NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 18, 2011

Mari Tengok Wayang DAP Dalam Isu Kelab Malam

Hiasan semata-mata. Tapi inilah contoh suasana di kelab malam!

Dari Kedah hingga ke Melaka nampaknya terpalit dengan isu kelab hiburan, namun yang membuatkan saya tersenyum sinis membaca laporan Malaysiakini di SINI adalah kerana DAP dikatakan tidak menyokong kerajaan Ali Rustam untuk melanjutkan waktu beroperasi pusat hiburan pada hari jumaat, sabtu dan ahad dari jam 1 pagi kepada jam 3 pagi.

Bila kita kata DAP ini licik memperdayakan umat Islam ada yang tidak percaya, malah ada yang sanggup kata kita rasis dan sebagainya. Malaysiakini pada hemah saya cuba mengalih tumpuan masyarakat kepada isu kelab hiburan di Kedah dengan mengaitkan lanjutan tempoh beroperasi kelab hiburan di Melaka.

Permainan mereka cukup licik, mari kita lihat bagaimana liciknya DAP dalam mendapatkan sokongan Islam dalam masa yang sama mereka turut mendapat sokongan bukan Islam. Lain istilah "menakuk di kepala takuk".

Isu kelab hiburan pada awalnya bermula di Kedah selepas Ostat Azizan dikatakan membuat keputusan untuk menutup kelab hiburan sepanjang Ramadhan.

Di Kedah keputusan menutup pusat hiburan dibatalkan selepas mengambil kira bantahan pengusaha-pengusaha pusat hiburan tersebut. Demi menjaga kepentingan mereka PAS membatalkan keputusan ini, walaupun pada hakikatnya kita tahu PAS mengubah pendirian kerana mendapat amaran daripada Karpal Singh.

Tapi bila Melaka dikatakan ingin melanjutkan waktu beroperasi pusat hiburan kepada jam 3 pagi setiap hujung minggu kerana permintaan pengusaha pusat-pusat hiburan terbabit dan yang dibenarkan beroperasi sehingga jam 3 pagi hanyalah melibatkan 15 pusat hiburan di Melaka. DAP membantah, katanya tindakan ini tidak menguntungkan semua pihak.

Untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.

Ketua Pembangkang Melaka dari DAP Goh Leong San kata :

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu,"

Kah..Kah...Kah...Kah...Kah...

Perhatikan apa persamaan kepada dua isu yang berlaku di Kedah dan Melaka?

Kedua-dua kerajaan negeri ini dikatakan membuat keputusan berdasarkan permintaan pengusaha pengendali pusat hiburan. Jadi kedua-dua kerajaan negeri bertindak mengikut kepentingan pengusaha-pengusaha pusat hiburan terbabit. Betul?

Persoalannya adalah, mengapa DAP membantah kerajaan Kedah ingin menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan dalam masa yang sama juga mereka membantah kerajaan negeri Melaka ingin melanjutkan waktu beroperasi kelab hiburan?


Walhal kedua-dua keputusan kerajaan negeri ini sebenarnya tidak memberi kebaikkan kepada kita umat Islam?

Yang untung hanyalah tauke-tauke kelab hiburan betul atau tidak?

Baiklah saya rumuskan begini, DAP membantah tindakan kerajaan negeri Melaka sebab ingin mendapatkan sokongan masyarakat Islam di sana kerana bantahan mengenai keputusan kerajaan pimpinan Ali Rustam juga dibuat oleh Pengerusi Biro Agama PPUM UMNO  Bhg. Tangga Batu Sdr. Muhammad Ahyad.

Jadi DAP bertindak 'menakuk di kepala takuk' mengenai keputusan kerajaan negeri Melaka untuk memperlihatkan mereka peka dengan sensitif umat Islam di sana.

Di Kedah DAP perjuangkan supaya kelab hiburan dibenarkan beroperasi di bulan Ramadhan untuk mendapatkan sokongan bukan Islam bahawa parti mereka ini bersungguh-sungguh menjaga kepentingan bukan Islam.

Bila kita cakap DAP ini licik dalam usaha memerintah negara ini, ramai yang tidak percaya.

Rujuk balik 100 Dalil kenapa DAP wajar ditolak oleh masyarakat Islam!


YY : Undi melayu pun gua lapat.. undi bukan melayu pun gua lapat.. yahoo!! 

6 comments:

Anonymous said...

bodoh la ko ni,,,pas kedah skurang2nya haramkan jugak untuk org2 islam,klau ada akan dtgntung lsen,bialah ada udang disebalik batu pn,,janji hram untuk org islam,,,drpada umno bee end kau tu,,,ce pkir sikit,,,dok syak bukan2,,esok lusa nak mati jugak,,biaq la ap nak jadi,,jnji kita dh wat yg trbaikk,,peace yoww

Anonymous said...

ko lg bodoh....sedap2 ko je kate orng bodo...ko x tgk kat penang tuh ape jd DAP memimpin? sume melayu kena tindas kaw2 nye....sedar laa skitt wee....wat pe nak bg muka

sahabat gunung said...

Bodohlah orang tu..... BN dan UMNO dari dulu dah keluarkan arahan bahawa judi, pusat maksiat, pusat urut ....semuanya HARAM KEPADA ORANG ISLAM dah lama dah....

Maknanya, PAS cakap tak serupa bikin, adui...malulah ada penyokong haprak dan bangang macam nie

Anonymous said...

dah jgn gaduh2.. sama melayu..Jaga maruah kite lagi bagus. Politik adalah politik. Maruah melayu perlu dijaga jgn sampai di pijak oleh org lain dibumi kita sendiri. Ingatlah MELAYU BUKAN BODOH.... so jadi lah bijak sikit. Pertahankan melayu bukan pertahankan politik..

pendekarjb

Anonymous said...

seronok btol korang membodoh2 satu sama lain..ape daa

Anonymous said...

haha,,xbaik tau bodoh membodoh,,,tp la, bwah Gerakan dlu pon lgi teruk org mlayu kne tindas,,,sdih gak,,ak org penang ak tau la,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...