk Wan Ahmad (SPR) , Ambiga (BerSHIT) dan Professor Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin

Datuk Wan Ahmad dari SPR.
Datuk Ambiga idola totok PAS dan PKR dari BERSHIT
Prof. Dato Dr. Shamsul Amri ada penyokong PAS gelar "Prof Kankung".

Program diskusi ini dilihat agak tidak mencapai matlamat memandangkan sikap hampir kesemua hadirin (penyokong berSHIT) yang ada di dalam mahu pun di luar dewan tidak menunjukkan satu sikap yang matang.

Pendek kata mereka ini bertindak persis monyet.

Tindakan penyokong BerSHIT yang tidak mahu mendengar perjelasan daripada Datuk Wan Ahmad amat menjijikkan.

Setiap kali Datuk Wan Ahmad memberkan perjelasan penyokong BerSHIT ini menjerit dengan laungan provokasi antaranya "penipu" malah ada juga dari mereka yang bertindak "boo" setiap kali jawapan wakil SPR itu.

Hadirin yang gagal dapat tempat duduk setia berdiri.. Semuanya totok PR!!
Keadaan yang gagal dikawal oleh moderator ini memaksa Datuk Wan Ahmad menempelak penyokong BerSHIT "supaya jangan berfikiran tertutup, malah ini adalah satu forum dan kamu semua kena berfikiran terbuka" katanya.

Datuk Wan Ahmad mengatakan kumpulan hadirin penyokong BerSHIT berfikiran tidak matang dan tidak tahu membezakan majlis forum dan ceramah.

Tiada wakil pro-kerajaan.

Dalam wacana yang diadakan hampir 2 jam ini saya melihat tiada wakil yang dilihat pro-kerajaan bila mengemukakan soalan kepada ahli panel, yang ada hanyalah Saudara Tun Faisal Ismail Aziz iaitu Pengerusi Unit Media Baru yang bangun dan mengemukakan satu soalan kepada Ambiga.

Soalan saudara Tun Faisal adalah "titah Agung mengatakan bahawa jangan adakan perhimpunan jalanan, dan jangan guna stadium Merdeka, adakah benar ini yang dititahkan Agung dalam pertemuan diantara Agung dengan Ambiga.

Ketika memberikan jawapan Ambiga mengakui bahawa Baginda tidak memperkenankan perhimpunan jalanan diadakan tetapi tidak mengaku bahawa Baginda ada menyebut mengenai jangan guna Stadium Merdeka.

Terbukti Ambiga tidak menghormati titah Agung dan engkar dengan Raja-Raja Melayu.

Bila melihat saudara Tun Faisal bangun menempelak Ambiga dengan soalan yang 'simple' dan padat saya tertanya-tanya di manakah hero-hero blogging yang kononnya anak jantan seperti Hhalem, Parpukari, Din Turtle dan kuncu-kuncu mereka.

Mujur ada Pengerusi Unit Media Baru yang dikatakan lembik ini membawa suara bagi pihak kerajaan. Mereka yang lain barangkali hanya berani menulis melalui kerusi empuk di dalam ofis masing-masing.

Selain itu ada seorang peguam yang berani menempelak Ambiga kerana melanggar titah Tuanku, tetapi soalan saudara ini diherdik oleh penyokong BerSHIT sehingga keadaan gamat dan hampir mencetuskan pergaduhan.


SPR Tidak Bersedia

Kali ini wakil SPR iaitu Datuk Wan Ahmad pada hemah saya tidak bersedia dengan fakta dan jawapan yang padat sebagaimana diadakan sebelum ini di PWTC.

Jawapan yang diberikan Datuk Wan Ahmad seolah-olah memakan diri sendiri kerana dilihat beliau tidak bersedia dengan fakta dan juga gambaran berbentuk 'slide show'

Slide dari BerSHIT menunjukkan mereka bersedia lebih awal.

Berbeza dengan Ambiga dan kuncu mereka, saya melihat BerSHIT lebih bersedia untuk ke wacana tersebut kerana mereka telah menyiapkan statistik pengundi juga fakta yang kemas dalam bentuk 'slide show' di mana ini dapat menyakinkan pengikut mereka bahawa SPR itu tidak bersih.

Penyokong BerSHIT Tidak Beradap

Datuk Wan Ahmad cakap sikit mereka 'booo' dasar takde otak. Ini bukan ceramah pasar malam!
Selain itu penyokong BerSHIT yang rata-rata saya perhatikan adalah dari PKR dan PAS dilihat tidak pandai menghormati sebuah majlis forum. Kerana mereka tidak pandai menjaga etika ketika majlis forum itu berlangsung.

Pemuda Cina cuba mengedarkan kad 709. Agak menghairankan kerana mereka dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan walhal baju mereka jelas berkaitan dengan BerSHIT.

Semuanya dilihat gagal mengawal emosi serta tidak menerima hakikat setiap jawapan yang diberikan SPR. Pendek kata orang lain semua salah mereka saja yang betul.

Armand Wakil Pemuda?
Armand ditemubual media menempelak BerSHIT kerana tidak ikhlas berjuang, dan ada agenda tersembunyi.

Ketika awal saya hadir, saya tidak melihat wajah-wajah yang 'familiar' yakni mereka adalah golongan pro-kerajaan. Setiap kerusi dipenuhi dengan totok-totok PAS yang rata-ratanya adalah berumur sekitar 40-50an.

Namun disebabkan situasi di dalam agak panas dan telinga saya juga panas dengan cemuhan dari penyokong BerSHIT saya bertindak keluar dari dewa dan di pintu masuk saya terserempak dengan Armand Azha bersama beberapa pemuda. Turut hadir adalah rakan-rakan Perkasa iaitu Baam Al-Saad dan Afiq Hadi (sekadar menyebut beberapa nama).

Anggota Polis bertindak menyuraikan kedua-dua pihak.
Namun kehadiran mereka dilihat berjaya memberi impak kerana penyokong BerSHIT diam selepas diherdik Armand Azha yang ingin mereka diam kerana majlis tersebut sebuah majlis forum bukan ceramah pasar malam sebagaimana pernah mereka selalu hadirin. Selain itu Armand juga turut menyindir "selepas ini ambil rm200 dari Ambiga" katanya.

Anggota Polis cuba memisahkan dua kumpulan daripada terus melakukan provokasi
Sindiran Armand itu membuatkan penyokong BerSHIT panas telinga lalu cuba menjawab, tetapi bila Armand membuat cabaran untuk berhadapan seorang pemuda berbaju kuning pada awalnya dilihat berlagak hero bertindak berundur dan cabut.

Keadaan penyokong yang saling memprovokasi satu sama lain memaksa anggota polis bertindak mengawal keadaan supaya tidak menjadi semakin teruk.

Pemuda India Kecewa Dengan BerSHIT

Pemuda India ini kecewa dengan tindakan BerSHIT yang melanggar titah Agung.

Saya beranggapan kebanyakkan masyarakat India semuanya bersifat anti kerajaan, namun jangkaan saya silap apabila ada sekumpulan pemuda India (tidak pasti pihak mana) dilihat kecewa dengan tindakan penyokong BerSHIT yang tidak mahu menerima perjelasan SPR.

Kumpulan pemuda India yang bersatu dengan kami. Bukti 1Malaysia berjaya. Tahniah my brothers!






Kesimpulannya wacana yang dikendalikan Sinar Harian ini gagal capai matlamatnya. Kerana pihak penganjur gagal bertindak secara profesional, malah dilihat berat sebelah ketika mengendalikan forum tersebut. 





YY : Orang PR memang tak boleh bawa masuk majlis. Dengar ceramah pasar malam aje la korang!!

7 comments:

Anonymous said...

Bro.. gua perasan lu jerit kata mereka tak habis baca buku jgn cuba tanya soalan kunun pandai.. Jonah jeling lu.. lu jeling dia.. dia toleh ke lain.. Hahaha steady bro..

Tak tegur tadi takut silap org..

Pemuda Shah Alam.

Anti BerSHIT said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anti BerSHIT said...

Soalan Tun Faisal telah memerangkap Ambiga..

Dia akui Agung tak bagi streets demo... bukti dia engkar titah Tuanku..

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Menoleh pada catatan tuan menengenai wancana yang tuan perkatakan serta rakaman video sampingan dalam Bloger Politik Harian ternyata hadirin yang berada dalam Wancana tersebut tidak dapat mengawal emosinya.

Begitulah lagaknya apabila minda ditutup untuk mencari kebenaran dan hanya pandai mengungkit kesalahan orang.

Selayaknya wancana seperti itu hanya berlaku di kedai kopi sahaja. Amat memalukan bila perkara ini di rakamkan maka jelaslah bahawa untuk menjadi penonton yang ideal dan berilmiah dalam satu-satu wancana seperti ini terlalu jauh lagi dan perlu disuntik dengan minda yang terbuka. Ia boleh dikatakan sebagai menghadiri ceramah politik yang disokong oleh satu pihak yang penyokongnya terlalu robotik.....walahualam

Yuseri Yusoff said...

Pak Cu Rantau Panjang,

Sangat2 setuju dengansaya pro kerajaan, tp saya dengar hujah Ambiga tanpa bersorak... tapi tindakan mereka memprovokasi memaksa saya mengherdik tindakan mereka yang biadap!

Pemuda Shah Alam,

Nape tak tegur bro... hehehe saya panas tadi so sebab tu saya herdik.. ingat berani sgt... :p

AJAI62 said...

Assalam Bro

Puak Pembangkang ni mana tahu adap.. mereka tak tau membezakan makna wacana dan ceramah politik yg selalu mereka hadiri... Wacana tu berbentuk ilmiah dan ilmu dalam mengupas sesuatu tajuk... walhal ceramah politik tu cakap apa saja waima boleh membuat fitnah sesuka hati... Mentaliti mereka yang hadir pun boleh dibaca... yang berdemo pun mereka juga... Anggap ajelah itu memang kekurangan diri mereka yang bersifat kurang ajar...

Yuseri Yusoff said...

Wsalam Ajai 62,

Setuju sangat dengan hujah-hujah bro... tak boleh masuk majlis... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...