BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, July 6, 2011

Siapa Kuno Hadi Awang Atau UMNO?


TG Hadi Awang Presiden PAS semalam dilihat melabelkan UMNO sebagai kuno kerana menggambarkan perhimpunan BerSHIT sebagai ganas malah beliau turut menyarankan agar UMNO undur diri secara terhormat sebelum jatuh dalam kehinaan.

Kenyataan penuh TG Hadi Awang yang melalut boleh dibaca di HapraKAH KAH KAH Daily

Pada saya TG Hadi Awang dilihat mengeluarkan kenyataan tanpa menilik muka beliau di cermin terlebih dahulu. Sudah banyak kali kita dengar kenyataan 'syok sendiri' bahawa BN tidak mendapat sokongan rakyat, BN akan tewas dalam pilihanraya kecil, malah pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan  April yang lepas pun nada bongkak PAS sering kita dengar.

Bila seorang 'ularmak' mengeluarkan kenyataan mengecam dan menghina lawan politiknya terus terang saya katakan 'ularmak' jenis ini tidak perlu dihormati. Jika kita perhatikan UMNO dan PAS siapa sebenarnya yang dilihat berada dalam kehinaan kerana berpolitik tanpa prinsip yang utuh?

TG Hadi Awang bongkak, takbur serta riak dalam berpolitik malah tidak keterlaluan juga jika dilabelkan sebagai jumud. Ilmu pengajian Islam saya tidaklah seberapa, namun setahu saya kejayaan dakwah nabi-nabi ialah pada keikhlasan mereka serta istiqamah dalam memegang dan mempertahankan prinsip.

Para nabi-nabi dahulu tidak menitik-beratkan soal kemenangan dalam dakwah mereka bahkan ramai nabi-nabi dahulu tidak berjaya dalam dakwah mereka.Kerana soal keikhlasan dan istiqamah merupakan asas utama dakwah mereka Ada nabi yang hanya ada seorang pengikut, ada nabi yang mempunyai dua orang pengikut dan ada yang mempunyai sekumpulan (tidak lebih 10 orang) pengikut. Tapi para nabi-nabi kita ini tiada seorang pun dari mereka mengubah prinsip hanya kerana inginkan pengikut mereka bertambah.

Tapi TG Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS pada dasarnya yang kononnya melabelkan parti mereka sebagai sebuah gerakan dakwah selalu menitik-beratkan soal kemenangan. Kalau parti mereka kalah di dalam pilihanraya sebagai contoh maka segeralah punca kekalahan ini dipersalahkan pihak lain.

Pada hemah saudara pembaca siapa yang lebih hina dan kuno jika diberikan perbandingan di antara mereka yang mempunyai prinsip perjuangan dengan mereka yang mana prinsipnya selalu berubah mengikut zaman dan kepentingan parti?

Wajarlah TG Hadi Awang cermin muka terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dengan melabelkan seseorang sebagai kuno dan bakal jatuh dalam kehinaan.

Kerana saya khuatir yang akan jatuh dalam kehinaan bukan BN sebaliknya PAS akan jatuh dalam keadaan hina tepat di atas 'kepala takuk' Anwar Ibrahim dalam PRU yang akan datang.


YY : Negara Isle takdok doh.. Hudud dok tau pah mano.. prinsip tergadai sebab nak ramaikan jumlah pengikut.. jauh beza dengan dakwah zaman para anbia....





4 comments:

Anonymous said...

Double Y

Maaf cakap ya,
Jangan hina Hadi Awang
Bukan dia tak nak cermin muka dia,
Tapi tak ada cermin yang sanggup tengok muka dia

Anonymous said...

Tak nak maaf2 nak cakap direct saja!!

HADI BUKAN ULAMA TAPI ALLAMMAKK ISLAM!!

Anonymous said...

tak yah ada tg kat depan nama dia tu. nanti besar kepala org masih angkat dia tg. hadi awang aje. tu yg layak.

Anonymous said...

ulamak yang benar ada ulamak yang berkata benar walaupun di hadapan pemimpin yang zalim. itulah ulamak yang patut dihormati. sekadar berkongsi hadis rasulullah.
terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...