Gara-gara tindakan kumpulan BerSHIT yang ingin mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, konsert Raksasa 2 : Blues Gang dan Sweet Charity terpaksa ditunda ke 1 Oktober 2011.
Berikutan daripada keputusan menunda konsert ini pihak penganjur dilaporkan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit memandangkan segala persiapan sudah dilakukan sejak dulu lagi. Keputusan menunda konsert otai rock ini diambil penganjur demi keselamatan para penonton yang mana merupakan aspek utama yang harus dititik beratkan oleh pihak mereka.
Bayangkan jika konsert yang ditunda (bukan dibatalkan) penganjur telah pun mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Bagaimana dengan nasib peniaga-peniaga di sekitar jalan yang bakal menjadi medan untuk kumpulan BerSHIT berhimpun?
Dan kebanyakkan peniaga-peniaga ini adalah peniaga yang berbangsa Melayu? Siapakah yang akan menanggung segala kos kerugian yang mereka alami kelak?
Ini Ambiga and the gang kena jawab!!
Khabarnya peminat-peminat dua kumpulan ini bengang dengan kumpulan BerSHIT kerana mereka menunggu selama 27 tahun untuk melihat kumpulan yang mereka minati bergabung terpaksa ditunda.
Berikut petikan Berita Harian :
BIARPUN sedikit kecewa dengan penundaan Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka, namun dua kumpulan lagenda, Sweet Charity dan Blues Gang tidak sesekali patah semangat.
Memang mereka tidak sabar menantikan hari besar itu selepas kali terakhir bergabung 27 tahun lalu, namun berikutan sesuatu yang tidak dielakkan, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip mengambil sikap terbuka dengan menerima arahan pihak berkuasa.
Menurut Ramli, penundaan konsert itu ke tarikh yang sudah dipersetujui iaitu 1 Oktober depan di lokasi yang sama memberi hikmah kepada semua pihak.
“Inilah satu ketentuan di luar jangkaan, namun semangat kami masih tebal untuk meneruskan latihan agar persembahan yang bakal berlangsung nanti lebih sempurna daripada apa yang sudah kami rancangkan.
“Walaupun agak kurang senang dengan apa yang akan berlaku, namun saya harus juga menerimanya sebagai satu hikmah, sekurang-kurangnya kami mempunyai masa yang lebih panjang untuk mengadakan latihan,” katanya yang mengucapkan syabas kepada penganjur Netzah Production Sdn Bhd kerana membuat keputusan yang cepat dan bijak.
Ramli juga mengingatkan kepada semua anak seni tempatan, muzik baginya sesuatu yang indah untuk ditafsirkan dan sudah diatur oleh yang Maha Berkuasa. Pengamal muzik juga menegaskan muzik adalah medium yang boleh menyatukan semua masyarakat dan bukan untuk berpecah-belahkan, justeru mengambil sikap mengalah untuk mengelakkan daripada aspek keselamatan adalah keputusan yang bijak.
“Penganjur membuat keputusan yang tepat menunda konsert ini, begitu juga dengan peminat setia kami, Insya-Allah kita akan bertemu Oktober depan dan saya menjanjikan ia akan menjadi lebih baik daripada yang sudah kita rancangkan.
“Sekali lagi saya tidak ada masalah dengan penundaan konsert ini kerana ia semuanya kerja tuhan, namun saya hanya merasa simpati kepada penganjur yang terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit dengan apa yang sudah diaturkan sejak dulu bagi memastikan konsert ini dapat direalisasikan,” katanya yang mengakui peminatnya bukan saja akan datang dari negara ini malah dari Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang sudah menempah tiket sebelum ini.
Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity terpaksa ditunda kerana pada hari berkenaan kemungkinan besar berlaku demonstrasi oleh Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dikhuatiri boleh mengundang masalah keselesaan dan keselamatan kepada peminat atau mereka yang menyaksikan konsert itu.
Baca selanjutnya S.I.N.I
Double Y : Habis orang susah kerana BerSHIT!
1 comment:
itu bru konsert rock. Andai pasukan bola dari liverpool, arsenal n chelsea pun btl kan tour dorang. Sapa yg rugi? Peminat n pemain bola sepak negara gak yg rugi. Hampeh BERSHIT ni.
Post a Comment