NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, July 22, 2011

Media Baru Pilihan Rakyat - Masa Untuk Rapatkan Saf Sesama Bloggers Pro BN


Kenyataan Pensyarah Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaya Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbulah berkata kira-kira 98% daripada hampir 27 juta rakyat negara ini akan beralih kepada media baru seperti blog, facebook dan twitter. (Kajian mamat ini banyak tidak betul, lihat dia meramal keputusan PRK jauh terpesong kikikiki..)

Walaupun secara peribadi saya berpendapat kenyataan ini tidak 100% tepat, namun ianya harus dipandang serius oleh para pemimpin kerajaan. Kalau diperhatikan kebangkitan pengaruh media baru dilihat begitu berpengaruh.

Secara peribadi saya berpendapat para bloggers pro kerajaan masih ketinggalan dalam perang siber atau disebut cywar. Ini kerana mereka yang terdiri cywarian pro kerajaan dilihat hanya berjaya mempengaruhi pembaca melalui penulisan blog.

Ini dibuktikan lagi dengan ranking alexa yang memperlihatkan bloggers pro kerajaan berada di kelompok teratas berbanding dengan blogger pembangkang.

Tetapi jika hendak diambil dari semua sudut cywar saya merasakan kita pro kerajaan masih jauh ketinggalan berbanding pembangkang.

Kita pihak kerajaan dilihat masih ketinggalan di belakang berbanding cywarian pembangkang dalam penggunaan laman  facebook, twitter dan perang propaganda multimedia yang lain contohnya youtube.

Dalam penggunaan facebook sebagai contoh, kita dapat melihat bagaimana troopers pembangkang mencipta sesuatu laman peminat atau fanpage yang mana mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk mendapatkan jumlah peminat yang dilihat begitu ramai berbanding dengan fanpage yang dibuka oleh pihak pro kerajaan.

Ini jelas membuktikan dalam perang facebook kita pro kerajaan masih belum mampu untuk menewaskan kehebatan cywarian pembangkang.




Manakala perang dengan menggunakan media digital atau video youtube sebagai contoh kita pro kerajaan juga ketinggalan. Ini dapat dilihat dengan jumlah penonton yang menonton video disebelah pembangkang berbanding video-video yang dihasilkan oleh pihak pro kerajaan.

Jika ada yang mendakwa saya memandai-mandai mengatakan kita pro kerajaan jauh ketinggalan saudara pembaca boleh sahaja membuat carian di youtube menggunakan perkataan Bersih 2.0. Saya berani jamin 60 video diatas merupakan video yang tidak memihak kepada kerajaan.

Malah jika pihak cywarian pro kerajaan memuat-naik sesuatu video jumlah penonton boleh dikatakan amat mendukacitakan malah jumlah mereka yang 'dislike' dilihat lebih ramai. Ini membuktikan bahawa pembangkang mempunyai komitmen yang tinggi dalam perang siber.

Lihat video Patriot yang dimuat-naik di laman youtube tempoh hari, ianya menjadi bahan jenaka sahaja kepada blogger pro pembangkang.

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja. Bagi saya dalam tempoh 7 atau 8 bulan ke PRU-13 (mungkin). Dalam tempoh ini sepatutnya pihak pro kerajaan yang terdiri diantara bloggers (otai & freshies) bersatu mengembleng tenaga merancang satu plan khusus untuk memantapkan serangan pro kerajaan kepada pihak pembangkang.

Manakala pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun Menteri yang masih buta kayu dalam menggunakan media baru, belajar-belajarlah menggunakan media baru mendekati rakyat.

Pemimpin kerajaan yang ada laman sosial seperti facebook pun apa yang saya perhatikan hanya mengemas-kini 'saya postkan gambar saya bla bla bla'. Jika ada pun yang rajin melayan rakan-rakan alam maya ialah Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Shahidan Kassim sebagai contoh.

Di laman twitter pula hanya beberapa pemimpin kerajaan sahaja benar-benar menggunakan kepentingan media baru dan yang paling aktif menjawab segala tohmahan adalah Ahli Parlimen Kota Belud YB Abdul Rahman Dahlan, YB P.Kamalnathan, Dato Khaled Nordin dan Dato Mukhriz Mahathir juga merupakan yang aktif menggunakan twitter. (sekadar menyebut beberapa nama)

Kesimpulannya blogger pro kerajaan memang juara dalam membongkar sesuatu isu di dalam laman blog masing-masing namun dalam facebook dan laman sosial yang lain kita masih di tahap 'syok sendiri'.

Ulang lagi sekali ini sekadar pendapat peribadi anak kecil yang baru merangkak dalam cywar...



YY : Apa yang penting kerjasama... PERKATAAN CYWARIAN SILA TUKAR KEPADA CYWARRIOR... saya ringkaskan sahaja..

7 comments:

Konda Kondi said...

betul!..kerjasama!

wakdanial said...

sokong tu bro!!!

WakJ Zoner said...

Salam ziarah..

Wak setuju dgn hang...tapi..klu betul2 nak jadi fighter kt alam maya.

Kita kena berani turun ke gelangang lawan. Jangan asyik main di tempat seindiri je krn takut di balun kaw-kawa.

Semakin ramai ahli dalm group fb tu, semakin mudah kita nak buat kerja "brain wash"..hehe..tapi hati mesti kering tahan caci maki dari dia org dan lg 1 mesti kena pandai ikut rentak dia org ..bak kat tsun zhu..art of war..

Lagi 1 tabiat..suka buat posting di group fB lepas tu tinggal. org lain pula yg tolong sambung hujah. tuan punya posting ntah ke mana. seloknye blogger dan facebookers kena kerja sama lebih rapat dan rajin berinteraksi satu sama lain.

Apa2 pun..dalm perjuangan tiada istilah putus asa...

Wak J

Yuseri Yusoff said...

Salam Wak J,

Haha lama tak bertanya khabar kita, terima kasih Wak kerana setuju pandangan dari anak kecil mcm saya..

Unknown said...

Salam bro.
Singgah sebentar melawat blog tuan yg berinformasi ini. Tahniah!.
Mohon izin utk linkkan blog saya di sini. Terima kasih.http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/

P/S : Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. Selamat Berjuang!!. - IBM

WakJ Zoner said...

Salam Ziarah...

Takdanya anak kecil..klu di mendan juang..kita sama level dan sama standard...matlamat kena 1 walau huruf Y tu bercabang...

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Bro.
Tepat sekali analisa bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...