NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Wardina. Show all posts
Showing posts with label Wardina. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

@WardinaSaffiyah 'Fitnah' @tunfaisal ? - Nak Kena Saman Ni...!


Hahaha...

Wardina Saffiyah ajak penulis blog RBF Online bersemuka untuk beliau menjelaskan situasi sebenar rompakan yang menimpa dirinya dan keluarga tempoh hari. Sebelum kita sambung gelak, kita baca dulu sedikit kenyataan Wardina Saffiyah yang disiarkan di Mstar :
Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com iaitu Tun Faisal Ismail Aziz menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar. 
Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno itu seperti yang diminta. 
"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
Baca seterusnya [KLIK] 

Ok kita sambung gelak sikit lagi...

Hahaha...

Ini sudah kes fitnah dan ianya boleh menjejaskan reputasi Tun Faisal Ismail Aziz Pengerusi Unit Media Baru merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia, kerana Tun Faisal Ismail Aziz bukan pemilik/penulis blog RBF Online sebagaimana yang beliau nyatakan.

Setahu saya blog Tun Faisal Ismail Aziz adalah :


http://tunfaisal.blogspot.com

Bukannya ruangbicarafaisal.blogspot.com sebagaimana dinyatakan oleh Wardina Saffiyah, siapa pemilik blog RBF Online tidak pula kita ketahui.

Nampaknya Wardina Saffiyah perlu mohon maaf secara terbuka kepada Exco Pemuda UMNO Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz.

Sebab ini sudah dikira kes menjejaskan reputasi individu lain, kalau beliau tidak mahu mohon maaf dan perbetulkan semula kenyataannya blogger 1peluru cadangkan Tun Faisal saman RM18 Juta [KLIK SINI]

Hahahahahahahahaha....!!!


YY : Tanyalah kalau tak tahu wahai Puan Wardina oiii... isk..isk...isk!

Wednesday, November 16, 2011

@WardinaSaffiyah - Hari Ini Minta Maaf Esok Buat Lagi?


Hello bro... saya dengar wanita paling Islamik di Malaysia tweet memohon maaf kepada blogger pro UMNO yang tidak terlibat memfitnahnya.

Alhamdullilah kalau wanita ini sedar bahawa tidak semua bloggers itu jenis kaki fitnah sebagaimana blogger pembangkang.

Tapi ada sedikit masalah bila mendengar ungkapan maaf dari mulut Wardina Saffiyah ini, kerana ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan 'gila' ianya sudah berkali-kali seingat saya.

Sebelum ini dalam kes pemansuhan yuran sekolah oleh kerajaan, selepas RT beliau yang mendapat kencaman pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan bodoh beliau.

Dengan segera memohon maaf demi menyelamatkan lehernya daripada terus terjerut. (Rujuk twitter di bawah)



Tindakan memohon maaf yang dilakukan wanita paling Islamik hari ini sama dengan sebelum ini, menyedari dirinya dikecam hebat beliau segera memohon maaf.

Tapi selepas itu kesilapan dan kenyataan yang tidak betul terus dikeluarkan tanpa mengambil kira peristiwa yang berlaku ke atas dirinya sebelum ini.

Berkali-kali kita tegaskan, di Malaysia ini menjadi hak kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan mereka termasuk Wardina Saffiyah.

Namun dalam masa yang sama Wardina Saffiyah juga harus sedar bahawa bukan semua orang boleh bersetuju dengan pandangannya.

Sekali pandang sifat Wardina Saffiyah hari ini tidak ubah seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai skill 'berlakon' di hadapan peminat dan penyokongnya.

Mengambil kira peristiwa memohon maaf dari Wardina Saffiyah sebelum ini dan kesilapan yang sama diulangi setiap kali permohonan maaf dibuat.

Saya tertanya-tanya adakah hari ini Wardina Saffiyah mohon maaf namun esok lusa kesilapan dan kenyataan kontroversi terus diulangi dan diulangi mengikut kepala hotak dia?

Tapi dalam Islam kita digalakkan bermaaf-maafan, walaupun saya tahu sifat-sifat hopikrit ada dalam diri wanita ini namun hati kecil saya berkata "'bro...maafkan sajalah si Wardina tu, lagipun dia bukan marah kat kau, dia marah kt 1peluru".





Hahaha....

YY : Hello sis... you mahu sokong siapa itu hak you la... tapi hati-hati keluar kenyataan, kami pun tak sampai hatilah nak hentam you.. tapi mulut you 'busuk' sangat... hehehe...

Tuesday, November 15, 2011

@WardinaSaffiyah Patut Cermin Diri Sendiri Terlebih Dahulu...

Ini adalah kisah wanita paling Islamik di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Wardina Saffiyah seorang selebriti popular di Malaysia. Bakat lakonannya tidaklah gah mana namun kata orang disebabkan kecantikkan dan keseksian yang dimiliki satu ketika dahulu membuatkan beliau mudah mencipta nama dalam industri hiburan di Malaysia.

Sebelum ini wanita paling Islamik di Malaysia ini pernah membuat kenyataan ingin menyaman bloggers yang bertindak mengaibkan beliau dengan menyiarkan gambar-gambar lampau beliau dalam keadaan terkankang.

Disebabkan tekanan dari bloggers Wardina Saffiyah mengambil cuti selama dua minggu dari mengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Hari ini sekali lagi beliau cuba mengulangi kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan menghina bloggers pro-UMNO kononnya bodoh dalam bidang penulisan. Bagi saya Wardina Saffiyah sekali lagi membodohkan dirinya di kalangan peminatnya.


Kenapa saya katakan Wardina Saffiyah bodoh setiap kali mengeluarkan kenyataan melalui laman twitter?

Bodohnya Wardina Saffiyah adalah kerana beliau mahu para bloggers pro-UMNO tidak lagi mengganggu hidupnya. Tapi dalam masa yang sama beliau bertindak menganggu urusan dan setiap keputusan kerajaan dikritiknya tanpa usul periksa.

Nampaknya Wardina Saffiyah perlu cermin mukanya sendiri sebelum menyalahkan bloggers pro UMNO. Jika tiada cermin di rumah saya dengan rendah diri menyarankan agar Wardina Saffiyah kencing saja dalam tempurung kelapa, selepas itu tiliklah muka kamu dari situ.

Hello... Wardina Saffiyah yang HIPOKRIT - kami penulis blog pro-UMNO tidak akan menganggu kamu selagi kamu tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan salah di laman twitter lebih-lebih lagi kenyataan kamu dilihat menjurus untuk menyerang kerajaan.

Jika bermain dengan kenyataan berbaur politik, suka atau tidak kamu terpaksa berhadapan dengan kami para bloggers yang tidak pandai menulis. Tapi hairan juga setiap tulisan bloggers yang tidak ada skill menulis ini mampu membuatkan Wardina Saffiyah tertekan dan memohon untuk bercuti selama dua minggu.

Hahaha...

Akhir sekali kalau merasakan ketahanan mental kamu itu agak lemah, saya ingin nasihatkan Wardina Saffiyah elak-elakkan diri dari mengeluarkan kenyataan yang tidak betul mengenai kerajaan.

Kerana dalam dunia politik bloggers pro-UMNO ini bukan setakat ke dalam 'kain' mereka menyusup masuk. Kadangkala para bloggers yang tidak reti menulis ini mampu menyusup sehingga ke dalam 'spender' kamu.

Baca kembali artikel berkaitan wanita paling Islamik di Malaysia KLIK SINI 


YY : Tak suka wanita muka cantik tapi mulut 'busuk'.... 

Monday, October 10, 2011

HOT : Wardina Saffiyah Jangan Hipokrit...

Sebenarnya tulisan saudari Wardina Saffiyah di laman twitternya sudah lama diperhatikan oleh saya, kebanyakkan yang ditulis tidak dinafikan ada unsur-unsur nasihat yang berguna kepada para peminatnya. Namun  kadangkala kecewa juga bila dalam masa yang sama saya melihat twitternya digunakan untuk menyerang, perli, sindir kepada kerajaan pemerintah.

Dulu Wardina Saffiyah pernah dibalun teruk oleh blogger sehingga beliau bercuti daripada mengacara program MHI selama dua minggu dan mengugut untuk menyaman bloggers yang menyiarkan gambar lampaunya. Ketika sidang media bersama peguamnya saya dapat melihat wajah Wardina Saffiyah yang dilihat begitu tertekan dengan hentaman bloggers kepadanya. 

Tapi Wardina Saffiyah tidak menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran untuk beliau terus berhati-hati sebelum menulis status twitternya memandangkan beliau seorang personaliti. Hari ini beberapa pihak menyatakan perasaan marah mereka atas tindakan Wardina Saffiyah yang bertindak 'Retweet' (RT) satu kenyataan mempertikaikan yuran PIBG. 

Isunya bermula bila Wardina Saffiyah Retweet kenyataan di bawah :


Bila kita menggunakan akaun twitter, bila kita retweet (RT) kenyataan orang lain, ini bermakna kita setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa Wardina Saffiyah bersetuju dengan apa yang di'tweet' oleh Najilah Ishak yang mempertikaikan pemansuhan yuran sekolah dalam Bajet 2012. 

Saya tidak tahu individu ini pernah hadir dalam mesyuarat PIBG atau pun tidak, kerana setahu saya yuran PIBG ditetapkan oleh YDP mengikut kemampuan pelajar, dari situ guru-guru mengenalpasti pelajar yang mana berkemampuan atau sebaliknya. Sebab itu ada banyak sekolah hanya menetapkan yuran PIBG pada kadar RM10 sahaja. 

Selepas bertindak RT tweet tersebut, Wardina Saffiyah teruk dihentam oleh pengguna twitter lain termasuk YB Khairy Jamaluddin dan beberapa rakyat yang saya lihat jelas mereka non partisan. Antara twitter yang menghentam Wardina Saffiyah :





Bukan sahaja di twitter bertindak menghentam wanita paling Islamik ini, tetapi situasi tersebut turut panas di beberapa page facebook :


Lihat tindakan Wardina Saffiyah yang jenis tidak bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya. 


Betul maaf - bermaafan adalah perkara yang baik, tapi sebagai ikon Wardina Saffiyah sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu kenyataan yang di tweet oleh rakan-rakannya sebelum bertindak RT kepada peminatnya di twitter dan facebook.

Kita tidak pernah menghalang Wardina Saffiyah menyatakan pandangannya di mana-mana laman sosial, cuma sebagai artis beliau sepatutnya bijak dalam berkata-kata memandangkan setiap tutur katanya kadangkala menjadi ikutan para peminatnya. 

Tak seronok kalau tulis pasal artis kita tak 'bantai' dia sikit, jadi saya nak 'bermanja' sikit dengan personaliti TV 'idola' saya ini dengan merujuk tweetnya di bawah :


Ok katanya dia tidak berminat majlis perkahwinan yang besar-besaran tapi minat dalam majlis sederhana yang barakah dan diredhai Allah. Amboii...amboi...amboi... (pinjam ayat pondan si Azwan Ali) sebelum bercakap elok Wardina Saffiyah kencing dalam tempurung dan tilik mukanya kerana majlis perkahwinan kaum keluarganya turut diadakan secara besar-besaran.

Skodeng sikit... 




Opps.. saya tidak membenci Wardina Saffiyah, malah saya merupakan peminat setianya setiap kali beliau mengacara MHI, tapi bila melihat beliau berkata-kata sahaja pandai tapi tidak merealisasikan dalam kehidupan sehariannya, saya beranggapan Wardina Saffiyah jenis manusia yang hipokrit!

Itu majlis perkahwinan... bagaimana dengan majlis aqiqah anak Wardina Saffiyah...? 

Saudara pembaca lihatlah di sini, jika itu bukan majlis aqiqah melibatkan anak Wardina elok saman sajalah penulis gossip artis ini, sederhananya majlis aqiqah anak Wardina KLIK

Wahai Wardina Saffiyah, sokonglah parti mana yang kamu mahu, jatuhkanlah pemimpin mana yang kamu suka. Tapi sebagai 'public figure' lebih baik sekiranya kamu memeriksa fakta sebelum bertindak RT sesuatu perkara. 


YY : Perasaan meluat mula timbul bila tengok MHI sekarang...

Friday, July 1, 2011

Wardina U-Turn - Sudah Sudah La Wardina S Oii..


Minah paling Islamik di Malaysia dikatakan buat pusingan U di saat akhir? Apa dia buat? Jom kita ikuti tulisan beliau :

Salaam,

27/6/2011

Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu.

Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya.

YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap. Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku.

Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain).

Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir.

Sedarlah "Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh leih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" Al-Ana'm #32

Bermainlah kamu.... saya tidak terpedaya dengan dunia yang sementara..kerana saya yakin pada yang Esa...Itu kekuatan saya.


-Wardina Safiyyah- W

Double Y : Petang nanti kita jawab.. siap untuk solat Jumaat dahulu..

Wednesday, June 29, 2011

Cuti Dua Bulan, Wardina Patut Minta Kerja di Pejabat PKR!

Ini bukan gambar silam Puan Wardina.. Harap maklum..kikiki..

Cerita artis Malaysia cenderung menyokong pembangkang bagi saya bukan perkara yang baru, malah saya berani katakan ramai artis dan juga pengacara stesen-stesen televisyen tertentu merupakan fanatik pembangkang.

Cuma ada dari kalangan mereka yang memberi sokongan secara sembunyi-sembunyi dan ada juga yang secara terbuka mengumumkan bahawa dirinya merupakan ahli parti politik tertentu.

Namun hari ini isu paling hangat diperkatakan ialah seorang pengacara sebuah rancangan popular di TV3 dikatakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger yang dikatakan memfitnah dirinya.

Kalau bab saman orang ini siapa lagi kalau bukan Wardina Saffiyah. Beliau ranking bawah sikit dari Anwar Ibrahim kalau bab saman - menyaman. Hehehehe..

Kalau hendak cerita pasal si Wardina Safiyyah yang secara terbuka di laman 'twitter'nya kadangkala dilihat mengkritik kerajaan, saya rasa sudah banyak kali. Dan yang paling segar dalam ingatan saya adalah ketika 'Hari Ibu' tempoh hari di mana beliau secara terbuka dilihat berbalas serangan 'twitter' dengan salah seorang Exco Pemuda UMNO iaitu Saudara Lokman Adam.

Masihkah kau ingat Wardina..?

Tapi hari ini disebabkan dirinya menjadi satu topik hangat di beberapa laman blog si Wardina Safiyyah dikatakan mengadakan sidang tergempar untuk menjawab kontroversi yang mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagaimana tersiarnya sekeping gambar yang merupakan pencetus kepada kontroversi ini.

Ok dia nak berhubung rapat dengan siapa itu dia punya hak. Kita tiada hak untuk menghalang.

Yang saya tertarik sekali nak komen hari ini adalah, kenyataan beliau yang berbunyi:

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,”

Adakah Puan Wardina hendak saman blogger sebab gambar silam? atau sebab cerita yang ditulis tidak betul?

Kalau disebabkan Puan Wardina malu ekoran blogger terbabit menyiarkan gambar-gambar silam puan. Bagi saya eloklah sekiranya puan menyaman terlebih dahulu stesen televisyen tertentu (malas sebut nama)yang sehingga ke hari ini masih menyiarkan sitkom Spanar Jaya yang dilakonkan oleh puan dahulu.

Di mana dalam sitkom terbabit yang sekarang ini masih lagi diulang tayang, kerap kali saya terlihat babak puan tidak menutup aurat turut dipaparkan.

Tindakan ini dilihat lebih rasional daripada puan menyaman blogger yang memang kadangkala menulis berdasarkan apa yang dilihatnya.

Dalam kes puan ini blogger hanyalah menceritakan daripada apa yang dilihat dari sekeping gambar. Takkan perkara ini pun puan hendak melenting dan melompat? Gambar (atas) memaparkan puan bersama pemimpin politik pembangkang sudah tentulah orang mengatakan bahawa puan berminat menyertai politik.

Adakah blogger-blogger menabur pasir dalam periuk nasi puan? Bagi saya bukan blogger yang menabur pasir dalam periuk nasi puan. Tetapi puan sendiri bertindak menabur pasir dalam periuk nasi puan disebabkan keghairahan puan 'tweet' yang mana kadangkala melibatkan kenyataan berbaur politik.

'Tweet' berbaur politik, berada di majlis bersama pemimpin-pemimpin politik. Adakah puan mengharapkan cerita pasal filem baru lakonan puan akan keluar? Sudah tentulah orang mengaitkan puan dengan politik. Apa yang isu besarnya?

Kalau malu disebabkan dek gambar silam, sebagaimana saya kata sebelum ini eloklah puan saman stesen televisyen terlebih dahulu. Yang sering kali dok ulang tayang sitkom Spanar Jaya. Dalam sitkom tersebut kelihatan puan lebih 'over' daripada gambar yang dipaparkan blogger.

Kalau mental puan tidaklah sekuat mana, nasihat saya usahlah 'main' politik. Bila ceburi arena politik. Kita kena terima seseorang bercakap pasal diri kita, sama ada baik atau buruk.

Akhir sekali dua bulan bercuti ini, eloklah sekiranya puan mengintai tempat-tempat kosong di pentas pembangkang sebagai penceramah..


Double Y : Lawyer dia bagi masa dua minggu untuk turunkan gambar silam Puan Wardina..  cuba belek-belek stesen televisyen ni.. rasanya baru aje aku tengok si wardina tak bertudung dalam sitkom tu.. taknak saman ke wahai puan wardina?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal