BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, July 28, 2011

Nik Nazmi 'Rempuh' Putrajaya Cabar Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Debat?


Selepas Sinar Harian menganjurkan satu majlis wacana ilmu 'Selepas 9 Julai' yang berlangsung kelmarin di Audotorium Karangkaf Shah Alam.

Semalam sebuah forum yang hampir sama turut  dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya. Tetapi forum anjuran Pemuda UMNO Putrajaya dilihat lebih profesional dan matang kerana para penyokong dilihat berfikiran terbuka serta tidak menganggu percakapan ahli panel.

Barisan moderator dan ahli panel
Forum yang dibarisi oleh 3 ahli panel iaitu Dato Zaki Zahid (Ketua Pemuda Putrajaya) YB Nik Nazmi Adun Seri Setia (PKR) dan dari pihak tidak berparti Dr. Mohd Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid).

Forum yang membincangkan tajuk 'Kematangan Demokrasi di Malaysia' ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri di  Kementerian Pengajian Tinggi.

Sessi forum ini dimulakan dengan Dato Zaki Zahid yang mengemukakan hujah beliau mengenai perjalanan demokrasi di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa setiap keputusan pilihanraya yang berlaku di Malaysia diterima umum sepanjang negara melalui 12 pilihanraya umum.

Dato Zaki Zahid mengemukakan hujah beliau

Pilihanraya umum yang paling dasyat dan terburuk dalam sejarah adalah pada tahun 1969 yang mana membawa kepada peristiwa 13 Mei.

Dato Zaki turut menambah pilihanraya pada tahun 2008 yang lalu di mana pembangkang menguasai 4 buah negeri membuktikan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang demokrasi.Selain itu beliau juga mendakwa banyak negara-negara demokrasi yang lain dapat diperbaiki tanpa diadakan perhimpunan jalanan.

Selesai Dato Zaki Zahid memberikan hujahnya, tiba giliran YB Nik Nazmi yang memulakan hujah beliau dengan menuduh bahawa kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang tidak mengamalkan demokrasi secara telus dengan menunjukkan satu laporan dari majalah The Economist yang telah digelapkan beberapa keratan ayat mengenai laporan Bersih 2.0.

Nik Nazmi memegang petikan The Economist yang didakwa digelapkan beberapa ayat atas arahan kerajaan?

Beliau menuding jari kepada kerajaan dan mengesyaki kerajaan terlibat dalam mengarahkan editor menggelapkan beberapa ayat dengan tujuan menutup isu sebenar Bersih 2.0

Dalam hujahnya juga Nik Nazmi 'menempelak' kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Mesir.

Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini dilihat memakan diri apabila beberapa pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir.

Saudara ini meminta Nik Nazmi mengemukakan 'shadow cabinet' jika mereka benar-benar demokrasi
Pemuda ini mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 menggunakan jalanraya sehingga peniga mengalami kerugian

Ketika memberikan jawapan berhubung kenyataan Shamsul Iskandar, Nik Nazmi menyatakan beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.

Uncle ini masih memperjuangkan Teoh Beng Hock dan Kugaan?
Antara penyokong Bersih 2.0
Jawapan yang diberikan Nik Nazmi seolah-olah cuba menggambarkan bahawa setiap mereka lakukan semuanya merupakan tindakan yang betul dalam sebuah negara demokrasi. Namun kebijaksanaan panel 'non partisan' dilihat berupaya memberikan keceriaan dalam forum tersebut kerana hujah dan fakta yang padat.

Dr.Nawar Ariffin mengeluarkan kenyataan yang bijak dan bernas

Selain membandingkan dengan isu Bersih 2.0 Dr.Nawar Ariffin pada satu kenyataannya tidak bersetuju dengan tindakan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan jalanan.


Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Tun Faisal Ismail turut mengemukakan soalan

Sebaiknya sebagai umat Islam yang bertanggungjawab jika kita menuntut sesebuah badan dibersihkan pihak terbabit perlulah ikhlas dan suci hatinya ketika memperjuangkan sesuatu isu.

Langkah terbaik bagi beliau adalah dengan mengadakan rundingan.

"Rasulullah S.A.W sendiri memulakan sesuatu perkara dengan mengadakan rundingan sebanyak 1, 2 atau 3 kali hinggalah mendapat kata putus, jika sudah mendapat kata putus maka patuhilah. Berbeza dengan Bersih 2.0 yang mana tindakan mereka menolak pelawaan SPR untuk mengadakan sessi dialog dan berdegil untuk berhimpun telah menyebabkan ketenteraman awam terjejas". - katanya.

Beliau mengakhiri hujah pertama beliau dengan mengakui kebijaksaan kerajaan hari ini dalam mengekalkan keharmonian negara sepanjang lebih 50 tahun merdeka.

Saudara ini mempersoalkan di manakah demokrasi di Pulau Pinang ekoran tindakan Lim Guan Eng mengarahkan polis menahan peserta demontrasi anti LGE bulan lepas

Ada juga hadirin yang mengemukakan soalan dimanakah demokrasi yang diperjuangkan oleh PR kerana merujuk kepada perhimpunan yang diadakan di Pulau Pinang untuk membantah tindakan Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Penang dikatakan telah mengarahkan anggota polis menahan para pendemo kerana Lim Guan Eng mendakwa beliau merupakan Ketua Menteri pilihan rakyat.

Soalan ini juga gagal dijawab dengan baik oleh Nik Nazmi. Beliau juga menjawab jika benar wujudnya dakwaan ini Lim Guan Eng wajar ditegur!

Walaupun hujah Nik Nazmi dilihat amat menyakinkan dan bersahaja jika hendak dibandingkan dengan Dato Zaki Zahid saya melihat banyak isu yang Nik Nazmi tidak mampu menjawab dengan baik ada juga soalan yang hanya dijawab dengan "saya tidak pasti".

Tetapi walaupun jawapan tergantung diberikan hadirin yang rata-rata mereka merupakan pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan PKR ternyata tidak emosional serta tidak memprovokasi satu sama lain.

Hadirin pelbagai fahaman politik matang dan bijak berforum
Dato Saifuddin Abdullah turut hadir memeriahkan forum
Dato Saifuddin Abdullah bertukar pandangan dengan ahli panel

Melihat kelibat Dato Saifuddin Abdullah saya terus menghampiri beliau serta memperkenalkan diri. Dalam masa yang sama saya dapatkan kenyataan balas beliau berhubung pendirian politik beliau sebagaimana saya tulis dalam SURAT TERBUKA UNTUK DATO SAIFUDDIN ABDULLAH

Ternyata Dato Saifuddin Abdullah bukanlah seorang yang sombong sebagaimana digembar-gemburkan. Saya sempat menemubual beliau dan meminta beliau faham tujuan saya menulis surat terbabit.

Apa jawapan Dato Saifuddin Abdullah berhubung tulisan saya yang menyatakan beliau cenderung menyokong pembangkang sebagaimana jawapan yang diberikan beliau dalam wacana 'Selepas 9 Julai'.?

Esok saya muat-naik rakaman video terbabit.

Selain itu Nik Nazmi dilihat cukup bijak mengalih isu soalan yang dibangkitkan dengan mengaitkan dengan isu-isu yang lain.

Kesimpulannya dari pemerhatian saya forum sebegini wajar diadakan lebih kerap untuk menyatukan kita orang Melayu yang dilihat semakin hari semakin berpecah gara-gara perbezaan fahaman politik.

Tetapi harap ahli panel yang mewakili BN hendaklah bersedia terlebih dahulu.

Kerana berhujah melalui bacaan teks di ipad memperlihatkan bahawa kita tidak bersedia dengan jawapan-jawapan sewajarnya. Hujah-hujah yang mewakili BN dilihat terlalu retorik sebagaimana hujah yang pernah kita baca di dada-dada akhbar.




YY : Pujian untuk kedua-dua belah penyokong yang matang dan profesional sepanjang perjalanan forum...Komuniti Belia dan Pemuda Putrajaya memang sporting... tabik springlah!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...