NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 25, 2011

PAS Kelantan Salah Guna Masjid

PAS Kelantan menyalahgunakan 7 buah masjid di sekitar Kelantan dengan mengadakan Itjimak Pilihanraya PAS Kelantan pada 22 Julai yang lalu. 

Sebelum ini sudah banyak kes melibatkan masjid disalah guna untuk kepentingan politik kepartian. Tapi PAS hari ini demi menjatuhkan UMNO senam robik dalam masjid dengan pakaian menjolok mata pun halal. Semuanya demi meraih undi dan sokongan. 

Nik Aziz kata Rasullah S.A.W pun guna masjid untuk berpolitik, tapi zaman Rasullah S.A.W dengan zaman sekarang sangat berbeza. Politik kepartian hari ini adalah peninggalan penjajah yang mana di dalamnya mempunyai seribu unsur yang bertentangan dengan Islam.

Lagi pun politik zaman Rasullah S.A.W tidak melibatkan fitnah-memfitnah, membuka aib dan menjatuhkan sama lain. Serta tidak mencetuskan ketidakharmonian sesama kita umat Islam.

Saya masih ingat ketika Dato Eskay dan kumpulannya ingin melakukan sumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul. Keadaan dalam masjid pada masa itu tidak terkawal ekoran tindakan biadap AMK yang bertindak merempuh masuk ke dalam ruang utama solat.

Malah ada juga dari kalangan mereka menjerit, melalak dan memaki hamun dengan perkataan kesat serta menfitnah pihak pengurusan masjid bersubahat dengan trio Dato T. 

Inilah peristiwa yang paling mengguris perasaan saya sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blog.

Memetik laporan kelatekito.net :

" Oleh Razmal Malakan

TUMPAT  - Pas telah menyalah gunakan tujuh buah masjid di sekitar Pengkalan Kubor ketika mengadakan Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan di Pantai Genting, Tumpat pada 22 Julai lalu.

Pas telah meletakkan pemimpin mereka seperti Husam Musa, Nasarudin Daud, Mohd. Daud Iraqi dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk menyampaikan khutbah di masjid-masjid terbabit.

Sewajarnya perkara tersebut tidak berlaku kerana kesemua mereka yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Mereka telah menyalah gunakan masjid untuk kepentingan politik, mimbar masjid digunakan sepenuhnya untuk memutar belitkan fakta.

MAIK sewajarnya mengambil tindakan tegas terhadap Pas kerana masjid bukannya tempat untuk berpolitik yang boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

Nampak sangat Pas sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat di negeri ini selepas pelbagai isu yang timbul. Agama akan digunakan sepenuhnya pada pilihan raya kali ini- KELATEKITO.NET"

YY : DAP ganti PAS!

1 comment:

Horas! said...

salam, blog tuan sudah dipautkan di umbhululangat.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...