NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau : #PASMunafik Ritual Padi Sempena Nama Calon PAS Oleh TG Hadi Awang Syirik & Bidaah



Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. 

Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan ‘ritual’ tersebut bukan merupakan amalan sunah.

Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya “Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya. 

“Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

“Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

“Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap” katanya.

Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang ‘double standard’ sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program ‘ancak’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.

“Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh” tegas beliau lagi.

Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu ‘ancak’ hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

Saturday, December 22, 2012

PAS Tolak Amanat Hadi?


Amanat Haji Hadi sekali lagi menjadi topik hangat walaupun ia pertama kali di’fatwakan’ pada tahun 1981. Benar, ia sudah lama berlalu namun tidak benar jika dikatakan bahawa perkara ini sudah basi kerana ia melibatkan hubungan dalam masyarakat, kekeluargaan dan ikatan suami isteri yang terjejas atau terputus yang mana kesannya diwarisi dari generasi ke generasi. 

Malah, lebih dahsyat, Amanat itu juga dikhuatiri menjadi punca kehilangan nyawa dalam Tragedi Memali 1985. Ini bermakna Amanat ini akan terus relevan untuk dibincangkan sehingga ke akhirat dalam konteks syahid atau tidaknya pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam perjuangan menentang kerajaan UMNO. 


Kita perlu faham akan besarnya impak atau akibat dari Amanat tersebut, di mana tanpanya, tragedi Memali mungkin tidak berlaku, dan anak-anak pengikut Ibrahim Libya mungkin tidak akan kehilangan bapa dan isteri mereka tidak akan menjadi balu. 

Isteri dan anak-anak tersebut juga tidak akan menghadapi trauma, dan hidup mereka juga mungkin tidak sedaif yang mereka lalui selama ini, sekali gus sikap anak-anak mereka mungkin berbeza, lebih ceria dan yakin diri lalu menjadi manusia berjaya. Benar sekali lagi, bahawa ini semua adalah takdir. 

Namun, dalam memahami ‘takdir’ kita harus merujuk terlebih dahulu kepada qada’ dan qadar di mana yang qada’ itu pasti, tetapi qadar atau ‘kadar’ boleh diubah atas usaha, sikap, tindakan dan doa iaitu pilihan yang diambil dalam hidup kita. 

Nasib yang menimpa kita berlaku dalam satu rangkaian kejadian sama ada dari diri kita sendiri atau orang dan keadaan sekelilng, dan bukannya secara tiba-tiba. Faktor qadar tidak boleh diketepikan memandangkan kiamat juga boleh terus ditunda selagi ada manusia yang berdoa dan menyebut nama Allah SWT. 

Justeru, Memali mungkin tidak terjadi tanpa Amanat Hadi. Dalam mengingati Memali juga, jangan kita lupa akan tragedi yang hampir serupa di Sauk sehingga membawa kepada penahanan di bawah Akta ISA serta kesannya kepada keluarga yang terlibat, sama ada di pihak pengikut Al-Maunah, atau di sebelah pihak berkuasa yang dibunuh kejam oleh mereka. 

Berdasarkan apa yang berlaku ini, bagi Haji Hadi sendiri untuk memperkecilkan amanatnya amatlah menyedihkan dan bagi PAS untuk merujuknya sebagai basi amatlah memelikkan. Namun, itulah hakikatnya. 

Hadi Awang bukan sahaja berkelakuan seolah-olah beliau lupa, tetapi juga cuba berdolak-dalih atau menafikan apa yang dimaksudkan dari fatwanya. Dalam kata lain, beliau benar-benar lepas tangan, langsung tidak merasa bersalah dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab atas penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa sesiapa saja akibat berpegang kepada amanatnya itu. 

Harakahdaily juga hanya mempersendakan media-media pro-kerajaan yang mengungkit semula isu Amanat Kafir ini sebagai peluru kitar semula dan sebagai tiupan trompet perang pilihanraya. Soal akidah dan iman langsung tidak disentuh oleh mereka ketika membicarakan hal ini. 

Sepertimana sikap pemimpin solat hajat dalam Muktamar PAS yang baru lalu di mana soal kesejahteraan, penyatuan dan kekuatan ummah langsung tidak disebut tetapi hanya menumpukan penuh khusyuk memohon agar BN K.O dalam pilihanraya, begitulah juga sikap Harakahdaily dengan isu amanat ini. 

Yang diulang-ulang dan diulang-ulang serta diaminkan berkali-kali, hanyalah pilihanraya dan pilihanraya semata-mata – dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. 

Hakikatnya, ada suami isteri yang bercerai-berai, ada masyarakat yang bersengketa sehingga membawa kepada berbagai kisah yang tidak mungkin kita mampu dedahkan semuanya, ada yang meninggal dan ditanam dengan bendera PAS, ada isteri menjadi balu, ada anak kehilangan bapa dan ada manusia yang kehilangan nyawa kerana berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir kerana memisahkan politik dan agama dan bukannya kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah, adalah benar dan telah berlaku. 

Haji Hadi boleh menidakkan bahawa semua yang berlaku itu sebagai salahnya, dan terus menumpukan kepada pilihanraya. 

Tetapi, soalnya jika bukan salah Haji Hadi, salah siapa pula? Siapakah yang mampu mempengaruhi pengikut-pengikut PAS untuk memusuhi UMNO dan kerajaan sehingga begitu sekali, iaitu mengalahkan permusuhan antara umat Islam dengan syaitan?

Tuesday, October 9, 2012

PAS & UMNO Akan Bersatu Jika Melayu Terancam - Janji Anwar Ibrahim & Hadi Awang Pada Tahun 1986


Politik dulu-dulu punya cerita...

Janji bulan dan bintang perkara biasa...

Tunai tak tunai belakang kira...

Yang penting kita berkuasa...

Hahaha...

Era 80-an merupakan satu tempoh perang besar di mana, isu 'kafir-mengkafir' hangat diperkatakan di antara dua parti Melayu terbesar PAS dan UMNO.

Kedua-dua parti ini saling cabar-mencabar untuk menunjukkan parti yang mana lebih Islamik. PAS pada waktu itu mengatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam iaitu MCA dan MIC.

Dekad 'kafir-mengkafir' ini bermula daripada sedutan ceramah Hadi Awang pada 7 Disember 1981 di mana ucapan tersebut telah dicetak dan ditampal di markas-markas PAS dan dikenali sebagai 'amanat hadi'.

Amanat yang dicetak dalam empat versi, yang mana versi pertama dicetak dalam versi jawi oleh penerangan PAS Kelantan untuk digunakan dalam pilihanraya kecil Selinsing, pada tahun 1983.

Amanat tersebut akhirnya difatwakan sebagai bertentangan daripada Islam dan gerakan dakwah Islam kerana memecah-belahkan Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Februari 1986.



Selepas kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada 29 Mac 1982 sehingga berlakunya perpecahan di dalam ABIM, satu debat (forum) diadakan oleh Malaysia Ismalic Study Gorup (MISG) pada 25 Disember 1986.

Forum bertajuk "Masa Hadapan Islam di Malaysia" mempertemukan dua individu hebat pada waktu itu iaitu Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO dan Hadi Awang yang mengatakan UMNO itu kafir.

Debat yang dikendalikan oleh MISG menampilkan Abdul Rahim Ghouse (pemimpin MISG) sebagai moderator ini dianggap perdebatan terbesar yang pernah diadakan dan dibuat ketika Muktamar Sanawi ke-11 di  Illinois, Amerika Syarikat.


Dalam forum tersebut Anwar Ibrahim dianggap 'hero' UMNO kerana telah mempamerkan 'kejayaan' beliau selama 4 tahun bersama UMNO/BN, manakala Hadi Awang terang-terangan menyelar pemimpin UMNO sebagai kafir.

Selain Hadi Awang, Ustaz Zaid Kamaruddin juga sebagai panelis turut menyelar UMNO serta pemimpinnya sebagai pemimpin yang mengamalkan fahaman sekularisme.

Satu perkara peristiwa menarik adalah Anwar Ibrahim dan Hadi Awang turut
berjanji sekiranya kedudukan Melayu/Islam terancam, maka PAS dan UMNO akan BERSATU.



Ya...

Hari kita kita dapat saksikan kedua-dua individu ini bersatu, mereka bersatu dengan parti anti melayu yang menentang UMNO sebuah parti yang memperjuangkan nasib kaum melayu dan Islam di Malaysia sejak sebelum merdeka.

Orang PAS dan anak muda yang menyokong pembangkang terlalu naif, bodoh dalam membuat penilaian. Mereka gagal melihat perbezaan serta perubahan yang berlaku ke dalam parti PAS.

Jika UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, adilkah untuk saya mengatakan Nik Aziz, Hadi Awang serta semua pemimpin Islam dalam PAS adalah manusia kafir serta munafik?

Kafir kerana bekerjasama dengan DAP, manakala munafik kerana tidak melaksanakan janji yang diluahkan dari mulut mereka sendiri untuk bersatu jika kedudukan melayu/Islam terancam.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah pun menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa melayu/Islam sekarang ini terancam, sudah tiba masa untuk dua individu ini tunaikan janji yang dikatakan pada tahun 1986.

Itu pun kalau PAS ada 'telur' nak lawan DAP!

Sekarang di antara Hadi Awang dan Anwar Ibrahim siapa munafik dan siapa yang kafir?


YY : Dua-dua MUNAFIK!

Layan video di bawah kejap :

Saturday, February 25, 2012

Jika UMNO Tak Faham Al-Quran, PAS Pula Mempermainkan Al-Quran?

Dr. Rani Othman Pesuruhjaya PAS Selangor nampaknya bercakap mengikut selera kepala hotak dia tanpa memikirkan bahawa setiap tutur serta tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO kadangkala tepat terpalit ke atas muka PAS.

Jika sebelum ini pasar babi PAS sanggup redah semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan masyarakat bukan Islam semalam di hadapan 'fundraiser' DAP Dr. Rani Othman tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kepada orang UMNO.
“What is the difference between PAS and Umno? Both of us wear the kopiah, baju Melayu, and we may even look the same. 
“But the main difference is that we understand the Quran, and they do not” - Dr. Rani Othman -
Melemparkan tuduhan kononnya UMNO itu tidak memahami Al-Quran hanya kerana UMNO menyerang hubungan di antara PAS dan DAP di hadapan penganut bukan Islam, menunjukkan PAS sanggup melakukan apa sahaja demi meraih sokongan penganut bukan Islam walaupun terpaksa memfitnah saudara seagamanya.

Wahai Dr. Rani Othman - Jika UMNO tidak memahami Al-Quran sebagaimana tuduhan yang dilemparkan. Bagi saya PAS lagi teruk dari UMNO kerana bertindak mempermainkan Al-Quran dengan membiarkan ayat-ayat suci dijadikan modal ceramah oleh kafir DAP.

Bukan sahaja merelakan ayat suci jadi modal politik oleh bukan Islam malah hukum-hukum agama juga PAS lacurkan hanya kerana mahu melihat tersungkurnya kerajaan UMNO/BN.

Prinsip pemimpin PAS juga selalu berubah mengikut zaman, walhal di kalangan para-para Nabi dan Rasul, setahu saya tiada seorang pun yang mengubah prinsip perjuangan hanya kerana mahu menambahkan jumlah pengikut mereka semasa berdakwah.

Prinsip digadai atas alasan mahu mengtarbiahkan dan mahu DAP faham akan Islam, tetapi apa yang kita tengok sepanjang 6 tahun 'persetubuhan' PAS dengan DAP ialah DAP tetap tak faham-faham  mengenai Islam sebaliknya PAS pula yang semakin liberal dan semakin tersasar dari ajaran Islam.

Kalau tidak tersasar takdelah kes penganut PAS ikut adakan Candle Light Vigil.

Hahaha...

Amanat khas untuk orang bukan Islam, dengar baik-baik betapa rasis dan ekstremnya PAS :



YY : Kena atah UMNO dikatakan haram, kena tang dia dikatakan Halal...

Tuesday, January 10, 2012

"Dia Tak Layak Jadi PM, Latar Belakangnya Meragukan" - Dr. Hasan Ali


PAS kini mula berubah wajah menjadi sebuah parti diktator, di mana ahlinya kini tidak boleh mengeluarkan pandangan serta kenyataan yang tidak selari dengan kehendak pimpinan atasan PAS sendiri.

Pecat ahli sendiri tanpa diberi peluang untuk individu tersebut memberi penjelasan, kalau bukan diktator apa lagi?

Mungkin PAS kini mengamalkan kaedah yang diamalkan oleh pemerintah Junta di Myanmar :
"Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menjelaskan, segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS. 
“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini di kediamannya dalam satu sidang media malam tadi. 
Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar adalah kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Anwar
“Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor. 
“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. 
Tambahnya, Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang ‘meragukan’ dan dia turut berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat merupakan individu yang lebih layak memegang jawatan itu. 
“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa. 
“Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?” 
“Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya lagi. 
Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai dan dibimbing, malahan disekat oleh PAS sendiri. 
Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam ini adalah sebagai menyatakan sokongan peribadinya kepada Hasan, yang padanya sentiasa komited memperjuangkan Islam walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. 
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang langsung kepada beliau untuk member penjelasan."
YY : PAS patut guna slogan baru  "Membangun Bersama Anwar..."

Friday, September 2, 2011

PAS Hanya Sasar 60 Kerusi, Bukti PAS Dilanda DAP Phobia...


Ulasan ringkas saudara Azrinizam Ibrahim melalui blog Angin Perubahan :
Takut pada DAP, tunduk pada DAP dan dengar cakap DAP. Penyakit "DAP Pohia" ini telah melanda kepimpinan PAS. Bukan sahaja Mohd Sabu yang dijangkiti penyakit ini hingga menggelar komunis sebagai hero. Bukan sahaja Khalid Samad yang bersindrom DAP Pohia ini hinggakan sanggup melindungi operasi JAIS di DUMC, rupa-rupanya penyakit ini sudah berjangkit ke badan Presiden PAS.

Mana tidaknya, Presiden PAS sudah beri kenyataan hanya sasar 60 kerusi sahaja dalam PRU13. Kalau hanya 60 kerusi, PAS tidak akan jadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Untuk perintah negara ini, PAS perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi. Separuh pun tidak sampai. Oleh itu, lagi 162 kerusi siapa yang bertanding? Tentunya PKR dan DAP akan kuasai 162 kerusi lagi. Sudah tentu wakil rakyat dari PKR dan DAP akan jadi Perdana Menteri dan kuasai jawatan menteri-menteri utama bukannya PAS.

Tidak cerdik sungguh PAS. Penyakit "DAP Phobia" yang ada pada PAS membuatkan PAS takut untuk melawan cakap Karpal Singh, takut untuk menegur Kit Siang, tunduk bila diberi RM8,000 oleh Guan Eng, takut dengan Teresa Kok dalam isu murtad di gereja, takut untuk tegur isu arak Ronnie Liu, takut untuk tegur DAP yang menggunakan ayat suci Al Quran dan takut untuk menguasai pakatan pembangkang dari DAP.

Bagaimana parti tersebut hendak perjuangkan Islam kalau memberi peluang kepada DAP untuk kuasai politik di negara ini? DAP Phobia sudah melanda PAS. Undi PAS akan beri peluang DAP kuasai politik negara ini. Jauhilah penyakit DAP Phobia ini kerana ianya boleh melemahkan kuasa politik umat Islam.

YY : Masih dalam mood raya... 


Wednesday, August 17, 2011

Teresa Cock Serbu Masjid vs. JAIS Periksa DUMC yang Mana Lebih Biadap?


Diktator tua cina paling rasis di Malaysia bertindak menghina Umat Islam dengan menyamakan tindakan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas gereja DUMC sebagai tindakan ala Gestapo.

Cina paling celaka dalam sejarah negara ini sebenarnya takut jika Melayu Islam itu bersatu, jelas dalam isu murtad ini DAPig nampaknya telah mempelekehkan serta menghina orang Melayu, kenyataan beliau juga begitu biaDAPdengan menulis umat Islam fobia tentang murtad, Islam dikategorikan jenis serbu rumah ibadat penganut agama lain?

Agaknya si tua Nik Aziz dengan Hadi Awang TERLUPA untuk menerangkan hukum-hakam Islam kepada DAPig berhubung hukuman dalam Islam jika seseorang itu murtad.

Puak bodoh dan dungu yang ada dalam PAS dok puji kata DAPig semakin faham Islam sejak berkawan dengan mereka. Tapi tindak-tanduk DAPig sehingga ke hari ini tiada satu pun menunjukkan mereka faham Islam walaupun telah menghafal bermacam Surah dan Hadis untuk memperbodohkan ahli PAS dalam ceramah mereka. 

Wahai Si Ba** Lim Kit Siang adakah tindakan sopan-santun JAIS ini kategori 'merempuh' rumah ibadat orang lain secara membabi-buta sebagaimana lu yang suka menyondol tidak kira masa unker?




Wahai Lim Kit SIAL... mari sini gua tunjuk contoh sama lu apa macam cara-cara menyerbu rumah ibadat agama lain ala Gestapo. Contoh paling mudah, paling dekat paling ideal rujuk video di bawah :




Hello... ini kes sudah minta maaf sama orang Islam belum?

Tindakan merempuh masuk masjid semata-mata untuk menjayakan demontrasi lagi biaDAP jika hendak dibandingkan dengan tindakan penguatkuasa JAIS yang dipaparkan dalam video, puak bodoh bahlul PAS buta perut sangat kenapa?

Bukti dah ada dikemukakan bahawa wujudnya kegiatan memurtadkan umat Islam masih hendak berdolak-dalik apa punya SIAL cina lahanat bernama Lim Kit Siang ini?

Tahniah diucapkan untuk PAS, agama dihina tak apa, bangsa dihina tidak mengapa yang penting UMNO rebah. Kenapalah politik Malaysia dianugerahkan sebuah parti yang bodoh, dungu, bangang macam parti PAS.

Sanggup ketepikan kepentingan agama Islam demi kepentingan kerjasama politik yang mereka jalinkan.

Menurut blog BigDog 'provokasi' baru ke atas Umat Islam sedang dirancang oleh DUMC pada 2-4 September ini KLIK SINI


YY : Unker Lim lu tulis artikel kasi babi baca sajalah!!!


Wednesday, July 6, 2011

Siapa Kuno Hadi Awang Atau UMNO?


TG Hadi Awang Presiden PAS semalam dilihat melabelkan UMNO sebagai kuno kerana menggambarkan perhimpunan BerSHIT sebagai ganas malah beliau turut menyarankan agar UMNO undur diri secara terhormat sebelum jatuh dalam kehinaan.

Kenyataan penuh TG Hadi Awang yang melalut boleh dibaca di HapraKAH KAH KAH Daily

Pada saya TG Hadi Awang dilihat mengeluarkan kenyataan tanpa menilik muka beliau di cermin terlebih dahulu. Sudah banyak kali kita dengar kenyataan 'syok sendiri' bahawa BN tidak mendapat sokongan rakyat, BN akan tewas dalam pilihanraya kecil, malah pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan  April yang lepas pun nada bongkak PAS sering kita dengar.

Bila seorang 'ularmak' mengeluarkan kenyataan mengecam dan menghina lawan politiknya terus terang saya katakan 'ularmak' jenis ini tidak perlu dihormati. Jika kita perhatikan UMNO dan PAS siapa sebenarnya yang dilihat berada dalam kehinaan kerana berpolitik tanpa prinsip yang utuh?

TG Hadi Awang bongkak, takbur serta riak dalam berpolitik malah tidak keterlaluan juga jika dilabelkan sebagai jumud. Ilmu pengajian Islam saya tidaklah seberapa, namun setahu saya kejayaan dakwah nabi-nabi ialah pada keikhlasan mereka serta istiqamah dalam memegang dan mempertahankan prinsip.

Para nabi-nabi dahulu tidak menitik-beratkan soal kemenangan dalam dakwah mereka bahkan ramai nabi-nabi dahulu tidak berjaya dalam dakwah mereka.Kerana soal keikhlasan dan istiqamah merupakan asas utama dakwah mereka Ada nabi yang hanya ada seorang pengikut, ada nabi yang mempunyai dua orang pengikut dan ada yang mempunyai sekumpulan (tidak lebih 10 orang) pengikut. Tapi para nabi-nabi kita ini tiada seorang pun dari mereka mengubah prinsip hanya kerana inginkan pengikut mereka bertambah.

Tapi TG Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS pada dasarnya yang kononnya melabelkan parti mereka sebagai sebuah gerakan dakwah selalu menitik-beratkan soal kemenangan. Kalau parti mereka kalah di dalam pilihanraya sebagai contoh maka segeralah punca kekalahan ini dipersalahkan pihak lain.

Pada hemah saudara pembaca siapa yang lebih hina dan kuno jika diberikan perbandingan di antara mereka yang mempunyai prinsip perjuangan dengan mereka yang mana prinsipnya selalu berubah mengikut zaman dan kepentingan parti?

Wajarlah TG Hadi Awang cermin muka terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dengan melabelkan seseorang sebagai kuno dan bakal jatuh dalam kehinaan.

Kerana saya khuatir yang akan jatuh dalam kehinaan bukan BN sebaliknya PAS akan jatuh dalam keadaan hina tepat di atas 'kepala takuk' Anwar Ibrahim dalam PRU yang akan datang.


YY : Negara Isle takdok doh.. Hudud dok tau pah mano.. prinsip tergadai sebab nak ramaikan jumlah pengikut.. jauh beza dengan dakwah zaman para anbia....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal